Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, November 05, 2011

KOMENTARI METAL: Kisah dua Mike dalam Dream Theater

Seperti yang disiarkan dalam KARISMA Julai 2011

--------------


Mike Portnoy bersama John Petrucci adalah jantung dan darah Dream Theater (OK, John Myung mungkin ada share beliau yang tersendiri tetapi beliau ini terlampau senyap di dalam Dream Theater). Apabila Mike Portnoy mengumumkan pengunduran beliau dari Dream Theater pada September 2010, sudah tentu ia menjadi berita paling menggemparkan bagi peminat Dream Theater. Lebih mengejutkan, inisiatif Mike sebaik sahaja keluar dari Dream Theater ialah dengan menjadi drummer undangan band Avenged Sevenfold yang dari segi skil muziknya seperti langit dan bumi jika dibandingkan dengan Dream Theater yang dikatakan antara band progresif Metal paling berjaya di muka bumi ini.

Yang sebenarnya, kalau diperhatikan kembali sejarah Mike beberapa tahun kebelakangan ini, sememangnya beliau ada memberi penunjuk yang beliau semakin lemas dalam Dream Theater. Alasannya ialah beliau telah terlampau lama bersama Dream Theater semenjak awal penubuhannya lagi. Apa yang Mike mahukan ialah beberapa tahun rehat. Masalahnya, Mike mahukan keseluruhan Dream Theater berehat beberapa tahun sama seperti beliau. Sementara berehat itu, beliau mencadangkan agar yang lain-lainnya menceburi projek yang berlainan seperti yang Mike ceburi. Malangnya, hanya Mike saja yang berpendapat begitu sedangkan yang lain tidak. Kata dua diberi secara bawah sedar. Samada Mike bersama atau keluar dari Dream Theater dengan cara terhormat. Mike mengambil keputusan untuk keluar. Untuk beberapa lama berlaku tuduh menuduh antara Mike dengan Dream Theater. Masing-masing menuduh tidak memahami perasaan masing-masing.

Peminat Dream Theater berdikusi tentang peristiwa ini. Pelbagai pendapat telah diberi. Ada yang memahami dan yang tidak. Peminat Dream Theater memahami betapa perlunya Mike untuk ambil nafas sebentar setelah lebih 20 tahun bersama Dream Theater. Peminat Dream Theater juga faham kenapa Dream Theater perlu diteruskan tanpa Mike. Cuma yang tidak difahami, kenapa Avenged Sevenfold? Ia dilihat sebagai satu perbuatan Mike yang agak menyinggung perasaan peminat mereka yang mengenali Mike sebagai seorang yang adventurous dalam projek muzik beliau. Avenged Sevenfold pada pendapat mereka adalah pariah jika kita bercakap tentang skil muzik.

Dalam masa yang sama, satu misteri baru mula timbul. Jika Dream Theater mahu meneruskan perjalanan tanpa Mike, maka siapakah gerangan drummer yang paling sesuai mengambil posisi drummer yang merupakan posisi yang panas ini? Pelbagai spekulasi, khabar angin dan bisik-bisik berlaku antara peminatnya. Pelbagai nama telah dicadangkan.

Akhirnya Dream Theater menyenaraikan 7 nama sebagai calon: Aquiles Priester (umur 39 pernah bersama ANGRA, PAUL DI'ANNO), Peter Wildoer (umur 36 pernah bersama DARKANE), Marco Minnemann (umur 40 pernah bersama KREATOR, NECROPHAGIST, EPHEL DUATH, JOE SATRIANI), Virgil Donati (umur 52 pernah bersama PLANET X, SEVEN THE HARDWAY), Derek Roddy (umur 38 pernah bersama HATE ETERNAL, NILE, TODAY IS THE DAY), Mike Mangini (umur 48 pernah bersama STEVE VAI, EXTREME, ANNIHILATOR) dan  Thomas Lang (umur 43 pernah bersama JOHN WETTON, ROBERT FRIPP, GLENN HUGHES). Kesemua mereka ini mempunyai sejarah yang bernilai dalam profesion sebagai drummer. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing yang unik.

