Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, April 18, 2009

Laporan ringkas Ijtima Melbourne 10-13 April 2009 Part 3

Malam Ahad bayan telah diberi oleh Mufti Darul Uloom Madrasah Fawkner (tempat ijtima') dan beliau sangat menekankan betapa pentingnya usaha atas iman dan amal dijalankan. Komen beliau, golongan sahabat sangat kuat pegangan imannya sedangkan umat sekarang amat lemah. Ketika peristiwa 9/11 lepas, ramai yang serta-merta mencukur janggut sedangkan belum apa-apa ancaman diberi kepada mereka. Cuma sekadar mendapat tahu peristiwa tersebut dari akhbar dan media elektronik. Sedangkan orang terdahulu sanggup memberikan nyawa untuk mempertahankan iman mereka.

Diselitkan satu perkara masail dalam bayannya iaitu adab berpakaian. Ketika beliau menjadi makmum, ada seorang dalam jemaah solat tersebut dihadapannya yang memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk badan. Itu adalah aurat dan sepertimana wanita, lelaki juga wajib menjaga aurat mereka.

Mufti memenuhkan bayan beliau dengan menceritakan kebesaran Allah s.w.t. di samping menekankan usaha agama yang perlu diambil serius oleh jemaah yang hadir (maaf, detail tidak dapat diingat ketika entry ini ditulis kerana tiada nota yang dicatat sekadar ingatan kepala je - Abang Ben).

Selepas makan malam, Syeikh Mukhtaz (orang tanggungjawab se-Australia) telah mengumpulkan semua brothers dari Adelaide untuk diberikan targhib atas usaha agama ini. Beliau adalah orang terawal mengambil usaha agama ini di Australia di awal tahun 70an bersama abangnya, Syeikh Mahmud (yang pernah memberikan bayan di Masjid Sri Petaling 2 tahun lepas ketika jemaah Australia keluar di Malaysia - transkrip bayan beliau boleh di baca DI SINI). Mereka berdua adalah keturunan Arab Mesir.

Kata beliau, Adelaide adalah "City of Churches". Masjid City di tengah bandar Adelaide adalah antara masjid tertua di Australia yang dibina oleh imigran Afghan lebih seratus tahun dahulu. Pernah satu ketika masjid tersebut ditutup oleh local council akibat tiada aktiviti di dalamnya. Jemaah dari Melbourne telah datang ke Adelaide ketika itu dan cuba membukanya kembali. Walaupun dihalang, namun mereka dapat juga masuk dan amalan mula dibuat di dalamnya. Moralnya ialah, masjid perlu dibuat amal. Masjid itu diberi nama masjid kerana amalnya bukan kerana bentuk bangunan.

Beliau mengatakan bahawa tugas memberi hidayah ini adalah tugas Allah s.w.t. Hidayah bukan diberi oleh buku, CD, radio malah bukan oleh manusia. Nabi s.a.w. sendiri, seorang yang maksum, dan punyai akhlak tertinggi juga tidak dapat memberikan hidayah kepada bapa saudaranya yang dikasihi. Nabi Ibrahim a.s. tidak boleh beri hidayah kepada bapanya. Nabi Nuh a.s. juga tidak dapat memberikan hidayah kepada isteri dan anaknya. Tetapi untuk syarat hidayah Allah s.w.t. beri kepada seseorang ialah apabila ada usaha Nabi s.a.w. dibuat dan orang itu berkehendakkan kepada hidayah.

Maka dengan sebab itu umat ini perlu digerakkan sepertimana para Sahabat r.a. digerakkan oleh Nabi s.a.w. Atas sebab pergerakan para Sahabat r.a. yang merata itu, Allah s.w.t. telah menyebarkan agama ke seluruh alam. Andaikata para Sahabat r.a. duduk sahaja di Mekah dan Madinah maka agama akan mati selepas generasi mereka.

Walaupun adanya sistem komunikasi yang serba canggih sekarang ini, ianya bukanlah medium dakwah yang dicontohkan para Nabi a.s. Dari Nabi Adam a.s. hingga Nabi s.a.w., agama ini berkembang dengan medium berjumpa, dari hati ke hati. Tidak dinafikan media juga satu medium tetapi ia tidak boleh dijadikan asas utama. Asas utama perlu dikembalikan kepada sunnah Nabi s.a.w. berdakwah.

Beliau menceritakan satu jemaah kecil dari Australia telah dihantar ke Pulau Solomon pada tahun 1996. Jemaah tersebut cuma 3 orang dan merupakan jemaah pertama dihantar ke sana. Jemaah ini pergi dengan harapan dapat berjumpa dengan orang Islam walaupun tidak diketahui samada ada atau tidak orang Islam di situ. Sampai di situ, mereka menginap di sebuah hotel setelah didapati tiada musolla di situ. Taklim dibuat di dalam bilik hotel dan selepas Asar mereka membuat jaulah. Oleh kerana tiada Muslim yang diketahui, mesyuarat memutuskan agar mereka bergerak sahaja di kawasan bandar tersebut (bandar yang kecil, mungkin lebih sesuai diistilahkan sebagai "pekan").

Maka, mereka bergerak dari hujung jalan ke hujung jalan di dalam pekan tersebut tanpa bercakap dengan sesiapa. Oleh kerana pekan kecil, berita tentang perkara ini tersebar ke seluruh pekan seolah-olah ada laporan berita di dalam TV (tiada siapa pun ada TV di pekan tersebut). Mungkin pelik melihat jemaah ini yang berjubah putih.

