The gruelling task for Bakri untuk memainkan drum LANGSUYR pada hari ini telah berakhir. Empat lagu belen telah dilaksanakan oleh beliau dengan jayanya tetapi ia bukan tugas yang mudah terutamanya apabila ia dijaga oleh aku hahaha... Ada sebuah lagu yang mana Bakri terpaksa membuatnya semula, walaupun telah selesai asalnya! Tapi itu bukan keputusan aku, ia keputusan Bakri sendiri. Beliau merasakan ianya perlu dilakukan dengan cara yang terbaik dan beliau telah membuktikannya.
Sesi rakaman telah dimulakan pada jam 3:30pm tetapi sesi sebenar hanya bermula pada jam 5pm. Monitor board studio mengalami sedikit masalah dan ia memeningkan kepala sound engineer. Masalah ini perlu diselesaikan dahulu sebelum tugas dijalankan. Rupa-rupanya ia hanya masalah 'interface' yang sebenarnya tidak menjejaskan hardware dan software sistem. Kami menghela nafas lega.
Produser mengambil keputusan untuk menyelesaikan track gitar aku untuk lagu yang belum siap malam sebelumnya. Ianya tanggungjawab aku dan aku dapat menyelesaikannya walaupun ia mengambil masa yang agak panjang. Tipikal gitaris amatur.
Apabila selesai track gitar, sesi drum pun bermula seperti yang telah aku nyatakan tadi. Empat lagu belen yang perlu diselesaikan semuanya gubahan aku. Empat lagu sebelumnya adalah gubahan Azmaniac. Disiplinnya mudah, siapa penggubah lagu, beliau bertanggungjawab mengawasi rekoding. Azmaniac telah selesai dengan lagunya, maka tiba giliran aku menjadi pengawas. Of course, produser juga bersamaku untuk menjadi penasihat.
Beza lagu aku dan Azmaniac kali ini ialah aku menggubah lagu yang agak laju sementara Azmaniac lebih melodik.
Walaupun Bakri tidak biasa dengan lagu yang laju tetapi to my surprise, beliau menyelesaikan dengan baik, walaupun dengan banyak kesusahan. Seketika Bakri mengadu kaki menjadi kejang akibat terlampau memaksa. Bakri bukan drummer yang menggunakan trigger. Setiap hentakan memang dibuat dengan padu!
Selesai semuanya lebih kurang jam 2am, kami puas. Terutamanya aku dan Azmaniac. Bakri masih tidak puashati dan beliau sendiri akan menganalisa drum track beliau sendiri dan akan mempolished sendiri mana-mana beat yang tidak jatuh pada point yang sepatutnya. Ini hanya boleh dilakukan JIKA rakaman dibuat mengikut metronome. Itulah yang telah dilakukan oleh Bakri. Nasihatku kepada drummer sekelian, mulai sekarang, berlatihlah mengikut metronome atau click supaya drumming menjadi lebih tepat dan padu. Sebenarnya ia akan mengurangkan masalah anda apabila rakaman dilakukan.
Bersambung...
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Saturday, February 09, 2008
LANGSUYR rekoding HARI 3
Friday, February 08, 2008
LANGSUYR rekoding HARI 2
Rajah 1: Azmaniac dengan sesi gitar diawasi oleh Jadam dan Adam.
Rajah 2: Azlan chatting menghabiskan masa.
Rajah 3: Azmaniac tekun.
Rajah 4: Bentara sekadar berposing sebelum rakaman.
Rajah 5: Suasan di dalam studio.
Hari rakaman yang kedua bermula semalam agak lewat kerana orang tanggungjawab studio terpaksa menghadiri kenduri kahwin rakannya dan beliau hanya dapat membuka studio jam 5pm. Aku menggunakan masa yang panjang sebelumnya untuk meronda-ronda di Sunway Pyramid seorang diri yang kemudiannya aku ditemani oleh Azlan dan isterinya. Lama tidak berjumpa walaupun bersama di dalam satu band. Aku menghabiskan masa bersama mereka berbicara dan berbincang.
