Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, December 04, 2015

Hantar atau tidak hantar ke asrama penuh?

 
Masih lagi dalam demam UPSR smile emoticon
So kami laki bini pernah bersembang pasal asrama penuh. Kami berdua adalah produk MRSM. Walaupun begitu, di akhir perbincangan kami laki bini, kami ambil keputusan untuk TIDAK hantar anak2 ke sekolah berasrama penuh. Sebabnya:
1. Dulu kelengkapan sekolah harian tidak sebaik sekolah asrama penuh. Sekarang, sekolah harian hampir sama baik dengan asrama penuh (terutama di Putrajaya).
2. Dulu sekolah cemerlang hanya di sekolah asrama penuh, sekarang banyak juga sekolah harian yang cemerlang (terutama di Putrajaya).
3. Kami sebagai ibu bapa belum habis curah kasih sayang pada mereka. Dan mereka belum habis ambil manfaat dari kami sebagai ibu bapa.
4. Selain dari ilmu yang dicurahkan oleh cikgu di sekolah, ilmu dari ibu bapa juga perlu dicurahkan kepada mereka. Ilmu dari ibu bapa ini tidak bersifat akademik tetapi lebih bersifat kepada living survival, wisdom, nasihat etc. yang pada kami juga sangat penting, malah mungkin lebih penting dari ilmu akademik. Kalau di asrama penuh, ilmu ini terputus (dapat ilmu dari cikgu saja).
5. Dengan expectation bahawa semuanya akan masuk kolej, universiti lepas SPM nanti, maka buat masa ini hubungan kekeluargaan dan adik beradik perlu ada dan dirapatkan. Nanti apabila masanya sudah sampai untuk mereka ke kolej dan universiti, hubungan kekeluargaan dan adik beradik itu sudah cukup kukuh, so no problemo.
6. Kehidupan akademik hanya bermula bila mereka masuk kolej atau universiti dan mereka perlu fokus sebab itu mereka perlu ke sana. Sementara ini bersekolah, mereka perlukan akademik bersama dengan aura dan sokongan ibu bapa. Sekolah dan universiti adalah dua perkara yang sangat berbeza.
7. Mak bapak mereka berupaya dalam bidang akademik, maka boleh support mana2 yang kurang di sekolah harian.
*nota - sebab2 ini tidak bersifat universal dan tidak apply pada semua orang sebab ia bergantung kepada keadaan masing-masing.

Wednesday, December 02, 2015

Star Wars dan civil engineering

 
May the Force be with you.
Pagi tadi saya dapat email dari kawan sekerja di Edinburgh. Dia mengatakan, one of the civil engineering lecturer kat sana kena interview dengan National Geographic tentang "on how professors use Star Wars in science and teaching."
Kebetulan pula minggu lepas saya pun ada masukkan Star Wars dalam presentation saya kepada student Foundations. Saya katakan kepada students, jika benar wujudnya paralel universe, civil engineers juga diperlukan untuk pembangunan tamadun (fizikal) tersebut. Refer to the slides.
Tengah tunggu National Geographic datang interbiu

Monday, November 30, 2015

Jadi engineer boleh kaya raya



Tadi buat presentation pada students Foundation. Lepas habis foundation, mereka akan masuk buat bachelor degree. Beberapa lecturers bagi presentation supaya mereka ada idea apa nak pilih nanti.

Salah sorang lecturer tu bagi contoh materialistik... salah sorang supervisor dia kaya pakai Ferrari sebab segala projek dia ambil 1-2%. So kalau projek RM100 juta, dapat 1-2 juta untuk fee.

Obviously, student pun tanya la balik, kalau boleh dapat 1-2 juta dalam poket, why are you here teaching here? Patutnya, pergi la ke industri kan?

Saya terpaksa bangun dan explain. Sebab benda ni la persepsi yang melanda pelajar universiti sekarang. Masuk universiti nak kaya millionaire, billionaire...

Saya kata:

1. Jawapan mudahnya, kalau dia dan saya kerja industri, takde sape nak mengajar kamu dan universiti takkan wujud dan kamu pun takde tempat nak belajar kat mana.

2. Kalau kamu refer kepada kaya raya macam Bill Gates dan Steve Zuckenberg, mereka sebenarnya tak habis belajar. Silalah berhenti belajar. Tapi hati-hati sebab Bill Gates dan Steve Zuckenberg tu adalah dua orang manusia dari 7 billion manusia. Dalam hal ini, "luck" memainkan peranan besar.

3. (Dan saya sepatutnya sambung balik point ni cuma tak teringat dan tak sempat, masa singkat) Lihat universiti mana yang mereka tak habis belajar tu; Harvard University. Jadi kalau kamu ada secebis karektor macam mereka berdua, kamu tak belajar kat Malaysia ni tapi patutnya kamu dah di sana. Kenapa kamu tak ke sana? Most probably sebab tak layak.

4. Tapi lihatlah siapa yang mereka berdua gajikan untuk bina empayar mereka tu. Ya, all the professionals yang ada bachelor degree, master degree dan PhD. Berapa banyak professional tanpa ijazah yang mereka gajikan? Tak banyak.

5. Sebab itu pada slide akhir saya, saya tanya soalan ini; "Yes!!! Will I become a RICH civil engineer then?" dan jawapan saya seperti di dalam slide itu.

6. Kesalahan pertama yang dibuat oleh saya (dulu sebagai pelajar) dan pelajar universiti ialah mereka masuk universiti nak jadi kaya. Kaya = materialistik. Sepatutnya, kita masuk universiti untuk menjadi manusia yang lebih holistik. 

7. Of course la jadi engineer ni tak miskin, papa kedana. Boleh la hidup. Kaya tu bonus kalau ada rezeki. Tapi yang lebih penting ialah sebagai engineer, kita tahu yang kerjaya yang kita pilih ini sebagai engineer adalah contribution kita kepada manusia sejagat dan kesejahteraan dunia. Kita patut rasa prihatin, bangga dan ada sense of ownership dengan tanggungjawab yang telah terbeban ini.

8. Kamu kena buangkan pemikiran materialistik ini sebab apabila ia jadi governing thinking dalam kepala, kamu tak akan jadi engineers yang bagus sebab kamu akan selalu berfikir bila nak dapat rumah banglo, bila nak dapat kereta Ferrari dan rasa menyesal ambil jalan ini sepatutnya ambil jurusan lain (yang pada persepsi kamu boleh jadikan kamu kaya). Ownership terhadap karier kamu jatuh menjadi hal ke 2, 3, 4, 5... 121.

9. Jadi bila kamu nak decide apa karier kamu, kamu kena fikir betul-betul. Apakah contribution pada tamadun manusia yang kamu nak bagi nanti. And THAT should make you a better and happy person.

Habis jawapan saya, saya diberi tepukan gemuruh. Saya harap persepsi mereka berubah apabila buat degree nanti dan pilih betul-betul apa jurusan yang nak diambil nanti.


Deriving the flexure formula and connecting it with Hooke's Law to establish the relationship of displacement to the applied load, shear, moment and rotation of a beam. These two students will make it.

Monday, November 16, 2015

Ulasan: ULI JON ROTH Scorpions Revisited





Saya adalah pemuja Uli Jon Roth. Pemujaan ini telah berlaku sejak pertama kali saya mendengar petikan gitar dia bersama Scorpions ketika umur saya sekitar 8-9 tahun. Biasanya pada umur begini, apa yang kita puja ketika itu akan melekat sampai bila-bila.

Apabila mendengar berita bahawa beliau akan merakam kembali lagu-lagu Scorpions, itu sudah cukup mengujakan. Timbul juga kerisauan, kerana harapan menggunung tinggi, adakah rakaman semula ini cukup baik? Manakan tidak, kerana diketahui beliau tidak pernah lagi memainkan lagu Scorpions berpuluh tahun lamanya.

