Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, June 28, 2010

Ulasan: LASTCOPEQUSTIKA @ Rumah YKP

Aku orang jati Ipoh. Dilahir dan dibesarkan di Ipoh. Walaupun parents aku sekarang di Sabak Bernam, aku tak mengaku aku orang Sabak Bernam.

Disebalik kejatian Ipoh yang aku banggakan ini, rupa-rupanya selok belok Ipoh masih belum aku terokai sepenuhnya. Mungkin disebabkan ruang lingkup kehidupan aku yang sempit. Metal dan Ipoh.

Enter YKP @ Yayasan Kesenian Perak yang diterajui oleh Puan Hanim. Flyer yang disebarkan di dalam facebook ditag nama aku, begitu mengkecurkan air liur. Aku yang baru sampai dari Kuala Terengganu bersama family, memujuk kepenatan diri untuk hadir sekali. Ini mengejutkan Kamal Sabran. Malah mengejutkan Puan Hanim juga.

Salam kepada Puan Hanim dan suami, Syed. Salam juga kepada aktivis dan penggemar seni sekitar Ipoh. Antara mereka ialah Jayzuan, Kamal Sabran, Munis, Adli dan beberapa ramai lagi yang tak sempat untuk aku beramah mesra.

Yang ganjil ialah aku kerana aku pertama kali berada di perhimpunan seperti ini. Introduksi Puan Hanim terhadap diriku di atas pentas, "Sam, Bentara Guru... ex-Langsuyr!" membuatkan aku tersipu-sipu. Siapa peduli?

"Rumah" YKP memang sebuah rumah. Disewa sejak 8 tahun yang lalu dari bajet Menteri Besar Perak yang dulu, Datuk Seri Ramli Ngah Talib. Malangnya, beberapa kali tampuk pemerintahan negeri Perak bertukar, YKP dibiarkan dan tidak dipedulikan. Untung juga di bawah jagaan Puan Hanim, bajet tersebut masih berbaki sehingga kini untuk meneruskan aktiviti-aktiviti YKP. Puan Hanim menjadi nadi penggerak; begitu penjelasan suaminya. Sambil sembang sambil makan kuewtiow dan air yang dihidangkan kepada pengunjung. Nampak macam potluck.

Malam ini merupakan malam terakhir aktiviti di rumah ini. Tuan punya rumah mahukan rumah ini kembali. YKP terpaksa berpindah namun di mana belum ditentukan. Buat masa ini, YKP tanpa rumah.

Agenda malam ini ialah beberapa persembahan akustika free-flow. Di samping itu ada jualan. Sudah tentu ruang utama yang menjadi tempat hinggap aku yang pertama ialah ruang jualan CD 2nd hand. Cis! Semenjak pulang dari Adelaide aku tidak membeli CD tetapi malam ini aku pecah rekod. RM100 lebur membeli CD The Beatles, M Nasir dan Ozzy Osbourne sebanyak 7 keping.

Untung juga cash tak banyak. Kalau banyak, mungkin lagi banyak RM terkorban. Ada majalah, buku, lukisan, barangan antik. Ini Loken versi mini!

Persembahan dimulakan oleh kumpulan Mentol100watt dianggotai oleh 3 orang pemuda (mungkin?) bermain gitar akustik dan gitar elektrik. Mendendangkan beberapa buah lagu puisi original yang CD mereka ada dijual sekali. Yang automatik datang ke kepala ialah Kopratasa. Tetapi aku tau, itu gambaran yang salah. Banyak mana yang aku tau tentang scene sebegini? Kosong! Yang aku tau cuma Kopratasa je.

Aku mengintai dompet. Tinggal RM16. Kalau nak habiskan, kena habiskan pada tempat yang betul nampaknya.

Seterusnya saudara Nik Nikbinjidan Marhaen dengan gitar dan harmonika. Persembahan solo beliau menggamit seketika perasaan ini. Beliau bermain gitar, meniup harmonika, menyanyi dan mengawal suasana. Semuanya dilakukan secara solo. Perasaan admiration mula timbul.

Sahabatku Kamal Sabran pula muncul dengan Azmil (?). Kamal dengan gitar Iran dan sahabatnya dengan gendang silat. Persembahan improvise disulami dengan bacaan satu bab buku sulung Jayzuan, 28 Hari Jurnal Rock N Roll oleh Puan Hanim. Nampaknya Kamal sudah mahir dengan gitar Iran yang diberikan oleh kawannya dari Iran (yang juga merupakan pemuzik dan pengarah filem terkenal di sana).

Selepas itu, persembahan menjadi free-flow. Siapa yang rasa nak ke pentas, dipersilakan. Aku mula mensosialkan diri.

Aku berkenalan dengan Jayzuan. Aku tak kenal dia tapi dia kenal aku. Yang sebenarnya, dia lebih dikenali dari aku. Cuma aku ni jahil. Aku outsider. Sambil bersembang dengan dia, aku bertanyakan tentang dirinya kepada orang lain. Barulah aku kenal. Beliau pemuzik dan penulis. Blognya baru aku link di sebelah. Nanti kemudian aku rebiu buku sulungnya.

Buku sulungnya, dengan autograph. Yea! RM15 kuhulurkan. Tinggal RM1. Cukuplah buat bekal aku kembali ke Tronoh.

Perjalanan pulang selama 40 minit sambil melayan The Beatles yang tadi aku beli.

4 comments:

Achan Sinclair said...

Kenapa gua baca post ni dengan perasaan sayu? Memang inikah perasaan yang cuba diterapkan?haha..btw bekal rm1 balik tronoh tu memang punk habis..haha

gangga awana said...

dah lama tak ke rumah YKP.sayu juga bila kenangkan jika YKP terpaksa berpindah. :(

Elly Rocker said...

aku lebih malu, dah mengetahui kewujudan ykp mase hari pertama perasmian. bila hari penutupan rumah ykp, baru aku muncul. ah.. rasa malu amat. nasib ade kamal, munis, man, meor dan lu. malu aku boleh dilindung lg. mungkin?

guru besar haneem kaydeen said...

hanya orang2 terpilih olehNYA yang akan sampai ke tempat ini hehe

thanks kepada semua yang menjenguk :)