Apabila aku sampai ke studio, Adam (sound engineer) sudah siap bersedia dan aku sempat bertanyakan beberapa perkara kepada beliau sementara menunggu Jadam (produser) sampai. Antara lain aku bertanya kepada beliau menegenai pengalaman beliau sebagai sound engineer. It's a nice surprise to know that Adam pernah belajar dengan Gea (ex-Dreamwalk studio) mengenai hal-hal rakaman. Kenapa ianya satu surprise yang menarik ialah aku dan Azman merakamkan album VOCIFERATION ETERNITY yang pertama, Ocean Myth di bawah Gea. Nampak sungguk kecil KL ni. Adam juga menceritakan pengalaman beliau bekerja di bawah Roslan Aziz (tak kenal? ex- Sheila Majid tu). Walaupun Roslan Aziz terkenal dengan sifat pemarah tetapi Adam menegaskan ianya semata-mata kerana tanggungjawab beliau menjaga produksi yang besar. Beliau harus menjaga reputasi. Tak hairanlah beliau dapat menjaga produksi Puteri Gunung Ledang (teater besar-besaran) dengan jayanya.
Adam juga mengatakan beliau baru sahaja shift studio beliau yang sedia ada kepada tempat yang lebih besar. Seperti Utusan Studio, Adam juga menggunakan sistem Pro Tools di studionya walaupun model yang digunakan agak kecil sedikit (Pro Tools LE, di Utusan, Pro Tools HD). Namun, ianya sudah cukup untuk produksi biasa. Beliau mempunyai seorang residen engineer dan dua orang part timer di dalam studio beliau. It's another nice surprise to know that Adam hanya akan jadi sound engineer kepada projek-projek yang menarik hatinya sahaja. Jika tidak, beliau akan menyerahkan kepada pekerjanya. Walaupun tidak secara terus kenyataan itu, keputusan beliau untuk menjaga rekoding LANGSUYR menggambarkan beliau juga meminati projek rakaman ini. Eventually, mixing dan mastering album LANGSUYR kali ini akan dilakukan di studio Adam. Malang sekali aku tidak mengingati apa nama studio beliau. Nanti aku tanya.
Anyway, untuk sesi rakaman ini, seperti dinyatakan pada entry yang lepas; setakat ini 4 buah lagu telah siap drum tracknya dan tiga buah lagu dari 4 lagu tersebut sudah siap bass tracknya. Oleh itu, rakaman bass akan dimulakan dahulu untuk menyelesaikan lagu ke 4. Rakaman bass kali ini agak smooth kerana semua persediaan pre-rekoding telah tersedia.
Untuk rakaman gitar, pre-rekodingnya mengambil masa yang agak lama. Pertamanya, ini adalah kali pertama kami berhadapan dengan efek LINE6 Pod X3 Live. Namun disebabkan produser Jadam merupakan seorang geek dalam bab ini, kerja menjadi pantas. Kalau ianya diserahkan kepada kami (LANGSUYR) mungkin separuh hari pun tak siap. Hari-hari sebelumnya Jadam menyatakan bahawa secara teori X3 Live tersebut dapat menjadi penyebab 4 tracks dirakam secara serentak untuk satu sesi dan beliau membuktikan pada masa itu. 2 track adalah kapasiti yang dicanangkan oleh X3 Live dalam websitenya. 2 track lagi, Jadam menghubungkan melalui firewire dan aku tidak pasti apa lagi satu. Maksudnya, ini adalah relief besar bagi gitaris. Semasa rekoding album pertama, kami terpaksa memainkan 4 kali untuk mendapatkan 4 layer gitar. Sekarang tidak lagi. Kami cuma perlu memainkan sekali, dan pada track Pro Tools, 4 layers terakam secara otomatik. Yang menariknya, 4 track tersebut mendapat 4 sound yang berlainan!
Layering gitar telah diberi begini: Gitar Azman di sebelah kiri, dan gitar aku di sebelah kanan. Gitar Azman lebih bright sementara gitar aku lebih bassy. Decision dibuat kemungkinan disebabkan jenis gitar yang kami gunakan. Azman menggunakan gitar Washburn dan aku menggunakan GIBSON Explorer.
Disebabkan masa untuk ulang rekod gitar untuk menambah layer berkurangan, masa yang ada telah ditumpukan untuk mendapatkan riffs yang tepat dan bersih. Kepada kami, pemuzik amatur, ini bukanlah perkara yang mudah. Rakaman berjalan berulang-ulang di bawah pengawasan sound engineer dan produser supaya mendapat riffs yang dikehendaki. Riffs yang terakam perlu selari dan senada dengan layer drum dan bass. Pada beberapa tempat, produser masuk campur dalam paten riffs, dan diubah riffsnya supaya ia makin sedap diadun dengan overall music.