Nampaknya kerisauan ini juga dikongsi oleh beliau tetapi dari perspektif berbeza. Risau UJR ialah, bagaimana untuk merakamkan kembali lagu-lagu tersebut tanpa terasa membuat kerja yang sia-sia. Apa perlu dirakam semula benda yang sama? Untuk itu UJR mengambil keputusan untuk merakamkan semuanya secara live. Dewan besar disewa dan rakaman dibuat secara live tetapi tanpa penonton. UJR menggunakan 2 gitaris tambahan untuk menampung kekewaan Tokyo Tapes dulu, banyak lagu yang tidak dapat dimainkan secara live kerana lagu-lagu asalnya menggunakan layer gitar yang banyak.

Maka hasilnya ialah sebuah album kembar yang mantap; tanpa perlu kerja-kerja menggilap berlebihan di dalam studio rakaman (kerana ini adalah album "live"). Sudah tentu lagu-lagu tersebut tidaklah 100% sama dengan yang asal, bahkan UJR memasukkan komponen yang sepatutnya ada tetapi tidak ada masa itu. Dan mengenali beliau, segmen extended guitar juga merata di dalam album ini.

Saya fikir ini adalah terjemahan yang baik. Tatkala dahulu beliau bersama dengan lain-lainnya terpaksa berkompromi tetapi kali ini beliau memerintah keseluruhan produksi album. Ini selari dengan gaya Yngwie J Malmsteen dalam proses rakaman. Maka yang terbit dari album ini adalah kesemuanya yang dimahukan oleh UJR.

CD ini datang dengan liner notes panjang lebar yang ditulis oleh UJR tentang idea rakaman semula, metodologi rakaman dan kerja keras yang dikerahkan untuk menghasilkan album ini. Ini adalah album yang wajib ada pada semua peminat Scorpions dan UJR.

https://en.wikipedia.org/wiki/Scorpions_Revisited
http://www.blabbermouth.net/news/uli-jon-roth-to-release-scorpions-revisited-volume-1-double-album/#r2BAquBP2oQb5O50.99

Wednesday, November 11, 2015

Long term effect of vape?



Long-term effect adalah satu bidang kajian sains yang selalu dibuat oleh saintis. Saya sendiri terlibat dalam kajian saintifik berkaitan dengan long-term effect. Biar saya jelaskan.

Ada satu produk GFRP yang mahu diperkenalkan kepada industry oil & gas. Ia adalah untuk menggantikan keluli (steel) yang banyak bagi masalah kepada struktur luar pantai antaranya; mahal, senang karat dan berat. Sedangkan GFRP adalah murah (relatif kepada penggunaan jangka masa panjang), tidak berkarat dan ringan.

Dengan lain perkataan, ia adalah heaven-sent!

Sebelum ia digunakan untuk industry luar pantai (offshore), beberapa ujian standard perlu dilakukan. Antaranya ujian kepada api, ujian kimia, ujian asap toksik dan banyak lagi (yang berkait dengan keadaan sebenar penggunaan GFRP di luar pantai). Dan kebanyakannya, GFRP lepas, tiada masalah.

Masalah timbul kerana sampel GFRP yang digunakan untuk ujian adalah sampel baru. Segar dari kilang. Dari kilang terus dihantar ke makmal ujian. Dan ujian standard ini dibuat satu persatu kepada sampel yang segar.

GFRP grating
Contohnya, untuk ujian api satu sampel GFRP dibakar dan keputusan ujian diambil dan dianalisis. Keputusan ujian dibuat, lepas. Sampel dibuang.

Untuk ujian kimia, satu sampel GFRP yang lain diuji dengan bahan kimia dan keputusan ujian diambil dan dianalisis. Keputusan ujian dibuat, lepas. Sampel dibuang.

Dan seterusnya.

Dengan lain perkataan, setiap sampel diuji, diambil keputusan dan dibuang. Keputusan ujian memberansangkan, GFRP boleh digunakan untuk industri luar pantai!

Maka, GFRP pun digunakan. Tapi apabila beberapa lama digunakan, ternyata banyak GFRP yang deteriorate (rosak).

Kenapa?

Sebabnya, di luar pantai, "ujian" sebenarnya adalah apabila semua ujian-ujian yang dibuat di dalam makmal itu berlaku serentak. Dan apabila efek dari environment itu berlaku serentak, kelakuan (behavior) GFRP pun berubah.

Maka ujian yang lebih tepat perlu dilakukan untuk menggabungkan semua efek environmental itu (bersama dengan ujian loading etc) supaya dapat simulate keadaan environment sebenar. Dan juga ambil kira yang GFRP itu akan digunakan selama 20-30 tahun di luar pantai.

Dengan lain perkataan, keadaan sebenar penggunaan GFRP untuk 20-30 tahun tidak dapat diketahui melainkan kita tunggu 20-30 tahun. Namun ada beberapa cara untuk ujian 20-30 tahun itu dapat dilakukan dengan cepat (accelerated aging). Contohnya, satu bulan accelerated aging bersamaan dengan 2 tahun keadaan sebenar. Jadi, 20-30 tahun dapat dipercepatkan kepada 10-15 bulan eksperimen dalam lab.

Nampak mudah? Tidak. Ujian dilakukan lagi dan lagi, dengan ulangan supaya keputusan yang dapat boleh dipercayai. Dan jenis ujian yang dibuat bukan satu, tapi banyak, mengambil kira semua efek environment yang mungkin ada di luar pantai.

Jadi sebenarnya, bila kita boleh yakin dengan keputusan itu? Jawabnya, tak tau. Ia bergantung kepada mana cepat dan banyak mana detail yang boleh didapati. Sehinggalah MAJORITI penyelidik yang menyelidik benda yang sama, bersetuju dengan keputusan kajian.

Setakat, satu dua penyelidik kata OK, itu tidak cukup untuk menjadikan hujah. Perlukan majority consensus. Ini mungkin mengambil masa 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau 20 tahun atau lebih.

Apabila kita tahu apakah behavior sebenar GFRP di luar pantai, maka kita dapat tuliskan guideline penggunaannya. Dan engineer yang akhirnya menggunakan GFRP tahu cara penggunaan yang betul dan apa pantang larangnya.

-----------------

OK sekarang kita tengok pada vape. Sebelum saya ulas, eloklah saya declare dulu bahawa saya tidak merokok dan tidak juga vape. Ulasan saya adalah saintifik seperti saya ulas untuk kajian GFRP di atas.

Objektif penggunaan vape adalah untuk menggantikan rokok dan lama-kelamaan perokok akan tidak merokok dan tidak vape. Vape bukan wujud untuk menggantikan rokok selama-lamanya. Dan vape bukan diwujudkan untuk pengguna yang tidak merokok. Objektif vape, saya ulang, adalah untuk menggantikan rokok dan lama-kelamaan perokok akan tidak merokok dan tidak vape.



Kerisauan utama adalah vape adalah benda baru dan tidak cukup data untuk lihat kesan jangka masa panjang (long-term effect). Untuk mengetahui kesan jangka masa panjang, ada dua cara seperti GFRP. Gunakan ia untuk 5-10 tahun atau buat eksperimen dalam lab.

