Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, November 30, 2015

Jadi engineer boleh kaya raya



Tadi buat presentation pada students Foundation. Lepas habis foundation, mereka akan masuk buat bachelor degree. Beberapa lecturers bagi presentation supaya mereka ada idea apa nak pilih nanti.

Salah sorang lecturer tu bagi contoh materialistik... salah sorang supervisor dia kaya pakai Ferrari sebab segala projek dia ambil 1-2%. So kalau projek RM100 juta, dapat 1-2 juta untuk fee.

Obviously, student pun tanya la balik, kalau boleh dapat 1-2 juta dalam poket, why are you here teaching here? Patutnya, pergi la ke industri kan?

Saya terpaksa bangun dan explain. Sebab benda ni la persepsi yang melanda pelajar universiti sekarang. Masuk universiti nak kaya millionaire, billionaire...

Saya kata:

1. Jawapan mudahnya, kalau dia dan saya kerja industri, takde sape nak mengajar kamu dan universiti takkan wujud dan kamu pun takde tempat nak belajar kat mana.

2. Kalau kamu refer kepada kaya raya macam Bill Gates dan Steve Zuckenberg, mereka sebenarnya tak habis belajar. Silalah berhenti belajar. Tapi hati-hati sebab Bill Gates dan Steve Zuckenberg tu adalah dua orang manusia dari 7 billion manusia. Dalam hal ini, "luck" memainkan peranan besar.

3. (Dan saya sepatutnya sambung balik point ni cuma tak teringat dan tak sempat, masa singkat) Lihat universiti mana yang mereka tak habis belajar tu; Harvard University. Jadi kalau kamu ada secebis karektor macam mereka berdua, kamu tak belajar kat Malaysia ni tapi patutnya kamu dah di sana. Kenapa kamu tak ke sana? Most probably sebab tak layak.

4. Tapi lihatlah siapa yang mereka berdua gajikan untuk bina empayar mereka tu. Ya, all the professionals yang ada bachelor degree, master degree dan PhD. Berapa banyak professional tanpa ijazah yang mereka gajikan? Tak banyak.

5. Sebab itu pada slide akhir saya, saya tanya soalan ini; "Yes!!! Will I become a RICH civil engineer then?" dan jawapan saya seperti di dalam slide itu.

6. Kesalahan pertama yang dibuat oleh saya (dulu sebagai pelajar) dan pelajar universiti ialah mereka masuk universiti nak jadi kaya. Kaya = materialistik. Sepatutnya, kita masuk universiti untuk menjadi manusia yang lebih holistik. 

7. Of course la jadi engineer ni tak miskin, papa kedana. Boleh la hidup. Kaya tu bonus kalau ada rezeki. Tapi yang lebih penting ialah sebagai engineer, kita tahu yang kerjaya yang kita pilih ini sebagai engineer adalah contribution kita kepada manusia sejagat dan kesejahteraan dunia. Kita patut rasa prihatin, bangga dan ada sense of ownership dengan tanggungjawab yang telah terbeban ini.

8. Kamu kena buangkan pemikiran materialistik ini sebab apabila ia jadi governing thinking dalam kepala, kamu tak akan jadi engineers yang bagus sebab kamu akan selalu berfikir bila nak dapat rumah banglo, bila nak dapat kereta Ferrari dan rasa menyesal ambil jalan ini sepatutnya ambil jurusan lain (yang pada persepsi kamu boleh jadikan kamu kaya). Ownership terhadap karier kamu jatuh menjadi hal ke 2, 3, 4, 5... 121.

9. Jadi bila kamu nak decide apa karier kamu, kamu kena fikir betul-betul. Apakah contribution pada tamadun manusia yang kamu nak bagi nanti. And THAT should make you a better and happy person.

Habis jawapan saya, saya diberi tepukan gemuruh. Saya harap persepsi mereka berubah apabila buat degree nanti dan pilih betul-betul apa jurusan yang nak diambil nanti.


Deriving the flexure formula and connecting it with Hooke's Law to establish the relationship of displacement to the applied load, shear, moment and rotation of a beam. These two students will make it.

Monday, November 16, 2015

Ulasan: ULI JON ROTH Scorpions Revisited





Saya adalah pemuja Uli Jon Roth. Pemujaan ini telah berlaku sejak pertama kali saya mendengar petikan gitar dia bersama Scorpions ketika umur saya sekitar 8-9 tahun. Biasanya pada umur begini, apa yang kita puja ketika itu akan melekat sampai bila-bila.

