oleh: Rafi Promaster
Memang aku bangga jadi orang Ipoh walaupun pekan tu tak ada awek chung. Yang ada cuma cina-cina bukit yang racist dan melayu yang berpecah belah. Apa ada kat Ipoh selain stesen keretapi, bas stesyen lama, pekan lama yang dah usang, Yik Foong yang dah jadi pusat IT dan Indon Hairstylist Centre. Super Kinta yang makin busuk, Waterfall yang airnya melekit dengan bau pinggan mangkuk. Apa lagi? Library yang sudah kehabisan buku, Restoran Posh tepi sungai busuk. Tapi tetap jugak kawan-kawan aku ni balik kampung semata-mata nak makan wanggey atau mee MG. Tak tahu apa ke sedapnya wanggey dan MG tu? Mungkin air basuh pinggannya yang tak pernah bertukar menambahkan kelazatan ataupun lidah anjing yang bertugas sebagai tukang basuh pinggan kat tepi longkang warung tu. Selain tu memang tak ada tarikan lain yang boleh memanggil kawan-kawan yang sudah berhijrah ni.
Aku pun banyak kali dah berhijrah keluar dari pekan ni. Dari tioman hinggalah ke UK. Tak bleh dok Ipoh lama-lama..nanti borang. Malam ni aku tak nak cita banyak..lagipun aku tak banyak tahu tentang industri atau kegiatan metal di Ipoh semasa merantau. Ipoh ada banyak band. Band-band rock yang otai termasuk band-band thrash yang terrer. Kebanyakan band-band rock ini tak popular walaupun pada hikmahnya mereka ni hebattullah khomeini dan kreatif. Mereka tak boleh sampai ke tahap teratas. Samada mereka habis begitu sahaja atau kena tangkap masuk pusat.
Begitu juga band thrash atau metal. Sebagai contoh, Ratship. Walaupun hebatullah, tetapi tidak pernah sampai ke mana. Tahap kehebatan mereka adalah hinggakan mereka mesti mencover lagu Metallica dengan sebijik. dari segi riffing, drum dan bunga-bungaan yang ada di dalam lagu-lagu band pujaan mereka itu. Band boynya pun hebat juga. Bali yang seiras Cliff Burton, Brader Bob yang cakap macam mat salih, Yus Pak Harun yang memang macha dan kaka burat, Putih dengan suara serak basah ala Hetfield dengan skill riffing 'gantung'nya dan Rahim yang memang Otai dari semua segi. Tapi mereka habis begitu sahaja. kerana apa. Kerana pada zaman kehebatan mereka ini, Malaysia masih lagi di takuk yang paling lama. Tiada exposure dan support macam sekarang seperti yang boleh di dapati dengan sewenangnya oleh band Indie yang sterotaip dan sama sekarang ini. Di tambah pula dengan sikap pemimpin yang bodoh sombong dan kolot pada zaman mahathir yang diagungkan itu. Maka timbullah band Gersang dan band-band yang lain yang sanggup memotong rambut dan membiarkan maruah rock mereka tercemar akibat mahu glamour lima minit di kaca TV. Tapi bukan band dari Ipoh yang tetap dengan pendirian rock dan metal mereka. Kebanyakannya tetap dengan Imej rambut panjang dan selekeh. Dan oleh sebab itulah mereka ini tidak sampai ke mana.
Glottis merupakan satu-satunya band dari Ipoh yang paling awal menapak. Anggota kumpulannya adalah Adik Necrotic, Is, Li dan Jadam. Dari segi penampilan, mereka memang hebat dengan adik yang berambut panjang belah tengah, Is yang macam langsuir menutupi sebahagian dari mukanya, Li yang tinggi dan sentiasa berkasut boot dan Jadam dengan seluar kombatnya. perfect! Selepas mereka berpecah adik menubuhkan band Necrotic Chaos dan penampilan mereka agak ganas juga sesuai dengan jenis lagu yang mereka mainkan. Dan berpakaian metal bukan sahaja hanya di gig tetapi pada bila-bila masa tak kira di mana kami berada. Pagi Raya, keluar dating dengan bakal awek, pergi rumah orang kawin, interview kerja..kesemuanya ada elemen thrash dan metal yang cuba ditonjolkan. kerana itu adalah cara hidup.
