Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, June 08, 2010

Ulasan: SLASH CD


Siapa tak kenal Slash, sila tutup blog ni. Tak payah baca kerana memang anda tak layak.

Selepas kegagalan album GnR dalam setiap segi, Slash seolah-olah nampak peluang beliau untuk menyembelih Axl Rose... hahaha padan muka. Album ini, sekurang-kurangnya, 3 kali ganda lagi bagus dari album GnR itu. Tahniah Slash 1. kerana berjaya merilis album yang best 2. Dapat menyembelih Axl Rose tepat pada tengkuk.

Rasanya album ini perlu dibedah song by song disebabkan variasi lagu. Ye, album ini album rojak. Problem statementnya ialah: bagaimana signature Slash dapat dicetak pada setiap lagu-lagu di dalam album ini. Susah tu!

1.     "Ghost" (feat. Ian Astbury)     Slash, Ian Astbury     3:34
Siapa Ian Astbury ni? One of the best voice in this CD! Lagu yang moody rock dengan heavy blues. Filling gitar dari Slash yang menarik di samping distortion yang ranum. Gitar kiri dan kanan dengan riff yang bersimpang siur. I like this!

2.     "Crucify the Dead" (feat. Ozzy Osbourne)     Slash, Ozzy Osbourne, Kevin Churko     4:04
Suara berhantu Ozzy memang tak boleh nak lawan. Lagu ditune seperti lagu yang Ozzy mahukan. Feel seperti lagu Killer of the Giants. Eh... ni memang lagu Ozzy ni! Gitar Slash di sebelah kiri dan distorted bass di sebelah kanan. Adakah Slash calon selayaknya? Oh tidak, Ozzy sudah ada pengganti Zakk Wylde.

3.     "Beautiful Dangerous" (feat. Fergie)     Slash, Fergie     4:35
Black Eyed Peas amacam? Hahaha... Ni celaru dah ni. Slash better stick with Michael Jackson tapi ye la, orangnya dah takde. Tapi, cari la orang lain. Salah satu track yang kureng dalam album ni.

4.     "Back from Cali" (feat. Myles Kennedy)     Slash, Myles Kennedy     3:35
Fulamekkk... ini track memang bluesy habis! Aku rasa macam main gitar sambil duduk kaki sebelah goyang di atas kerusi malas. Slash menggunakan suara vokalis ala-Led Zeppelin ini dengan sepenuhnya. Walaupun Myles tak bermain dengan Led Zeppelin (walaupun khabar angin begitu kuat suatu masa dulu), nampaknya lagu ini sekurang-kurangnya dapatlah beliau letak sebelah kaki di atas bayangan Zep.



5.     "Promise" (feat. Chris Cornell)     Slash, Chris Cornell     4:41
Another beautiful voice. Suara yang gemersik. Lagu yang laidback tapi bukan balada. Ia lagu AOR tahun 80an dengan sound yang updated.

6.     "By the Sword" (feat. Andrew Stockdale)     Slash, Andrew Stockdale     4:50
Vokalis yang dipuji pada satu bahagian tatkala dikritik hebat di sebelah yang lain. Unsur progresif rock 70an begitu menyerlah di dalam lagu ini. Hilaian vokalis yang mencengkam. Boleh la try berkaraoke kalau rasa nak test power.



7.     "Gotten" (feat. Adam Levine)     Slash, Adam Levine     5:05
Fulamak, lagu ni indah sungguh. Lagu balada. Tak sangka suara Adam (Maroon 5) begitu crooner bunyinya. Ditambah dengan bunyi petikan gitar overdrive Slash yang berhantu tu. One of my feveret!

8.     "Doctor Alibi" (feat. Lemmy Kilmister)     Slash, Lemmy Kilmister     3:07
Hahaha... macam lagu Motorhead sungguh. Cuma lebih clean la. Ada feel macam lagu Doctor Doctor (UFO).

9.     "Watch This/Watch This Dave*" (feat. Dave Grohl & Duff McKagan)     Slash     3:46
Lagu filler mungkin? Lagu instrumental dengan dua artis undangan memegang instrumen masing-masing. Maybe Slash tak sesuai kot main lagu instrumental, sebab solonya pun tak boleh melekatkan perhatian sepanjang durasi lagu.

10.     "I Hold On" (feat. Kid Rock)     Slash, Kid Rock     4:10
Tak ada apa yang menarik sangat. Suara Kid Rock pun takde la menarik. Macam lagu filler je.