Saya rumuskan kerisauan ini dengan quotation di bawah


BU Research: You’re a pulmonary researcher who has done groundbreaking work on early-stage lung cancer detection. You’re also a pulmonary care physician and you’ve spent years treating patients with advanced lung cancer who had been heavy smokers. What are your concerns about e-cigarettes?
Spira: It took decades after cigarettes were introduced to sort out the health effects, which were devastating. Many people got addicted and they couldn’t quit once the health effects became clear. The devastation is truly hard to imagine; according to the 2014 Surgeon General’s report, more than 20 million deaths have been attributed to smoking in the US since the 1960s. The tobacco companies have recognized for many years that their product is hurting their customers, which also impacts their sales. So they have recently started to develop “safer” products. There is a lot of controversy around this. How do we know a “safer” product is really safer?
But before the big tobacco companies got involved, weren’t e-cigarettes introduced and produced by independent companies as a way to get a nicotine hit without the tobacco and carcinogenic tar—as a safe alternative to cigarettes?
Yes, we could say that e-cigarette products have exploded in the marketplace, specifically in terms of brands, delivery devices, flavors, nicotine concentrations, as well as the delivery liquids. It’s a complicated, fascinating, and rapidly moving space. There are currently a myriad of ingredients that can be combined in different ways to produce the vapor. This does present a challenge for researchers looking to identify the agents that are harmful, as each e-cigarette product is potentially different than the next. The FDA is trying to get a handle on standardization and potential risks of e-cigarette products by funding groups like ours to develop systems to rapidly assess these factors. But the research community is still scrambling to keep up with the rapid and unanticipated changes in this field.
rujukan : http://www.bu.edu/research/articles/behind-the-vapor/

Nampak tak persamaan dari segi factor long-term effect antara GFRP dan vape ni? Nobody is sure, at least kepada scientific community. Yang cepat jump to conclusion adalah mereka yang ada kaitan secara langsung dengan rokok dan vape. Masing-masing mahu menangkan pihak masing-masing.

Seperti GFRP, di mana pengguna GFRP mengetahui efek sebenar tapi sudah terlambat (GFRP yang digunakan rosak, terpaksa diganti yang kosnya jutaan RM), begitu juga dengan penggunaan vape. Apabila efek kesan jangka masa panjang tiba-tiba didapati memudaratkan, apa nak dikata kepada pengguna vape yang terkesan dengannya? It is too late.

Itulah kerisauannya yang saya mahu simpulkan juga dari temuramah tadi;

I’m okay with someone eating wrong, not exercising, smoking—as long as they know about the consequences of that behavior. I take care of a lot of people who smoke. A lot of them started when they didn’t know it was bad to smoke. Smoking was a cultural phenomenon. People didn’t know the health effects—and it’s addictive. Later you can say, “Now we know,” but if you’re doing an addictive behavior for 20, 30 years, it’s really hard to stop.
I don’t judge smoking at all. I take care of patients unable to quit. That’s why I see Siegel’s argument. I know how hard it is to quit. Even some patients with lung cancer still can’t quit.

Sekian.

Tuesday, November 10, 2015

Kenapa korang masuk universiti?

Tadi baru lepas kuliah 1 jam Analysis of Determinate Structures. Disebabkan kuliah ni start awal dari UK, maka tak perlu kelam kabut nak habiskan silibus. Di UK, semester 12 minggu, di Malaysia 14 minggu. Kami ada 2 minggu lebih di sini.

Saya pilih 1 jam ini untuk bagi motivasi (kuliah falsafah tak rasmi). Saya mulakan dengan soalan, kenapa korang semua datang belajar dalam universiti ni? Kalau tak boleh jawab, cuba bagitau kenapa belajar dalam Civil Engineering? Kalau tak boleh jawab juga, kenapa korang belajar subjek Analysis of Determinate Structures ni?

Last2 sorang jawab nak dapatkan A.

Saya kata, betul. In fact, setiap individu ada jawapan dan motif masing2. Mungkin ada yang masuk sebab dah termasuk (accident) atau sebab mak bapak suruh. Saya tak menghakimi motif anda.
Tapi apa kata kalau kita analisa dan bincangkan sebab ini pula... "Saya datang kuliah subjek ini sebabkan saya mahukan ilmu yang ada di dalam kuliah ini."

Sebabnya, motif akan mencorakkan perjalanan.

Saya bezakan dapat A sebagai materialistik dan ilmu sebagai holistik.

Apabila kita nak dapatkan A, kita akan gunakan apa saja untuk mendapatkannya. Betul atau tidak, bukan masalah. Tiru exam, tiru report, tiru kuiz etc.

Tapi nak dapatkan ilmu, takde cara lain. Korang kena datang kelas, belajar dan mengajar (peer review). Kalau tipu, ilmu dah tentu anda tak dapat, tapi A pun belum tentu. Kalau belajar sebab nak dapatkan ilmu dengan betul, ilmu DAH TENTU dapat, A walaupun belum tentu, tapi korang akan sangat puashati dengan ilmu yang dapat tu.

Kita perlu ada motivasi yang betul untuk setiap perkara. Kita perlu perbetulkan diri kita dulu, sebelum kita boleh kata kat orang lain.

Saya ambil contoh perjalanan hidup Prof John Nash (US) dan Prof Alan Turing (UK). Perjalanan mereka dalam menggali ilmu untuk KESEJAHTERAAN manusia dan tamadun sangat sukar sampai Prof Nash jadi gila dan Prof Turing bunuh diri. Tapi sekarang dah jadi filem dah kisah diorang tu siap menang awards lagi (A Beautiful Life (2008) dan The Imitation Game (2014)).

Saya ambil contoh sorang kawan di USA yang apabila describe kehidupan dia sebagai Prof biasa di USA, rumah mampu ada, kereta mampu ada tapi cash tak banyak sangat dan itu bukan jadi masalah bagi dia. Masalah bagi dia ialah, APABILA AKU MATI NANTI APAKAH LEGASI YANG AKAN AKU TINGGALKAN pada manusia hasil dari kerja beliau sebagai seorang pensyarah. Dan dia ni unknown Prof... sape pun tak kenal. Kalau tak sebab keje luar kat US, saya tak akan kenal pun siapa dia ni.

Tapi motif dia SAMA dengan Prof John Nash dan Prof Alan Turing. EXACTLY the same.

Itulah bezanya motif kita di Malaysia dibandingkan dengan motif mereka ini. Dan ini jugalah gauge ketamadunan kita. Materialistik dan holistik.

CHANGE perlu berlaku sekarang. Pada korang semua. Pada korang yang 22 orang students dalam kelas ni. Saya tak perlu risau dengan sesiapa pun luar dari kuliah ini kerana jika SEMUA 22 STUDENTS dalam kelas ini dapat jadi agent of change, itu sudah cukup sempurna bagi saya.
Penghujungnya saya katakan bahawa motif yang saya bawa ini, adalah motif kolektif sebahagian pensyarah2 di Malaysia ini. Kami mempunyai motif yang sama, iaitu mengubah (change) atas kapasiti kami di dalam kelas dengan harapan graduan-graduan yang keluar dari setiap IPT di Malaysia, masing-masing akan menjadi agent of change.

Apabila ini berlaku, kita tak perlu tuding2 jari dah. Kita akan bergerak secara kolektif untuk mengasaskan masyarakat dan negara yang lebih baik dari sebelumnya. We will be a better society and nation!

TO THE FUTURE!

Monday, November 09, 2015

Komentari KL Thrashed 2015 kena raid

Kes show yang kena raid atas alasan black metal. Baru-baru ini KL Thrashed 2015.
Apabila rakan2 hujah kata dalam gig tiada alkohol, seks bebas dan maksiat semua; itu bukanlah alasan ia kena raid. Sebab tu disko, dangdut, k-pop etc tak kena raid. Maksiat selagi ada permit dan lesen, dibenarkan.
Masalahnya ialah black metal telah difatwakan atas alasan akidah.
Maka hendaklah dihujahkan dengan alasan akidah dan bukan maksiat.
Tapi ada orang kata KL Thrashed 2015 kena raid sebab takde permit. Yang buat raid adalah DBKL, dan DBKL takde autoriti nak guna alasan akidah untuk raid. DBKL ambil tindakan atas hal lesen dan permit saja.
Jadi bagaimana?
Jawabnya, berkubur saja. Sebab sifat mat metal di Malaysia adalah tidak melawan (naik turun tangga pejabat autoriti untuk tanyakan hak). Tapi kat facebook yang mana siapa pun tak peduli melainkan mat metal sendiri saja, kecoh la kejap2-3 hari. Lepas tu macam takde apa lah. Life goes on.