Apabila mendengar berita bahawa beliau akan merakam kembali lagu-lagu Scorpions, itu sudah cukup mengujakan. Timbul juga kerisauan, kerana harapan menggunung tinggi, adakah rakaman semula ini cukup baik? Manakan tidak, kerana diketahui beliau tidak pernah lagi memainkan lagu Scorpions berpuluh tahun lamanya.

Nampaknya kerisauan ini juga dikongsi oleh beliau tetapi dari perspektif berbeza. Risau UJR ialah, bagaimana untuk merakamkan kembali lagu-lagu tersebut tanpa terasa membuat kerja yang sia-sia. Apa perlu dirakam semula benda yang sama? Untuk itu UJR mengambil keputusan untuk merakamkan semuanya secara live. Dewan besar disewa dan rakaman dibuat secara live tetapi tanpa penonton. UJR menggunakan 2 gitaris tambahan untuk menampung kekewaan Tokyo Tapes dulu, banyak lagu yang tidak dapat dimainkan secara live kerana lagu-lagu asalnya menggunakan layer gitar yang banyak.

Maka hasilnya ialah sebuah album kembar yang mantap; tanpa perlu kerja-kerja menggilap berlebihan di dalam studio rakaman (kerana ini adalah album "live"). Sudah tentu lagu-lagu tersebut tidaklah 100% sama dengan yang asal, bahkan UJR memasukkan komponen yang sepatutnya ada tetapi tidak ada masa itu. Dan mengenali beliau, segmen extended guitar juga merata di dalam album ini.

Saya fikir ini adalah terjemahan yang baik. Tatkala dahulu beliau bersama dengan lain-lainnya terpaksa berkompromi tetapi kali ini beliau memerintah keseluruhan produksi album. Ini selari dengan gaya Yngwie J Malmsteen dalam proses rakaman. Maka yang terbit dari album ini adalah kesemuanya yang dimahukan oleh UJR.

CD ini datang dengan liner notes panjang lebar yang ditulis oleh UJR tentang idea rakaman semula, metodologi rakaman dan kerja keras yang dikerahkan untuk menghasilkan album ini. Ini adalah album yang wajib ada pada semua peminat Scorpions dan UJR.

https://en.wikipedia.org/wiki/Scorpions_Revisited
http://www.blabbermouth.net/news/uli-jon-roth-to-release-scorpions-revisited-volume-1-double-album/#r2BAquBP2oQb5O50.99

Wednesday, November 11, 2015

Long term effect of vape?



Long-term effect adalah satu bidang kajian sains yang selalu dibuat oleh saintis. Saya sendiri terlibat dalam kajian saintifik berkaitan dengan long-term effect. Biar saya jelaskan.

Ada satu produk GFRP yang mahu diperkenalkan kepada industry oil & gas. Ia adalah untuk menggantikan keluli (steel) yang banyak bagi masalah kepada struktur luar pantai antaranya; mahal, senang karat dan berat. Sedangkan GFRP adalah murah (relatif kepada penggunaan jangka masa panjang), tidak berkarat dan ringan.

Dengan lain perkataan, ia adalah heaven-sent!

Sebelum ia digunakan untuk industry luar pantai (offshore), beberapa ujian standard perlu dilakukan. Antaranya ujian kepada api, ujian kimia, ujian asap toksik dan banyak lagi (yang berkait dengan keadaan sebenar penggunaan GFRP di luar pantai). Dan kebanyakannya, GFRP lepas, tiada masalah.

Masalah timbul kerana sampel GFRP yang digunakan untuk ujian adalah sampel baru. Segar dari kilang. Dari kilang terus dihantar ke makmal ujian. Dan ujian standard ini dibuat satu persatu kepada sampel yang segar.

GFRP grating
Contohnya, untuk ujian api satu sampel GFRP dibakar dan keputusan ujian diambil dan dianalisis. Keputusan ujian dibuat, lepas. Sampel dibuang.

Untuk ujian kimia, satu sampel GFRP yang lain diuji dengan bahan kimia dan keputusan ujian diambil dan dianalisis. Keputusan ujian dibuat, lepas. Sampel dibuang.

Dan seterusnya.

Dengan lain perkataan, setiap sampel diuji, diambil keputusan dan dibuang. Keputusan ujian memberansangkan, GFRP boleh digunakan untuk industri luar pantai!

Maka, GFRP pun digunakan. Tapi apabila beberapa lama digunakan, ternyata banyak GFRP yang deteriorate (rosak).

Kenapa?

