Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Air show di Subang Skypark 27 November 2011
Sebenarnya Isa (yang bongsu) batuk dan isteri pun tak berapa sihat. Tapi mereka nak pergi juga (saya pun). Jadi redah juga. Bermalam di rumah adik perempuan di KL.
"Semangat kuat, badan tak lalu", kata saya kepada isteri.
"Kerana anak-anak...", jawab isteri. Perjalanan dari Tronoh ke KL dia muntah 2 kali dalam kereta. Maklumlah, 6 bulan mengandung.
Semasa mencari tiket masuk yang saya tak nampak kaunternya, saya bertanya kepada seorang lelaki.
"Assalamuallaikum, mana nak beli tiket?"
"Nak tiket? Nah saya ada extra 4 keping. Kaunter kat sana..."
Dapat tiket free. Jazakallah khair. Kat kaunter beli satu je lagi tiket RM5. Isa bawah 6 tahun masuk percuma.
Oleh kerana ada yang tak berapa sihat, kami habiskan masa sejam setengah je di situ. Overall, tak berapa menarik sangat. Kapal terbang dan helikopter in display kurang 20 biji. Nasib baik ada daredevil show (one pilot) yang buat kita menganga tengok ke langit.

Ismail
Err..
Isa
Monday, November 28, 2011
Ulasan: BATHORY Blood Fire Death (1988)
Odens Ride Over Nordland merupakan sebuah intro album paling berkesan
sepanjang zaman. Ia meremangkan bulu roma, menyebabkan kecut perut tetapi pada
masa yang sama menambahkan keinginan untuk kita mendengar selanjutnya (kesan
kepada pendengar sebegini, mungkin sudah tidak ada lagi – pupus). A Fine Day To
Die adalah lagu yang selayaknya menerima intro tersebut. Dimulakan dengan
petikan gitar akustik yang kemudiannya disergah dengan jeritan Quorthon bersama
riff gitar perang, ini adalah detik yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh
mereka yang mendengarnya buat pertama kali. Jika dibelek lirik album ini, sudah
pasti pendengarnya merasa diri berada di medan perang sekitar tahun 1700,
menghayun broad sword ke bahagian
tengkuk musuh. Bathory memulakan era Viking Metal dengan album ini (walaupun
masih ada serpihan satanic dalam beberapa buah lagu). Perjalanan album ini
kemudian menjadi pantas dengan kelajuan cahaya yang kemudiannya disambut dengan
lagu akhir Blood Fire Death yang sekali lagi menegakkan bulu roma. Gayanya
seperti lagu pertama. Cuma ini adalah
panggilan terakhir untuk ke medan perang. Hari ini adalah hari yang baik untuk
berjuang bersama darah, api dan kematian!
Sunday, November 27, 2011
KARISMA Disember 2012 dan saya
Yang diBOLD itu adalah artikel yang saya tulis.
KARISMA EDISI 19 AKAN BERADA DI PASARAN PADA 1 DISEMBER 2011.
TRIVIA & INTERVIU EKSKLUSIF SEARCH "FENOMENA 30 TAHUN!!!"
INTERVIU:
•METALLICA
•ABOMINOQ
•AU REVOIR
•PANIC DISORDER
•VISITANT
•DAARCHLEA
ENGLISH SECTION:
•ORPHANED LAND
•RUDRA
HISTOGRAFI KLASIK:
•MEMENTO MORI
DISKOGRAFI:
•CARCASS
BESI PANAZ :
•MUZIK UNDERGROUND PUN PERLUKAN PUBLISITI
KOMENTARI METAL:
•KEDERAT ATAU CGI??
AUDIO VIDEO:
•TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON (2011)
DOKTOR GITAR:
•JANTUNG GITAR DAN RAHSIANYA (bahagian 3)
GILA GADJET:
•Atari Arcade iPad Joystick
•Shogun Chameleon X-1 3 in 1
•Black Widow DSLR holster
•IRIScan Anywhere 2
•Bracketron Dual USB chargerr
•Sony S Tablet
• Light Pick LED guitar pick
•Soul by Ludacris SL300 headphone
REVIEW KONSERT/GIG:
•ROTTREVORE DEATHFEST 2011
•DESTRUCTION LIVE IN SINGAPORE
•WHITESNAKE LIVE IN KL
•Rock In Solo-Heritage Metal Fest 2011
•KONSERT 2 RAKSASA
•MONSTER OF METAL
•ROCKAWAY FESTIVAL 2011
POSTER:
•SOFEA 2011
•SEARCH 2011
PERADUAN:
•4 KEPING TIKET KONSERT FENOMENA 30 TAHUN SEARCH
•4 KEPING ALBUM METALLICA "LULU"
•4 KEPING ALBUM NIRVANA "NEVERMIND" BESERTA T-SHIRT

Saturday, November 26, 2011
Ulasan: BATHORY Under The Sign Of The Black Mark (1987)
Dengan lahirnya album ini, bermakna Bathory berjaya meloloskan diri
dari dikaitkan dengan Venom. Bahkan menjauhkan diri dari Motorhead dan GBH.
