Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, July 27, 2011

Risalah Ramadhan 2011

Hasil usaha al-fikrah.net

Semoga bermanfaat!

MUAT TURUN

Sebelum Ramadhan

S1: Adakah perlu untuk diadakan tahlil arwah apabila menjelang Ramadhan?
J1: Tidak. Tidak diriwayatkan sebarang nas atau dalil yang menganjurkan untuk diadakan tahlil arwah apabila menjelang Ramadhan. Ia termasuk dalam amalan karut sesetengah masyarakat, dan hendaklah dihindarkan.

S2: Adakah saya perlu mandi apabila masuk bulan Ramadhan?
J1: Tidak. Tidak diriwayatkan sebarang nas atau dalil yang menyuruh untuk mandi apabila tiba bulan Ramadhan. Ia adalah amalan karut sesetengah masyarakat, dan hendaklah dihindarkan.

Sebelum Berpuasa
S3: Apakah niat berpuasa?
J3: Tiada sebarang lafaz niat diriwayatkan dalam nas untuk berpuasa. Cukuplah untuk seseorang mengetahuï bahawa Ramadhan telah tiba, dan dia termasuk dalam orang-orang yang diwajibkan berpuasa.

S4: Adakah saya boleh berpuasa jika saya tidak berniat?
J4: Boleh, dan wajib untuk anda berpuasa. Tidak berniat bukan alasan, kerana setiap orang yang mukallaf wajib berpuasa apabila tiba Ramadhan.

S5: Perlukah saya bersahur?
J5: Ya. Bersahur adalah sunnah Nabi. Kata Nabi:
تسحروا ، فإن في السحور بركة
«Bersahurlah, maka sesungguhnya pada sahur terdapat barakah» [Al-Bukhariy/ 1923]

S6: Jika saya sengaja tidak bersahur, adakah ia menjadi kesalahan?
J6: Ya. Kata Nabi:
السحور أكله بركة ، فلا تدعوه
«Sahur, memakannya adalah barakah, maka janganlah kamu tinggalkannya» [Ahmad/ 11101, disahihkan oleh Al-Arna’ut dan dia berkata: Ini isnad yang dha`if. Dihasankan oleh Al-Albaniy dalam [Sahih Al-Jami`/ 3683]]


S7: Banyak mana saya perlu makan sahur?
J7: Terpulang kepada anda. Kata Nabi:
تسحروا ولو بجرعة من ماء
«Bersahurlah walaupun dengan seteguk daripada air» [Ibnu Hibban/ 3476, Al-Albaniy berkata: Hasan sahih. Al-Arna’ut berkata: Isnadnya hasan]

S8: Bolehkah saya bersahur pada tengah malam sebelum tidur?
J8: Sahur yang sunnah ialah yang lewat menghampiri waktu azan Subuh. Kata `A’isyah:
أيهما الذي يعجل الإفطار ويؤخر السحور ؟ قلت : عبدالله بن مسعود ، قالت : هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصنع
Siapa di antara mereka berdua yang mencepatkan berbuka dan melambatkan sahur? Saya berkata: `Abdu Llah bin Mas`ud. Dia berkata: Demikianlah yang Rasulu Llah telah lakukan. [An-Nasa’iy/ 2158, disahihkan oleh Al-Albaniy]

S9: Apakah beza puasa dalam Islam dan agama lain, contohnya Kristian?
J9: Sahur. Kata Nabi:
فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب ، أكلة السحر
«Pembeza apa yang di antara puasa kita dan puasa Ahli l-Kitab ialah makan sahur» [Muslim/ 1096]

S10: Apakah sebaik-baik makanan untuk bersahur?
J10: Buah tamar atau buah kurma. Kata Nabi:
نعم سحور المؤمن التمر
«Sebaik-baik makanan sahur orang mu’min ialah buah tamar» [Abi Dawud/ 2345, hadis disahihkan oleh Al-Albaniy]

S11: Bilakah saya perlu berhenti daripada makan sahur?
J11: Apabila terbit fajar, iaitu masuk waktu Subuh. Kata Nabi:
كلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم ، فإنه لا يؤذن حتى يطلع الفجر
«Makanlah dan minumlah sehingga Ibnu Ummi Maktum berazan. Maka sesungguhnya dia tidak berazan sehingga terbit fajar» [Al-Bukhariy/ 1918]

Semasa Berpuasa

S12: Adakah jika saya berpuasa, saya pasti akan mendapat ganjaran?
J12: Tidak semestinya. Kata Nabi:
كم من صائم ليس له من صيامه إلا الظمأ
«Berapa banyak daripada orang yang berpuasa, dia tidak mendapat daripada puasanya melainkan dahaga» [Ad-Darimiy/ 2720, dihasankan oleh Ibnu Hajar. Al-Albaniy berkata: Isnadnya jayyid]

Kata Nabi juga:
رب صائم ليس له من صيامه إلا الجوع
«Barangkali orang yang berpuasa, tidak baginya daripada puasanya melainkan lapar» [Ibnu Majah/ 1690, Al-Albaniy berkata: Hasan sahih]