Sebabnya, di luar pantai, "ujian" sebenarnya adalah apabila semua ujian-ujian yang dibuat di dalam makmal itu berlaku serentak. Dan apabila efek dari environment itu berlaku serentak, kelakuan (behavior) GFRP pun berubah.

Maka ujian yang lebih tepat perlu dilakukan untuk menggabungkan semua efek environmental itu (bersama dengan ujian loading etc) supaya dapat simulate keadaan environment sebenar. Dan juga ambil kira yang GFRP itu akan digunakan selama 20-30 tahun di luar pantai.

Dengan lain perkataan, keadaan sebenar penggunaan GFRP untuk 20-30 tahun tidak dapat diketahui melainkan kita tunggu 20-30 tahun. Namun ada beberapa cara untuk ujian 20-30 tahun itu dapat dilakukan dengan cepat (accelerated aging). Contohnya, satu bulan accelerated aging bersamaan dengan 2 tahun keadaan sebenar. Jadi, 20-30 tahun dapat dipercepatkan kepada 10-15 bulan eksperimen dalam lab.

Nampak mudah? Tidak. Ujian dilakukan lagi dan lagi, dengan ulangan supaya keputusan yang dapat boleh dipercayai. Dan jenis ujian yang dibuat bukan satu, tapi banyak, mengambil kira semua efek environment yang mungkin ada di luar pantai.

Jadi sebenarnya, bila kita boleh yakin dengan keputusan itu? Jawabnya, tak tau. Ia bergantung kepada mana cepat dan banyak mana detail yang boleh didapati. Sehinggalah MAJORITI penyelidik yang menyelidik benda yang sama, bersetuju dengan keputusan kajian.

Setakat, satu dua penyelidik kata OK, itu tidak cukup untuk menjadikan hujah. Perlukan majority consensus. Ini mungkin mengambil masa 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun atau lebih.

Apabila kita tahu apakah behavior sebenar GFRP di luar pantai, maka kita dapat tuliskan guideline penggunaannya. Dan engineer yang akhirnya menggunakan GFRP tahu cara penggunaan yang betul dan apa pantang larangnya.

-----------------

OK sekarang kita tengok pada vape. Sebelum saya ulas, eloklah saya declare dulu bahawa saya tidak merokok dan tidak juga vape. Ulasan saya adalah saintifik seperti saya ulas untuk kajian GFRP di atas.

Objektif penggunaan vape adalah untuk menggantikan rokok dan lama-kelamaan perokok akan tidak merokok dan tidak vape. Vape bukan wujud untuk menggantikan rokok selama-lamanya. Dan vape bukan diwujudkan untuk pengguna yang tidak merokok. Objektif vape, saya ulang, adalah untuk menggantikan rokok dan lama-kelamaan perokok akan tidak merokok dan tidak vape.



Kerisauan utama adalah vape adalah benda baru dan tidak cukup data untuk lihat kesan jangka masa panjang (long-term effect). Untuk mengetahui kesan jangka masa panjang, ada dua cara seperti GFRP. Gunakan ia untuk 5-10 tahun atau buat eksperimen dalam lab.

Saya rumuskan kerisauan ini dengan quotation di bawah


BU Research: You’re a pulmonary researcher who has done groundbreaking work on early-stage lung cancer detection. You’re also a pulmonary care physician and you’ve spent years treating patients with advanced lung cancer who had been heavy smokers. What are your concerns about e-cigarettes?
Spira: It took decades after cigarettes were introduced to sort out the health effects, which were devastating. Many people got addicted and they couldn’t quit once the health effects became clear. The devastation is truly hard to imagine; according to the 2014 Surgeon General’s report, more than 20 million deaths have been attributed to smoking in the US since the 1960s. The tobacco companies have recognized for many years that their product is hurting their customers, which also impacts their sales. So they have recently started to develop “safer” products. There is a lot of controversy around this. How do we know a “safer” product is really safer?
But before the big tobacco companies got involved, weren’t e-cigarettes introduced and produced by independent companies as a way to get a nicotine hit without the tobacco and carcinogenic tar—as a safe alternative to cigarettes?
Yes, we could say that e-cigarette products have exploded in the marketplace, specifically in terms of brands, delivery devices, flavors, nicotine concentrations, as well as the delivery liquids. It’s a complicated, fascinating, and rapidly moving space. There are currently a myriad of ingredients that can be combined in different ways to produce the vapor. This does present a challenge for researchers looking to identify the agents that are harmful, as each e-cigarette product is potentially different than the next. The FDA is trying to get a handle on standardization and potential risks of e-cigarette products by funding groups like ours to develop systems to rapidly assess these factors. But the research community is still scrambling to keep up with the rapid and unanticipated changes in this field.
rujukan : http://www.bu.edu/research/articles/behind-the-vapor/

Nampak tak persamaan dari segi factor long-term effect antara GFRP dan vape ni? Nobody is sure, at least kepada scientific community. Yang cepat jump to conclusion adalah mereka yang ada kaitan secara langsung dengan rokok dan vape. Masing-masing mahu menangkan pihak masing-masing.