Bathory secara rasminya telah berjaya menobatkan dirinya sebagai sebuah band
yang benar original dan tidak sekadar menggunakan imej satanic yang sekian lama
ditempelkan oleh band NWOBHM dan riff guitar minimalis band punk. Kegerunan
pada Metal diolah kembali dengan riff yang lebih perlahan seperti dalam lagu Enter
The Eternal Fire, Woman of Dark Desires, 13 Candles dan Call From the Graves
yang impaknya mungkin lebih hebat dari apa-apa saja lagu yang dikutip dari dua
album sebelumnya. Mungkin tiga lagu ini adalah tidak disengajakan (mungkin
filler pada standard Bathory) kerana lagu-lagu yang lainnya adalah pantas namun
keempat-empat lagu ini membuka lembaran baru dalam muzik Black Metal. Mesejnya
adalah jelas – anda tidak perlu membuat kelajuan drift untuk mendapatkan impak
Black Metal. Bathory kini berjaya berdiri di atas kaki sendiri dan mula
mengorak langkah sebagai satu kuasa baru dunia ekstrim Metal.
Thursday, November 24, 2011
Final Year Project di UTP Part 1
... atau FYP di UTP adalah bersamaan dengan Projek Tahun Akhir di IPT yang lain. Nama mungkin berbeza tetapi matlamatnya sama. Ianya adalah pengenalan kepada kerja penyelidikan yang berjalan selama 2 semester.
Saya sudah menjadi penyelia (supervisor) kepada lebih dari 10 orang pelajar untuk FYP. Secara umumnya saya boleh gredkan kualiti FYP mereka ini kepada outstanding, average dan below average. Mungkin bukan semuanya adalah salah mereka. Saya sebagai penyelia patut menyelia dengan lebih baik.
Apapun, FYP banyak bergantung kepada inisiatif pelajar sendiri. FYP tiada kuliah yang perlu dihadiri, tiada ujian, tiada peperiksaan seperti subjek yang lain. Selain dari berjumpa dengan penyelia untuk berbincang, masa yang lain mereka adalah bebas untuk menjalankan projek berkenaan.
Ia juga berbeza dengan assignment kerana assignment lebih mudah, pendek dan tidak menyeluruh. Assignment juga biasanya hanya melingkupi persoalan-persoalan di dalam buku teks saja.
Sebaliknya FYP biasanya mendasar kepada kerja penyelidikan yang baru - atau sekurang-kurangnya bukan datangya dari buku teks secara direct. Dan biasanya ia mempunyai elemen "originality" dan "contribution to scientific/engineering community" - walaupun sedikit - sekurang-kurangnya pelajar merasakan bahawa elemen tersebut ada bukan sekadar assignment buku teks (walaupun sebenarnya di dalam komuniti scientific/engineering ia tidaklah original dan ada contribution sangat).
Ini adalah elemen yang sangat penting untuk pelajar kerana ia melatih pelajar untuk bersikap kritis terhadap komponen scientific/engineering; bukan sekadar menelan. Ini akan membantu mereka apabila mereka bekerja di luar nanti. Bukan tajuk FYP itu yang akan membantu - tetapi disiplin yang dipelajari/dilalui ketika menjalankan penyelidikan tersebut.
Akan ada dua persepsi yang timbul dari hal ini. Ia akan menarik minat ataupun ia akan dilihat sebagai beban besar. Yang pertama akan mendorong pelajar menghasilkan FYP yang outstanding. Yang akhir akan mendorong pelajar menghasilkan FYP yang below average. Pertengahannya ialah FYP yang average.
FYP juga sangat membantu pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran kepada MSc dan PhD. Jika mereka menuruti disiplin yang betul ketika FYP; maka masa terpinga-pinga apabila mereka memulakan MSc dan PhD dapat dikurangkan.
Seorang pelajar FYP saya sekarang sudah menjadi pelajar MSc saya. Lagi seorang akan register selepas beliau selesai dengan masalah visa dan hal keluarga beliau di sebuah negara di Afrika. Mereka berdua menjalankan kerja FYP yang outstanding.
Seorang pelajar FYP yang lain pula yang tidak mengikuti disiplin yang sepatutnya, menjadi cerita iktibar kepada pelajar FYP sekarang ini supaya kesilapan beliau jangan diulang. Sudah tentu nama beliau dirahsiakan. Saya bukan mengaibkan tetapi mengambil iktibar dari perjalanan FYP beliau.
Point saya ialah - FYP bukan sekadar satu subjek yang lain di dalam silabus pembelajaran mendapatkan ijazah sarjana muda. Ianya lebih dari itu.
Saya akan bincangkan lagi. Tunggu.

Wednesday, November 23, 2011
Saya memerlukan calon MSc by research
Kepada yang berkenaan,
Saya memerlukan calon MSc by research (sepenuh masa) untuk topik berikut:
1. The effect of UV to FRP member in the offshore environment.
2. FRP member wear and tear in the offshore environment.
Skim bantuan Graduate Assistantship (elaun bulanan dan yuran tahunan akan dibayar) boleh dipohon (dan biasanya mudah lulus asalkan anda layak). Untuk maklumat lanjut, sila layari SINI.
Jika ada yang berminat, sila email CV anda kepada saya di ibrisam_akbar at petronas dot com dot my.
Saya mahukan calon warganegara Malaysia. Kenapa? Klik SINI.

Tuesday, November 22, 2011
Kinokuniya invasion
Takde la invasion sangat walaupun nafsu tinggi. Poket tak berapa dalam. Banyak lagi buku dalam Kino tu sekadar belek-belek saja. Buku Tony Iommi pun ada tapi sebab dah baca Ozzy, boleh tangguh dulu buku tu.