S13: Apakah yang perlu saya jaga semasa saya berpuasa?
J13: Anda hendaklah menjaga lisan anda daripada berbohong, menipu atau berdusta. Kata Nabi:
من لم يدع قول الزور والعمل به ، فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
«Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak mempunyaï hajat untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya» [Al-Bukhariy/ 1903]

Berbuka

S14: Apakah bacaan untuk berbuka puasa?
J14: Tiada bacaan yang sahih. Walau bagaimanapun, terdapat riwayat yang menyebut Nabi membaca:
ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله
Zahaba z-zama’u, wabtallati l-`uruqu, wasabata l-ajru in sya’a Llah [Abi Dawud/ 2357. Ad-Daraqutniy dan Ibnu Qudamah menyebut isnadnya hasan. Ibnu Hajar dan Al-Albaniy berkata: Hasan.]
اللهم لك صمنا وعلى رزقك أفطرنا فتقبل منا إنك أنت السميع العليم
Allahumma laka sumna, wa`ala rizqika aftarna, fataqabbal minna, innaka anta s-sami`u l-`alim [Ad-Daraqutniy/ (2/185) hadis no. 26. Didha`ifkan oleh Al-Albaniy]

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت
Allahumma laka sumtu, wa`ala rizqika aftartu [Abi Dawud/ 2358. Az-Zahabiy berkata dalam Al-Muhazzab (4/1616): Mursal. Al-Albaniy berkata: Dha`if]

S15: Adakah bagus jika saya sengaja lambat berbuka?
J15: Tidak. Kata Nabi:
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
«Sentiasa manusia itu dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka» [Al-Bukhariy/ 1957]

S16: Apakah makanan yang paling baik untuk berbuka?
J16: Buah tamar atau kurma. Kata Nabi:
إذا أفطر أحدكم فليفطر على تمر - زاد ابن عيينة - فإنه بركة فإن لم يجد فليفطر على ماء فإنه طهور
«Apabila seseorang daripada kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan buah tamar» Ibnu `Uyaynah menambah: «Maka sesungguhnya ia adalah barakah. Maka sesiapa yang tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air, maka sesungguhnya ia adalah suci» [At-Tirmizi/ 695, dan dia berkata: Hasan sahih]

S17: Adakah saya perlu berbuka dahulu atau salat Maghrib dahulu?
J17: Berbuka dahulu. Kata Anas bin Malik:
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان لا يصلي المغرب حتى يفطر ولو كان شربة من ماء
Bahawa Nabi tidak bersalat Maghrib sehingga dia berbuka, walau seteguk daripada air. [Ibnu Khuzaymah/ 2063, disahihkan oleh Al-Albaniy]

S18: Apakah pilihan makanan untuk saya berbuka?
J18: Kurma segar, atau kurma kering, atau air. Kata Anas:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء
Rasulu Llah telah berbuka dengan kurma-kurma segar sebelum dia bersalat. Maka jika tidak terdapat kurma-kurma segar, maka dengan kurma-kurma kering. Maka jika tidak terdapat, dia meneguk beberapa tegukan daripada air. [Abi Dawud/ 2356, Al-Albaniy berkata: Hasan sahih]

Menjamu Orang Berbuka

S19: Saya ingin memberikan makanan. Adakah patut saya berikan untuk berbuka atau moreh?
J19: Untuk berbuka. Kata Nabi:
من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا
«Sesiapa yang memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, baginya seumpama ganjarannya, melainkan sesungguhnya dia tidak mengurangkan daripada ganjaran orang yang berpuasa itu sesuatu pun» [At-Tirmizi/ 807, dan dia berkata: Hasan sahih]

Tarawih

S20: Adakah saya wajib bersalat tarawih?
J20: Tidak. Salat malam adalah sunnah sahaja.

S21: Jika saya ingin bersalat tarawih, berapa raka`at yang perlu saya lakukan?
J21: Terpulang kepada anda, tetapi hendaklah ia dua raka`at dua raka`at. `Abdu Llah bin `Umar berkata:
أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صلاة الليل ، فقال رسول الله عليه السلام : صلاة الليل مثنى مثنى ، فإذا خشي أحدكم الصبح صلى ركعة واحدة ، توتر له ما قد صلى
Bahawa seorang lelaki telah menyoal Rasula Llah tentang salat malam, maka Rasulu Llah berkata: «Salat malam itu dua dua. Maka apabila seseorang daripada kamu takut Subuh, dia bersalat satu raka`at, yang mengganjilkan apa yang telah dia bersalat» [Al-Bukhariy/ 990]

S22: Bilakah waktu untuk saya bersalat tarawih?
J22: Bermula daripada selepas salat `Isya’ sehingga terbit fajar, iaitu masuk waktu Subuh.

S23: Adakah saya rugi jika tidak bersalat tarawih?
J23: Ya. Kata Nabi:
من قام رمضان إيمانا واحتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه
«Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya apa yang telah berlalu daripada dosanya» [Al-Bukhariy/ 37]

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
21/07/2011 00:34H
http://ad-diyari.com/

2 comments:

bloghok said...

tq for information

deaf-angel said...

bagus ni buat peringatan. thanks for sharing