Friday, November 06, 2015

Kelihatan kuat dan positif setiap masa


Sebenarnya, memang perlu bersifat +ve ni. Saya perlu "kelihatan" kuat dan +ve sebab saya seorang suami dan bapa. Bagaimana family nak survive jika awal lagi saya "kelihatan" lemah dan -ve. Maka zahirnya yang nampak dari diri saya ialah "kelihatan" kuat dan +ve. Nak pulak sekarang, di sebuah universiti dan menjadi "pendidik" kepada pelajar yang sentiasa mengharapkan saya untuk mendidik mereka (juga ibubapa yang bertungkus lumus menyara pendidikan mereka).

Contohnya jika anak tanya mahal tak masuk universiti nanti. Kalau nak pergi universiti kat US boleh tak (maksudnya ada duit tak nak sponsor)? Saya akan jawab, jangan risau. Belajar betul-betul je, yang lain-lain tu biar Bapak uruskan, insyaAllah.

Ataupun jika pelajar bertanya, nanti dah grad, ada kerja ke? Saya kata, jangan risaukan kerja tu. Belajar dulu. InsyaAllah bila grad nanti, kerja akan datang. Bukankah anda sekarang berada di dalam universiti yang terkenal yang graduannya (dengan bukti statistik) memang tak pernah ada masalah nak cari kerja ?

Jika saya "kelihatan" lemah dan -ve, adakah ini akan memberi kesan yang baik kepada keluarga saya dan pelajar saya? I don't think so.

Pada masa yang sama, jika saya "kelihatan" kuat dan +ve, adakah semuanya telah terbentang senang di hadapan saya? Sudah tentu tidak. Di belakangnya adalah penat lelah, pengorbanan dan susah payah. Ia bukan datang dengan percuma.

Saya mesti elakkan diri saya dari succumb (jatuh) ke lembah negativity dan kelemahan. Lagi kuat dan +ve, lagi banyak manfaat orang di sekeliling saya akan dapat.

Weakness
dan -ve tu, pada fikiran saya, eloklah disembunyikan dan kalau nak dizahirkan pun, ketika berseorangan, dan berbicaralah dengan Dia yang Maha Berkuasa.

Saya diberi pilihan untuk "kelihatan" kuat dan +ve atau lemah dan -ve. Saya memilih pilihan yang pertama. Anda bagaimana?


-------------

Adakah menjadi mat metal menjadikan saya seorang yang sentiasa +ve dalam kehidupan? Mungkin juga. Sebab muzik metal dikenali sebagai muzik yang ditindas. Walau ditindas macam mana pun, pemuzik dan pendengarnya sentiasa "melawan". The struggle must go on. Dan sebab itulah punk is dead but not metal (hahaha... kawan punk, ini lawak saja ok?).

Rasanya ada la juga kot menyelinap masuk karekter +ve tu. Kalau takde, mungkin anda bukan mat metal kot :)

*Lagi satu ialah membaca sirah kehidupan Nabi saw dan para Sahabat r.a. Mereka adalah orang yang paling "kelihatan" kuat dan sentiasa berfikiran +ve. 

Thursday, November 05, 2015

Rumah dekat dengan pejabat

Pandangan luar bilik kuliah di HWUM- gambar hiasan saja.
 
Masa kat UPM dulu, sewa rumah di Balakong. Jam gila. Jarak 5km tapi nak sampai 30 minit ke atas. Terpaksa keluar ofis sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam; sampai rumah dalam masa kurang 10 minit. Antara sebab resign, pasal ini le.
 
Lepas tu kat UTP, try sewa kat Pinji Perdana. Lebih kurang 30 minit juga perjalanan. Tak tahan, jauh sangat walaupun tak jam. Beli rumah kat Bandar U. 10 minit je drive. Lunch pun kat rumah.
 
Dari pengalaman ini, masa nak pindah keje Putrajaya antara kriterianya ialah rumah mesti dekat dengan pejabat. Menyewa la juga rumah di Putrajaya ni walaupun kecik (berbanding dengan sewa yang sama tapi menyewa di Puchong, Bangi atau Kajang - dapat rumah semi-D 3 tingkat kot? Atau banglo?). Sewa yang mahal ditukar kepada convenience, dekat dan selesa. Dan selamat.
 
Semua ni logik. Boleh pikir dan survive sendiri. Tak perlu menteri pikirkan alternatif dan meroyan sana sini.

Sunday, November 01, 2015

Asalkan matematik dan sainsnya betul

 
 
Kuliah semalam menyelesaikan masalah cable dengan dua beban. Dalam slide standard yang disediakan, pelajar disuruh untuk menyelesaikan sendiri dengan menggunakan force equillibrium at points b and c. Dalam slide, jalan penyelesaian penuh ditunjuk untuk mencari beban dalam kabel (internal forces in the cable) dan juga support reactions dengan cara mengambil moment pada mana2 support. Selepas menerangkan kedua-dua kaedah tersebut, saya katakan bahawa saya juga boleh menyelesaikan masalah ini dengan menggabungkan kaedah pertama dan kedua. Dalam slide, slope didefinisikan dengan nilai angle tetapi saya menggunakan nisbah panjang sisi kepada hipotenus. Saya buktikan dengan jawapan yang saya dapat sama dengan apa yang tertera pada slide. Saya tunjukkan bahawa penyelesaian dalam slide ini bukan ada dua saja, bahkan ada tiga.
Saya katakan kepada pelajar bahawa, dalam menyelesaikan sesuatu masalah engineering, kita tidak tertakluk kepada satu jalan penyelesaian, bahkan mungkin ada dua, tiga, empat, lima cara untuk menyelesaikannya SELAGI undang-undang (law) fizik dan matematiknya betul.
 
Student 1st year memang kena lebih sikit dalam penerangan supaya asas dapat digigit kuat.
 
Subliminal message pun ada kalau ada siapa dapat tangkap. Kehidupan kita memang dibebani oleh pelbagai masalah, tapi jalan penyelesaiannya pun banyak dan betul, selagi "law" (undang-undang, agama, moraliti etc) dipatuhi.
 
To the future!

Saturday, October 31, 2015

Lawatan pelajar dan ETP Economic Transformation Programme

Semalam ada satu kumpulan budak2 sekolah menengah tinggi datang ke HWUM. Saya telah ditugaskan untuk memberi taklimat tentang School of Energy, Geoscience, Infrastructure and Society (EGIS). School ini adalah berkaitan tentang construction industry.

Saya menggunakan slide standard universiti.

Dalam satu slide tu, ada bagi fakta mengenai pembangunan di UK menggunakan data-data dari sebuah organisasi luar. Saya rasa slide itu tidak sesuai jadi saya perlu menggunakan data dan perancangan negara ini sebagai rujukan.

Apa rujukan dan perancangan yang saya perlu gunakan untuk convince pelajar ini bahawasanya construction industry adalah tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara? Saya gunakan ETP http://etp.pemandu.gov.my/

Saya tanya kepada mereka dalam 12 sektor yang difokuskan oleh ETP, yang mana satu TIDAK berkait dengan construction industry? Seorang guru menjawab, tourism. Saya katakan tanpa hotel yang dibina oleh construction industry, kita tak akan dapat menampung jumlah bilangan tourist yang datang. Bingo!

Kemudian, saya tanya sepanjang perjalanan dari Johor ke Putrajaya, perasan tak betapa giatnya aktiviti construction?

Saya rasa mungkin ini PERTAMA kali pelajar (dan guru) sekolah tu dibawa kepada laman ETP. Mungkin kalau ada masa, mereka akan browse dan baca. Takde la bergantung kepada meme, cut & paste dan fb semata-mata untuk mengambil fakta dan untuk gauge performance government of the day.

Ingat tak bagaimana kita buat KPI dalam keje kita? First, kita layout out our plans dan kita diskas dengan superior kita dan kita agree sama2, inilah yang akan kita cuba capai. Kemudian kita letak target date dan akhirnya our superior akan gauge apa yang kita plan tu pada end of cycle year. Bagus atau tidak performance kita bergantung kepada banyak mana achievement yang telah dimeterai. Dan superior kita pun faham la, bukan semua kita boleh capai. Dan kalau kita jadi superior pulak, kita pun guna budi bahasa yang sama pada subordinate kita. Dalam kontek entry ini, ETP adalah satu KPI yang boleh di-gauge.