Aku tak berapa arif dengan penubuhan Ipoh metal militant ini selain dari Adik aku dreamstone dan juga Adik. tapi biarlah aku cuba huraikan sikit. Maka dengan gig-gig yang telah berjaya mengumpulkan ratusan pengikut dan band baru, scene metal di Ipoh mula berkembang pesat sepesat Bandaraya Kuala Lumpur. Antara band yang mula memperkenalkan diri mereka adalah Athotorgh (band aku), Langsuir (band adik beradik dari menglembu), Profane Creation (Band semi projek Jadam dari SPPK), Vociferation Eternity (band projek Daie), Hayagriva (band Joo Mantravathee) dan Purnawulan (Band yang aku tak berapa tahu sejarahnya). Setiap band-band ini mempunyai imej dan stail lagu mereka sendiri. Seperti band aku yang thrash habis, Necrotic yang death metal gila, Hayagriva yang pure satanic, Profane yang grind dan technical serta Langsuir yang eastern dan mistik. Yang paling best tentang band-band ini adalah kami sentiasa bersama 24 jam seperti TV3. Hari sabtu dan Ahad adalah hari suci kami. Di Komplek Yik Foong kami akan bertemu dan menghabiskan masa bermain game, berbincang isu thrash dan metal, tawaf 3 kali di komplek itu dan diakhiri dengan jem session di Studio SYJ. dan selepas itu kalau ada kelapangan kami akan berracong kereta dengan kereta BBX milik Lorenzo Diablo dan OldT serta kereta standard Mior Scum. Dan selepas itu melepak sampai pukul 5 di depan rumah Old T
Biar aku cita tentang band aku athotorgh sikit. Band ni sebenornya band nathan(projek). Semenjak Stomek drummer aku yang matanya macam orang stomek tapi dia tak pernah stomek, (Stomek-Stim Ganja) Anator terpaksa dibubarkan. Tinggallah aku sebatang kara. G dreamstone adik aku bukak band baru(Tolong Edit) dan aku pun merantaulah ke Pulau Tioman. Kat Tioman memang scene thrash atau metal omputih memang la takda." Itu yang aku heran, omputih ramai, tapi tak da pulak mat thrash Rafi ya?" Kata kawan aku. Memanglah! Bukan semua orang putih macam araya dan angelripper! Bukan semua omputih mat thrash! Kalau tak takda la Engelhart Humperdick! Syed Budris(bodoh) jugak member aku tu. Jadi kat tioman aku berjinak-jinak dengan Santanip(Carlos Santana), Paul Anka (oldtai gila), lagu melayu (sebab aku lepak dengan ex-gitarist kompolan Medicine) dan bermacam-macam lagu yang bercirikan orang tua dan mellow. Habis kuat aku belajor skill basking la. Di tambah dengan zaman tu yang tiada internet, semakin bangang lah aku tentang scene thrash yang ditinggalkan. Bila aku balik aje ke Ipoh, patut la diaorang heran masa aku ajak diorang main Countess Bathory. Rupanya diaorang dah pun jem lagu-lagu Tiamat dan Burzum. Tapi aku tetap dengan pendirian thrash aku. Sebab hanya lagu macam tu yang buat aku masih hidup. Jadi aku tubuhkan Athotorgh. Sebenornya Athotorgh ni member aku yang bagi. Malam tu aku petak, macam mana nak namakan band baru aku ni. Jadi aku tanya si Malvak ni kawan aku yang belajor cakap Jepun sikit-sikit.Last-last dia cakap "Athotorgh". Aku pun tanyala, apa maknanya. Entah. Selamba ajr dia punya jawapan. Last-last sebulat suara kami bersetuju menamakan band projek itu Athotorgh. Anyway..ia hanyalah band projek...fikir aku.
Band aku terdiri dari Valhalla yang memang fanatik metallica. Nighslayer yang juga diehard metallica dan juga adik aku yang death sikit. Dengan kekreatifan ketiga-tiga bandmate aku ini, kami berjaya menghasilkan the rites iaitu demo pertama kami yang dirakam oleh Sound Engineer kumpulan Slam. Selepas itu bermulalah kehidupan kami sebagai thrashead. Tour sana, Tour sini (funfair dan konsert campur dengan apek opera dan kumpulan rap), Jam session dan juga sessi fotografi di lokasi-lokasi yang difikirkan thrash( tandas, tangga dan offcourse Jam studio. Tapi atas desakan hidup di malaysia ini, kami terpaksa jadi band yang tenggelam timbul, aku kena merantau lagi, dan bandmate aku ada kehidupan mereke sendiri. Maka dengan itu berkuburlah sekejap Athotorgh........
Sambung lain keluaran..
PART 2
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Friday, February 19, 2010
Aku Mat Thrash : Ipoh Metal Militant Part 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
respect dam salute saya kepada abng2 semua. xda old timer xda kami semua.
abg dah buktikan seorang thrasher bukanlah sampah masyarakat.
promaster dieyana?
dah siap nanti bikin document...
'a decade and a half in the life of Sam Krenmaut'
Band2 metal Ipoh memang best. Banyak yang soundnya ori.
\m/
speedrider dan eddie,
ni Rafi Promaster (Athotorgh) punya nukilan.
sejarah Ipoh Metal Militan sangat menarik...thanks bro for artikel...
menarik! tapi kena tunggu sambungan plak...
bila nak siap pt 2 rafi?
yearghh..!! aku bangga jadi anak Ipoh... yearghh..!!
lor..athotorgh tu bang ben pnyer band ker???dah lama dgr br tau,haha...
"seven ashes, seven souls"
ini aku suka :)
bukan senang nk dpt interview dari athotorgh dari dulu lg. tapi nasib aku baik, deme layan jugak interview utk 2nd issue r.o.t.u!. ipoh selamanya!!! oh, pssst, gua rindu show lunatic kadozz. gile babi lawak!
hail Athotorgh !!! bila mau performs lg ???
the best of IPOH.....
zaman kegemilangan bas general hijau tambang rm1.80.
Langsuir (band adik beradik dari menglembu) rupanya band keluarga ke??
Buat lagi brada2 rokers tak bleh kalah saya tengok king melon album sembayana kuasa hina tu bagus tu lah rock versi baru zaman ni campur techno, midi, polyphonic bagi speed grindcore peduli apa dia hentam je biar ganas jadi insane metal terbaik. black metal death metal pun tenggelam olehnya. Kena mulakan di malaysia supaya industri lagu dibarat biar diorang ikut kita.kita mulakan je peduli apa diorang. Hahahahahah
Rindu balik zaman dulu2 walau pun tak sempat buat demo
Last aku jumpa rafi athotorgh keja kat albarakah(tafiz ustad kazim)kemudian aku dah tak nampak dia lepas tu...
Post a Comment