Ulasan apabila buku habis dibaca.
1001 Movies You Must See Before You Die (2011 edition)
Film lovers seeking critical guidance more discerning than daily newspaper reviews but less daunting than scholarly journal articles depend on a handful of critics who write about rarefied films for a general audience. 1001 Movies You Must See before You Die puts a user-friendly mask on the serious thought animating its effort to create a roster of indispensable films and rather belies the erudition of its well-qualified contributors. The chosen 1,001 are chronologically listed, from the surreal sf short A Trip to the Moon (1902) to Russian Ark and chicago (both 2002). This list has been compiled with an eye to historical importance and popular acclaim, which explains the presence of such critically suspect crowd-pleasers as Saturday Night Fever, Top Gun, and E.T. Since Chantal Akerman's nearly four-hour Jeanne Dielman and the Czech psychedelic farce Sedmikrasky (Daisies) also appear, it can't, however, be accused of pandering to popular taste. Attractive design, incorporating stills from most chosen titles, makes the volume a browser's delight as well as a useful guide for casual viewers and film buffs alike. Gordon Flagg
Copyright © American Library Association. All rights reserved
Crazy Train: The High Life And Tragic Death Of Randy Rhoads
Randall Rhoads, born in California in 1956 and cut down in his prime at the age of only 26, has been an immense influence on a whole generation of musicians in rock and metal. He first came to international prominence in 1979, when he was recruited from the cult metal band Quiet Riot to play with Ozzy Osbourne, who had been fired from Black Sabbath for his drink and drug addictions and was in urgent need of a co-writer to kickstart a solo career. How and why Ozzy and Randy went on to find enormous success is one of the key themes of "Crazy Train", named after the first and most famous Osbourne/Rhoads co-composition. It was Randy's pioneering combination of neo-classical soloing, catchy riffage and unforgettable songwriting which propelled Ozzy to stardom in his own right - even after thousands of Black Sabbath fans had written him off. The two albums which Randy recorded with Quiet Riot and the two with Ozzy showcase the young guitarist's immense ability, although the full extent of his talent may never have been revealed. In 1982 he died in an air crash, the victim of the pilot's cocaine-influenced misjudgment. The parallels between "Crazy Train" and the author's best-selling "To Live Is To Die: The Life And Death Of Cliff Burton" (Jawbone 2009) are intentional and obvious. Both books deal with a musical prodigy who died tragically in his mid-20s; both men have a vast following and a profile which has risen and risen in the years since their deaths; and both men have a large coterie of friends, family and associates prepared to tell their stories for the very first time.
Appetite for Destruction: Legendary Encounters with Mick Wall
Whether it's hanging around with Marillion's Fish or talking through old times with Led Zeppelin's Jimmy Page, there isn't a rock luminary that journalist Mick Wall hasn't dealt with over the last 30+ years. "Appetite for Destruction" gathers together Wall's writings from Kerrang!, with profiles on Metallica, Guns N' Roses, and other heavy hitters. It also features new introductions to all the pieces, written with the benefit of 20 years' hindsight.

Monday, November 21, 2011
Ulasan: ANTHRAX Fistful of Metal (1984)
Anthrax bermula dengan humble.Album ini tidaklah sehebat Kill Em All ataupun Show No Mercy. Ia sekadar album yang menggodek tombol-tombol muzik Heavy Metal yang sedang cuba menjadi lebih pantas pada ketika itu. Melodi dan strukturnya masih menggunakan acuan idola mereka. Menyalahkan vokal Neil Turbin mungkin kurang tepat kerana vokal beliau tidak kurang hebatnya dibandingkan dengan vokalis band seangkatan dengan Anthrax ketika itu. Masalahnya, kehadiran beliau di dalam Anthrax ada kesan besar kerana beliau aktif dalam pembikinan lagu, mungkin secara indirect. Apapun, album pertama ini kemas strukturnya dan konstan dari segi kualiti lagu walaupun dari segi originaliti yang sangat diperlukan zaman itu belum menyerlah sangat. Dalam banyak-banyak lagu di dalam album ini, cuma lagu Metal Thrashing Mad saja yang paling lama bertahan dalam live show Anthrax. Bahkan lagu tema yang bertajuk Anthrax sendiri pun agak asing bagi peminat Anthrax sendiri. Ini tanda rombakan perlu dilakukan. Dan itulah yang berlaku sebaik saja selesai rakaman album ini.
Sunday, November 20, 2011
Graduasi Pasti
Tahniah kepada Sumaiyyah kerana telah graduate. Untuk Isa pula, ada dua tahun lagi. All the best!
Isa test power lagu nasyid
Sumaiyyah suara emas mahal (tak keluar suara)
Maafkan Bapak tak dapat hadir kerana bagi kuliah waktu tu.
Ulasan: BATHORY The Return (1985)
Album kedua sekadar menyambung apa yang telah dibuat sebelumnya.
Produksinya mungkin lebih baik sedikit tetapi aura dan suasana yang menyelubungi
album ini saling tidak tumpah dengan yang pertama. Pada ketika ini, tuduhan
klon Venom semakin kuat menekan sedangkan yang member inspirasi adalah
Motorhead dan band punk GBH. Untuk
menambahkan elemen misteri pada album ini (niat sebenar adalah bertindak nakal
– sesuai dengan umur remaja Quorthon ketika itu), tajuk lagu tidak disertakan.