Keesokan harinya mereka telah pergi ke dalam bank untuk menukar currency. Tiba-tiba mereka telah ditegur oleh seorang paderi (warga native pulau) dan soalan pertama dari beliau ialah, "Are you people come from the sky?" Jemaah ini menjawab sudah tentu tidak. Mereka datang dari Australia. Paderi itu menceritakan yang penduduk di pekan ini semua beragama Kristian. Golongan missionary Kristian yang datang dahulunya mengatakan sekarang ini, cuma agama Kristian sahaja yang wujud di dunia ini dan tiada lagi agama lain. Maka mereka semua beragama Kristian. Oleh sebab itu apabila ternampak jemaah ini yang serba putih soalan yang ditanya adalah "adakah mereka ini didatangkan oleh Tuhan dari langit?"

Jemaah ini kembali ke Australia tanpa dapat berjumpa dengan seorang pun orang Islam.

Dua tahun kemudian, satu lagi jemaah di hantar. Kali ini Syeikh Mukhtaz pun turut serta. Ketika berada di dalam kapal terbang, seorang steward native asyik tersenyum-senyum ketika melihat jemaah. Maka beliau telah disapa dengan pertanyaan, adakah anda Muslim? "Belum lagi" kata steward tersebut "tetapi saya tau dimana ada musolla". Subhanallah. Dua tahun sebelumnya tiada seorang muslim pun di situ tetapi sekarang sudah ada musolla? Steward tersebut melakarkan arah ke musollah tersebut. Apabila mereka sampai, agak lewat, mereka menginap di hotel paling dekat dengan musolla tersebut supaya mudah untuk berjemaah. Waktu Fajr ketika mereka berjalan kaki ke musolla mereka terjumpa dengan dua orang native yang mengatakan mereka baru sahaja masuk Islam malam sebelumnya dan mereka diIslamkan oleh imam musolla tersebut dan sekarang ini mereka mahu solat berjemaah.

Syeikh Mukhtaz menambah tentang negara China. Ketika tahun 60an, China sangat pekat komunismenya dan adalah mustahil untuk menghantar jemaah secara terang-terangan. Namun seorang warga Pakistan yang ada fikir tentang usaha agama telah pergi ke sebuah bandar besar (tak ingat nama bandar - Abang Ben) di situ. Secara zahirnya beliau ke sana untuk menyertai expo perniagaan. Namun selesai sahaja expo tersebut beliau telah bermesyuarat di dalam bilik hotel bersama dengan konvoinya, bagaimana usaha agama boleh dibuat di situ. Maka mereka membuat keputusan untuk bergerak sahaja mengelilingi hotel mereka menginap. Mereka bergerak bertiga, di hadapan ialah mutakallim (si pembicara) dan dibelakang dua orang berzikir (dalam hati). Selepas Asar adalah waktu peak manusia balik dari kerja. Mereka mengelilingi kawasan hotel dengan si mutakallim menyebut "Kullu La Ilahaillallah, Tuflihun!" (ucapkanlah La Ilahaillallah pasti kamu akan berjaya!), hingga waktu Maghrib. Mereka berjemaah di sebuah padang berdekatan hotel dengan sekumpulan besar orang tempatan mengelilingi mereka melihat ke'pelik'an yang berlaku.

Ijtima Tonggi, Bangladesh dibuat setiap tahun yang mana sekarang ini jumlah peserta antara 3-4 juta orang. Sebelum ini, jemaah dibahagi-bahagikan ikut kefahaman bahasa mereka. Bayan utama diberi dalam bahasa Urdu dan Bangladesh dengan khemah-khemah terjemahan dalam bahasa English, Arab etc. Sekarang khemah telah ditambah lagi untuk terjemahan bahasa Mandarin!

Dua contoh tersebut menunjukkan bukti kenapa usaha ini perlu dibuat. Pergerakan harus dilakukan supaya hidayah diturunkan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t. tahu akan tidak kemampuan manusia tetapi Allah s.w.t. akan menurunkan hidayah apabila usaha Nabi s.a.w. dicontohi. Bila cara Nabi s.a.w. dicontohi Allah s.w.t. akan membuka hati-hati manusia.

(bersambung)

IKLAN:
Jemaah masturat (couple suami/isteri) dari Melbourne sekarang (18/4) berada di Adelaide. Boleh hantar isteri untuk program ini:
  • 1030am-12pm taklim wanita di 7 Alton Avenue, Gilles Plains
  • 4-5pm bayan untuk wanita di Lancaster Ave, Valley View

2 comments:

Ziarah76 said...

Alhamdulillah, menarik sungguh karkuzahri ini.
Memang benar, di China memang pekat komunisme. Gua pernah ke Shanghai dan Beijing. Bila solat di tengah padang, ramai orang berhenti tengok dan tunggu nak tau apa yg gua buat. Ada yg tunggu tengok sekejap dan ada yang tunggu sampai habis gua solat jamak takhir (zohor/asar) masa tu. Ambik wuduk menggunakan air botol yg dah siap sedia dibawa ke mana-mana. Mula2 risau jugak ada polis atau penguat kuasa tangkap kerana buat benda pelik (bagi diorang) tapi alhamdulillah bila habis solat maka rasa satu macam feeling kesyukuran yg sukar dijelaskan kerana dlm keadaan sukar gitu pun Allah boleh beri taufik dan hidayat untuk tunaikan perintahNya.
Di China susah nak nampak tokong2 yg merata-rata (kat bawah pokok misalnya) macam yg ada di Malaysia, orang cina di Malaysia lebih amal buddha dari cina di China akibat cengkaman komunisme. Kerana bagi komunisme, agama itu candu.
Banyak pula karkuzahri, mungkin akan tulis kat gua punya blog satu hari nanti.
Jazakallah khair khatira

Unknown said...

Salam...wah ,,kt Malaysia ini,orang sbuk dengan perkara yang tidak sepatutnya di sibuk....umat hari ini telah lupa apa yang mereka lupa...""