Seperti GFRP, di mana pengguna GFRP mengetahui efek sebenar tapi sudah terlambat (GFRP yang digunakan rosak, terpaksa diganti yang kosnya jutaan RM), begitu juga dengan penggunaan vape. Apabila efek kesan jangka masa panjang tiba-tiba didapati memudaratkan, apa nak dikata kepada pengguna vape yang terkesan dengannya? It is too late.

Itulah kerisauannya yang saya mahu simpulkan juga dari temuramah tadi;

I’m okay with someone eating wrong, not exercising, smoking—as long as they know about the consequences of that behavior. I take care of a lot of people who smoke. A lot of them started when they didn’t know it was bad to smoke. Smoking was a cultural phenomenon. People didn’t know the health effects—and it’s addictive. Later you can say, “Now we know,” but if you’re doing an addictive behavior for 20, 30 years, it’s really hard to stop.
I don’t judge smoking at all. I take care of patients unable to quit. That’s why I see Siegel’s argument. I know how hard it is to quit. Even some patients with lung cancer still can’t quit.

Sekian.

Tuesday, November 10, 2015

Kenapa korang masuk universiti?

Tadi baru lepas kuliah 1 jam Analysis of Determinate Structures. Disebabkan kuliah ni start awal dari UK, maka tak perlu kelam kabut nak habiskan silibus. Di UK, semester 12 minggu, di Malaysia 14 minggu. Kami ada 2 minggu lebih di sini.

Saya pilih 1 jam ini untuk bagi motivasi (kuliah falsafah tak rasmi). Saya mulakan dengan soalan, kenapa korang semua datang belajar dalam universiti ni? Kalau tak boleh jawab, cuba bagitau kenapa belajar dalam Civil Engineering? Kalau tak boleh jawab juga, kenapa korang belajar subjek Analysis of Determinate Structures ni?

Last2 sorang jawab nak dapatkan A.

Saya kata, betul. In fact, setiap individu ada jawapan dan motif masing2. Mungkin ada yang masuk sebab dah termasuk (accident) atau sebab mak bapak suruh. Saya tak menghakimi motif anda.
Tapi apa kata kalau kita analisa dan bincangkan sebab ini pula... "Saya datang kuliah subjek ini sebabkan saya mahukan ilmu yang ada di dalam kuliah ini."

Sebabnya, motif akan mencorakkan perjalanan.

Saya bezakan dapat A sebagai materialistik dan ilmu sebagai holistik.

Apabila kita nak dapatkan A, kita akan gunakan apa saja untuk mendapatkannya. Betul atau tidak, bukan masalah. Tiru exam, tiru report, tiru kuiz etc.

Tapi nak dapatkan ilmu, takde cara lain. Korang kena datang kelas, belajar dan mengajar (peer review). Kalau tipu, ilmu dah tentu anda tak dapat, tapi A pun belum tentu. Kalau belajar sebab nak dapatkan ilmu dengan betul, ilmu DAH TENTU dapat, A walaupun belum tentu, tapi korang akan sangat puashati dengan ilmu yang dapat tu.

Kita perlu ada motivasi yang betul untuk setiap perkara. Kita perlu perbetulkan diri kita dulu, sebelum kita boleh kata kat orang lain.

Saya ambil contoh perjalanan hidup Prof John Nash (US) dan Prof Alan Turing (UK). Perjalanan mereka dalam menggali ilmu untuk KESEJAHTERAAN manusia dan tamadun sangat sukar sampai Prof Nash jadi gila dan Prof Turing bunuh diri. Tapi sekarang dah jadi filem dah kisah diorang tu siap menang awards lagi (A Beautiful Life (2008) dan The Imitation Game (2014)).