Sebaliknya diletak sebuah sajak yang mana tajuk lagu-lagu di dalam album ini
disembunyikan. Dua album primitive ini adalah permulaan kepada masa hadapan
yang lebih menarik.
Saturday, November 19, 2011
Ulasan: BATHORY s/t (1984)
Dunia dikejutkan dengan kejahatan baru dari Sweden. Ia dirasakan
seperti satu klon Venom yang telah mencipta terma Black Metal. Serupa tetapi
tidak sama (muziknya, Bathory lebih cenderung kepada Motorhead). Tatkala Venom
lebih popular dan tiada masalah untuk menzahirkan diri, Bathory lebih
menyendiri. Namun impaknya hampir sama dengan Venom, malah mungkin lebih dari
itu disebabkan aura misteri yang menyelubungi album ini. Venom sendiri sedang
menghadapi kejatuhan populariti selepas kejayaan album Black Metal dan Welcome
To Hell. Walaupun tiada pembaharuan di dalam muzik tetapi album ini berjaya
menarik minat mereka yang telah sedia untuk menerima muzik ekstrim dengan
konsep kegelapan. Malah boleh dikatakan
bahawa album ini adalah titik tolak kepada pergerakan Black Metal global
disebabkan imej misantropik dan misteri yang menyelubungi Bathory ketika itu.
Primitif, minimalis dan jahat – resipi yang sama diikuti oleh band prodigy
mereka di zaman teknologi yang serba canggih sekarang ini. Itulah penangan
Quorthon ketika berusia 17 tahun bersama komrad yang berumur setahun lebih tua
dari beliau.
Friday, November 18, 2011
Kepelbagaian dalam penyelidikan
Zaman sekarang, kepelbagaian adalah lumrah.
Telefon bimbit bukan sekadar alat komunikasi. Ia juga adalah komputer mini, organizer, kamera mini dan alat menonton siaran TV. Mungkin lebih banyak dari itu.
Begitu juga dengan ahli akademik. Tugas hakiki mereka bukan sekadar memberi kuliah. Mereka juga harus menjadi penyelidik, konsultan, salesman, pengurus dan lain-lain lagi. Mungkin jika mereka 100% mengkaji, lebih cepat protege Isaac Newton, Johannes Kepler dan Albert Einstein (yang beriman) akan muncul dari kawasan kita. Yang kita tidak mahu ialah Charles Darwin.
Apapun, zaman ini mahu atau tidak, kepelbagaian adalah satu norma. Dalam penyelidikan, ahli akademik akan lumpuh jika beliau sekadar duduk dalam pengkhususan beliau saja.
Di USA, National Science Foundation agensi kerajaan yang memperuntukkan wang untuk kajian hampir sudah tidak ada peruntukan kepada bidang kajian yang 100% Civil Engineering. Jika ada pun, terlampau kecil.
Di UTP juga, pengkhususan kajian yang menjadi fokus juga bukan semua ahli akademiknya mempunyai latarbelakang yang sama dengan fokus tersebut. Oleht sebab itu, ahli akademik perlu mempelbagaikan penyelidikan supaya sentiasa relevan dengan keadaan semasa.
Sebab itu sekarang saya sedang membelek istilah safety climate yang disebut-sebut oleh Dr Fakir Fikir. Mungkin istilah Psychology Engineering pula akan menjadi satu norma di Malaysia satu hari nanti.

Thursday, November 17, 2011
Kesibukan ahli akademik
Dua sahabat saya, Dr. Fakir Fikir (UM) dan Dr. Airil (UTM) secara direct dan indirectly memberi semangat kepada saya untuk menghalakan dengan betul arah tuju saya. Sebenarnya ramai lagi, cuma mereka berdua ini lebih mudah untuk diikuti perkembangan mereka kerana mereka juga adalah blogger. Saya mendapat banyak manfaat dari mereka.
Kerajaan kita sudah memulakan transformasi. Suka atau tidak, ia memberi kesan kepada ahli akademik. Ini menyebabkan kesibukan. Jika tidak sibuk, anda akan terlepas kapal.
Apabila ada peluang, saya selalu katakan kepada pelajar UTP yang berwarganegara Malaysia, jika anda tidak ambil peluang buat research untuk MSc dan PhD di IPTA/IPTS, ia akan disambar oleh pelajar luar negara yang majoritinya akan kembali ke negara asal dan tidak menyumbang kembali kepada negara kita. Kebanyakan IPT menyediakan elaun bulanan (dan fee waiver) jika MSc dibuat dengan reserach. Begitu juga dengan PhD. Lubang-lubang ini banyak dan tidak kedapatan di negara lain (yang mungkin lebih kompetetif). Sebab itu ramai pelajar luar membanjiri negara kita sekarang ini untuk peluang buat MSc dan PhD, DIBAYAR.
Untuk MSc, anda akan korbankan masa 1.5 hingga 2 tahun. Untuk PhD, 3-4 tahun. Anda boleh buat analisis feasibility mengenai keuntungannya jika dibandingkan dengan bekerja terus selepas ijazah pertama. Dalam sebuah contoh kerja dalam buku Engineering Economy 15th Edition (author: Sullivan), jika diambil kira hingga umur pencen (60 tahun), memang korbankan masa untuk MSc atau PhD lebih baik dari segi perolehan wang. Itu belum mengambil kira yang anda DIBAYAR untuk menyiapkan MSc dan PhD (by research).