In the end, Azman telah siap merakamkan riffs gitar beliau untuk keempat-empat lagu sementara aku hanya sempat merakamkan 2 buah lagu sahaja untuk gitar. Jam sudah menunjukkan 2:30 pagi dan suasana meriah di dalam studio menjadi suasana kubur. Tumpuan dan konsentrasi manusia di dalam studio menjadi lemah dan ini adalah cue untuk kami menghentikan sesi rakaman.
Bersambung...
Thursday, February 07, 2008
LANGSUYR rekoding HARI 1
It's the day...
Hari ini adalah hari rakaman sebenar. Seperti biasa, rakaman bermula dengan drum. Mengikut jadual, ia sepatutnya bermula pada jam 1 tengahari namun disebabkan beberapa hal, orang tanggungjawab kesemuanya hanya dapat dikumpulkan pada jam 3pm. Setelah cukup ahli, kami semua masuk ke dalam studio.
Perkara pertama yang dilakukan ialah, menggodek sistem Pro Tools yang digunakan. Nampak seakan studio Utusan ini seperti lama tidak digunakan. Sound engineer untuk rakaman ini, Encik Adam diberi taklimat oleh Encik Daud (yang menjadi residen sound engineer) tentang cara dan teknik untuk menggunakan peralatan yang ada secara ringkas. Lebih kurang setengah jam kemudian baru Bakri duduk di tempatnya dan soundcheck untuk drum pun bermula.
Track pertama mula dirakamkan pada jam 5pm. Berbeza dengan album Asyik yang mana kami (Azmaniac dan Bentara) perlu memainkan gitar semula bersama dengan drummer, kali ini kami menggunakan demo Bullet yang telah kami prepare sebagai guide. Ini bermaksud, kami paste semula track gitar tanpa track drum (dari demo) dan memainkan semula yang mana track drum Bakri dirakamkan. Ini sangat memudahkan kami kerana kami tidak perlu memainkan gitar sebenar dan hanya mengawasi beat dan stroke Bakri supaya sesuai dengan kehendak lagu.
Walaupun sesi menjadi mudah tetapi ini tidak bermakna kami mengabaikan kualiti rakaman mahupun kualiti track drum yang dirakamkan. Rakaman yang dijalankan adalah mengikut 'click' atau metronome dan semuanya harus berada 'on the dot'.
Namun begitu, produser membenarkan sedikit 'out of tempo' untuk 'menghidupkan' suasana lagu supaya tidak menjadi seakan 'inhuman'. Track drum telah dimasukkan ke dalam 8 tracks yang kemungkinan besar akan di 'tune' balik pada akhir sesi nanti supaya sesuai dengan kehendak lagu.
Akhirnya 4 buah lagu telah siap rakaman drum track pada jam 9pm. Bakri terpaksa mengundur diri kerana terikat dengan komitmen GERHANA SKA CINTA yang ada show pada esoknya. Rakaman drum untuk belen 4 lagu seterusnya hanya akan dapat dilakukan pada hari Jumaat. Keadaan ini menyebabkan berlaku perbincangan antara produser dan sound engineer untuk langkah seterusnya. Mereka membuat keputusan untuk meneruskan rakaman dengan track bass dan gitar sementara menunggu hari Jumaat.
Track bass mula dirakamkan. Seperti biasa soundcheck untuk track bass dimulakan dahulu. Track bass dirakamkan secara direct tanpa menggunakan amp. Ianya akan di tune kemudian sesuai dengan kehendak lagu. Untuk sesi ini Azmaniac mengambil alih tugas ini. Helmi mengalami sedikit masalah untuk mengikut tempo lagu-lagu yang telah terakam. Produser menggunakan kuasa beliau untuk mengiktiraf note yang digunakan. Pada beberapa tempat, produser mengubah note asal supaya menambahkan sedikit 'warna' pada track bass tersebut. Pada pendapat kami, ianya berlaku dengan lancar namun ia tetap mengambil masa yang agak panjang. Mungkin kami agak berhati-hati. Pada jam 2am, hanya 3 track bass yang dapat dirakamkan.
Sesi rakaman akan diteruskan pada hari ini. Objektif, menyelesaikan 4 lagu tersebut dengan track bass dan juga gitar. Satu objektif yang menjadi nightmare kami sebenarnya tetapi tetap perlu diselesaikan dengan baik. Buat masa ini, kami memerlukan rehat yang secukupnya.
Bersambung...
Wednesday, February 06, 2008
LANGSUYR - pre rekoding Hari #3
Malam tadi rehearsal kali kedua dijalankan.
