Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, February 07, 2008

LANGSUYR rekoding HARI 1

Rajah 1: Gambar artis yang pernah merakamkan album di Utusan Studio: AMY.
Rajah 2: Gambar artis yang pernah merakamkan album di Utusan Studio: MAWIE.
Rajah 3: Gambar artis yang pernah merakamkan album di Utusan Studio: MOHRAM.
Rajah 4: Bakri tekun semasa rakaman track drum.
Rajah 5: Bentara gila posing!
It's the day...
Hari ini adalah hari rakaman sebenar. Seperti biasa, rakaman bermula dengan drum. Mengikut jadual, ia sepatutnya bermula pada jam 1 tengahari namun disebabkan beberapa hal, orang tanggungjawab kesemuanya hanya dapat dikumpulkan pada jam 3pm. Setelah cukup ahli, kami semua masuk ke dalam studio.

Perkara pertama yang dilakukan ialah, menggodek sistem Pro Tools yang digunakan. Nampak seakan studio Utusan ini seperti lama tidak digunakan. Sound engineer untuk rakaman ini, Encik Adam diberi taklimat oleh Encik Daud (yang menjadi residen sound engineer) tentang cara dan teknik untuk menggunakan peralatan yang ada secara ringkas. Lebih kurang setengah jam kemudian baru Bakri duduk di tempatnya dan soundcheck untuk drum pun bermula.

Track pertama mula dirakamkan pada jam 5pm. Berbeza dengan album Asyik yang mana kami (Azmaniac dan Bentara) perlu memainkan gitar semula bersama dengan drummer, kali ini kami menggunakan demo Bullet yang telah kami prepare sebagai guide. Ini bermaksud, kami paste semula track gitar tanpa track drum (dari demo) dan memainkan semula yang mana track drum Bakri dirakamkan. Ini sangat memudahkan kami kerana kami tidak perlu memainkan gitar sebenar dan hanya mengawasi beat dan stroke Bakri supaya sesuai dengan kehendak lagu.
Walaupun sesi menjadi mudah tetapi ini tidak bermakna kami mengabaikan kualiti rakaman mahupun kualiti track drum yang dirakamkan. Rakaman yang dijalankan adalah mengikut 'click' atau metronome dan semuanya harus berada 'on the dot'. 

Namun begitu, produser membenarkan sedikit 'out of tempo' untuk 'menghidupkan' suasana lagu supaya tidak menjadi seakan 'inhuman'. Track drum telah dimasukkan ke dalam 8 tracks yang kemungkinan besar akan di 'tune' balik pada akhir sesi nanti supaya sesuai dengan kehendak lagu.

Akhirnya 4 buah lagu telah siap rakaman drum track pada jam 9pm. Bakri terpaksa mengundur diri kerana terikat dengan komitmen GERHANA SKA CINTA yang ada show pada esoknya. Rakaman drum untuk belen 4 lagu seterusnya hanya akan dapat dilakukan pada hari Jumaat. Keadaan ini menyebabkan berlaku perbincangan antara produser dan sound engineer untuk langkah seterusnya. Mereka membuat keputusan untuk meneruskan rakaman dengan track bass dan gitar sementara menunggu hari Jumaat.

Track bass mula dirakamkan. Seperti biasa soundcheck untuk track bass dimulakan dahulu. Track bass dirakamkan secara direct tanpa menggunakan amp. Ianya akan di tune kemudian sesuai dengan kehendak lagu. Untuk sesi ini Azmaniac mengambil alih tugas ini. Helmi mengalami sedikit masalah untuk mengikut tempo lagu-lagu yang telah terakam. Produser menggunakan kuasa beliau untuk mengiktiraf note yang digunakan. Pada beberapa tempat, produser mengubah note asal supaya menambahkan sedikit 'warna' pada track bass tersebut. Pada pendapat kami, ianya berlaku dengan lancar namun ia tetap mengambil masa yang agak panjang. Mungkin kami agak berhati-hati. Pada jam 2am, hanya 3 track bass yang dapat dirakamkan.

Sesi rakaman akan diteruskan pada hari ini. Objektif, menyelesaikan 4 lagu tersebut dengan track bass dan juga gitar. Satu objektif yang menjadi nightmare kami sebenarnya tetapi tetap perlu diselesaikan dengan baik. Buat masa ini, kami memerlukan rehat yang secukupnya.

Bersambung...

1 comment:

Anonymous said...

abg sam, man n all, ingat ci nak p lawat kt studio mcm rikoding asyik dulu tp apakan daya, tarak gang...aloy da balek ipoh plak..apa2pon, all d best, semoga dpt buat yg terbaik..