DARKTHRONE adalah band ikon yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Tanpa publisiti meluas, tanpa banyak ragam hatta tanpa ada live show pun mereka masih kekal mengeluarkan album hampir setiap tahun. Dan mereka masih setia dengan label asal, Peaceville (walaupun pernah keluar 1995-2004).
Album ke-15 ini menampilkan DARKTHRONE pada status quo, iaitu retro. Di mana album sebelumnya Circle of the Wagons, mereka mula bertukar kulit; separuh albumnya punk-metal dan separuh lagi classic-metal, album ini menampilkan DARKTHRONE dengan kulit baru - homage dan tribute kepada band Heavy Metal terdahulu seperti Minotaur, Uriah Heep, Helloween, Iron Maiden dan Pentagram.
Enam lagu yang ditawarkan separuhnya dicipta oleh Nocturno Culto dan separuh lagi Fenriz. Individu yang mencipta lagu juga bertanggungjawab menjadi vokalis. Nocturno Culto dengan vokal dalam perut sementara Fenriz cuba meniru vokalis Heavy Metal, siap dengan tarik cucuk punggung. Di mana Nocturno Culto lebih gelap dalam pembawaannya, Fenriz lebih ceria. Ini memberikan kontra yang agak ketara. Adakah dengan ini menyebabkan kejanggalan? Peliknya tidak. Kedua-duanya saling mencukupi. Kita tidak merasakan bahawa ini adalah 2 band dalam 1.
Kualiti rakaman adalah seperti kehendak album NWOBHM. Drum-trigger ditinggalkan. Juga tiada cut&paste seperti kebiasaan produksi rakaman zaman ini. Boleh dikatakan, ini adalah album yang menggunakan tulang 4 kederat secara total. Ini juga menjadikan hasilnya sedikit lain dari lain. Kita membayangkan (ilusi) seolah-olah mereka sedang praktis rehearsal di depan kita. Mungkin atas sebab ini juga DARKTHRONE adalah jauh dari pandangan tetapi dekat di hati.
Track listing
No. | Title | Composer | Length | |
---|---|---|---|---|
1. | "Dead Early" | Nocturno Culto | 4:55 | |
2. | "Valkyrie" | Fenriz | 5:19 | |
3. | "Lesser Men" | Nocturno Culto | 5:00 | |
4. | "The Ones You Left Behind" | Fenriz | 4:20 | |
5. | "Come Warfare, The Entire Doom" | Nocturno Culto | 8:47 | |
6. | "Leave No Cross Unturned" | Fenriz | 13:49 |
3 comments:
6 track saja rupanya...
Boss, next time boleh x review album "F.O.A.D"?
Leave No Cross Unturned fuking rules!
Nak kena dengar ni..macam mana vokal si fenriz ni nyanyi lagu ala NWOBHM
Post a Comment