Aku baru dapat tahu dari wakil CK MUSIC pada siangnya bahawa mereka tak dapat nak commit untuk rakaman LANGSUYR kali ini kerana sibuk dengan urusan lain. Aku membayangkan bahawa ketika ini mereka pasti sibuk memandangkan Tahun Baru Cina pun tidak beberapa lama lagi. Mujur juga Aloy (VOCIFERATION ETERNITY) sanggup meminjamkan amp Atomic beliau kepada kami. Utusan Studio memang mempunyai amp tetapi tak rugi kalau kami ada banyak pilihan sepanjang rakaman.
Berikut adalah senarai ringkas perkakas yang bakal digunakan untuk sesi rakaman ini:
GITARGIBSON Explorer 1998ESP MKII DeluxeWASHBURN LP copyB.C. RICH Warlock bass
EFEKPOD X3 Live
AMP (model sebenar tak ingat)FENDER 100WCRATE 100WATOMIC 50W
Malam tadi kami menghabiskan baki lagu yang perlu dirakamkan. Bakri (GSC) nampak lebih konfiden dengan nota-nota yang dibawa. Malah beliau sekali-sekala mengingatkan part-part yang berubah dalam sesebuah lagu menyebabkan kami merah pipi. Patutnya lagu kami, kami lebih arif tetapi nampaknya Bakri memang serius dengan tugasnya.
Jadam (Produser) menghabiskan masa sepanjang malam tadi menggodek LINE6 POD X3 Live. Selesai tugas menggodek, beliau memberikan sample bunyi gitar tersebut kami untuk didengar. Not bad. Mengikut kata beliau, efek ini sangat canggih dan berkemungkinan dapat menyelesaikan masalah layering gitar yang biasanya mengambil masa yang sangat panjang.
Aloy (VOCIFERATION ETERNITY) dan Bapak (ex-DUSK) menziarahi kami pada malam tadi sambil memberikan sedikit sebanyak tips mengenai penggunaan ATOMIC amp yang bakal digandingkan dengan POD X3 Live. Adik (NECROTIC CHAOS) membekalkan kami seplastik limau mandarin sebagai bekal sepanjang rehearsal. Kepada mereka ini, kami mengucapkan ribuan terima kasih.
Nampaknya sesi rekoding akan dilakukan pada hari ini. Tinggal beberapa jam sebelum Bakri meletakkan sentuhan beliau ke dalam album Bullet ini. Harapnya semua dapat berjalan dengan lancar.
Bersambung...
Tuesday, February 05, 2008
LANGSUYR - pre rekoding Hari #2
Bakri memang tidak asing lagi dalam arena muzik tempatan. Malah beliau juga tidak asing dengan arena muzik Metal tempatan terutamanya melalui sumbangan beliau sebagai drummer band KOFFIN KANSER. Beliau juga mempunyai band projek berkonsepkan Modern Metal bernama NERVEWRECK. Menurut beliau, KOFFIN KANSER baru sahaja selesai rakaman sebuah lagu single yang akan diriliskan tidak berapa lama lagi.
Dalam praktis tersebut, Bakri telah memberikan beberapa idea yang tersangat bernas untuk beberapa lagu LANGSUYR. Pengaruh muzik ska yang dimainkan juga turut diterapkan di dalam beberapa bait lagu LANGSUYR. Nampak pelik tetapi pada masa yang sama begitu segar dan original. Yang menjadi persoalannya sekarang samada ianya akan kekal dan dirakamkan terus ke dalam album. Produser belum lagi masuk campur dalam bab ini.
Namun disebabkan perselisihan jadual, rakaman yang dijadualkan untuk bermula pada malam ini terpaksa ditangguhkan pada esok hari. Ini adalah sesuatu yang agak diharapkan memandangkan kami merasakan seperti belum cukup masa praktis bersama Bakri dan juga sebagai band. Maksudnya, kami berpeluang untuk praktis untuk kali terakhir pada malam ini.
Kami praktis selama 5 jam pada malam itu dan sesi praktis berakhir hampir jam 3:30 pagi. Aku sendiri tak larat pada jam yang terakhir menyebabkan aku menarik diri dan lena sebentar di sofa studio. Azmaniac dan Helmi meneruskan sesi tersebut bersama Bakri.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Azmaniac merasakan lagu Teraju Utama tidak sesuai untuk rakaman album lalu menggantikan lagu tersebut kepada sebuah lagu lain bertajuk Manisan & Darah Daging. Aku merasakan lagu Teraju Utama sangat baik dari segi arrangement dan liriknya tetapi tidak juga menolak potensi lagu yang menjadi ganti. Setelah berdebat beberapa ketika, aku setuju. Lagu Teraju Utama tersebut bukan dibuang pun, sebaliknya disimpan untuk rilisan akan datang.
