Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, February 17, 2009

Ijtima Tabligh se-Malaysia 2009! Sila hadirkan diri! (UPDATED)

Bagi karkun slack macam aku ni, aku iringi dengan doa dan irihati terhadap mereka-mereka yang istiqamah dengan usaha agama ini.

"Ya Allah, aku berkehendakkan agamaMU, maka pilihlah aku!"

No entry fee, no registration fee, no form to submit... total free access. Cuma sediakan diri untuk pergi je.
;)

Anda peminat dan sibuk dengan Hard Rock, Heavy Metal, Death Metal, Black Metal, Thrash Metal, punk, emo, hardcore, grunge, nasyid, pop, jazz...? No worries. Selagi anda ada kalimah Lailahaillallah (ataupun baru berminat nak mengenali kalimah tersebut - belum Islam tapi mahu jadi Islam), SILALAH DATANG!

Be there... jangan ketinggalan untuk menyibukkan diri dengan suasana beragama. Tak jadi keretapi di jalan yang lurus, jadi skru kecil dalam keretapi itu pun sudah cukup. Yang penting jangan memanjang tertinggal. Kiamat kecil pasti akan datang (mati).

---------------------------------------

(sila klik untuk imej lebih besar)

Dikutip dari AZHAR JAAFAR.
  • Tarikh ijtimak Malaysia 9, 10, 11 & 12 Julai 2009 di KUARTERS KLIA (sila rujuk peta). InsyaAllah.
  • Umat Islam seluruh Malaysia (lelaki shj) dijemput, diminta dan diharap dapat hadir.
  • Tempat dan tujuan ijtimak; KLIK SINI.
  • Kemudian elders (orang-orang lama) akan ke Filipina, Jakarta dan Singapura.
  • Tak dibenarkan sesiapa ikut jemaah elders ke tempat2 ijtimak di negara lain kecuali dengan kelulusan syura Malaysia.
Jemaah Asar - Isyak
  • Jemaah ini perlu dirombak semula
  • Hanya orang yang telah sempurna 2½ jam di masjidnya pada hari itu sahaja yang boleh menyertai jemaah ni.
  • Perlu hadir malam markas.
  • Gash (ziarah) umumi dan 3 hari bersama masjid sendiri.
  • Selepas 40 hari, jemaah dibubarkan dan diganti dengan jemaah lain.

Karguzari (laporan) ringkas ijtimak Tongi 2009 (Bangladesh)
  • Kehadiran lebih 2 juta orang, 17,000 foreign dari berbagai negara termasuk Arab, Turki, China, Rusia dan bekas Rusia. Dari Malaysia 1000 orang hadir.
Pesan elders, umat terbahagi kepada 4;
  1. Orang yang buat usaha agama. Akan dapat pertolongan Allah di dunia dan di akhirat.
  2. Orang beramal untuk diri sendiri dengan menjaga segala hukum2 Allah. Tiada pertolongan Allah di dunia tetapi ada di akhirat.
  3. Orang yang buat amal tatapi banyak melanggar hukum Allah. Tiada pertolongan di dunia, akan diazab di akhirat tetapi akhirnya dapat masuk syurga.
  4. Orang yang tiada iman. Akan kekal selamanya di neraka. (nauzubillah!)
  • Jika tiada golongan pertama, maka golongan 4 akan menguasai/memerintah umat Islam.
Untuk itu;
  1. Buat kerja dakwah.
  2. Baiki solat sehingga solat dapat menarik bantuan Allah dan menyelesai segala masalah.
  3. Zikrullah terutama zikir pagi dan petang.
  4. Taubat dan istighfar untuk diri. Juga untuk seluruh umat Islam seperti seorang anak yang memohon belas kasihan bapa supaya tidak merotan adik yang melakukan kesilapan (umat ini sedang dirotan oleh Allah kerana meninggalkan kerja dakwah).
  5. Buat keputusan untuk buat kerja ini sampai mati.

Nota Tambahan

Sekarang ni ada jemaah Perancis, Belgium dan Yaman di Kuala Lumpur. Jemaah Perancis diminta beri sedikit laporan usaha di Perancis:
  • Usaha bermula pada akhir tahun 70an. Hanya ada 1 masjid di Paris. Itupun untuk tujuan pelanconngan.
  • Setelah usaha dibuat, sekarang ada 800 masjid di Paris dan 6000 masjid di seluruh Perancis. 1 juta orang kulit putih Perancis masuk Islam.
  • Elders putuskan bahawa setiap jemaah 3 hari yang keluar di Perancis pelu ada orang baru.
  • Jemaah2 dari Perancis sudah mula dihantar ke seluruh dunia. Beberapa tahun lepas, satu jemaah di hantar ke Argentina. Selama 3 bulan lebih mereka buat usaha hanya di satu masjid. Bukan setakat usaha dari rumah ke rumah tetapi dari orang ke orang sehingga mereka jumpa setiap individu di kawasan itu.
  • Usaha masturat (suami isteri) juga bergerak maju di Perancis.
  • Pemain bolasepak Perancis, Anelka juga telah memeluk Islam dan telah keluar di jalan Allah. Subhanallah!

10 comments:

azharjaafar said...

Macam pernah ku baca, tapi di mana ya?

Ziarah76 said...

gua tengah buat persiapan nak kluar nih.. nisab 40 hari dah lama expired, lesen IPB blum ade lg.. hidayat betul!

deaf-angel said...

thanks for sharing mm

Tamindhari said...

Bro, lu dulu kat Ipoh yek. (baca komen lu kat blog Azhar, lu bagi komen, lu kenal syura2 Ipoh). Lu student UTP ker or lecture? Kenal ngan saiful ler yek?

--sorry, bahasa rock sikit, sebab lu punya web ni metal sikit..hehehe layann...

mangkuk statik said...

Hmm..setahu aku org2 perancis ni kebanyakannyer tak reti cakap english. Jadi depa gi malaysia tih ader interpreter ke?

aLturkistani said...

haha..mesti r ade mutarjim..sbb tu Islam boley sampai sana..Kalo Islam ckp arab je..Melayu pn indu smpi skang..

Our Life is Different said...

salam.

pada mulanya, saya baca blog ni kerana mahukan sedikit inofrmasi muslim di adelaide kerana saya merancang mahu pergi ki situ nanti.

bila saya baca blog saudara,saya macam terus fikir "eh,macam pernah tengok dia ni.." terus saya check kat youtube. band langsuyr lagu "7 headed dragon of pelangi"

rupa rupanya, saudaralah yg main guitar untuk langsuyr. yang menariknya blog saudara ni, atasnya post pasal tabligh. bawahnya, promote cd langsuyr.

haha.

si pengemis said...

SALAM
kepada yg merasa pelik..baik jgn pelik.
suma insan suka kpd kebaikan.
kerna itu iman perlu diusahakan.
kpd abg ben..
saya masih byk mau kena bljr lg dr abg..doakan saya moga saya dan tuan dpt sama2 kekal dlm usaha yg manis ini.

ibnu marzuki al firdaus said...

http://warisan-marzuki.blogspot.com/2009/03/ijtimak-tabligh-slrh-dunia-d-msjd-klia.html

Unknown said...

Aku dah lama tak keluar jalan Allah.Sekarang ni tgh slack.Harap semua karkun diluar sana doa untuk aku ni.keinginan ada tp tak kuat.