Friday, October 30, 2015

Tol dan pengangkutan awam

Izinkan saya menulis mengenai pengangkutan awam bertajuk "Memaksa rakyat menggunakan pengangkutan awam".

Semasa belajar di Australia dulu, jarak rumah ke Uni (di tengah2 bandar Adelaide) dalam lingkungan 20km. Saya ada kereta sebiji. Namun untuk ke Uni sehari2 saya memlih untuk menggunakan bas dan tren.

Saya terpaksa kerana dipaksa oleh kerajaan Australia untuk menggunakan pengangkutan awam. Caranya ialah:

1. Bas dan tren tepat dan kerap mengikut keperluan. Waktu sibuk 7-9am, kekerapan bas dan tren amat tinggi dan sangat tepat (tak lambat/cepat 1-2minit dari schedule).

2. Tiket mingguan dan pas bulanan ditawarkan dengan harga yang lebih rendah dari pas harian.

3. Jumlah kos dan keselesaan yang lebih murah dari naik kereta atau motorsikal sendiri. Tapi kalah kalau bawak basikal.

4. Parking kereta di bandar amat mahal dan terhad. Murah apabila jauh dari pusat bandar. Contohnya, kalau dekat bandar, mahal dan terhad untuk sejam saja. Lebih sejam, kena lari turun untuk tambah syiling. Kalau jauh walaupun murah dan lebih lama (3-4 jam), tapi kena lari jauh sampai semput nak tambah syiling.

5. Parking berbumbung kalau tak bayar bulanan, memang kejam gila. Contohnya, RM50 8-5pm (dalam perspektif rakyat marhaen macam saya).

6. Parking merata2 memang tiada toleransi langsung. Saman terus. Antara disiplin orang Australia ni la, takde sebiji pun kereta parking merata seperti parking di line kuning.

6. Parking memang limited dan memang orang berebut. Tapi kalau parking merata kena saman tanpa belas kasihan.

7. Sekali sekala ada iklan keluar kat TV kata kenapa naik pengangkutan awam lagi bijak dan menjimatkan wang sehingga RM300 sebulan (contohnya) dari membawa kereta sendiri. Propaganda yahudi sebenarnya.

Kereta saya guna untuk bergerak luar bandar atau hari minggu. Sebab hari minggu memang frekuensi bas sangat kurang dan parking tepi jalan selalunya free.

Begitulah KEJAMnya kerajaan Australia terhadap warga asing seperti saya ini (dan rakyatnya). Hanya mereka yang betul2 mampu je yang boleh bawak kereta hari2 ke dalam bandar (contohnya supervisor PhD saya yang bawak kereta pakai pas bulanan di Uni).

Saya berfikir, adalah lebih aman saya naik bas saja. Kalau panas ada aircond. Kalau sejuk ada heater. Kalau mengantuk, boleh tidur dalam bas (tapi jangan sampai terlajak dan terlepas destinasi).
Sekian.

Thursday, October 29, 2015

Don’t hire foreigners to prepare food, eateries told

Saya rasa bukan masalah gaji kecil tapi masalah persepsi yang menyebabkan rakyat Malaysia tak mau keje ni, dan keje2 lain yang berkaitan. Kaitannya apa? Kaitannya ialah pekerja asing.

Disebabkan kita dah saban hari menghina pekerja asing, maka bekerja dengan mereka sepanjang hari dilihat seolah2 bersama mereka yang hina. Siapakah yang dihina tu? Orang Bangla, Indonesia, Myanmar, Nepal, Pakistan etc. Walaupun dengan OT boleh cecah RM5K sebulan (seperti laporan akhbar dulu), jangan harap le.

Salah sendiri tapi marah kat mereka, dia, kamu dan lain2 kecuali diri sendiri.
 
 

Mana pergi zine editors?



Zaman dulu, band rilis apa2 lepas tu ada interview oleh zine. Syok baca. Dari interview kita boleh tau apa matlamat band, jalan cerita, fokus, hala tuju dan benda2 merapu lain. Itu yang buat best, sebab sambil mendengar, wujud juga kat kotak pikiran kita latar belakang band dan rilisan tersebut sebab dah baca interview.

Kena pulak yang menjawab tu pandai menjawab, lagi la best baca dan makin semangat mendengar rilisan tu. Cerita pasal falsafah la ideologi la, cerita lagu ini pasal hantu setan mana dari buku mana. Kena pulak yang menjawab agak lurus bendul, boleh la buat bahan gelak ketawa atau mengutuk.
Sekarang ni band rilis apa2, harap dengar je la. Apa cerita kat belakang rilisan tu (matlamat band, jalan cerita, fokus, hala tuju dan benda2 merapu lain) dah tak tau. Benda "kult" tu dah hilang. Seri takde dah.

In fact, sembang pasal rilis demo/album sekarang takat, "best tak demo/ep/album ni?". Kawan jawab, "best!". Itu je.

Mana zine2 semua ni woiii (aku la tu sekali, Krenmaut, Metal Terus hehehe).

Wednesday, October 28, 2015

Achievement unlocked


Bila saya renung balik zaman muda, memang tak sangka.

Masa kat Balai Polis Menglembu dulu, dah lah serabai, kurus kering, lepas tu selalu kena selsema hidung berair je. Ada orang suspek saya penagih :)

Up and down up and down then 20 years later, another achievement unlocked. Associate Professor.
20 tahun lalu, saya adalah candidate terakhir takde bayang nak jadi AP. Takde cita-cita pun. Langsung takde.

Bila saya tenung masa hadapan pulak, saya nampak harapan pada anak-anak yang 5 orang. Macam-macam perangai. Tapi saya tidak mahu jadi judgemental tetapi mahu jadi tempat bertanya dan rujukan kalau mereka mahukan jawapan. Kehidupan ini banyak ups and down but if you REALLY want it, persistence and perseverance are the keys.

Jangan lupa juga, doa dan bini yang understanding :)

Saya harap saya dapat jadi model terbaik untuk anak-anak. Amin.

Monday, August 17, 2015

Ulasan: UNISONIC Unisonic (2012)



Bagi mereka yang berada di kem yang mengatakan Michael Weikath adalah punca "kejatuhan" Helloween, berita mengenai kerjasama Michael Kiske dan Kai Hansen ini adalah euphoric. Sebelum ini mereka berdua pernah berada di satu pentas untuk siri konsert sebagai artis undangan. Namun untuk bersama kembali dalam satu band, belum lagi. Sudah tentulah ini merupakan berita yang terbaik.

Album ini memang kedengaran seperti kesinambungan Helloween pada zaman Pink Bubbles Go Ape (1991) dan Chameleon (1993) iaitu zaman cubaan Helloween untuk melompat ke arena radio-friendly (juga zaman Kiske bosan dengan heavy metal). Jadi tiadalah album heavy metal keras jika ada sesiapa yang mengharapkan Keeper of the Seven Keys Part II (1988).

Lagu-lagu yang disajikan adalah gandingan heavy rock rancak dan semi-balada. Di mana lagu rancaknya boleh menggoyangkan kaki, lagu semi-baladanya pula mendayu. Tidaklah juga ia catchy sampai melekat ke minda namun album ini berjaya masuk ke dalam carta negara Finland, Jepun, Sweden dan German. Maknanya, memang berjayalah mereka kali ini untuk menjadi radio-friendly.

Sudah tentulah tarikan utama dalam album ini adalah vokal Kiske dan solo gitar Hansen. Tetapi tanpa sumbangan anggota lain terutamanya Dennis Ward (bass juga merangkap produser) sudah tentulah tak kemana band ini. Saya beranggapan bahawa menonton mereka secara live adalah lebih berbekam impaknya.

