Anak-anak ditinggalkan di Kuala Terengganu. Isteri yang di KT, naik bas pada malamnya aku jemput sebelum subuh di Medan Gopeng dan terus bertolak ke JB.
Sebenarnya tiada cadangan nak singgah ke MRSM Muar. Keputusan dibuat beberapa kilometer sebelum exit tol Pagoh. Lagipun check in hotel Pan Pacific JB jam 3pm. Waktu itu baru 10am. Satu keputusan yang bijak.
Aku di MRSM Muar pada tahun 1991-1992. Isteriku, cuma setahun, 1991. Tahun itulah waktunya aku terpikat padanya. Gara-gara tarian Melayu yang ditarikan oleh isteriku ketika itu. Terus jadi syok tengok. Dan mula terbayang-bayang. Gila bayang.
Strategi aku ketika itu, jadi secret admirer (SA). Jumlah kelas yang tak cukup menyebabkan kami yang berada di Tingkatan 4 bergerak mencari kelas kosong. Isteri aku dari batch lama, ada kelas sendiri. Ada ketikanya kelas aku menumpang kelasnya apabila mereka ke makmal.
Masa itulah aku bagi nota dan kadang-kadang menconteng (dengan pensel) pada bukunya. Mula tak tahu, rasa thrill. Bila dah tau dan orangnya ialah aku, jadi lain cerita pula.
Malang sekali, masa itu, isteriku begitu ngeri dengan aku. Dia kata, masa tu, bila nampak aku dari jauh, cepat-cepat dia alih route jalan. Tak nak terserempak.
Apa nak kata, masa itu aku tersangat....lah berbeza. Kurus mengalahkan papan lapis. Dan penampilan brutal dan ganas. Gelaran aku di sana sebagai THRASHER, tentulah bersebab, ye tak?
Cuma rakan sekelas, Enida Daud (si comel lote) yang mungkin kenal aku lebih dari penampilan luaran. Sebab itu, dia tolong cucuk-cucukkan aku pada isteri masa tu.
Namun masih tak berjaya.
Pendaftaran baru masuk Tingkatan 5 aku sambut dengan penuh keghairahan. Selama seminggu aku tercari-cari, ke mana perginya isteri aku. Rupa-rupanya, dia telah berpindah ke MRSM Kuala Terengganu!
FRUST GILA!!!
Untuk itu, di satu sudut hati aku jadi mat jiwang layang lagu rock. MEGA Takdir dan Waktu. Muzik please!
Tidak kutahu mengapakahAku tau, keseluruhan lagu ini menggambarkan dua orang bercinta dan berpisah sedangkan aku yang syok sendiri je. Tapi aku buat-buat seperti dia pun tengah bercinta dengan aku. Apa-apalah Labu!
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri
Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya
Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah...
Maaf, jadi sentimental pula entry ni. Patut cerita tentang MRSM Muar ni. Eh, cerita aku dan isteri juga sebahagian kecil dari cerita keseluruhan, ye tak?
Apa penyudahnya? Camana boleh jadi isteri sedangkan masa tu aku dibenci? Sudahlah dibenci, putus hubungan pula. Itu kena sambung lain siri hahaha...
Alumni MRSM Muar sekalian yang dah belasan, puluhan tahun tak jengah, nikmatilah gambar-gambar ini. Malang sekali, PakGad berpesan, boleh ronda dalam kereta je tapi tak boleh jejak kaki keluar disebabkan hari tersebut adalah hari pelajar-pelajar kembali ke kampus.
Thrasher yang tak berapa thrash dah.
Ada ke bangunan ni dulu? Rasanya ada baru buat sebab ikut memori kat sini le kami amik kertas SPM.
Ini dewan banyak sejarah. Tempat konsert, qiamullail, main badminton all in one!
Laluan sebelah dewan menghala ke library. Pun banyak kisah suka dan duka cewahhh...
Tempat bercinta (dating) petang-petang. Kat sini aku pernah berdating dengan wife. Aku syok sendiri. Wife aku tak syok pun masa tu. To my wife, tempat ni aku berdating dengan ramai orang selepas U ;)
LEGEND!!! Tiap-tiap hari minggu mak bapak datang nak jumpa anak masing-masing kat sini. Aku jadi AJK tukang announce kat mic. Suara sampai ke setiap asrama. Juga tempat aku mengorat sorang awek ni (lepas wife aku pindah sekolah). YOU KNOW WHO YOU ARE hahaha!!!
Rumah warden. Ketua warden dulu Baim panggilannya. Sekali aku kantol rambut panjang (alahai rambut depan bela panjang sampai ke dagu tu...) dia panggil masuk dalam rumah nak gunting. Dia kata, "ko tengok gambar aku tu". Gambar dia buat degree kat overseas. Rambut mengerband dia panjang nak cecah dada. CIS!!!
Tangki air. Pernah budak-budak buat kolam renang. Gila. Kan ke air ni buat minum semua?
Signboard. Ni dari dulu dah ada rasanya ni!
Nampak tak alley tu. Sebelah tu kelas aku la tu! Sc10! Menyesal tak turun dari kereta untuk ambil gambar dalam kelas. Menyesal! Menyesal!