Studio rakaman, UTUSAN STUDIO ini pernah menjadi studio rakaman band SEARCH untuk album Gothik Malam Edan. Ini menjadi sedikit inspirasi kepada kami kerana Azmaniac sendiri adalah peminat kental SEARCH dan aku sendiri menjadi penyokong yang sentiasa menanti album-album SEARCH. Agak meransangkan juga apabila memikirkan hasilnya nanti.
Tetapi buat masa ini, kami hanya boleh sekadar mengharap. Minda kami disetkan untuk menerima apa jenis bentuk cadangan dan kritikan dalam proses rakaman ini. Ditambah lagi dengan approach yang berbeza dari album pertama, Asyik; prospek untuk menjadikan album Bullet ini sebagai lanjutan progres muzik LANGSUYR nampak cerah. Itulah sebenarnya drive kepada LANGSUYR untuk meneruskan perjuangan muzik ini.
Bersambung...
Monday, February 04, 2008
LANGSUYR - pre rekoding Hari #1
Aku telah selamat sampai ke tanahair pada 30/2 yang lepas. Dari KLIA aku terus menginap di hotel Crown Princess selama 2 malam untuk menghilangkan jet-lag aku. Dalam pada masa itu, aku telah sempat jam bersama NECROTIC CHAOS kerana aku menjadi bidan terjun sebagai 2nd gitaris mereka untuk sesi gig pada 2/2.
Selesai gig tersebut aku mula menumpang di rumah Adik (NECROTIC CHAOS). Ini adalah kali ke-2 aku (dan LANGSUYR secara amnya), menumpang rumah Adik. Untuk album yang pertama pun, kami berkampung di rumah beliau. Cuma bezanya sekarang, dahulu beliau bujang, sekarang sudah beristeri. Terima kasih kepada beliau (dan isteri) kerana sudi menumpangkan kami yang tidak menetap di Kuala Lumpur ini. Aku buat lawak, nanti album ke-10 pun tumpang rumah Adik (lawak tak kelakar hahaha...).
Azmaniac dan Helmi (bassist session baru) telah datang pada malam tadi. Kemudian Azlan singgah sebentar sekadar mengambil CDR dari aku yang mengandungi lagu-lagu untuk album Bullet ini. Aku kepilkan bersama lirik yang ditulis. Tak lama kemudian Aloy (VOCIFERATION ETERNITY) pula datang meminjamkan kami gitar ESP dan Washburn beliau untuk rekoding. Bukan itu sahaja malah beliau meminjamkan amp Ibanez, gitar stand, headphone, cables dan sebagainya supaya kami boleh membuat makeshift studio di dalam rumah Adik.
Malang sekali, Line6 X3 yang baru aku terima dari kotak, aku sendiri tak faham untuk mengerjakannya. Kepala serabut dengan pelbagai arrangement untuk rekoding menyebabkan aku tak dapat menumpukan perhatian untuk membaca manual. Buat masa ini, biarlah setakat bunyi boleh keluar ke amp. Notebook recording dan sebagainya aku tangguh dulu.
Kami tidur hampir 4am semalam kerana belajar kembali lagu-lagu yang nak dirakamkan. Rekoding ini tidak begitu selesa seperti Asyik yang mana kami telah prepare as a band hampir setahun dengan lagu-lagu yang telah dihafal sepenuhnya. Kali ini disebabkan aku sendiri di Australia, jam sebenar sebelum rakaman hanya akan dilakukan esok, satu hari sebelum rakaman! Jadi pada pandangan aku, approach untuk album ini sangat berbeza. Kami tidak akan preset apa yang mahu dikeluarkan sebaliknya akan menyerahkan kepada vibe dan mood sesi rakaman sebenar untuk dijadikan hasil. Diharapkan dengan pengawasan produser Jadam (NECROTIC CHAOS), sesuatu yang menarik dapat dihasilkan.
