SAXON adalah antara band yang saya ikuti sipi-sipi. Saya bukan peminat tegar tetapi saya ambil tahu. Dan ada masanya, albumnya saya beli. Kenapa bukan peminat tegar? Sebabnya SAXON adalah hits and misses; dalam konteks album juga dalam konteks lagu-lagu dalam setiap albumnya. Dengan lain perkataan, SAXON tidak konsisten.
Sacrifice adalah album ke-20. Paling menarik perhatian saya dengan layout CD ini ialah artwork emblem. Kalau anda perasan, artwork emblem juga menjadi hiasan kulit luar untuk album Wheels of Steel, Strong Arm of The Law, Lionheart dan Into The Labyrinth. Kerana emblem untuk album ini adalah idea vokalisnya, Biff Byford, maka saya syak emblem yang sebelumnya juga adalah idea beliau. Cuba amati ukiran pada emblem ini dan buat sangkaan, penilaian dan reduksi. Ya, kerja sia-sia sebab apa maksudnya pun tak tau!
Emblem adalah perkara kedua kerana perkara utama ialah lagu-lagu di dalam album ini. Sukacita dimaklumkan bahawa lagu-lagu dalam album ini memang power! Nak pula meja mixer dan rakaman dijaga oleh sound engineer (juga produser) terkenal dalam dunia metal, Andy Sneap. Maka anda akan disajikan dengan bunyian yang wall-of-sound. Gitarnya terasa garang berasap apabila chord major digunapakai, garing basah bila chord minor diulit dan lemak berkrim apabila solo digoreng.
Vokal Biff Byford pun memang top class untuk album ini. Dah tua macam tu pun suara maintain. Takde perubahan ketara dengan album Power & The Glory (1983); iaitu album pertama yang saya dengar dari SAXON masa sekolah rendah dahulu. Ini sudah tentu menggamit memori usang.
Produksi wall-of-sound SAXON sejak kebelakangan ini, banyak membantu saya kembali kepada SAXON. Namun, jangan disangka SAXON cuba menjadi metalcore, thrash metal atau death metal dengan produksi sebegini. Bahkan heavy metal jugalah yang disajikan setiap masa. Keyakinan dan kesetiaan SAXON kepada heavy metal ini, walau dilanda pelbagai trend muzik semasa telah menjadikan SAXON satu band yang kult. JUDAS PRIEST pun pernah goyah dengan album Turbo dan MANOWAR dengan album choirnya. Namun, SAXON tetap utuh!
Saya mencadangkan untuk anda mendengar lagu Night Of The Wolf dan Sacrifice untuk anda dapatkan gambaran ringkas tentang apakah yang tersaji dari album Sacrifice ini.
1 comment:
Saxon antara band yang sangat best 'greatest hits'dorang...
aku suka.
Post a Comment