Moga satu hari jika tidak hari ini atau esok, saya dan anda dapat menghabiskan malam sebegini. |
Mohd Gunawan
Yesterday
Alhamdulillah. Ust amir hamzah yg mgimamkn 2 rkt trakhir tarawih td. Rkt 1 dibw juzu 30. Rkt 2, bhgn awal albaqarah. Gemersik suara melantun ayat suci. Gemersik suara ust mengalunkn ayat2 suci. Hati jd hening n damai. Jasad terasa ringan. Alam mjadi sirna. Usai solat. Ust bdoa, hanya airmata yg mengaminkn doa. sesudah doa, jemaah diteruskan dgn witir. +- jam 2.15 selesai. Alhamdulillah.
--------------
catatan oleh Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim pada hari selasa 30 Julai 2013
Seusai solat terawih di masjid tun abdul aziz (masjid bulat) - terus menuju ke masjid sri petaling (markaz tabligh). Untuk melihat sendiri sembahyang terawih 10 juzuk satu malam.
Dewan solat utama telah digelapkan. Mereka hanya melakukan sembahyang di dewan tertutup sebelah mimbar. Jemaah yang ingin bersembahyang akan ke sana. Sementara yang ingin beriktikaf boleh beransur ke tempat lain.
Saya cuba bersolat bersama-sama. MasyaALLAH, begitu panjang untuk satu rakaat. Selepas 2 rakaat saya berundur. Malu rasanya dengan jemaah yang masih kekal, ramai yang sudah tua. Bertanya kepada para pelajar disitu. Jam berapa selesai solat. Mereka menjawab 2.30 pagi.
Terkesima. Saya berterawih sekitar 2 jam sudah terasa panjang sedang mereka solat 5 jam lebih. Hanya yang saya tahu ialah salaf assalih sahaja yang bersolat panjang-panjang begitu.
Sayyidina uthman mengkhatam al-Quran 30 juzuk dalam satu malam, imam al-syafie khatam 2 kali setiap hari ramadan, ibnu mas’ud khatam setiap 3 hari ramadan dan lain-lain lagi dengan riwayat yang banyak sekali.
اللهم اجعلنا منهم
Ya Allah jadikanlah kami dari kalangan mereka.
Amiin.
عن بن مسعود أنه كان يختم القرآن في رمضان في ثلاث وفي غير رمضان من الجمعة إلى الجمعة وعن أبي بن كعب أنه كان يختم القرآن في كل ثمان وعن تميم الداري أنه كان يختمه في كل سبع وعن عثمان بن عفان رضي الله عنه أنه كان يحيى الليل كله فيقرأ القرآن في كل ركعة ـ سنن البيهقي الكبرى ج2/ص396
2 comments:
Aku pernah at random gi masjid nak terawih, then aku realise alamak, masjid ni terawih nak katam quran nye la..budak2 muda semua solat siap pegang quran ikut sama imam nye bacaan.
Lengit sey, gua terus blah haha
Tapi impressive tengok budak2 solat pegang quran semua...
sungguh beruntung mereka ini semua...
Post a Comment