Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (29) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (29) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (35) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (48) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) family (17) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (41) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (1) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (22) Iron Maiden (75) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (3) Jalan-jalan cari makan (7) Jalan-jalan Metal (4) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (79) Krenmaut fanzine (2) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (13) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (6) Malaysiana (57) Manowar (10) Megadeth (27) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (149) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (17) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Poligami (4) Politik Ramadan (11) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (4) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (8) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (5) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (11) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (403) Uli Jon Roth (3) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (67) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (10) Vinyl Passion (4) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (60) Youtube clip (5)

Friday, July 29, 2011

Melancong ke Niagara Falls Part 2: Chinatown New York

Esok paginya 4am, teksi datang menjemput kami dan kami ke bas stesen untuk ke New York. Tambangnya $14 tidak termasuk tip (yang menjadi tradisi Amerika - sekitar 10-15% dari jumlah bayaran). Bas dari Bethlehem ke NY jam 4:25am, full house! Memang ramai mereka yang kerja di NY tapi menetap di Bethlehem. Bas ekspress yang 30 minit sekali ini menunjukkan pentingnya bas ini kepada penduduk Bethlehem.

Perjalanan mengambil masa 2 jam. Kami sampai di stesen bas NY (Port Authority) lebih kurang jam 6:45am. Masih ada lebih kurang sejam untuk bas dari NY ke Niagara Falls. Jadi kami pun rounda-rounda dulu.

Subway di Port Authority. Network memang massive. Yang tak biasa memang kena pegang peta subway. Kami perlu transit sekali. Bermula dengan line A-C-E kemudian naik line B-D. Tambangnya $2.25 one way.

Awal pagi sekitar 7am. Subway masih tak ramai orang. Ataupun dah lepas peak hours? Di mana anda rasa macam pernah tengok suasana ini? Ye, di filem-filem Hollywood la, mana lagi.

Brooklyn memang menggiurkan tapi masa tiada. Lagipun, saya freshie. Termasuklah si Ukraine yang menggenggam erat peta subway. Kami trial & error sebenarnya.

Ready for boarding!

Welcome to Chinatown, New York. Di mana-mana bandar besar dunia, pasti ada Chinatown. Kenapa? Jawapannya mudah je. Populasi China melebihi 1 billion. Tiada negara yang dapat sustain penduduk sebegini ramai. Maka imigrasi pun berlaku. Mungkin apabila penduduk Malaysia (Melayu) mencecah 500 juta, mungkin akan ada Malaytown di New York pula.

Masih lengang.

Sekali rasa, ada feel Petaling Street. Bahkan signage kedai pun menggunakan huruf Cina yang besar (English dikecilkan) memberi gambaran bahawa memang ini seolah-olah negara di dalam negara.

Sampah sarap yang dikumpul di tepi jalan adalah pemandangan biasa di sini. Kebersihan, mungkin bersih sikit dari Kuala Lumpur kot (atau mungkin je sama).

Di belakang adalah Manhattan Bridge yang menyambungkan Lower Manhattan dengan kawasan Brooklyn. Ah, alangkah bagusnya kalau dapat melintasi jambatan yang mahsyur ini.

HSBC dan Citibank. Dah buka akaun?

Saya syak ini adalah kawasan bisnes disebabkan banyaknya bank dan perniagaan kewangan di sini.

Peta untuk rujukan walaupun kurang bererti untuk kami. Mamat yang lepak di sebelah tu, menunggu seseorang ataupun antara mereka yang homeless di kota metropolitan ini?

The glamorous NYPD. Shot ini memang tak akan dilepaskan! Sebagai anak kepada dua anggota polis, ini adalah antara perkara yang wajib dilakukan.

Kami menunggu bas ke Niagara di sini. Kami mengikut travel agency yang diusahakan oleh American Chinese. Setiap hari pelbagai sesi tour dibuat. Business must be good. Tour kami dengan bas 54 orang full house dan ianya adalah weekdays.

Full house. Ready to go!

2 jam di dalam bas. Memperkenalkan, PhD candidate dengan scholarship Fulbright, En. Maksym Radiuk yang berasal dari Ukraine. Ini adalah hari-hari terakhir beliau di USA selepas menghabiskan masa selama setahun disini. Masih bujang dan berumur 26 tahun. Di belakang kami, couple dari England (etnik India) yang berbulan madu dan di sebelah sana 2 orang kakak yang menziarahi adik lelaki mereka di New York yang sedang study untuk menjadi pianist professional - mereka berasal dari Poland.

6 comments:

ihsan_huhu said...

bes tuh jalan2

matakucing said...

ada jumpa gangster ak?

Korawk said...

gambar HSBC dan CT bank tu macam dalam filem Spiderman

deaf-angel said...

best giler mm ko dapat peluang merayap cam gini..

apsal jalan tu semua kosong eh..matahari terbit kul berapa sey kat tempat ni.

lagi! lagi! lagi!!

witchunter said...

ingat sepesen...rupanya sicomel dan sikurus....ehhehe..err.sorry gurau...apa pun cantik permandangan NY..

Nizam said...

bila nk masuk part masuk ke gedung music seperti hilang akal?hehehe.cant wait abg ben!