Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, January 02, 2009

REVENGE Legends of Rock 'N' Roll CD


Glam rock merupakan satu fenomena muzik rock yang pernah melanda Malaysia sekitar tahun 80an. Agak lewat kerana sebenarnya ianya peak di negara Barat sekitar akhir tahun tahun 70an. Matinya glam rock apabila band yang lebih kental seperti Metallica, Megadeth dan Anthrax pula menjelma.

Trademark glam rock dimudahkan dengan ayat berikut ""performed by singers and musicians wearing outrageous clothes, makeup, hairstyles, and platform-soled boots." The flamboyant lyrics, costumes, and visual styles of glam performers were a campy, theatrical blend of nostalgic references to science fiction and old movies, all over a guitar-driven hard rock sound." (wikipedia).

Sekarang, ianya mati. Band glam rock yang asal pun tidak lagi glam rock. Sebaliknya nostalgia tersebut diambil alih oleh band-band retro yang tidak sempat merasa zaman itu samada kerana belum lahir atau masih pakai diapers ketika itu.

REVENGE adalah salah satu dari band retro tersebut.

In fact, REVENGE membersihkan definisi glam rock dari elemen pop rock yang sebenarnya menjadi jati kebanyakan band so-called glam rock tempatan satu masa dahulu. Kita disajikan dengan jeritan cucuk bontot penyanyinya dan solo gitar yang merata-rata di dalam lagu. Dan lirik yang melemaskan walaupun sangat menguja sing-a-long.

Itulah antara sebab sukar untuk mengambil serius tentang band-band sebegini selain dari enjoy. Tapi seperti yang dinyatakan tadi, REVENGE membersihkan definisi glam rock. Hanya rock n roll. Itulah satu-satunya matlamat mereka.

5 buah lagu yang disajikan di dalam CD ni tidaklah memberikan sesuatu yang baru. Sekadar recycle apa yang telah dibuat oleh idola mereka sebelum ini. Bahkan terdapat sebuah lagu, yang korusnya a total rip-off dari lagu Rebel Yell (Billy Idol) - tidak dipastikan lagu yang mana kerana pada perasaan penulis, tajuk lagu yang ditulis pada CD tidak tally dengan lagu sebenar - mungkin lagu Wild... Wild... Wild...

Namun jika diperhatikan dari semangat yang diutarakan oleh REVENGE dan juga peminatnya, ketika ini, hanya rock n roll yang diperlukan. No further attachments. It's fun and uncompromised rock n roll. Seolah-olah membalas dendam terhadap zaman yang tidak pernah mereka kecapi. Ianya pembalasan!

p/s: Oh ye sekali tengok CD dan logo, seolah-olah menggambarkan REVENGE sebuah band Black Metal. Oleh itu jangan tertipu. Kata orang Jawa, don't judge a book by it's cover.

7 comments:

eddie dewanaga said...

gua penah tgk diorang live ni bro, kat starbucks sunway pyramid, ada satu program tv hosted by jason lo, zahirnya ketara tapi batin nya kurang garing...

deaf-angel said...

aku curious nak tengok revenge ni, tapi belum tersampai hehe

Achan Sinclair said...

Gua usha live show deme kat RTW...showmanship memang kacip la dengan penonton. Aksi-aksi yang harmonic dan catchy, mekap meriah, guitar cantik-cantik.. Tapi ada kebenaran jugak kata-kata eddie dragonAngel tuh..

Anonymous said...

aku setuju ngn achan n dragon angel.tp semangat retro mereka mmg tak nak kalah...hehehe

Anonymous said...

mula2 nampak diorg ni (siap warlock pnye gitar) ingt band brutaldeathgrind mana ntah.huhu.rok n rol ghopenye

berteromber said...

tak pernah dengar lagi dorang ni..teringin jugak nak dengar..main stail camgini vocalist kena bagus..kalau tak.. live hancus..

tapi tak kisah la...rock jalan terus...yeah..

Anonymous said...

alamak bro...kalo nak tgk batin, search time buat cinta buatan malaysia pon lagi tak garing...janji kita support. at least ada budak muda nak bwk rock blk.

menurut info, tahun nie diorg akan keluar dgn album FULL debut, n menurut Ayid vocalistnyer, kali nie konsep lagi keras, NHOBHM dan lebih HEAVY..

and he said, EP ni basic rock n roll...yg meant to get back the momentum for new evolution