Alhamdulillah
Aku telah email kepada Ajak Dethkren (Ultra Hingax Production) mengenai cadangan untuk menghidupkan kembali KRENMAUT zine dalam bentuk blog. Beliau bersetuju!
Untuk pengetahuan kalian, KRENMAUT zine sempat meriliskan dua isu semasa hayatnya pada tahun 1992-1994 (kalau tak salah) dan ia merupakan antara zine Metal underground terawal di Perak. Ketika itu editornya terdiri daripada aku, Ajak Dethkren, Bearkey (ex-Athortorgh, ex-Profane Creation) dan Rizal Hafez (Vulga -RIP). Isu 3 sempat berjalan di tahap draf sahaja kerana pada ketika itu hanya aku dan Ajak saja yang komited. Masalah timbul apabila usaha untuk mencetak secara professional tidak kesampaian menyebabkan ianya langsung tidak diriliskan.
Oleh dari itu, KRENMAUT edisi blog ini tidak mempunyai format tertentu. Tulisannya berbentuk bebas sesuai dengan suasana blog tetapi mengekalkan aliran Metal sebagai tajuk utama. Diharapkan blog ini akan mengandungi:
1. critiques
2. reviews
3. thoughts
4. ramblings
5. news analysis
Etc…
Walaupun begitu, ini tidak bermakna kami tidak akan menggunakan tulisan orang lain. Sebaliknya kami mengalu-alukan sebarang bentuk tulisan dan kami akan masukkan ke dalam blog ini jika sesuai. Kredit akan diberikan kepada penulis.
A new dawn in local Metal literature? Let’s hope so!
1 comment:
so, kalo nak korang komen pasal stuff2 or anything camana prosedurnya. ok, let's mula. aku nak korang kritik pasal ekstrim.info dulu. buatla seikhlas mungkin, tarak hal, no heart feelings.
Post a Comment