Itu yang saya pelajari. Cover depan harus menarik perhatian orang kerana ia terselit antara puluhan CD lain. Cover depan harus menyebabkan pembeli berpotensi untuk sekurang-kurangnya, mengambil CD itu dari raknya dan membelek. Beli atau tidak, bukan matlamat. Yang penting, belek dulu.
Mungkin itu strategi Bon Jovi untuk album ini.
Yang sebenarnya tidak perlu pun kerana peminat mereka sudah siap sedia untuk membeli album yang ke-9 ini. Sekurang-kurangnya, ia akan terjual 1 juta unit di seluruh dunia.
Jadi apa yang ada pada album ini selain dari covernya? Ya tipikal Bon Jovi seperti yang kita kenali selama ini. Have A Nice Day sebagai lagu mula memanaskan CD dengan rentak yang rancak yang sesuai untuk nyanyian ramai-ramai di dalam stadium. Kemudiannya diteruskan dengan I Want To Be Loved yang agak moden dengan Richie menggunakan efek mulut untuk gitarnya. Sudah tentu Bon Jovi tidak lengkap tanpa lagu balada, Welcome To Wherever You Are pada lagu no 3.
Tiga lagu ini menjadi dasar kepada keseluruhan album. Yang berbeza adalah chord progression sedangkan acuannya sama. Selamat untuk mereka yang ketagih dengan Bon Jovi. Ketagihan itu nampaknya tidak dapat ditolong. Teruskan saja.
1. "Have a Nice Day" Bon Jovi, Sambora, Shanks 3:49
2. "I Want to be Loved" Bon Jovi, Sambora, Shanks 3:49
3. "Welcome to Wherever You Are" Bon Jovi, Sambora, Shanks 3:47
4. "Who Says You Can't Go Home" Bon Jovi, Sambora 4:40
5. "Last Man Standing" Bon Jovi, Billy Falcon 4:37
6. "Bells of Freedom" Bon Jovi, Sambora, Desmond Child 4:55
7. "Wildflower" Bon Jovi 4:13
8. "Last Cigarette" Bon Jovi, David Bryan 3:38
9. "I Am" Bon Jovi, Sambora, Shanks 3:53
10. "Complicated" Bon Jovi, Falcon, Max Martin 3:37
11. "Novocaine" Bon Jovi 4:49
12. "Story of My Life" Bon Jovi, Falcon 4:08
13. "Who Says You Can't Go Home (duet version with Jennifer Nettles)‡" Bon Jovi, Sambora 3:50
2010 Special Edition Bonus Tracks
1. Have A Nice Day (Live)
2. Last Man Standing (Live)
3. Story Of My Life (Live)
4. Who Says You Can't Go Home (Live) (Duet)
Ini adalah versi special edition:
Bon Jovi re-releases their classic studio albums as "Special Editions." Each of the band's first 10 albums--Bon Jovi, 7800° Fahrenheit, Slippery When Wet, New Jersey, Keep The Faith, These Days, Crush, Bounce, Have A Nice Day and Lost Highway- will feature the original studio album tracks plus era-specific live recordings included as bonus tracks. The bonus live tracks include songs taken from sound checks and concerts held in venues from all over the world, ranging from 500-seat theatres to massive football stadiums. Each "Special Edition" collection features new packaging, including images from each period, and new liner notes documenting the band's success through each stage of their twenty-five year career, as well as reproductions of laminated tour credentials. Additionally, each "Special Edition" will provide fans with the ability to gain "backstage access" to The Bon Jovi Virtual Tour Experience -- a website being created to offer exclusive virtual content, including photos, tour memorabilia and additional live audio tracks.
*Tetapi awas! Jika anda mahu membeli barangan BON JOVI dengan diskaun melalui web yang disematkan sekali di dalam CD ini, maka anda akan kecewa kerana mereka tidak menerima sebarang order dari Malaysia (selamat duit aku!)
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
2 comments:
Tuan, gambar atas tu memang stylo! ada blog post pasal performance ni ke?
Azuan,
Baca sini http://krenmaut.blogspot.com/2010/12/hitam-hitam-dalam-gua-11122010.html
Post a Comment