Untuk menambah perisa, sesi audition bersama drummer ini telah dirakamkan dan ditayangkan kepada umum – ala rancangan realiti. Bagi peminat muzik Metal ini merupakan sesuatu yang baru. Walaupun dilihat sebagai satu cara Dream Theater mendapatkan publisiti murahan namun satu yang tidak boleh dinafikan ialah audition ini memaparkan keadaan sebenar sesi audition untuk drummer professional. Ia ditayangkan ke seluruh dunia melalui youtube (kemudiannya akan dijadikan DVD bersama dengan album baru akan datang).

Ternyata dari tujuh, dua nama yang menyerlah: Marco Minnemann dan Mike Mangini. Aquiles melakukan beberapa kesilapan yang agak kritikal ketika audition. Derek Roddy pula memang salah band (beliau lebih kepada extreme Metal, bukan progresif), Thomas Lang dan Virgil Donati terlebih menambah perisa sendiri pada lagu-lagu asal Dream Theater yang secara amnya kurang disukai oleh Dream Theater. Peter Wildoer mempunyai peluang yang agak sama dengan Marco dan Mike Mangini tetapi ada sedikit kekurangan beliau yang lebih kritikal iaitu bagaimana diri Peter sendiri serasi dengan karisma dan personaliti Dream Theater yang nampak lebih professional.

Penyudahnya, Mike Mangini mendapat posisi tersebut. Dari segi teknikaliti, beliau dan Marco berada dalam status yang sama. Sepertimana Peter, Marco kecundang pada lubang yang sama. Marco mempunyai personaliti yang lebih bersahaja sepertimana Nicko McBrain (Iron Maiden) yang kurang serasi dengan Dream Theater yang lebih serius.

Sejarah Mike Mangini dalam posisi drummer ini juga panjang dan berwarna-warni. Selain dari band yang disebutkan di atas beliau juga pernah memegang rekod dalam lima kategori  yang menonjolkan kepantasan tangan beliau. Beliau juga pernah menulis dua buah buku untuk drummer disamping pernah menjadi subjek dokumentari dalam Discovery Channel bertajuk Time Wrap yang memaparkan beliau menayangkan kepantasan drumming beliau di hadapan high-speed camera.

Satu persamaan antara kedua-dua Mike ini ialah mereka berdua adalah alumni institusi muzik terkenal dunia, Berklee College of Music. Bezanya Portnoy tidak pernah menghabiskan sesi akademik beliau di situ kerana Dream Theater pada ketika itu sudah mula menjejak langkah ke hadapan. Mangini pula sebelum mengambil posisi drummer Dream Theater yang baru adalah tenaga pengajar di situ. Mungkin ini yang mendekatkan Mangini dengan Petrucci dan Myung. Ketiga-tiga mereka adalah alumni institusi yang sama.

Dream Theater sedang berada di dalam studio rakaman pada ketika artikel ini ditulis. Rata-rata peminat Dream Theater menjadi sesak nafas dan berpeluh, menahan perasaan suspen di dalam dada. Adakah Mike yang kedua ini mampu meletakkan dirinya pada tahap yang sama seperti mana Mike yang pertama? Samada album ini menjadi titik mula atau penyambung sejarah Dream Theater, tidak diketahui sama sekali. Kita tunggu dan dengar!

5 comments:

Ijau D. Koceng said...

lebih kurang mcm cerita jason newstead suatu ketika dulu je...

dear anies said...

sy x kenal tp ttp nk ambil tau

berteromber said...

Dalam rancangan That Metal Show...Mike Portnoy dan John Sykes cakap dorang dalam perancangan merakamkan album bersama2...dengonya akan main stail 70's rock...pergh!!!...tak sabo tunggu...

Saudagar Mimpi said...

Haha. Akhirnya ada juga entri baru berkenaan DT dlm krenmaut.
SM menunggu ulasan album DT terbaru dari krenmaut.

akhir kata...
Selamat Hari Raya buat saudara sekeluarga.

Kaboi Tanduk said...

"Avenged Sevenfold pada pendapat mereka adalah pariah jika kita bercakap tentang skil muzik."

nice..

p.s: album Dramatic tu no. 5 carta progarchives.com untuk Top 2011 Albums..