Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, September 08, 2010

Entry untuk MySelangorStory



Dalam dunia blog, saya dikenali sebagai Abang Ben. Saya berumur 35 tahun bersama isteri dan kami dianugerahkan dengan 4 cahaya mata yang comel-comel belaka. Mula memblog sejak tahun 2006 ketika saya berada melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Adelaide, Australia.

Walaubagaimanapun, minat menulis sejak dari umur 15 tahun dahulu cuma cara menulis tu, mungkin kurang dikenali oleh orang awam. Saya menulis untuk fanzine. Apa itu fanzine? Boleh rujuk definisi fanzine DI SINI. Fanzine yang pertama bernama KRENMAUT yang mula diterbitkan pada tahun 1992. Kemudiannya apabila melanjutkan pelajaran di UTM, saya memulakan METAL TERUS fanzine pula pada tahun 1998. Kedua-dua fanzine itu berkisar kepada muzik Metal keras!



Oleh kerana fanzine itu adalah kerja DIY, maka susah nak dikekalkan. Bayangkan, dari mencari bahan, menyusun dan membuat salinan - dari A to Z - semua dibuat sendiri! Maka tak hairanlah ianya berkubur (KRENMAUT dengan 2 isu dan METAL TERUS dengan 7 isu).

Kedatangan internet memberikan lebih fleksibiliti. METAL TERUS telah diadaptasi oleh peminatnya sehingga ia menjadi portal muzik Metal di Malaysia (DI SINI) dan menjadi inspirasi kepada forum Metal tersohor dan terbesar di Malaysia iaitu Metal to Metals (nick saya, Metal Muslim).

KRENMAUT seterusnya saya adaptasikan sendiri kepada bentuk blog untuk meneruskan minat saya dalam menulis. Ia lebih fleksibel dan bukan sahaja berkisar kepada muzik Rock/Metal sahaja. Ia juga merakamkan pengalaman percutian dan pelancongan. Paling menarik, sudah tentulah trip saya ketika backpacking ke New Zealand menonton band terhebat di dunia ini, IRON MAIDEN (juga dicetak dalam majalah ROTTW isu 146). Lain-lain termasuklah percutian sekeluarga Adelaide-Canberra, memetik buah ceri dan strawberi, melawat taman binatang dan pelbagai lagi.

Kembalinya saya ke tanahair, saya cuba menulis tentang tempat-tempat peranginan di Malaysia sejak 6 bulan lalu yang boleh anda layari DI SINI (memang tak banyak lagi sebab baru mula).

Selain itu, antara sejarah aktiviti seni saya ialah:
1.    Bekas pemain gitar LANGSUYR - (Mat Metal tempatan MESTI kenal band ini) yang pernah merilis sebuah muzik video yang menarik bertajuk SUNUT.
2.    Bekas pemain bass VOCIFERATION ETERNITY.
3.    Koloborasi dengan SPACE GAMBUS EXPERIMENT.
4.    Sedang menyiapkan projek avant-garde Metal, TRO-NJO-I.
5.    Projek muzik dalam bilik, BENTARA.

Dan pelbagai lagi aktiviti kecil-kecilan sini dan sana. Oh ya, sebelum lupa. Nama seni saya ialah Bentara (dahulunya Batara Guru).

Blog saya juga telah diiktiraf oleh Universal Music Malaysia sebagai salah satu pengulas rilisan artis-artis naungan syarikat tersebut. Juga menjadi wakil  media blog untuk menemuramah gitaris terhebat dunia - SLASH (baca DI SINI).

Layaknya saya untuk dipilih untuk menyertai 29 bloggers lain untuk pertandingan ini adalah kerana keunikan Krenmaut blog, yang mengumpulkan peminat muzik Metal seluruh Malaysia. Majoriti pengunjung tetap adalah mat/minah rock/metal sendiri. Ya, walaupun bilangan kami kecil secara relative, tetapi kami kuat (small but strong)!

Undi untuk saya - 5 STARS!

Slash di Kuala Lumpur

Kapal korek Batu Gajah

IRON MAIDEN, New Zealand

Cleland Park, Adelaide, Australia


16 comments:

zarch said...

TaqabbalAllahu minna wa minka - Eid Mubarak.

- Vote 5 Star untuk Ben -

Metal Sangap said...

5 star utk abg ben

kamal sabran said...

hidup abg ben!!
SGE menyokong penuh :)

Encik Jep said...

tak perlu di tanya lagi.
5 bintang mesti di beri.
support!!

mangkuk statik said...

Salam. Eid Mubarak bro.
Of kors 5 stars.
Tapi aphalkau masuk MySelangor? Bukankah kau ore Perak?

deaf-angel said...

5 stars

mm, selamat hari raya aidilfitri untuk ko sekeluarga, maaf zahir batin. best wishes always.

joey glider said...

cayalah abang ben

5 star untuk salah seorang otai yang banyak salur informasi mengenai muzik metal Malaysia..(plus Iron Maiden) hahaha

mr.kordes said...

cayalah abg ben!

8 stars!

Ahmad Belia said...

nak undi cam mana ni bro?

SEBAB DIY KASI 8 STAR JUGAK!!

ihsan_huhu said...

abg ben, we salute u!

*****

Dr. Bentara said...

bro thanks... please vote kat sini http://www.myselangorstory.com/from-tronoh-with-love/

Kaboi Tanduk said...

yeah dah vote! tapi skali ja bleh vote..igt nak vote byk2..

p/s: selamat hari raya walaupun da lewat..hehe

anyss said...

Salam,
Ben Ashaari ke ni? Macam lain je...

terujalah dengan pengalaman abg Ben kat luar negara tu...maklumlah jarang ada peluang boleh pi kan.
Bukan bermakna tak teruja dengan negara sendiri, tapi sebab saya suka jejalan...asal jalan je, mana2 pun suka pi ;)

Selamat kerja keras ya...moga2 buahkan hasil. Good Luck!

yullita said...

How to treat plaque and dry scaly skin (psoriasis), natural psoriasis with traditional medicine, using herbal remedies gamat gold jelly-g
Cara mengobati plak kulit bersisik dan kering

yullita said...

Traditional medicine pounding heart attack the safe use of ganoderma plus capsule, this is the safest way of treating with herbal medicine.
Obat tradisional serangan jantung berdebar yang aman

yullita said...

How to treat testicular lumps and swelling door with herbal medicine ace maxs testicular pain medications that are naturally treat until fully recovered
Cara mengobati benjolan testis dan bengkak sebelah