1. Luas permukaan bumi adalah lebih kurang 510 juta km persegi.
2. Kelajuan berjalan kaki manusia adalah lebih kurang 5 km/jam. Sehari dapat berjalan 120 km. Setahun dapat berjalan sejauh 43,800 km.
3. Dengan anggapan apabila berjalan kita dapat cover 50 m kiri dan kanan (maka untuk 1km lebar, kita kena berjalan 100m x10 kali = 1 km, iaitu 10 kali untuk setiap 1 km berjalan ke hadapan), kita akan dapat berjalan atas keseluruhan muka bumi ini (termasuk laut, gunung ganang, gaung etc) dalam masa...
510,000,000 ÷ (43,800 x 10) = 1165 tahun.
Iaitu, untuk mengelilingi bumi ini dengan berjalan kaki, ia akan mengambil masa selama 1165 tahun.
Syurga paling kecil yang seseorang akan dapat ialah 10 kali besar dunia. Maka untuk ahli syurga tersebut selesai keliling syurga beliau ialah 1165 x 10 = 11,650 tahun.
Tetapi 1000 tahun dunia bersamaan dengan 1 hari akhirat (syurga?). Maka, ahli syurga tersebut selesai jelajah syurga beliau dalam masa 11 hari je.
Apabila tiba hari ke 12, dia dah sampai tempat dia mula berjalan lagi. Ya, baru hari ke 12!
Kalau kita dapat terbang dalam syurga, mungkin 2-3 hari dah selesai.
KESIMPULAN SAYA
Maka sebab itu sebahagian dari ahli syurga rasa kesal sebab kat dunia dia tak usahakan iman dan amal dia. Bagi sebahagian ahli syurga, dia terpaksa duduk dalam syurganya (yang 12 hari tu selama-lamanya). Maka dalam hati-hati ahli syurga timbul keinginan, jikalah aku dapat hidup kembali di dunia walaupun sesaat, aku sempat tambah satu lagi amalan untuk meluaskan lagi syurgaku ini.

Dalam masa kehidupan 60-70 tahun kehidupan kita inilah kita disuruh berkali-kali (dalam al-Quran dan hadith) untuk tingkatkan iman dan perbanyakkan amalan. Bukan hanya sebab untuk elak kita dihumban ke dalam neraka bahkan untuk elak kekesalan apabila berada di dalam syurga.