Saya ambil contoh sorang kawan di USA yang apabila describe kehidupan dia sebagai Prof biasa di USA, rumah mampu ada, kereta mampu ada tapi cash tak banyak sangat dan itu bukan jadi masalah bagi dia. Masalah bagi dia ialah, APABILA AKU MATI NANTI APAKAH LEGASI YANG AKAN AKU TINGGALKAN pada manusia hasil dari kerja beliau sebagai seorang pensyarah. Dan dia ni unknown Prof... sape pun tak kenal. Kalau tak sebab keje luar kat US, saya tak akan kenal pun siapa dia ni.

Tapi motif dia SAMA dengan Prof John Nash dan Prof Alan Turing. EXACTLY the same.

Itulah bezanya motif kita di Malaysia dibandingkan dengan motif mereka ini. Dan ini jugalah gauge ketamadunan kita. Materialistik dan holistik.

CHANGE perlu berlaku sekarang. Pada korang semua. Pada korang yang 22 orang students dalam kelas ni. Saya tak perlu risau dengan sesiapa pun luar dari kuliah ini kerana jika SEMUA 22 STUDENTS dalam kelas ini dapat jadi agent of change, itu sudah cukup sempurna bagi saya.
Penghujungnya saya katakan bahawa motif yang saya bawa ini, adalah motif kolektif sebahagian pensyarah2 di Malaysia ini. Kami mempunyai motif yang sama, iaitu mengubah (change) atas kapasiti kami di dalam kelas dengan harapan graduan-graduan yang keluar dari setiap IPT di Malaysia, masing-masing akan menjadi agent of change.

Apabila ini berlaku, kita tak perlu tuding2 jari dah. Kita akan bergerak secara kolektif untuk mengasaskan masyarakat dan negara yang lebih baik dari sebelumnya. We will be a better society and nation!

TO THE FUTURE!

Monday, November 09, 2015

Komentari KL Thrashed 2015 kena raid

Kes show yang kena raid atas alasan black metal. Baru-baru ini KL Thrashed 2015.
Apabila rakan2 hujah kata dalam gig tiada alkohol, seks bebas dan maksiat semua; itu bukanlah alasan ia kena raid. Sebab tu disko, dangdut, k-pop etc tak kena raid. Maksiat selagi ada permit dan lesen, dibenarkan.
Masalahnya ialah black metal telah difatwakan atas alasan akidah.
Maka hendaklah dihujahkan dengan alasan akidah dan bukan maksiat.
Tapi ada orang kata KL Thrashed 2015 kena raid sebab takde permit. Yang buat raid adalah DBKL, dan DBKL takde autoriti nak guna alasan akidah untuk raid. DBKL ambil tindakan atas hal lesen dan permit saja.
Jadi bagaimana?
Jawabnya, berkubur saja. Sebab sifat mat metal di Malaysia adalah tidak melawan (naik turun tangga pejabat autoriti untuk tanyakan hak). Tapi kat facebook yang mana siapa pun tak peduli melainkan mat metal sendiri saja, kecoh la kejap2-3 hari. Lepas tu macam takde apa lah. Life goes on.

Friday, November 06, 2015

Kelihatan kuat dan positif setiap masa


Sebenarnya, memang perlu bersifat +ve ni. Saya perlu "kelihatan" kuat dan +ve sebab saya seorang suami dan bapa. Bagaimana family nak survive jika awal lagi saya "kelihatan" lemah dan -ve. Maka zahirnya yang nampak dari diri saya ialah "kelihatan" kuat dan +ve. Nak pulak sekarang, di sebuah universiti dan menjadi "pendidik" kepada pelajar yang sentiasa mengharapkan saya untuk mendidik mereka (juga ibubapa yang bertungkus lumus menyara pendidikan mereka).

Contohnya jika anak tanya mahal tak masuk universiti nanti. Kalau nak pergi universiti kat US boleh tak (maksudnya ada duit tak nak sponsor)? Saya akan jawab, jangan risau. Belajar betul-betul je, yang lain-lain tu biar Bapak uruskan, insyaAllah.

Ataupun jika pelajar bertanya, nanti dah grad, ada kerja ke? Saya kata, jangan risaukan kerja tu. Belajar dulu. InsyaAllah bila grad nanti, kerja akan datang. Bukankah anda sekarang berada di dalam universiti yang terkenal yang graduannya (dengan bukti statistik) memang tak pernah ada masalah nak cari kerja ?

Jika saya "kelihatan" lemah dan -ve, adakah ini akan memberi kesan yang baik kepada keluarga saya dan pelajar saya? I don't think so.

