Tok belah wife sibuk dengan budak mengaji... For free!
Tapi mak bapak bagi hadiah gula, beras etc. Duit akan ditolak.
Buat dek je anak-anak aku.
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
Saturday, January 30, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Janggut lagi...
Kenapa ada sesetengah orang sangat prejudis dengan janggut?
Sebab tak kemas?
Boleh jadi juga.
Tapi walau dibela dan disikat macam rambut tetap mereka prejudis. Apa jenis kanta yang telah melekat pada mata mereka?
Something must be wrong.
Ulangkaji balik pengenalan kepada janggut kat SINI.
Sunnah bukan fesyen. Fesyen belum tentu dapat pahala (most of the time dapat dosa) tapi sunnah kalau dibuat pasti dan pasti dapat pahala.

Ofisku part 2
ground floor dimana letaknya makmal-makmal (dan parking kereta - staffs only, students will be summoned!). Kereta MyVi jingga, aku pinjam kereta adik aku sementara menunggu Avanza keluar.
Monday, January 25, 2010
Bapak... why do we have to die?
Soalan dari anakku yang kedua, Ismail.
Topik kematian adalah persoalan yang paling banyak dia tanya.
Sekali tu, sedang dia berpillow talk dengan wife aku sebelum tidur, dia berkata,
"Ibu, I don't want to die"
Diikuti dengan linangan air mata. Adik beradik dia semua pakat ketawa - kemungkinan tak faham kedalaman persoalan kematian yang bermain di benak Ismail.
-----------
"What happens when the world is destroyed"
Soalan yang ditujukan oleh Ismail ketika kami anak beranak berada di dalam kereta. Semua dalam kereta jadi senyap menunggu jawapan dari bapaknya.
Beberapa hari sebelumnya beliau mengujakan soalan berkenaan hari kiamat.
Aku pun ceritalah pasal padang Mahsyar. Syurga. Neraka. Yang tak beriman masuk neraka. Yang beriman masuk syurga. Muslim yang jahat masuk neraka. Muslim yang baik masuk syurga.
Buat jahat antara lain mencuri, tak dengar cakap mak bapak, khianat kat orang, merompak, menipu...
"But you lied to me one time..."
"Tu bukan lying la Ismail, I was kidding..." Aku melawak je masa tu (tak ingat bab apa).
Susah juga berinteraksi dengan anak-anak yang peka ni.

Sunday, January 24, 2010
GIBSON Flying V sold!
Tahniah kepada Encik Amir dari kugiran Ulterior Decimation kerana berjaya memiliki gitar kesayanganku GIBSON Flying V. Dibayar cash RM3000.
Masih untuk dijual, GIBSON Explorer juga RM3000 (harga tak boleh runding) dengan hardcase GIBSON. Kensel
Saturday, January 23, 2010
Hari pertama di Malaysia
Aku sampai tanahair lebih kurang 8pm selepas hampir 7 jam berada di dalam kapalterbang MH138. Barangan kami dibenarkan 150kg, terlebih sampai 163kg. Nasib baik dengan budi bicara officer yang menimbang, ianya dilepaskan tanpa ada apa-apa charge.
Sebaik sahaja keluar dari kapalterbang, cuaca Malaysia menyelubungi kami. Badan yang jarang berpeluh di Australia (melainkan dengan bersenam), automatik jadi berpeluh.
Dua van telah menunggu kami. Sepupu aku yang memang selama ni banyak menolong dengan kawannya.
Pecutan van yang meluncur highway mula menggamit kembali wajah sebenar tanahairku yang tercinta. Sehinggakan anak-anakku yang duduk di belakang berkata, "Hold tight!"
Perjalanan ke Sabak Bernam mengambil masa 2 jam lebih termasuk berhenti sebentar di restoran KFC untuk melepas rindu. Jumlah belanja KFC hampir RM100 diredhakan juga. Dalam hati, oh, inilah yang dikatakan oleh rakanku yang baru datang ke Adelaide, "Sekarang pergi shopping habis RM300 pun kira biasa".
Udara yang dihirup tidak sebersih di Australia. Udara di Australia hanya ada satu. Tetapi di tanahairku, aku kira ada 3-4 jenis. Udara normal (berkuap), udara asap pembakaran, udara asap kelapa sawit...
Tapi aku sangka baik. Orang yang seluruh hidupnya bergelumang dengan tahi lembu dan tak pernah bau benda lain sudah tentu mengatakan bau tahi lembu itulah yang paling wangi. Apabila dihembuskan dengan minyak wangi kepada orang itu, sudah tentu beliau akan pengsan terkejut sebab tak pernah bau macam tu.
Aku anggap udara di Australia tu sebagai tahi lembu.
Lagipun bukannya aku tak pernah bau minyak wangi (udara di Malaysia). Mengada-ngada lah!