Oleh itu, silalah apply. DI SINI Peluang terbuka luas.
Dua Geran penyelidikan saya telah approve bejumlah RM300K dan dengan geran ini 3 calon MSc akan dibayar untuk menyiapkan kerja research mereka (permohononan ditutup kerana saya sudah mempunyai calon yang sesuai). Mereka akan dibiayai selama2 tahun.
Bekas supervisor saya di Australia juga telah menjemput saya untuk menulis satu bab buku mengenai penggunaan FRP. Saya bersetuju.
Petronas juga sekarang begitu rapat dengan UTP untuk melakukan penyelidikan. Berbeza dengan beberapa tahun lepas. Isnin depan saya akan KLCC untuk round-table discussion mengenai satu prospek projek bersama Petronas dan industri.
Saya juga perlu memikirkan beberapa buah karya teknikal yang perlu diselesaikan yang sudah lama tergantung.
Juga dua course yang perlu dikuliahkan untuk semester depan. Tambah kepada MSc in Offshore Structures (by taught course) yang sekarang sedang saya lead untuk ditawarkan akhir tahun depan. Oh ya, juga student exchange program antara Lehigh University dan UTP yang juga saya lead.
Jika dikumpulkan semua dalam kepala, memang akan jadi skrin biru. Jammed.
Ini kesibukan berganda. Tetapi lebih baik dari tidak buat apa-apa.
Tiada lagi istilah Prof kangkung di Malaysia, insyaAllah.

Wednesday, November 16, 2011
PROTOTYPE Announces New Album Title, Track Listing
PROTOTYPE ni memang truly band yang underrated. Album Trinity mereka memang superb! One of the best prog-Metal album. Malah, mereka adalah antara the best prog-Metal band in the world.3
Selepas 5 tahun album Continuum (rebiu akan muncul nanti) baru la nak rilis album ketiga. Takpe. Back kata iklan EXODUS Pleasure of the Flesh zaman dulu, THE WAIT IS OVER!
------------------------------
Los Angeles-based progressive/aggressive metal band PROTOTYPE will release its third full-length album, "Catalyst", in early 2012 via Nightmare Records. Nearly two years in the making, the CD is a science-fiction-themed concept album featuring 12 tracks and over 60 minutes of all new music. The effort was produced by PROTOTYPE and is currently being mixed by Neil Kernon.
"Catalyst" will be mastered by Alan Douches and artwork will once again be created by Travis Smith.
PROTOTYPE's last album, "Continuum", was released in 2006 and featured the song "The Way It Ends", which appeared in the best-selling music video game of all time "Guitar Hero III: Legends of Rock".
"Catalyst" track listing:
01. Inceptum
02. Catalyst
03. Cynic Dreams
04. The Chosen Ones
05. Illuminatum
06. My Own Deception
07. Into Oblivion
08. Impetus
09. Gravity Well
10. The Ageless Heart Of Memory
11. Exiled
12. Communion
PROTOTYPE is:
Vince Levalois - Vocals/Guitar
Kragen Lum - Guitar
Kirk Scherer - Bass
Pat Magrath - Drums

Tuesday, November 15, 2011
Diskografi SLAYER
Seperti yang disiarkan dalam majalah KARISMA September 2011
------------
Kulit album Live Undead pada kacamata saya ketika saya berumur 13 tahun begitu menarik perhatian. Ia menggambarkan zombie di tanah perkuburan memegang gitar dan drum. Ianya tidaklah menyeramkan tetapi nampa ganas. Adrenalin saya membuak hanya sekadar dengan melihat kulit album ini. Bayangkan jika mendengarnya! RM3 bertukar tangan dan kaset cetak rompak ini menjadi milik saya.
Slayer adalah satu fenomena Metal. Sekuat mana fenomena ini menyelebungi USA, sebanyak itu jugalah ia menghantui Malaysia. Lagu-lagu mereka menjadi saduran terpenting bagi setiap band lepas sekolah. Beberapa band lepas sekolah yang saya kenal ketika itu (sekitar 1988) memainkan lagu-lagu Slayer di studio SYJ. Warhead, yang dianggotai oleh gitaris Sil Khannaz sekarang, Dark-E memainkan lagu South Of Heaven dengan persamaan lenggok dan hentakan drum yang sangat detail sehingga menaikkan bulu roma tengkuk. Scum pula memainkan beberapa lagu dari album Live Undead ini; Black Magic dan The Antichrist tidak dilupa lagu Mandatory Suicide dari albm South Of Heaven, dengan aura yang sahih Slayerized. Dan saya percaya, dimana-mana pun band lepas sekolah ini wujud di merata Malaysia, lagu-lagu dari band ini menjadi satu silabus yang perlu dimahiri dan dikhatamkan sebelum mengiktiraf bahawa band lepas sekolah ini mencapai status band Thrash Metal.
Pilih saja mana-mana album Slayer, dan sudah pasti tetap ada yang menjadi influence kepada band Metal sekarang. Jika tidak, mana mungkin anda mengatakan band anda ekstrim?