Thursday, August 13, 2015

Ulasan: AT THE GATES At War With Reality




 AT THE GATES aktif pada tahun 1990-1996. Sebelas tahun hilang, ktiba-tiba muncul dalam sesi show reunion pada tahun 2007 yang seterusnya bermakna adanya kemungkinan rakaman album baru. Banyak aral melintang yang menyebabkan album ini hanya dapat dirilis pada tahun 2014. Ini adalah dijangka jika kita mengambil kira bahawa setiap anggota ATG masing-masing sibuk dengan band yang mereka anggotai selepas berpecahnya ATG pada tahun 2007.

Disebabkan itu, harapan besar telah diletakkan pada album ini ke tahap, melampau. Apatah lagi, di pelbagai peringkat peminat muzik metal, ATG adalah band pelopor kepada sub-genre melodic death metal. Saya sendiri pertama kali mendengar ATG di zaman tape trading di MRSM Muar tahun 1992 dahulu, mendengar Gardens of Grief EP. Bahkan ATG menjadi aspirasi kepada kelansungan rilisan LANGSUYR The Eastern Cruelty.

Disebalik harapan besar ini, kita harus faham bahawa tiada ruang besar untuk ATG bergerak di dalam album baru ini. Pertamanya, zaman innovasi itu sudah tamat. Keduanya, melodic death metal yang mereka pelopori dahulu sudah jauh ke depan dan untuk menjangkau ke tempat teratas sudah tiada maknanya lagi. Maka, ATG terpaksa melakukan apa yang patut dibuat, bergerak terus.

Itulah yang kita dapat dalam album ini. Harapan besar tidak dilunaskan. ATG bergerak secara selamat. Menyambung kembali apa yang ditinggalkan. Namun impakya sudah lemah. Album ini tidak dapat membawa melodic death metal kemana-mana lagi disebabkan eksploitasi subgenre ini yang sudah di tahap tepu. Album ini sekadar menguatkan keyakinan kita yang ATG masih setia dengan perjuangan asal saja.

Adakah ini album yang mengecewakan? Sudah tentu tidak namun ini bukanlah album yang menyebabkan kita melonjak kegembiraan terjun laut. Syaratnya dengan otai yang kembali ke arena ialah jangan letak harapan melampau. Mereka juga manusia biasa.




Thursday, August 06, 2015

Ranking universiti punya hal

Ranking penting tapi jangan jadi agenda utama. Sebuah maths dept di sebuah Uni kat Arab tiba2 jadi top 10 dalam maths walaupun sebelum ni off radar. Caranya, hire expats yang terer off campus walhal PG students sekor pun takde dalam dept tu.

Kejar ranking jadi punca utama menyebabkan sesebuah universiti menonggang langgangkan warganya.

It is a number games kalau kita tak layak tapi main nombor je semata.

Yang penting, anak tempatan terdidik dan pensyarahnya progresif secara natural. Kesedaran kenapa kita perlu jadi cerdik dan smart adalah wajib bukan semata2 scroll dari Uni yang ada ranking.

KUALA LUMPUR, June 11 — Malaysian universities failed to make the cut for the Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2015 for the fourth year in a row.
The failure is all the more pronounced for Southeast Asia’s third largest economy as Singapore succeeded in getting two national universities into the top 10 and even Thailand climbed into the top 100.
The list is topped by Japan’s University of Tokyo followed by the National University of Singapore (NUS) in second place while the island republic’s Nanyang Technological University (NTU) landed the 10th spot of THE’s top universities in Asia.
Northern neighbour, Thailand also secured two spots in the best 100 list with King Mongkut’s University of Technology Thonburi and Mahidol University at 55 and 91 respectively.
Overall, the THE rankings saw China overtaking Japan as the top Asian country with world-class universities; a total of 21 Chinese universities were listed compared to 19 Japanese universities.
- See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysia-absent-in-the-rankings-in-fourth-straight-year-as-thailand-singapo#sthash.Sulb479r.dpuf
KUALA LUMPUR, June 11 — Malaysian universities failed to make the cut for the Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2015 for the fourth year in a row.

The failure is all the more pronounced for Southeast Asia’s third largest economy as Singapore succeeded in getting two national universities into the top 10 and even Thailand climbed into the top 100.

The list is topped by Japan’s University of Tokyo followed by the National University of Singapore (NUS) in second place while the island republic’s Nanyang Technological University (NTU) landed the 10th spot of THE’s top universities in Asia.

Northern neighbour, Thailand also secured two spots in the best 100 list with King Mongkut’s University of Technology Thonburi and Mahidol University at 55 and 91 respectively.

Overall, the THE rankings saw China overtaking Japan as the top Asian country with world-class universities; a total of 21 Chinese universities were listed compared to 19 Japanese universities.
- See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysia-absent-in-the-rankings-in-fourth-straight-year-as-thailand-singapo#sthash.Sulb479r.dpuf
KUALA LUMPUR, June 11 — Malaysian universities failed to make the cut for the Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2015 for the fourth year in a row.
The failure is all the more pronounced for Southeast Asia’s third largest economy as Singapore succeeded in getting two national universities into the top 10 and even Thailand climbed into the top 100.
The list is topped by Japan’s University of Tokyo followed by the National University of Singapore (NUS) in second place while the island republic’s Nanyang Technological University (NTU) landed the 10th spot of THE’s top universities in Asia.
Northern neighbour, Thailand also secured two spots in the best 100 list with King Mongkut’s University of Technology Thonburi and Mahidol University at 55 and 91 respectively.
Overall, the THE rankings saw China overtaking Japan as the top Asian country with world-class universities; a total of 21 Chinese universities were listed compared to 19 Japanese universities.
- See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysia-absent-in-the-rankings-in-fourth-straight-year-as-thailand-singapo#sthash.Sulb479r.dpuf

Wednesday, August 05, 2015

Bapak ada PhD boleh tanya apa-apa saja benda dalam dunia yang fana ini

Mentang-mentang la Bapak ko ada PhD, korang ingat Bapak korang ni semua tau ye. Bagi soalan pun pekejadah...

Ismail: Bapak, what is 4-dimensions?

Bapak: Urrmmm.... errmmm...

Ismail: Is it space-time?

Bapak: Sort of... space tu sendiri dah 3D. Tambah dengan time, you are adding another dimension, hence 4D. Tapi sebab kita mampu nak visualize 3D je, tu sebab dalam description space-time, in 2D je untuk memudahkan visualization.

Ismail: urrmrmmm... errmmm...

*Bapak ko ni PhD in structural engineering laaaa bukan astro-physicist tapi I will read more to prepare for the next pekejadah soalan from you smile emoticon Hopefully betul la (atau sipi2) jawaban ini.

Tuesday, August 04, 2015

Buying metal merchs 101


Untuk jualan dari sellers SEA atau 3rd world countries, kalau tak tulis ori maksudnya bootleg la tu.

Kalau western countries terbalik pulak, kalau tak tulis bootleg maksudnya ori la tu.

Monday, August 03, 2015

Anak bising waktu solat di masjid



Nak elak anak2 bising, bawa je solat sebelah dengan bapanya. Kalau anaknya takde akal lagi, tak payah dibawa tinggal je kat rumah. Selesai masalah.

Kalau ada pakcik suruh anak saya solat belakang, saya akan pegang anak saya supaya jangan ke belakang tapi solat sebelah saya.

Sebab dia di belakang le jadi bising.

Thursday, July 30, 2015

Dilema beli kereta baru

Masa beli Grand Livina pada tahun 2010 dulu; dah test drive Proton Exora, Chery Eastar, Perodua Alza, Toyota Innova dan Avanza. Atas dasar optimization, saya mulanya booking Avanza, bayar RM2k.

Lepas booking, terasa nak test drive Grand Livina (GL) pula. Sebabnya tak test drive sebelum ini sebab saya rasa harganya agak mahal dibanding dengan yang lain sedangkan saiznya kecil.
Ketika test drive mpv yang lain, hati tidaklah terpikat. Masih ada ruang ragu2 dalam hati. Keputusan beli Avanza semata2 keperluan dan optimization. Kepuasan memandu, tolak tepi dulu. 