11.     "Nothing to Say" (feat. M. Shadows)     Slash, M. Shadows     5:27
Hehehe... lagu paling heavy dalam album ni sesuai dengan vokalisnya. Sound menarik tapi riffs biasa-biasa je. Feel METALLICA yang sungguh jelas. Kalau Hetfield yang nyanyi, memang sah, jadi lagu METALLICA zaman Load/Reload. Suara M Shadows ni kureng. Oh ya, solo Slash paling shred dalam album ni hehehe...

12.     "Starlight" (feat. Myles Kennedy)     Slash, Myles Kennedy     5:35
Sebuah lagi lagu balada. Feel yang sama macam lagu Gotten tapi ada elemen southern rock. Myles sekali lagi diundang, sesuai dengan kesedapan suara beliau.

13.     "Saint Is a Sinner Too" (feat. Rocco DeLuca)     Slash, Rocco DeLuca     3:28
Siapa Rocco ni? Aku tak kenal. Sekali dengar macam suara wanita berkulit hitam. Rupa-rupanya lelaki! Suara yang pelik ini bakal menonjol lagi hasil dari sokongan Slash. Lagu balada dengan distortion yang minimal. Malang sekali, tak berapa nak masuk pulak rasanya lagu ni.

14.     "We're All Gonna Die" (feat. Iggy Pop)     Slash, Iggy Pop     4:30
Lagu paling rockin' dalam album ni. Mengambil feel lagu Rebel Yell le rasanya. Atau mungkin struktur asas punk rock yang lebih komersil memang macam ni? Yang pasti, part korus membuatkan aku mahu melonjak sembil melontarkan tangan ke udara.

15.     "Sahara" (feat. Koshi Inaba)     Slash, Koshi Inaba     4:00
Hahaha... mati-mati aku ingatkan Vince Neil yang nyanyikan lagu ni. Suara habis sebijuk! Mungkin Vince Neil letak harga yang mahal untuk meletakkan suara beliau maka Slash terpaksa mencari alternatif terdekat.

16.     "Baby Can't Drive" (feat. Alice Cooper & Nicole Scherzinger)     Slash, Alice Cooper     3:20
Lagi satu lagu yang aku kena hahaha... Lagu paling glam dalam album ni. Mana boleh tahan beb. Asal keturunan kena print jugak dalam album ni walaupun lagu ni sepatutnya takde dalam album standard (cuma ada pada versi Amerika Latin dan Malaysia (yea...)). Amacam? Alice Cooper, Pussycat Dolls dan Slash. Takde yang lebih glam dari ni!

15.     "Paradise City" (feat. Fergie & Cypress Hill)     Slash, Axl Rose, Duff McKagan, Izzy Stradlin, Steven Adler     5:14
Ceh... tak payah ada la lagu ni.

-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

10 comments:

speedrider said...

CD ni imported version, berapa RM bro ben???

JAIRO said...

wow ada iggipop kena cari ni aku belum dgr la

deaf-angel said...

alamak mm, review ko buat aku nak dengar cd ni lak..

lagi teruk, review ko nak buat aku consider nak gi nengok konsert Slash nanti coming soon , sg date dah announce dah

Dr. Bentara said...

speedrider,

ni versi Malaysia memang ada bonus tracks. Horay!

-----
jairo,

this album rekemended. Rileks dengar.

----------
deaf,

kena tengok live tu bro.

thesaintprostitute said...

serious album ni 5 star . . . variation macam experiment slash

waitin for their LP to come

berteromber said...

akhirnya....selepas Snakepit dan Velvet Revolver yang aku tak suka...

Slash telah kembali! aku suka album ni..

Unknown said...

sedih pada most of the track bila slash main muzik ikut acuan pemuzik undangan.. contohnya bila lemmy nyanyi, slash main muzik punk.. bila m shadows nyanyi, slash main muzik metal.. bila adam nyanyi, slash main muzik pop.. dah jadi macam album various artist feat slash pulak..

sepatutnya pemuzik undangan kena ikut rentak rock n roll slash pasal ini album slash bukan diorang.. nak gak dengar macam mana lemmy, adam nyanyi lagu rock kangkang... mesti sempoi haahaha..

apapun tahniah la slash kerana dapat mengerockkan fergie.. x sangka minah ni boleh nyanyi lagu rock.. the best stand out track dlm album ni..

err,, velvet revolver bila nak rilis album? hehe

mr.kordes said...

hurrah!best siyotttt!!!!!

speedrider said...

@data quest
a good guitar hero is the person who can play all the genres.

berteromber said...

BS...kalau nak dengar slash rock n roll layan snakepit la...