Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, February 10, 2009

Rumah baru, suasana baru...

1. Sabtu lepas alhamdulillah selesai mengangkut barang-barang dan keluarga ke rumah baru. Kerja azab sebab hari tu hari panas. Purata 40 darjah Celcius! Panas sini lain. Angin yang tiup patut bagi badan sejuk tapi angin yang bertiup, angin panas.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu menolong kami mengangkut barang; Azman + family, Halim (penyanyi BROTHERS weiii), Azudin dan mat kontroversi, Aliph Al-Turkistani. Tanpa kalian, patah tulang belakang dan tercabut kepala lutut gua (tapi kesan post-pindah terasa macam tu jugak le).

Minum Gatorade pun kesan sikit je (kami tak boikot Gatorade).

2. Esoknya a few brothers yang terlibat dengan usaha dakwah dan tabligh telah buat BBQ dan jamuan kepada mereka-mereka yang biasa dengan usaha ini. Gua datang makan je. Lepas maghrib di masjid, kami berkumpul di dalam rumah depan masjid untuk dengar bayan dan makan (masjid tidak dibenarkan buat program). BBQ memang menjilat siku; lamb yang dimarinate dengan rempah apa ntah, memang lazat! Tambah lagi nasi briyani yang 1st class.

Ramai yang duduk dengar bayan dan makan. Yang paling menarik perhimpunan kecil (30-40 orang) tu, gua dapat lihat Muslimin dengan pelbagai background; bahasa, bangsa dan status duduk sekali. Melayu Malaysia, Indonesia, Singapore... Bangla, Pakistan, Afghan, Turkistan, Turki... malah mat saleh Ozzie pun sekali duduk. Nampak Islam ini memang menyatukan ummat.

Saying that, gua rasa pelik juga kalangan komuniti Muslim di sini yang apabila berkumpul, meletakkan status 'elite' dan 'ekslusif'. Contohnya, Indonesia dengan perhimpunan Indon mereka, Turki dengan Turki mereka, Bangla dengan Bangla mereka, Malaysia dengan Malaysia mereka. Gua punya tafsiran ialah; walaupun mereka validate dengan pelbagai alasan, mudah berkomunikasi sama bahasa, mudah faham masalah sesama bangsa... mereka sebenarnya telah tenggelam dengan kesan divide and conquer yang dilakukan setelah berakhirnya sistem khalifah. Everyone is divided by race, language and nations.

Gua sekali-sekala pergi jugak gathering Melayu Malaysia. Banyak manfaatnya gua akui namun exclusivity itu gua tak berapa boleh nak telan. Balik-balik cerita hal Melayu, hal Malaysia etc. Kalau cerita tentang masalah agama pun, mesti relate dengan keMelayuan. Semuanya dari kacamata orang Melayu.

Masalah agama ialah global. Walaupun kita bicara tentang sesuatu masalah, seperti Gaza contohnya, kita akan bercakap dari perspektif Melayu Malaysia. Dan kita akan rasa kita benar. Mana tidaknya yang ada sekeliling pun Melayu je.

Apatah lagi orang Melayu ni sangat tertarik dengan keadaan politik Malaysia, walaupun duduk ribu-ribu batu dari Malaysia dan dah hampir 10 tahun menetap di Australia. Terlebih afdal kita get involve dengan masalah tempatan, especially berkaitan dengan usaha agama.

Islam bukan berkisar pada Melayu dan Malaysia aje bro. Gua bagi satu contoh...

Mungkin kalian tak perasan bahawa seorang bro Ozzie yang duduk betul-betul depan masjid Wandana, mempunyai maktabah Islam yang komprehensif (cakap je kitab muktabar apa, insyaAllah dia ada simpan), selalu solat berjemaah dan sangat kelihatan sebagai Muslim yang ideal sekarang telah meninggalkan agama Islam! TELAH MENINGGALKAN AGAMA ISLAM! (sanad sahih gua dengar dari seorang sahabat yang berbicara dengan brother ni directly)

Apakah bencana lebih besar dari itu? Obviously benda-benda pokok dan penting macam ni kita tak peduli sebab tak involve dengan 1. Melayu dan 2. Malaysia. Sebab itulah gua rasa timbulnya perspektif di Malaysia, orang-orang tidak Islam lagi tidak mahu masuk Islam sebab takut jadi Melayu!