Pada masa yang sama, jika saya "kelihatan" kuat dan +ve, adakah semuanya telah terbentang senang di hadapan saya? Sudah tentu tidak. Di belakangnya adalah penat lelah, pengorbanan dan susah payah. Ia bukan datang dengan percuma.

Saya mesti elakkan diri saya dari succumb (jatuh) ke lembah negativity dan kelemahan. Lagi kuat dan +ve, lagi banyak manfaat orang di sekeliling saya akan dapat.

Weakness
dan -ve tu, pada fikiran saya, eloklah disembunyikan dan kalau nak dizahirkan pun, ketika berseorangan, dan berbicaralah dengan Dia yang Maha Berkuasa.

Saya diberi pilihan untuk "kelihatan" kuat dan +ve atau lemah dan -ve. Saya memilih pilihan yang pertama. Anda bagaimana?


-------------

Adakah menjadi mat metal menjadikan saya seorang yang sentiasa +ve dalam kehidupan? Mungkin juga. Sebab muzik metal dikenali sebagai muzik yang ditindas. Walau ditindas macam mana pun, pemuzik dan pendengarnya sentiasa "melawan". The struggle must go on. Dan sebab itulah punk is dead but not metal (hahaha... kawan punk, ini lawak saja ok?).

Rasanya ada la juga kot menyelinap masuk karekter +ve tu. Kalau takde, mungkin anda bukan mat metal kot :)

*Lagi satu ialah membaca sirah kehidupan Nabi saw dan para Sahabat r.a. Mereka adalah orang yang paling "kelihatan" kuat dan sentiasa berfikiran +ve. 

Thursday, November 05, 2015

Rumah dekat dengan pejabat

Pandangan luar bilik kuliah di HWUM- gambar hiasan saja.
 
Masa kat UPM dulu, sewa rumah di Balakong. Jam gila. Jarak 5km tapi nak sampai 30 minit ke atas. Terpaksa keluar ofis sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam; sampai rumah dalam masa kurang 10 minit. Antara sebab resign, pasal ini le.
 
Lepas tu kat UTP, try sewa kat Pinji Perdana. Lebih kurang 30 minit juga perjalanan. Tak tahan, jauh sangat walaupun tak jam. Beli rumah kat Bandar U. 10 minit je drive. Lunch pun kat rumah.
 
Dari pengalaman ini, masa nak pindah keje Putrajaya antara kriterianya ialah rumah mesti dekat dengan pejabat. Menyewa la juga rumah di Putrajaya ni walaupun kecik (berbanding dengan sewa yang sama tapi menyewa di Puchong, Bangi atau Kajang - dapat rumah semi-D 3 tingkat kot? Atau banglo?). Sewa yang mahal ditukar kepada convenience, dekat dan selesa. Dan selamat.
 
Semua ni logik. Boleh pikir dan survive sendiri. Tak perlu menteri pikirkan alternatif dan meroyan sana sini.

Sunday, November 01, 2015

Asalkan matematik dan sainsnya betul

 
 
Kuliah semalam menyelesaikan masalah cable dengan dua beban. Dalam slide standard yang disediakan, pelajar disuruh untuk menyelesaikan sendiri dengan menggunakan force equillibrium at points b and c. Dalam slide, jalan penyelesaian penuh ditunjuk untuk mencari beban dalam kabel (internal forces in the cable) dan juga support reactions dengan cara mengambil moment pada mana2 support. Selepas menerangkan kedua-dua kaedah tersebut, saya katakan bahawa saya juga boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggabungkan kaedah pertama dan kedua. Dalam slide, slope didefinisikan dengan nilai angle tetapi saya menggunakan nisbah panjang sisi kepada hipotenus. Saya buktikan dengan jawapan yang saya dapat sama dengan apa yang tertera pada slide. Saya tunjukkan bahawa penyelesaian dalam slide ini bukan ada dua saja, bahkan ada tiga.
Saya katakan kepada pelajar bahawa, dalam menyelesaikan sesuatu masalah engineering, kita tidak tertakluk kepada satu jalan penyelesaian, bahkan mungkin ada dua, tiga, empat, lima cara untuk menyelesaikannya SELAGI undang-undang (law) fizik dan matematiknya betul.
 
Student 1st year memang kena lebih sikit dalam penerangan supaya asas dapat digigit kuat.
 
Subliminal message pun ada kalau ada siapa dapat tangkap. Kehidupan kita memang dibebani oleh pelbagai masalah, tapi jalan penyelesaiannya pun banyak dan betul, selagi "law" (undang-undang, agama, moraliti etc) dipatuhi.
 
To the future!