Apabila test drive GL, pada tekanan pedal pertama saya baru sedar bahawa inilah mpv yang patut saya beli. Tiada ragu2. Dan perbezaan harga antara Avanza dan GL telah dijustifikasikan pada ketika itu juga.

Pada hari yang sama saya booking Avanza, hari yang sama saya jatuh cinta dengan GL. Keesokan harinya saya kensel booking Avanza dan beralih kepada GL. And the rest is history. GL pun dah lunyai sekarang diguna sehabis mungkin. Umur 5 tahun odometer dah lepas 200k km perjalanan. Kepuasan penuh.

Moralnya: Apabila termenung tadi, maka dapat disimpulkan, ada sesetengah orang (seperti saya) yang tergolong kepada golongan "kepuasan memandu". Optimum dan keperluan adalah sesuatu yang penting juga tetapi "boleh" dijustifikasikan dengan kepuasan memandu. Gadgets juga bukan keperluan besar (sepertimana GL kalah dengan Alza; juga VW Passat kalah dengan Peugeot 508 dalam hal ini). Dan selalunya, apabila menjadikan kepuasan memandu sebagai turus terpenting, maka selalunya duit yang melayang tetapi of course, it is justified.

Terima kasih kerana membaca.


Wednesday, July 29, 2015

Enjoy life dengan membelanjakan wang anda

Enjoy life now, jangan kedekut sangat duit tu. Maksudnya, enjoy untuk diri sendiri, family jangan dilupa.

Yang nak disimpan waktu tua ialah pahala amal soleh, maka jangan tak buat amal soleh sekarang, nak tunggu tua baru nak start. Apabila sampai masa tua, takde kecewa sangat sebab amal soleh telah dibuat waktu muda dan takde le bergenang airmata mengenangkan waktu muda yang berlalu dengan sia2.

Sedangkan duit tu memang disuruh guna sekarang dan bukan dikumpul banyak2 sampai tua bawa ke kubur. Apabila sampai masa tua, takde kecewa sangat sebab apa yang dibuat enjoy waktu muda telah dibuat ketika bertenaga dan sihat; dan takde le bergenang airmata mengenangkan waktu muda yang berlalu dan kempunan.

Tuesday, July 28, 2015

Ayuh gagalkan kempen saman di jalanraya

Dikatakan pada satu group whatsapp bahawa operasi jalan raya akan dijalankan secara besar-besaran. Sebabnya, kerajaan nak duit balik buat ganti 1mdb, br1m, bonus hariraya la apa2 la...

Saya cadangkan satu cara berkesan untuk menggagalkan operasi ini iaitu...

Patuhi undang-undang jalanraya.

Susah, kan?

Monday, July 27, 2015

Mengamuk di jalanraya

What you need is some Metal (Heavy, Death, Black or whatever as long as its metal) in your car stereo as study suggest that some doses of Metal music makes you calmer.

Dulu pernah kena macam ni juga, saya ada buat kesilapan memandu. Pakcik (ya, pakcik!) dari kereta tu telah datang ke kereta saya dan maki hamun. Saya buka sikit cermin. Sempat dia tunjal ke dahi saya sekali. Saya angkat tangan isyarat minta maaf. Dia cuba buka pintu tapi berkunci. Nasib baik lampu pun bertukar hijau, saya pun bergerak. Dia folo dan saing tepi sambil jeling tajam dambil mulut kumat kamit. 

Kenapa saya tak melawan? Sebab saya yang salah dan saya minta maaf. Dan kalau saya melawan, salah satu antara dua akan berlaku, dia tersungkur atau saya tersungkur. DAN YANG PALING PENTING, sepanjang masa dalam kereta, hanya muzik Metal yang berkumandang menjadikan saya lebih tenang dan rasiona.

This video of an apparent road rage incident in Malaysia has gone viral over the last few hours. Taken off a dash cam from the vehicle directly behind the scene, the clip shows the violent drama from start to finish. 

While it is unclear what exactly had prompted the exchange, the driver of the Nissan Sentra is seen gesticulating frantically at the old Ford Laser. Shortly after, both cars came to a stop and a bust up ensued. 

The Sentra driver then continued to physically abuse the older man, with what appears to be a small blade/sickle. The confrontation went on for a while, until a passer-by came by to subdue the perpetrator. 

Now folks, as we’ve said before, the best defence against road bullies is to keep your cool and avoid any confrontations with them. 

Before things get out of hand (as it clearly did in this case) it’s best to be on the defensive and not get out of your car in the first place. It may help to you wind down the window a little (but not enough for the person to reach in) and offer a sincere apology, putting your ego aside for a while. MORE

Friday, July 24, 2015

Kaya ke seorang akademik?

Saya ada sorang kawan rapat berpangkat Professor dari USA. Kalau saya ke USA, dia akan entertain saya dan kalau dia datang ke UTP, saya akan layan dia. Kami selalu bertukar pendapat. Antaranya, how is it like to be an academic in the USA in terms of wealth?

Dia kata, dia tak kaya, tapi apa yang dia nak (keperluan essentials) dia boleh dapat. Tapi akhir bulan, memang cash takde la.

Pelik kata hati saya. Rumah beliau besar dan mewah. Saya sempat main pingpong dengan anaknya di basement rumah dia yang besar. Kereta dia SUV Subaru (memang kereta kat sana super cheap). Groceries pun murah. Camana pulak cash takde... pelik. Saya tanya kenapa?

Sebab kebanyakan duit gaji dia habis untuk bayar rumah, insurans dan pendidikan anak yang sangat tinggi. Dan tax yang juga tinggi.

So by the end of the day, duit yilek. Tapi dia tak banyak komplen. Yang dia risau ialah, bila dia mati, adakah kerja akademik dia akan bagi impak kepada masyarakat dunia dan beliau akan dikenang oleh orang lain hasil kerja akademik beliau.

Kalau tak percaya, jika anda ada kawan rapat di luar negara, tanyalah beliau dari hati ke hati.

Maaf jika pandangan saya tak mainstream macam orang lain. Perspektif saya berbeza. Dan sebab itu, dari kacamata seorang akademik, saya tidak banyak merungut kerana saya tahu what it takes to be an academic in the USA. Kesimpulan saya ialah, di mana pun anda hidup di bumi yang luas terbentang ini, you get some, you lose some.

Thursday, July 23, 2015

Syukurlah mak tengok kamu sekarang...

Seperti yang anda tahu, saya telah menjadi metalhead sejak dari sekolah rendah lagi, membawa kepada main band (Langsuir/Langsuyr, Vociferation Eternity). Of course, bila dah jadi metalhead, maka nak tak nak imej pun melekat la. Dah la dengar lagu huarrgghh huearrgghhh kemudian pakaian serba hitam, rambut panjang dari budak sekolah biasa.

Mak saya pernah kata kat saya, lepas dah kawin ada anak semua...

"Syukurlah mak tengok kamu sekarang. Dulu mak risaukan kamu apa le nak jadi." Lepas tu dia cerita pasal diri saya zaman tu kat bini sambil dua2 gelak mengumpat. Saya pun beredar, malas nak join.

Mak siapa lagi yang pernah cakap macam n?

Wednesday, July 22, 2015

I was a heavy metal kid in the 80s


I was a heavy metal kid in the 80s (umur 6 pada tahun 1980 dan 15 pada tahun 1990) kenal dengan Scorpions, Motorhead, Saxon, KISS, Deep Purple seawal umur 7 tahun.

Memang sepanjang perjalanan kehidupan sebagai peminat muzik heavy metal, saya selalu dituduh sebagai penagih dadah, sampah masyarakat, sembah setan, takde masa depan etc.

Errr... awek pun tak mau kot masa tu, depa lebih prefer pada mat diskang, mat GQ dan mat2 lain. So apa jadi pada mat2 tu sekarang?

Among Americans' periodic periods of panic over the corrosiveness of pop culture, the 1980s campaign to vilify heavy metal music stands out for the decibel level of both the music and the protests.

