Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, January 21, 2011

Penghormatan buat Mohd Tajul Azhar @ Berat Part 1

Beliau meninggal semalam (21/1/2011) di pagi hari ketika ibunya mahu mengejutkan beliau dari tidur. Punca kematian - sakit jantung.

Saya terlupa bila mula saya mengenali beliau. Yang terpahat di memori ialah kami bersama dalam satu kelas dari Tingkata 1 hingga Tingkatan 3 (1988-1990) di Sekolah Menengah St. Michael, Ipoh. Saya dan dia, duduk berdekatan, biasanya di bahagian belakang. Ada sebabnya.

Sebabnya ialah beliau mempunyai fizikal yang besar dan tinggi. Seingat saya, ketika bersekolah rendah pun, beliau berfizikal begitu. Menyebabkan beliau popular di mana-mana saja. Saya walaupun agak tinggi tetapi kurus melidi. Jadi, kami ditempatkan di belakang. Seboleh-bolehnya kami mahu duduk berdekatan.

Walaupun fizikalnya begitu, cara bergaul dan berfikir beliau sama saja dengan kami yang sebaya. Walaupun fizikal besar, ketika kanak-kanak beliau seperti kanak-kanak yang lain. Ketika remaja pun begitu. Itu menyebabkan beliau comel. Cute. Anda sendiri boleh bayangkan. Fizikal besar seperti umurnya 5-6 tahun lebih dewasa tetapi cara cakapnya seperti umur 5-6 lebih muda.

Semasa di sekolah menengah bersama, kami berkawan rapat. Sangat rapat. Kami berkongsi minat yang sama iaitu muzik Metal keras. Di dalam kelas, kami berdua memang dikenali sebagai Mat Metal yang berhati waja. Kami sentiasa bertukar kaset. Beliau ada kelebihan. Banyak kasetnya datang dari abang beliau dan beliau tidak kedekut untuk meminjamkan kepada saya. Begitu juga dengan saya. Apa-apa kaset baru yang dibeli, pasti akan saya pinjamkan kepada beliau. Borak kami, atau lebih tepat, kehidupan kami berkisar tentang Metal - bersembang, berbincang malah berangan pun pastinya ada kaitan dengan muzik Metal.

Untuk berbicara tentang bolasepak sekolah, saya tiada stamina (ada sejarah asma) dan dia pula memang kaki bangku. Awek? Sekolah kami 100% lelaki dan rasanya ketika itu umur kami terlampau muda untuk berbicara tentang itu. Pelajaran? Kami tidak nampak apa gunanya - tak dapat menjangkau lebih dari cuba mendapatkan posisi dalam kelas yang terbaik (dan termampu). Tetapi muzik Metal, lain ceritanya. Ia sungguh menyelerakan. Apa-apa saja yang berkait dengan muzik Metal pastinya menyebabkan sembang kami rancak dan berlarutan seperti tiada hentinya.

Karaoke pun tiada ketika itu. Kami cuba menghafal sebanyak mungkin lagu-lagu yang kami minati. Beliau memang suka menyanyi. Suaranya tidaklah sedap mana tetapi itulah caranya saya dan beliau menghabiskan masa, antaranya. Kadang-kadang dia menyanyikan lagu kegemarannya di depan muka saya. Saya pasti bukan niat beliau hendak menunjukkan betapa suara beliau sedap - tetapi sekadar hendak menyatakan kepada saya bahawa lagu itu memang sedap dan saya perlu mendengarnya ketika itu juga!

Beliau tinggal di Silibin sedangkan saya di Menglembu. Oleh itu, selepas sekolah, kami berjalan bersama ke stesen bas di Medan Kidd. Perjalanan hampir 1km itu, kami sambung bersembang tentang muzik yang kami minati. Topik lain memang tidak dapat saya ingat. Menunjukkan bahawa memang muzik Metal yang menjadi topik utama.

Antara perkara yang tidak akan dilupakan ialah beliau menjadi dalang kepada tabiat merokok saya. Ketika itu di Tingkatan 2. Walaupun awalnya saya sangat membenci rokok, tetapi sampai bila boleh tahan hampir keseluruhan masa saya bersama beliau. Akhirnya saya pun menjadi perokok. Alhamdulillah. Bukan kerana saya menjadi perokok tetapi dapat berhenti secara mutlak ketika berumur 18 tahun. Nasib baik saya tidak dikongsi oleh beliau kerana setakat yang saya tahu, beliau adalah perokok hingga ke akhir hayatnya.

Tujuan menceritakan bab rokok ini bukan apa - nak menunjukkan betapa besarnya pengaruh beliau terhadap saya ketika itu.

...bersambung

11 comments:

Syamsulfaiz said...

Inna lillah wa nna ilaihi rajiun.yg kekal itu Allah. Semoga roh sedara Tajul ni di tempatkan di syurga.

Elly Rocker said...

tiap kali tgk muke arwah, aku mesti nk gelak. dia suka buat org ketawa. aku rindu hang berat. rindu sgt

kamal sabran said...

al fatihah. last week rasanya dia lalu depan rumah aku di silibin. senyum saja

Nerzhul said...

takziah...

berteromber said...

Al Fatihah dan takziah ..

zulazahari said...

Inna lillah wa nna ilaihi rajiun. Arwah pernah bantu aku pindah rumah dulu, arwah memang baik hati walaupun fizikalnya agak brutal.

Amriezuka's Point of View said...

Al Fatihah dan Takziah

Sang Gabriel said...

Al fatihah...

deaf-angel said...

takziah atas pemergian your fren.

Tamindhari said...

Arwah azam untuk keluar 3 hari pd cuti thn baru cina ni. Kekadang arwah pernah dtg semasa ghast di masjid manjoi. Dengar khabar, arwah juga pernah keluar 3 hari d cameron highland beberapa tahun lalu. Moga Allah swt terima niat dan pengorbanan beliau utk agama. Aminn.

MJ said...

Seorang kawan yang baik untuk semua orang disekelilingnya. Al-Fatihah.