Objektif ke Korea Selatan adalah confidential tetapi cukuplah saya bagitau, adanya new frontier di sana dan rezekinya Korea Selatan yang memulakan inisiatif ini sebab kalau nak kira-kira, apahal pula negara maju macam Korea Selatan datang ke UTP, kan? Apapun hal ini kami serahkan kepada top management untuk buat kira-kira. Kami sekadar gerombolan yang menurut arahan saja. Cuma yang boleh saya bagitau ialah if this happens, this is going to be big, at least untuk UTP.
Anyway, flight kami dengan KoreanAir jam 1115pm. Dari venue gig, saya dihantar oleh Pojie Mutilator ke KL Sentral dan dari situ menaiki train KLIA ekspress - first time naik. Sampai KLIA dengan tak mandinya - phewww...sempat lap-lap je lepas tu makan dan naik flight.
Selepas 6 jam dalam flight akhirnya sampai Incheon International Airport. Kami dijemput oleh Captain Bang, pengurus kepada one-of-the-GLC at Gwangyang City kira-kira jam 630am, hari pun dah cerah. Perjalanan dengan van Kia Carnival Limo dari airport ke Mokpo, destinasi pertama kami ialah kira-kira 4 jam.
Delegasi kami seramai 4 orang - tiga dari Civil Engineering Department dan seorang dari Electrical Engineering Department.
Captain Bang (kanan) dan driver pakai 2 set GPS systems tu.
R&R berhenti untuk sarapan dan stretching.
Sarapan udon seafood.
Seosan, kira-kira separuh perjalanan dari Incheon ke Mokpo. Muka tak mandi badan berlengas dari semalam.
8 comments:
sinar mentari di korea~ (lagu raja ema dulu2)
bang...mintak otograp bintang2 running man boleh tak?...
more pics mm
sedap ke mee sop tu
Sempat singgah ke Gangnam x?hehe...
oppa abg ben style..hheheh
Mentari Korea
Jaga2 dan tengok atas. takut ada peluru berpandu dari negeri jiran
Muka tak mandi badan berlengas dari semalam.
muka mcm 'kerna terpaksa aje'....
Post a Comment