Stop pertama kami ialah di Mokpo City sebuah bandar pelabuhan yang mengadap Yellow Sea di penghujung Semenanjung Korea. Ianya adalah bandar pelabuhan tradisi yang membangun tetapi mengekalkan kebanyakan bangunan-bangunan lama. Kami ke sini kerana "projek" ini melibatkan Mokpo National Maritime University (MMU), yang wujud sejak tahun 1950. Bisnes utama MMU ialah dalam bahagian maritim, menghasilkan graduan yang terlibat dengan perkapalan. Populasi pelajar pada satu-satu masa adalah lebih kurang 2500 orang. MMU adalah universiti maritim kedua penting di Korea Selatan selepas Korea Maritime University (KMU) di Busan, yang mana kami juga ada kepentingan lain (mungkin trip akan datang ke sana pula).
Perjalanan dari Incheon Airport ke Mokpo City begitu meletihkan (4 jam). Masa rehat kami adalah 20 minit saja selepas check in hotel kerana appointment pertama kami berjumpa dengan kolaborator kami, Professor Kim dengan makan tengahari. Apa yang kami tidak sangka ialah rupa-rupanya lunch kami adalah di dalam kapal training pelajar MMU.
Excitement kami makan di atas kapal terbantut kerana tiada daging halal disediakan. Makan nasi dan kimchi sajalah!
Ruang makan di dalam kapal. Tukang hidang pakai songkok, sangka kami beliau seorang Islam rupa-rupanya sekadar tutup kepala ketika menyediakan makanan.
Bilik komunikasi. Kata Prof Kim, "Mayday... mayday..."
Bilik navigasi pelajar. Mereka berlatih mengemudi kapal di sini. Setiap pelajar MMU diwajibkan untuk hidup di atas kapal selama setahun ketika tahun akhir. Makan, tidur dan kuliah semuanya di atas kapal.
Ruang navigasi.
Kapal sedang berlabuh. Saya difahamkan bahawa kapal di hadapan akan belayar ke Penang pada bulan May. Satu perjanjian hebat akan dimeterai antara UTP dan MMU, di atas kapal di Penang nanti.
Sae Yu Dal. Saya sudah lupa maknanya. Yang saya ingat Dal ialah sebuah bukit di Mokpo.
Cable-stayed bridge adalah satu binaan jambatan yang biasa kelihatan di Korea. Binaan ini adalah epik dan selalunya kita akan kagum melihatnya.
Dua buah kapal milik MMU yang digunakan untuk pembelajaran dan aktiviti research.
Bilik study atas kapal.
Pandangan luar menghala ke belakang kapal.
Pelajar sedang menghadiri kuliah di atas kapal. Full suit adalah wajib.
Kabin tidur pelajar. Sempit tapi itulah kehidupan yang bakal mereka akan hadapi di atas kapal nanti.
Control room.
Bilik enjin.
Setelah dibawa melawat kapal ini kami seterusnya di bawa kebangunan MMU yang tak tidak jauh dari sini untuk menghadiri mesyuarat berkenaan dengan projek kami. Keesokannya kami akan bertola ke Gwangyang City atas jemputan Datuk Bandar Gwangyang City. Mereka juga terlibat dengan projek ini. Menunjukkan betapa projek ini penting bagi mereka.
Agak kagum juga di bilik simulasi di dalam sebuah bangunan MMU. Keseluruhan hardware dan software dibina oleh sebuah syarikat tempatan dengan kos US$2 juta. Visual 3D menyebabkan kita terasa hayunan di dalam kapal walaupun ia sekadar simulasi di dalam sebuah bilik.
5 comments:
menarik..teknologi diorang nampak macam lagi advance..
p/s : Sae Yu Dal - Skudal in Korea :P
dah pernah pergi Korea ke bro Faizal Skudal? Hehehehe
aduiii...baru nak berangan..hehehe
Gangnam satu kali tengok bro faizal..heheh
korea nye orang mostly disiplin la eh.
Aku tengok budak2 dorang national service giler ah
Post a Comment