
Track pertamanya, Memori Ana agak menggamamkan. Kerana kombinasi sound gitar dan bass yang berat. Lebih Metal dari rock kangkang. Tidak seperti yang ku harapkan apabila Hillary kembali kerana apa yang diwar-warkan oleh Search sendiri ialah mereka akan kembali kepada asas. Asas yang mana?
Namun ianya tidaklah mengecewakan. Mungkin kerana identity Amy masih kekal dan tegar dalam album ini. Ia segera mengingatkan kembali bahawa ini adalah Search. Walaupun aku terdengar bisikan, “ini bukan Search, ini album solo Amy”. Namun apabila ku teliti lagi, masih terdengar trademark Search (yang entah aku pun tau nak single out apa ianya).
Mungkin album ini agak depressive seperti zaman Karisma dan Rampage. Walaupun begitu, identity rockish dan guitar hook yang catchy masih menjadi elemen terpenting dalam album ini. Kehadiran ‘chairman’ M Nasir memang tak perlu dinafikan lagi. Lagunya memang sekali tangkap. Sekali dengar, aku tau, ini lagu M Nasir. Nampak formulationnya. Aku tak kira, apa orang nak kata tapi lagu M Nasir memang kelas dalam album ni.
Seperti album-album terdahulu, Search juga meneruskan tradisi eksperimental mereka. Pada lagu Ampun, permulaan sampler drum pada awal lagu begitu mengingatkan aku pada Dewa 19. Aku tidak mengatakan ini tidak baik tetapi ini menunjukkan yang Search tidak meletakkan diri mereka terhimpit pada dinding yang sama.

Produksi sound memang first class seperti album-album sebelumnya. Standard yang tinggi dengan adunan yang baik dan jelas. Ia tidak menyakitkan telinga apabila di pasang kuat menggunakan earphone.
Search telah kembali dan mereka tidak mengecewakan. Album ini walaupun tidaklah seperti yang diharapkan ketika Kid dan Din bersama tetapi masih meneruskan tradisi Kid dan Din dengan beberapa perubahan untuk menyelesakan kehadiran Hillary. Jadi, asas yang menjadi persoalan telah terjawab. Ini adalah asas Search sebagai band rock tersohor di Malaysia. Aku rasa Search mengambil langkah bijak dengan tidak menjadi retro kepada album Langit dan Bumi dan Mentari Merah di Ufuk Timur tetapi terus ke hadapan untuk relevan pada generasi Rock kini dan mendatang.
7 comments:
good review.
kamu tak nak review hayagriva ker
Sayang kat SEARCH!!!
Aku suker sangat album nie...
memang sempoi...
tapi betui ke oang dalam gambar tu yang main drum..macam tak caya jer...
aku rasa oang lain yg main drum...
tu pasal la gig tak jadi main... kaki tak cukup cepat pedal tuu..
kamu rasa plak cam ner...?
...aku raser album Search paling best gila babi ialah album Bikin Wilayah...errr...sebab album tu memang gila babi punya best. babi pun tak best macam tu...maksud sebenar pasal permainan gitar kid dan din tu ialah "counterpoint" dua alat muzik main dua motif pattern bunyi yang berbeza. seorang main rhytm dan seorang tambah riff so benda tu tak laa bunyi kosong. tapi sayang Awie yang nyanyi dalam album tu...sepatutnya aku yang nyanyi (lawak bodo)...ha ha ha ha!!! bagi aku album Gothic ni album paling hampeh Search. Memang hampeh tak ada direction langsung...konon nak jadi Aerosmith Malaysia (merujuk satu artikel yang aku pernah baca) tapi Steven Tyler punya expectation dan skill lebih hebat dari M. Nasir.
honestly,aku x suke edri hashim produce utk album ni!sepatutnya search sendiri harus produce utk dorg!u are musician!sayang sekali!!aku fan search!
album yg terbaik utk aku Rampage/Rock n Roll Pie/Gema Di Timur Jauh/Bikin Wilayah!!the fav one goes to RAMPAGE!!!!!!!Guitar work yg terbaik!!
Post a Comment