With dramatic testimony in courtrooms and at Congressional hearings, concerned parents and even government officials warned that groups like Iron Maiden and Metallica were enticing our teenagers into moral and spiritual darkness—up to and including devil worship.
So now that three decades have passed since this alleged attempt by Satan to infiltrate young brains via eardrum-shattering sounds, how are those headbangers doing? Did their punishingly loud and intense music send them spiraling into lives of despair?

Not so, according to a newly published study. In fact, researchers find that former metal fans "were significantly happier in their youth, and better adjusted currently" compared to their peers who preferred other musical genres, and to a parallel group of current college students.

"Social support is a crucial protective factor for troubled youth. Fans and musicians alike felt a kinship in the metal community, and a way to experience heightened emotions with like-minded people."

"Metal enthusiasts did often experience traumatic and risky 'sex, drugs, and rock-and-roll' lives," reports a research team led by Humboldt State University psychologist Tasha Howe. "However, the metalhead identity also served as a protective factor against negative outcomes."
The study, published in the journal Self and Identity, featured 377 adults: 154 who were heavy metal fans growing up in the 1980s (including musicians and "groupies"); 80 who typically listened to other types of music during their teen years; and 153 current students at a California university. Members of the latter group were recruited from a psychological department participant pool; the others were recruited online.

All participants answered detailed questions about their youthful experiences and current levels of success and happiness. The results will surprise the scolds.
"Despite the challenges of adverse childhood events, and other stressful and risky events in their youth," the researchers write, former metal aficionados "reported higher levels of youthful happiness" than peers with other musical tastes as well as today's college students. "They were also less likely to have any regrets about things they had done in their youth."
In fact, those who focused on types of music outside of heavy metal "sought psychological counseling for emotional problems more than any other group, indicating a less happy and fulfilling perspective on their 1980s adolescence." Perhaps, then, Tipper Gore and company were focusing their concern on the wrong kids. MORE

Tuesday, July 21, 2015

Soal: Bini tak marah ke jadi mat metal?

Soal: Bini tak marah ke jadi mat metal?

Jawab:
Masa bercinta, saya tidak berselindung yang saya mat metal. Masa dating pun gaya mat metal. Hatta, pernah bawak beliau sebelum nikah dulu ke gig metal (satu-satunya gig metal yang dia pergi sampai le sekarang) sebab dia harus faham, pe'el seorang mat metal dan akan hidup mati dengan mat metal. Bahkan jumpa bakal mertua pun rambut cutting mat metal (dan pada awalnya mertua tak sukakan saya hahaha).

Kesilapan mat metal yang bini marah jadi mat metal bila menikah adalah sebabnya masa bercinta dia pura2 jadi mat skema. Sekarang, padan muka. At The Gates nak datang pun tak dapat nak pergi bini marah.

Siapa yang pura2 jadi mat skema, harap dapat mengaku

Monday, July 20, 2015

Negara maju

Semalam terdengar kat Perak.fm mengenai usaha untuk menjadi negara maju. Seorang Prof (tak ingat nama) telah memberikan beberapa target. Yang saya ingat:

1. Peningkatan modal (dagangan)
2. Peningkatan modal insan (knowledge power)
3. Pengeksport teknologi BUKAN pengilang teknologi.

Saya setuju. Yang paling kritikal adalah item 2 dan 3. Sebabnya, banyak negara 3rd world country memang champion #1 (eksport bahan mentah dan hasil bumi).

Saya terpaksa sahut cabaran no 2 sebagai tenaga pengajar. InsyaAllah saya usahakan. Bila dah ada no 2 baru ada no 3.

Bersandarkan SEMATA2 kepada pendapatan per kapita tidak menjadikan kita masyarakat/negara maju. Ini adalah pendapat naif. Dan biasanya mainan ahli politik.

Pengalaman hidup di Australia membuka mata. Biasanya mereka yang pernah hidup di negara maju memang akan merasakannya.

Cerita Germany itu betul tapi memang tak boleh compare dengan Malaysia sebab Malaysia adalah negara 3rd world country dan negara 3rd world country memang akan tersekat macam tu le. Take note, Germany adalah superpower pengeksport technology sedangkan Malaysia adalah superpower pengilang teknologi (yang disaingi Vietnam, China, Indonesia etc).

Cuba bandingkan negara kita dengan negara maju seperti Germany, USA, Jepun, Korea etc untuk item 1-3. Betul tak pendapat Prof tu?

Masih ingat "post" saya semalam? Ok sekarang saya akan menceritakan serba sedikit mengenai kos sara hidup di Germany. Pendapatan purata bagi setiap individu ialah di antara 2048€- 2414€ selepas cukai. Gaji juga dinaikkan dengan purata 888€ setiap tahun. Di Germany terdapat beberapa kelas percukaian. Akan saya ceritakan pada masa akan datang. Saya mengambil contoh dengan gaji 2414€ dan tinggal dibandar Hamburg. Saya menyewa sebuat apartment 3 bilik dengan harga 450€. Saya juga boleh menyewakan satu bilik dengan harga 200€. Bermakna saya hanya perlu membayar sewa rumah sebanyak 250€. Untuk bulan ini saya ada lagi 2164€. Insurans kesihatan di Germany adalah wajib. Menjadi peranan pihak majikan untuk memastikan bahawa saya mempunyai insurans kesihatan. Bayaran itu juga adalah dari cukai yang saya potong dari gaji saya. Di Hamburg sistem pengangkutan awam sangat selesa dan mesra pengguna. Rangkaian pengangkutan awam ini terdiri dari Feri,Train dan Bas dimana tahap ketersampaian ke sesuatu tempat adalah tinggi. Saya menggunakan perkhidmatan awam dengan kerap. Setiap bulan saya melaburkan 90€ untuk kad bulanan. Dengan kad ini saya boleh menggunakan kesemua rangkaian perkhidmatan awam di Hamburg 24/7. Kekerapan train pada waktu puncak adalah setiap 4 minit dan waktu biasa adalah 10 minit. Selepas 8 malam setiap 20 minit. Menjadi kebiasaan saya untuk membeli barang dapur pada hari Rabu. Purata perbelanjaan saya untuk barang dapur pada setiap minggu ialah 20€. Harga barang di sini turun diantara 0,5 - 6 peratus dari tahun yang sebelumnya. Barang yang dibeli tentulah berbeza setiap minggu. Saya mengambil contoh hari ini dengan 20€ saya dapat membeli 1kg Spaghetti 0,98€ , Minyak masak 1Liter 0,99€ , 3Liter susu 1,65€, Roti sandwich (750g) 0.85€, 500g Anggur 1,99€, Pisang 1,04€, 2kg Kentang 2,99€ , 1kg Bawang 1,49€, 2kg Beras 1,70€ , telur 10biji 1,99€. Jumlah keseluruhan adalah 15,67€. Mengambil purata setiap bulan 80€ dan 90€ untuk tiket bulanan. Jumlah gaji saya yang tinggal ialah 1994€. Saya menyimpan setiiap bulan 500€. Setiap tahun saya mempunyai simpanan 6000€. Setiap bulan saya juga membelanjakan 200€ untuk pakaian. Saya akan pergi ke H&M atau outlet yang harga pakaiannya tidaklah mahal. Disini saya boleh dapatkan tshirt dengan harga 5€ dan jeans dgn harga 40€. Mengenai harga minyak di Germany, harganya berubah mengikut pasaran dunia. Sebagai contoh pagi tadi harga minyak adalah 1,40€ setiap liter dan sebelah petang 1,36€ setiap liter..
Mengikut gaji setiap bulan boleh dikatakan 1€ bersamaan dengan 1Ringgit. Jika saya mengambil contoh pekerja yang bergaji 1000€, masih mampu hidup disebuah bandar besar berikutan harga barang yang rendah.
Saya akan berkongsi dengan anda bagaimana sistem cukai di Germany dan kebaikan yang diterima penduduk di Germany.