Akademik adalah target mudah bagi lawannya apabila sesuatu perkara tidak dipersetujui. Targetnya adalah PhD beliau. Contoh:
"Harap pandai ada PhD je, tapi otak letak kat lutut"
"Belajar tinggi-tinggi sampai dapat PhD, tapi bangang"
Itu adalah komen mereka yang tiada PhD. Yang neo-PhD pun menyangka beliau menyangkal sesuatu yang akademik. Selepas berjela-jela menyangkal dengan "fakta", akhir kesimpulannya jatuh dalam lubuk yang sama. Contoh berikut:
PENUTUP
Sejak daripada awal artikel ini ditulis,
niat penulis adalah untuk memperbetulkan kesilapan dan kekeliruan yang
ternyata jelas dalam analisis Prof Madya Dr Samsu Adabi. Sejak awal
keratan laporan Berita Harian 17 Mei 2012 yang bertajuk ‘PAS Hilang
Taring, Tumpang Parti Lain’, penulis sudah mengesan kejahilan beliau
dalam menanggapi situasi politik Malaysia kontemporari. Kesilapan ‘fatal’
beliau yang tidak menyedari betapa multi etnik dan pluralnya hakikat
Negara bernama Malaysia ini menyebabkan penulis terpanggil untuk
melakukan ‘refutation’ kepada pendapat beliau. Seharusnya,
sebagai seorang ‘Saintis Politik’, Prof Madya Dr Samsu Adabi perlu lebih
peka terhadap perkembangan terbaru politik Malaysia.
Selain itu, kegagalan beliau dalam
membezakan hakikat perbezaan parti Politik dan NGO serta ketidak tahuan
(mungkin terlupa) beliau kepada konsep-konsep asas sains politik
menyebabkan pendapat dan analisis beliau tersasar jauh. Melalui artikel
ini, penulis sebagai seorang yang amatur,menyarankan kepada Prof Madya
Dr. Samsu Adabi lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan
analisis beliau agar selaras dengan ilmu Sains Politik yang beliau
ajarkan di Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tugas sebagai seorang Ahli Sains Politik
bukanlah untuk memberikan pendapat yang pro kepada sesebuah parti, sama
ada yang berkuasa atau membangkang. Namun, pendapat seorang Ahli Sains
Politik itu haruslah neutral dan selaras dengan disiplin ilmu. Penulis
amat berbesar hati jika Prof Madya Dr Samsu Adabi dapat membalas
kritikan ini dengan cara yang ilmiah. Hal ini selaras dengan gelar
Doktoral dan Prof Madya yang disandang oleh beliau di menara gading.
Perkembangan politik Malaysia kontemporari yang begitu rencam memerlukan
setiap penganalisis lebih menguasai pelbagai teori dan konsep utama
politik.
Hal ini bermaksud, setiap penganalisis itu
perlulah mengeluarkan pendapat dan analisis yang lebih kemas dan tidak
terdorong sebarang sentimen ‘cari makan’ dan
memartabatkan kembali akademia yang seharusnya lebih neutral, kritikal
dan komprehensif. Tanpa pemahaman yang jelas berkenaan
teori-konsep,seseorang itu tidak seharusnya mengguna pakai gelaran
‘penganalisis politik’,sedangkan pendapat dan analisis hanya seperti
‘sembang politik kedai kopi’ sahaja. Sekali lagi penulis tegaskan,
artikel ini merupakan kritikan dan bukanlah untuk memalukan mana-mana
pihak. Hal ini kerana, kritikan merupakan elemen penting bagi memastikan
wacana (discourse) dalam disiplin ilmu itu terus berkembang subur.
*Mohd Rizal Hamdan
merupakan alumni Program Sains Politik-Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kini beliau berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah Institusi
Pengajian Tinggi Swasta.
Two wrongs doesn't make a right. Sepatutnya ahli akademik atau neo-akademik tidak perlu letak perenggan yang dimerahkan itu kerana itu bukan etika akademik. Masalahnya, awal-awal mengaku ilmiah (akademik) kemudian jatuh dalam lubuk yang sama.
Tak payah la komen PhD dan PM beliau selepas tu letak tag "bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak."
Tak payah la komen PhD dan PM beliau selepas tu letak tag "bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak."
6 comments:
"bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak"
..macam selalu dibaca dalam ruangan gosip artis saja :P
Satu budaya yang subur untuk mereka mereka yang juga memiliki 'PhD' dihati.
Tidak ditujukan kepada mana mana pihak (sarkastik).
Phd ka...tak de Phd ke....yang penting semua sama di sisi Tuhan. Itu semua pangkat dan gelaran duniawi.... so pandai pandai la bawak jgn sampai timbul riak..itu aje
"Sekali lagi penulis tegaskan, artikel ini merupakan kritikan dan bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak. Hal ini kerana, kritikan merupakan elemen penting bagi memastikan wacana (discourse) dalam disiplin ilmu itu terus berkembang subur."
ayat takut2 tu.. haha.. biasalah, dah kritik orang, kemudian nak orang terima kritikan (samada kritikannya membina atau syok sendiri) dia buat la justify yang kononnya berilmiah..
Bagusla, semua perasan bagus. Semua nak tunjuk pandai. Nak cari salah org memang la jumpe.
"Sekali lagi penulis tegaskan, artikel ini merupakan kritikan dan bukanlah untuk memalukan mana-mana pihak."
Lucu.
Saya tak dapat bayangkan kalau ayat yang sama ditulis dalam research paper atau journal atau tesis atau buku teks (sejarah contohnya) atau atau atau.
Memang terbaik dari ladang.
I wonder what does it say about the kind of teacher/lecturer we have these days, but I digress.
Post a Comment