Show No Mercy (1983)
Walaupun Metallica dimaklumi ramai sebagai pelopor muzik Thrash Metal tetapi ia lebih kepada kelajuan permainan. Slayer mengambil iktibar ini dan menambah lagi satu perisa penting yang mencorakkan muzik ekstrim Metal masa hadapan, ganas dan brutal. Disebalik kekurangan kualiti album ini disebabkan bajet yang rendah, tetapi ia menjadi album paling laku dalam sejarah syarikat rakaman, Metal Blade. Intonasi album ini satu dimensi, hala tuju yang fokus tanpa perlu apa-apa variasi kerana pada masa itu memang tiada variasi yang wujud pun. Andaikata kalau ada pun, ia dalam cakupan sebuah band dan bukan album. Metallica dengan fokusnya yang tersendiri, begitu juga dengan Exodus mahupun Testament yang mana masing-masing berjaya dengannya. Album ini fokus pada muzik Thrash Metal dengan belitan lirik satanic - semata-mata untuk menarik perhatian peminat Metal ketika itu. Ini adalah kombinasi yang mengejutkan ketika mana subjek sebegini dimainkan dengan berhati-hati bukan seperti sekarang. Ternyata ia berjaya dan melonjakkan nama Slayer beberapa tingkat ke atas, hatta menyebabkan Metallica sendiri berasa terancam walaupun sedia maklum ini bukanlah acuan sebenar Slayer kerana masih terdapat kesan dan pengaruh dari idola mereka seperti Iron Maiden dan Judas Priest seperti di dalam lagu Metal Storm/Face The Slayer, Tormentor, The Final Command dan Crionics. Namun, The Antichrist, Die By The Swords dan Black Magic yang lebih tulen acuannya tetap menjadi lagu evergreen sepanjang zaman kepada peminatnya yang melangkau jarak spektrum muzik yang pelbagai.
Hell Awaits (1985)
Jualan yang mencecah 40,000 unit untuk album Show No Mercy memberi semangat untuk kepala Metal Blade, Brian Slager untuk mengeluarkan duit sendiri meriliskan album kedua Slayer, Hell Awaits. Seolah-olah mengetahui kelemahan Show No Mercy pada bahagian originaliti, Slayer memperbaiki tempang dan lubang untuk album ini. Pada perspektif muzik, ia lebih fokus, mengorak kepada acuan Slayer yang lebih konsisten, menghilangkan debu-debu idola muzik yang jelas kedengaran pada album sebelumnya. Eksperimentasi dengan subjek satanic yang berjaya pada album sebelumnya memberi inspirasi kepada Slayer untuk menambahkan lagi elemen tersebut untuk album ini. Kesannya hebat. Sesiapa yang mendengar lagu Hell Awaits untuk pertama kali pasti akan meremang bulu roma mendengar intronya. Kraf termolo Hanneman/King pada intro lagu tersebut meremangkan bulu roma, ditambah dengan bisikan terbalik - menaikkan satu tangga lebih untuk definisi audio-horror. Walaupun begitu, album ini kurang lemak produksinya walaupun perbelanjaan yang dikeluarkan lebih dari sebelumnya. Drum Lombardo mendap dengan sound hi-hat dan cymbals yang pecah bunyinya. Namun album ini juga membuktikan Araya; andaikata beliau tidak meminati dan tidak bersama dengan Slayer, beliau mempunyai masa hadapan yang cerah sebagai penyanyi rap - lajunya beliau menyebut bait lirik dalam lagu Hell Awaitsdan Kill Again.
Reign In Blood (1986)
Reign In Blood letaknya setanding dengan album Black Sabbath yang pertama, Kill Em All (Metallica); hatta Thriller (Michael Jackson) disebabkan genre-bending yang terkandung di dalamnya. Reign In Blood memberikan muka baru kepada muzik Thrash Metal - ia meletakkan papan tanda maut sebagai amaran. Peliknya, semua ini dikarang bersama dengan tunjuk ajar Rick Rubin, yang lebih dikenali sebagai produser rap/hip hop Beastie Boys dan Run DMC. Formula Rubin ialah pendek dan tepat pada dahi, tiada lagu asal boleh, tiada lagu yang mengganggu perjalanan yang lajunya 200km/jam. Dan ia harus dilakukan dengan precision seorang tukang buat jam, tiada kesalahan walau sekecil manapun yang dibenarkan. Kelajuannya membunuh dan mesejnya mengerikan - menggabungkan kejahatan manusia (Angel Of Death) dan musuh manusia paling utama, syaitan (Altars Of Sacrifice) sebagai punca kerosakan di muka bumi - sesuatu yang tidak pernah diutarakan dengan efektif sebelumnya, namun Slayer berjaya. Selamanya album ini akan tersimpan di dalam khazanah muzik Metal sebagai album yang paling kejam dan membunuh yang setakat ini tiada saingan terdekat.