Lagu-lagu yang akan dirakamkan adalah seperti berikut:
1. Bullet (Muzik: Bentara/Lirik: Bentara/Deathdie)
2. Ini Jalan Kita (Azmaniac/Bentara)
3. Gargantuan (Bentara/Bentara)
4. Sendonian (Azmaniac/Bentara)
5. Joget Pengantin Baru (Bentara/Bentara)
6. Penasaran (Bentara/Bentara)
7. Teraju Utama (Azmaniac/Azmaniac)
8. Tunjuk Perasaan (Azmaniac/Azmaniac)
Walaupun agak kelam kabut arrangement rekoding kali ini tetapi kami tetap excited dengan potensi album ini. Banyak idea baru terutama dari segi approach riffs gitar yang disusun begitu juga dengan kesesuaian lirik pada lagu. Apa yang boleh kami lakukan setakat ini ialah meneruskan praktis asas lagu-lagu tersebut tetapi menyerahkan sepenuhnya vibe dan mood lagu-lagu tersebut kepada suasana di dalam studio nanti.
Bersambung...
Selesai gig tersebut aku mula menumpang di rumah Adik (NECROTIC CHAOS). Ini adalah kali ke-2 aku (dan LANGSUYR secara amnya), menumpang rumah Adik. Untuk album yang pertama pun, kami berkampung di rumah beliau. Cuma bezanya sekarang, dahulu beliau bujang, sekarang sudah beristeri. Terima kasih kepada beliau (dan isteri) kerana sudi menumpangkan kami yang tidak menetap di Kuala Lumpur ini. Aku buat lawak, nanti album ke-10 pun tumpang rumah Adik (lawak tak kelakar hahaha...).
Azmaniac dan Helmi (bassist session baru) telah datang pada malam tadi. Kemudian Azlan singgah sebentar sekadar mengambil CDR dari aku yang mengandungi lagu-lagu untuk album Bullet ini. Aku kepilkan bersama lirik yang ditulis. Tak lama kemudian Aloy (VOCIFERATION ETERNITY) pula datang meminjamkan kami gitar ESP dan Washburn beliau untuk rekoding. Bukan itu sahaja malah beliau meminjamkan amp Ibanez, gitar stand, headphone, cables dan sebagainya supaya kami boleh membuat makeshift studio di dalam rumah Adik.
Malang sekali, Line6 X3 yang baru aku terima dari kotak, aku sendiri tak faham untuk mengerjakannya. Kepala serabut dengan pelbagai arrangement untuk rekoding menyebabkan aku tak dapat menumpukan perhatian untuk membaca manual. Buat masa ini, biarlah setakat bunyi boleh keluar ke amp. Notebook recording dan sebagainya aku tangguh dulu.
Kami tidur hampir 4am semalam kerana belajar kembali lagu-lagu yang nak dirakamkan. Rekoding ini tidak begitu selesa seperti Asyik yang mana kami telah prepare as a band hampir setahun dengan lagu-lagu yang telah dihafal sepenuhnya. Kali ini disebabkan aku sendiri di Australia, jam sebenar sebelum rakaman hanya akan dilakukan esok, satu hari sebelum rakaman! Jadi pada pandangan aku, approach untuk album ini sangat berbeza. Kami tidak akan preset apa yang mahu dikeluarkan sebaliknya akan menyerahkan kepada vibe dan mood sesi rakaman sebenar untuk dijadikan hasil. Diharapkan dengan pengawasan produser Jadam (NECROTIC CHAOS), sesuatu yang menarik dapat dihasilkan.
Lagu-lagu yang akan dirakamkan adalah seperti berikut:
1. Bullet (Muzik: Bentara/Lirik: Bentara/Deathdie)
2. Ini Jalan Kita (Azmaniac/Bentara)
3. Gargantuan (Bentara/Bentara)
4. Sendonian (Azmaniac/Bentara)
5. Joget Pengantin Baru (Bentara/Bentara)
6. Penasaran (Bentara/Bentara)
7. Teraju Utama (Azmaniac/Azmaniac)
8. Tunjuk Perasaan (Azmaniac/Azmaniac)
Walaupun agak kelam kabut arrangement rekoding kali ini tetapi kami tetap excited dengan potensi album ini. Banyak idea baru terutama dari segi approach riffs gitar yang disusun begitu juga dengan kesesuaian lirik pada lagu. Apa yang boleh kami lakukan setakat ini ialah meneruskan praktis asas lagu-lagu tersebut tetapi menyerahkan sepenuhnya vibe dan mood lagu-lagu tersebut kepada suasana di dalam studio nanti.
Bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)