Gua sekali tu ternampak satu jemaah dari masjid Wandana telah ketuk pintu brother tu. Mungkin untuk ziarah dan memujuk beliau untuk kembali. Gua rasa sebak dan sedih sebab memang sebenarnya ada lagi mereka-mereka yang masih peduli.

Masalah komuniti Islam TEMPATAN dengan pelbagai background perlu dilihat dan dibicarakan dari hati ke hati dengan komuniti Islam tempatan REGARDLESS of what race, what language or what country you are from.

That's Islam. Islam unites not divide and conquer. Lupakah kalian apakah yang menyatukan kita? Lailahaillallah!

Nanti gua bicara lagi kalau ada kelapangan.

8 comments:

matakucing said...

40 darjah celcius + angin panas.. mesti mencabar keimanan time pindah tu.

azharjaafar said...

Hanya usaha yang benar sahaja iaitu usaha cara Nabi SAW yang dapat satukan umat ni.

Usaha cara Yahudi bukan sahaja memecah belahkan umat Islam, bahkan melayu sama melayu pun berpecah belah dan lompat melompat.

Semoga Allah ampunkan kita.

Ziarah76 said...

betapa bertuah lagi beruntung lagi bernasib baik mereka yang terpilih buat usaha atas iman dan amal. Allah zahirkan bagaimana umat berbilang kaum (latarbelakang, bangsa, bahasa etc) boleh bersatu di depan mata waktu ini juga, bukan sekadar dalam lembaran sejarah dan kisah2 kegemilangan Islam lampau.

Tamindhari said...

Bayan terakhir hadraji semasa di Raiwind, menekankan tentang betapa ummat ini telah hilang perasaan ummat. Hanya dengan kerja nabi, usaha nabi yang dapat kembalikan ummat ini menjadi ummat yang satu.

Sebab tu, hari ni kita mau terjun dalam lautan manusia, berenang dengan masa yang panjang2, hingga lemas dengan dakwah supaya ummat ni boleh kembali jadi ummat yang satu.

Pasal bro Ozzie tu, gua rasa lu kena banyak2 doa ler bro. Tu ajer ler senjata kita, moga Allah beri hidayat bukan sekadar kpd dia, tapi pada semua ummat hingga hari kiamat. AMIN..

gayour said...

selamat bepindah ke rumah baru. moga selamat, selesa dan lebih bahagia. patut burung puyuh lu join sekali kat rumah baru!

deaf-angel said...

bagus ko cakap gini mm tentang kerakyatan, bangsa, status, pangkat dalam hubungan sesama orang Islam.

Kasi wake up sikit.

ihsan_huhu said...

la.. aku igt ko dh pindah lame dah arituh ag...

(40C lepak village r, winter spjg taun)

aLturkistani said...

pergh..
sungguh mantap tulisan lu!Yeah!antara bende yg paling penting nabi buat adalah satukan ummat!nabi satukan aus ngn khazraj yang telah berperang sekian lame di Yathrib..Nabi satukan muhajirin dan ansar..orang2 arab adalah bangsa yang paling kuat asabiyah..tapi bila disatukan hati mereka..1dunia tunduk dibawah tapak kaki mereka..selagi ade perbedaan antara bangse,bahase,negare,dan warne dalam Islam selagi itu Islam tak dapat bangkit semula..percayalah!

Nak satukan kertas dengan gam..
Nak satukan papan dengan paku..
Nak satukan batu dengan simen..
Nak satukan ummat dgn sunnah..

Oh,sedey bile aku kenang bro daud tu..sbb mase aku jumpe dia..dia dh confuse..aku igt lg bini dia datang rayu2 kat kiteowang..ya allah,kembalikan bro daud kepada Islam yang fitrah..