South Of Heaven (1988)
Dua tahun selepas dunia dikejutkan dengan album Reign In Blood, Slayer kembali dengan album South Of Heaven. Menyedari akan status Reign In Blood yang sama taraf dengan filem The Silence Of The Lamb dalam kategori thriller, Slayer merasakan adalah lebih baik untuk membiarkan Reign In Blood begitu saja - tidak perlu disentuh apatah lagi untuk ditiru kerana mereka faham ianya tidak akan berjaya mengganggu status yang telah ada. Sebaliknya Slayer berpaling 180 darjah. South Of Heaven diperlahankan hampir separuh kelajuannya. Tatkala, Reign In Blood dikenali dengan kelajuan yang membunuh, South Of Heaven lebih bermelodi dan memberikan perhatian yang lebih kepada suasana seram di waktu malam. Lagu South Of Heaven sendiri dimulakan dengan petikan gitar berhantu yang kemudiannya disambut oleh ledakan drum Lombardo yang menggegarkan jiwa. Ghosts of War pula menceritakan tentang natijah dari peperangan di tengah album sementara Spill The Blood menjadi penutup yang mengingatkan kita kepada janji syaitan terhadap manusia - iaitulah kemusnahan. South Of Heaven sudah tentu tidak dapat menandingi Reign in Blood tetapi ia berdiri di atas puncaknya yang tersendiri.
Seasons In The Abyss (1990)
Saya fikir, Rick Rubin berjaya lagi dengan album Seasons In The Abyss. Beliau berjaya menyucuk Slayer untuk menjadikan album ini sebagai gabungan album Reign In Blood dan South Of Heaven. Dari segi aura produksinya, ia agak raw yang menyerupai Reign In Blood tetapi feelnya seolah-olah South Of Heaven. Dari segi halaju, ianya adalah gabungan kedua-dua album tersebut. Lagu terpantas mungkin War Ensemble dan paling perlahan mungkin Dead Skin Mask namun keduanya tidak menyerupai kepantasan dan perlahannya Angel Of Death dan Spill The Blood. Yang menarik, mungkin Expendable Youth yang kedengaran agak komersil - seolah-olah mahu memikat pendengar di luar sana yang lebih ramai - namun itu semata-mata tanggapan saya. Yang nyata ini adalah album terakhir Slayer yang 100% Metal. Mungkin sepanjang rakaman album-album yang ada, Slayer agak segan untuk menunjukkan pengaruh punk yang sebenarnya mendalam di jiwa mereka.
Divine Intervention (1994)
Dua perkara penting yang berlaku dalam album Divine Intervention. Pertama; Paul Bostaph masuk menggantikan Dave Lombardo pada posisi drum. Kedua; kali ini Slayer tidak lagi segan untuk menunjukkan pengaruh punk mereka secara terang-terangan di dalam sebuah album. Paul Bostaph, walaupun tidak sehebat Dave Lombardo dari pengaruh tetapi dari segi skil teknikal mempunyai kemampuan yang setanding malah dalam beberapa tempat, mempunyai kekuatan tersendiri yang memisahkan beliau dari Lombardo. Pengaruh punk yang ditunjukkan dalam album ini begitu menyerlah, contohnya, riffs gitar yang digunakan straight-forward walaupun bunyinya Metal tetapi feelnya begitu punk. Samalah seperti vokal Tom Araya yang lebih keras. Subjek yang ditulis juga dipelbagaikan lebih dari album Seasons In The Abyss. Jika dahulunya Slayer dikenali dengan tema horror, sekarang thriller. Semua perubahan ini juga adalah dengan bantuan produser Rick Rubin yang sememangnya dikenali sebagai produser yang banyak menekankan apa-potensi-yang-kamu-ada dicampur dengan buat-yang-terbaik. Album ini menyisihkan Slayer dari laluan yang biasa digunakan dan ini membuka paradigm-shift kepada peminatnya menyusuri Slayer ke lembah yang belum diterokai sebelum ini.
Undisputed Attitude (1996)
Bagi mereka yang masih meragui ke-punk-an Slayer, nampaknya album ini menjelaskan segala-galanya dengan sejelas-jelasnya. Sebuah album cover yang mana Slayer memainkan lagu-lagu dari band punk sahaja. Tidaklah Slayer pernah merilis album cover yang Metal. Dan ini menguatkan keyakinan mereka bahawa Slayer sememangnya band punk bertopengkan Metal dan ini akan diteruskan untuk album-album selepasnya. Tumbukan punk yang keras dicampur dengan keganasan kemas sonik Metal = kombinasi muzik ekstrim terbaik. Ini kemudiannya diaplikasikan oleh band Black Metal di kemudian hari bermula dengan album Darkthrone - The Cult Is Alive. Slayer seolah-olah memperbaiki dua genre tersebut: kelonggaran muzikal punk diperkemaskan sedangkan melodi Metal yang selalu meleweh, dipertajamkan. Mungkin untuk mengumpan peminat mereka yang Metal 100%, lagu original Gemini yang diselitkan bersama di dalam album ini memang 100% Metal bunyinya.
Diabolus In Musica (1998)
Setelah memberikan segala yang tersemat di dalam jiwa masing-masing, sudah tibanya untuk Slayer bereksperimentasi. Metal yang pernah menyucuk jiwa, diluahkan dalam 5 album pertama. 2 album sebelumnya menatijahkan pengaruh punk. Apa seterusnya? Sudah tentu eksperimentasi. Ini diakui oleh Jeff Hanneman sendiri. Ini dapat didengar sendiri - tetapi kita perlu peka ketika mendengarnya. Muziknya memang ada perubahan. Riffs yang seperti tumbukan tepat ke muka agak berkurangan. Ia diganti dengan intermission di dalam lagu dengan sekuens yang agak eksperimental sebagai contoh di dalam lagu Death's Head. Riffs yang longgar juga dapat didengar di dalam lagu Stain Of Mind, Desire dan Overt Mind pada permulaan lagu. Seperti yang dikatakan tadi - perubahan ini agak kurang jelas lonjakannya jika dituruti dari album sebelumnya. Masalahnya? Rick Rubin masih menjadi produser. Ya, walau sehebat mana produsernya, apabila sudah terlampau lama di tampuk pemerintahan maka kesesakan dan kebuntuan pasti akan terjadi. Peminat merasainya. Mujur Slayer pun begitu. Rick Rubin harus ditukar.