Tuesday, January 19, 2010
Entry pertama dari Malaysia
Entry pertama dari Adelaide Friday, August 18, 2006
Entry terakhir dari Adelaide Wednesday, January 06, 2010
1st!
January 19, 2010... Pertama kali di MALAYSIA!!!
Banyak nak cerita tapi kesempitan masa... tungguuuuuu...!

Wednesday, January 06, 2010
Entry terakhir dari Adelaide
Semalam ada jemaah dari Sydney datang ke masjid Wandana. Aku duduk dengan mereka lepas solat maghrib. Dengar bayan. Masa doa penutup, aku jadi sebak.
Rupa-rupanya aku akan meninggalkan bumi Australia ni setelah 3.5 tahun.
Orang-orang terdahulu dari India dan Arab telah datang ke Tanah Melayu di abad ke 15. Motif mereka; ikut pendapat pertama - berniaga (utama) dan bawa agama (kurang utama). Pendapat kedua - bawa agama (utama) dan berniaga (kurang utama). Apa pun pendapat yang dikemukakan, satu perkara yang TAK boleh dinafikan ialah asbab mereka datang ke Tanah Melayu yang mengenalkan kita kepada Allah s.w.t. Jika tidak, mungkin kita adalah penyembah tok pekong. Ataupun terseleweng dengan fahaman bahawa Tuhan itu mempunyai anak (nauzubillah).
Itu yang membuatkan aku sedih.
Aku datang ke bumi Australia dengan tidak membawa agama. Aku tak buat kerja agama. Aku lupa dan leka.
Sedangkan aku tau bukanlah ijazah aku ini yang akan menyelamatkan aku di akhirat kelak. Bukan status aku sebagai orang yang pernah belajar di Australia yang akan memuliakan aku di khalayak para malaikat.
Bukan! Bukan! Bukan! Ianya tiada nilai disisi penghuni di langit.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imraan:185)
Kejayaan yang aku letakkan dihadapanku berbeza dengan kejayaan orang-orang terdahulu.
Orang-orang yang terdahululah yang telah berjaya. Agama tidak pernah dilupakan walau dimana mereka berada. Fikir mereka, bagaimana agama ini boleh tersebar. Bagaimana seluruh manusia boleh kenal SIAPA pencipta mereka.
*mengeluh sedih dan takut*

Tuesday, January 05, 2010
Penat nak balik ke tanahair
Penat sungguh...
Penat menyiapkan 2 chapters tesis aku sebelum meninggalkan Australia. Aku bawak 2 chapters terakhir ke Malaysia untuk disiapkan. Moga boss di ofis ada belas kasihan kat aku. Kalau tak, abis lebur 2 chapters tu tak siap.
Penat mengemas rumah. Kerja buruh. Angkat sampah, buang sampah. Nak buang sampah-sampah tu pun kena ada kupon. Kupon dihantar April lepas so dah hilang. Makcik jaga kaunter tu sibuk nak check rekod. Tak tau pakai excel rupanya. Aku kata, click on edit then click on find. Put my name there and it will direct to my record. Jumpa terus. Dia ucap terima kasih. Entah berapa puluh tahun dia dengan excel dan buat cara yang susah. Alhamdulillah aku jadi good citizen hari ni. Hati gembira kerana berjaya tolong orang.
Penat memikir. Nak arrange semua supaya selesai dengan baik. Bond sewa 4 minggu moga dapat balik (dengan syarat agent rumah puashati rumah dalam keadaan baik). Lepas tu nak plan apa boleh buat dengan 7 hari (lepas touchdown) yang tempat kerja aku bagi untuk prepare diri sebelum reporting for duty... nak beli kereta (Chery Eastar yea..), beli perabot, beli peti ais etc etc... nak masukkan anak dalam sekolah.
Rumah ni dipindahmilik kepada satu keluarga dari Malaysia yang baru sampai. Anak 4 juga macam aku. Banyak benda tolak kat dia termasuk kereta. Kepada Abang dan Kakak sekeluarga - selamat bergelumang di Australia.
3.5 tahun di Adelaide. Cukuplah tu.
Seminggu ni memang penat. Seminggu akan datang pun penat juga.
Aku dah jadi Superman, Batman dan Spiderman. Lepas ni kena jadi Ultraman, Ben 10 dan Transformers pulak.

Friday, January 01, 2010
Sibuk!!!
Sibuk nak balik ke tanahair... 7/1/2009.
Nak makan KFC!!!
Nak makan KFC!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)