Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, June 29, 2012

Belated akikah


Pada cuti sekolah yang lepas saya telah melakukan ibadah akikah untuk anak perempuan saya. Ya, belated.

Oleh kerana belated, saya berniat nak belikan kambing yang elok sikit. Inilah gambar kambing jantan yang berharga RM700 itu.

Saya menambah lagi seekor kambing betina kerana keluarga mertua hendak menjemput 300 orang untuk makan. Untuk saiz yang sama, seekor kambing betina berharga RM400 pun disembelih.


Thursday, June 28, 2012

Anak-anak

Tiga lelaki dua perempuan.

Kalau tambah lagi satu, maksudnya tak muat Grand Livina. Kena tukar kepada 12 seaters pula.

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan seorang rakan sekerja yang isterinya mengandung anak ke-12. Kalau benar, maka ada dua rakan sekerja di tempat kerja yang ada anak 12 orang.

Mereka ini bukan calang-calang juga. Seorang Dekan dan seorang Director. Mungkin ini yang dikatakan rezeki anak-anak.

Wednesday, June 27, 2012

BBQ


Semasa di Adelaide, Australia - aktiviti BBQ adalah the way of life. Ini kerana Australian berBBQ di musim panas.

Orang Melayu di Adelaide berBBQ tak kira musim. Keempat-empat musim berBBQ.

Berbeza dengan Malaysia. Malas sikit.

Tetapi sekali-sekala malas tersebut terpaksa dilawan apatah lagi anak-anak 5 hari bertanya, "Bapak, bila nak buat BBQ?"

Tuesday, June 26, 2012

Strong wall


Ini adalah strong wall di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, UTHM.

Strong wall adalah satu binaan konkrit yang dikukuhkan. Kekuataannya melebihi kekuatan konkrit biasa. Tujuannya adalah untuk menerima tekanan dan daya yang kuat dalam ujikaji yang melibatkan struktur konkrit ataupun keluli.

Di dalam kebanyakan makmal struktur dan bahan di IPTA/IPTS, kebiasaannya ia dilengkapkan dengan strong floor maknya, untuk bahagian papak sahaja.

Strong wall yang baru dibina di UTHM ini adalah satu struktur yang rare. Setakat yang saya tahu, ada di UKM tetapi saiz yang lebih kecil juga di CREAM, CIDB.

Bagi kaki-penyelidik struktur dan bahan, ini adalah perkembangan yang melelehkan air liur. Terlalu banyak kemungkinan yang boleh digunakan untuk penyelidikan.

Saya bersama Prof Madya Dr Nasir Shafiq dan rakan-rakan dari UTM (Dr. Airil Yasreen dan Dr Norhisham Bakhary), UTHM (Prof Madya Dr Irwan Juki) dan Lehigh University (Prof Dr Stephen Pessiki) sedang merancang sesuatu.

Mesyuarat pun telah diadakan dua kali.

Tunggu.


Monday, June 25, 2012

Membaca amalan mulia


Generasi Y seperti mereka dikatakan amatlah technology-savvy. Mereka sangat celik IT dan teknologi.

Walaupun begitu, selalu mereka bergaduh apabila disuruh berkongsi notebook ataupun XBox.

Saya mengambil keputusan yang lebih cerdik, menyimpan notebook dan XBox tersebut di dalam pejabat. Dan menggantikannya dengan buku.

Samada dibawa meminjam di perpustakaan atau membeli di kedai buku.

Hasilnya positif. Tiada lagi pergaduhan dan perebutan.

Cuma duit keluar lebih sikit. Tidak mengapa kerana ia akan dibalas dengan pahala.

Sunday, June 24, 2012

Jamming


Hobi saya sejak dari bangku sekolah memang tidak pernah berubah - jamming.

Ada juga saya cuba-cuba untuk memancing. Fotografi. Tapi tak melekat.

Rakan-rakan jamming saya pun kira sama juga. Mereka semua sikit lagi nak mencecah 40 tahun umurnya.

Jadi sampai bila mau diteruskan ini hobi?

Friday, June 22, 2012

Kereta baru

Bukan kereta saya.

Ianya adalah kereta baru (terpakai) seorang pelajar MSc di bawah supervision saya. Beliau dibayar gaji RM2,200 sebulan sebagai seorang Research Officer (RO) hasil dari satu geran penyelidikan di bawah pengurusan PETRONAS yang bernilai hampir RM150K.

Kereta ini keluar selepas 3-4 bulan beliau dilantik. Rezeki.

Di akhir pengajian, beliau akan dianugerahkan ijazah MSc. Dibayar untuk belajar.

Rezeki beliau kerana skim asas MSc tajaan UTP adalah RM1,650 sebulan. Jika PhD, RM2,500.  Saya dapat tahu di UTP ada yang dibayar RM3,000 untuk buat PhD dengan menggunakan duit geran penyelidikan.

Elaun sebegini secara amnya melebihi elaun-elaun yang ditawarkan oleh IPTA/IPTS dalam negara kita.

Sesiapa yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dan dibayar dengan elaun yang memuaskan, buatlah di UTP.


Wednesday, June 20, 2012

Instagram

Kepada mereka yang ada smartphone, boleh install software instagram.

Kemudian add saya, thebentara.

Kebelakangan ini tak sempat nak menulis panjang-panjang. Pendek-pendek pun selalu juga tak sempat. Sempat ambil gambar dan pos terus ke instagram je.