God Hates Us All (2001)
Rick Rubin sudah meninggalkan kerja produksi Slayer selepas 6 album. Ini memberi ruang kepada Slayer untuk mengimbas kembali pencapaian dan kejatuhan yang telah berlaku. Satu yang mungkin terserlah ialah untuk beberapa album sebelum ini, elemen ganas Metal mereka hampir-hampir ditinggalkan dan diganti dengan mesej politikal punk. Jadi, kerja pertama mereka ialah memilih tema yang lebih Metal, yang lebih sesuai dengan propaganda Metal - tajuk album. God Hate Us All dijadikan tajuk album dan ini memang sesuai sangat dengan kehendak Slayer. Namun begitu, jika ada peminat Slayer yang masih mengharapkan Slayer dengan imej 100%, pasti akan kecewa. Bolehlah dikatakan kepada mereka untuk berhenti berharap kerana ia tidak akan berlaku - kepastian yang mutlak. Walaupun begitu ada sesuatu yang perlu dilakukan oleh Slayer kerana secara asasnya album ini tidak cuba untuk menjarakkan dari album sebelumnya. Album ini seolah menambahkan sesudu garam lebih. Mungkin yang perlu dilakukan ialah menambah perisa baru dalam bentuk oregano ataupun lada sulah untuk menarik rasa yang sedikit berbeza. Dan ini akan dilakukan oleh Slayer pada album berikutnya.
Christ Illussion (2006)
Siapa pun tidak akan menafikan keupayaan Paul Bostaph sebagai drummer Slayer yang mantap teknikal dan padu hentakannya. Tetapi pada masa yang sama, tiada pengganti kepada Dave Lombardo di dalam Slayer. Kembalinya Dave Lombardo kedalam Slayer di dalam album ini disambut dengan produksi yang lebih punkish. Kering dan tajam menyucuk ke gegendang telinga. Pada pendengaran saya ia mengingatkan kepada produksi Seasons In The Abyss. Lukisan kulit album juga lari dari zaman Paul Bostaph dan kembali kepada zaman yang sebelumnya (pelukis yang sama untuk Reign in Blood, South Of Heaven dan Seasons In The Abyss) menandakan bab baru telah dibuka. Muziknya walaupun mempunyai elemen punk yang kuat, sebenarnya tidaklah menyebabkan Slayer lari landasan asalnya (kerana memang Slayer dari dulu tidak menafikan pengaruh punk dalam muzik mereka), cuma mungkin ia lebih ketara disebabkan produksi yang kering ini. Dan sudah tentu lagu bertajuk Jihad menjadi kontroversi kerana mengambil perspektif yang sama seperti lagu Angel Of Death. Saya berada di dalam moshpit semasa Slayer beraksi di Adelaide, Australia ketika lagu ini dimainkan. Apabila lagu ini dimainkan bersama dengan video imej yang mengiringi lagu inidi atas stage menyebabkan saya mengambil keputusan untuk keluar dari moshpit dan berdiri saja di sebelah kanan dewan. Ada ketikanya kita perlu berundur.
World Painted Blood (2009)
Sukacita dimaklumkan, album ini berada di atas Christ Illusion dalam banyak hal terutamanya komposisi lagu yang lebih berkualiti. Ini mungkin disebabkan strategi SLAYER yang berbeza dalam mencipta lagu, tidak lagi kumpul lagu cukup masuk studio, tetapi membentuk lagu di dalam studio. Ini menurut Kerry King (gitar) dapat mengelak lagu-lagu menjadi sama. Ada kritikan terhadap sound gitar yang kurang berat. Ini mungkin sengaja dilakukan kerana sifat asas album ini lebih punk dari Metal. Intonasi Metalnya banyak disalurkan oleh drumming Lombardo (double paddle, stroke menggila, ketepatan on-the-dot etc) dan jumlah riffs yang lebih dari 3 untuk setiap lagu; namun elemen punk dari riffs gitar Hanneman (terutamanya) dan vokal laju Araya mendominasi. Jadi tidak hairan album ini lebih sesuai dengan sound gitar yang kurang berat. Triplet gitar intro lagu mula (World Painted Blood) pun sudah cukup untuk menggerakkan kepala yang mendengarnya. Memang seductive and asyik (untuk yang memahami). Tanda lagu mula saja sudah cukup menandakan, ya, inilah album SLAYER yang dinanti-nantikan. Untuk yang skeptik, tidak perlu skeptik lagi. Kebanyakan komen negatif di forum-forum tentang album ini adalah datang dari remaja lepasan SPM (seperti yang berlaku di forum Metal Archive). Bahkan walaupun bagi mereka yang die-hard yang skeptic sendiri, masih sukar bagi mereka untuk mengatakan ini album, kurang keSLAYERannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)