Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, December 03, 2008

Laporan 3 hari ke Murray Bridge, South Australia 28/11-1/12/08

Alhamdulillah, selesai sudah 3 hari kami di Murray Bridge. Atau, perlu diucapkan istighfar? Istighfar kerana banyak hak usaha agama ini tidak dapat dipenuhi atas kelemahan kami sendiri. Sesungguhnya, harap dan takut itulah yang dikehendaki.

Jemaah bertolak dari Adelaide selepas maghrib 28/11 dan sampai di masjid Murray Bridge sejam setengah kemudiannya. Kami solat Isya' berjemaah di situ, agak lewat dan kami ketinggalan jemaah masjid sebenar orang tempatan.

Jemaah ini consist of 12 orang. 3 student Malaysia (termasuk aku), 1 Turkistan, 1 local white, 1 arab, 3 pakistani, 1 Indon dan 3 Bangla. Cantik. Lain bahasa, lain budaya tetapi dengan satu kalimah tauhid. Niat cuma satu, untuk membetulkan diri dengan mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.

Aku sudah beberapa kali khuruj (istilah Arab) ke Murary Bridge tetapi sudah lama tidak ke situ. Masjidnya tetap sama tetapi 'feel'nya agak berbeza. Bila diselidiki rupanya, jemaah masjid tempatannya sudah berkurang. Hanya pada waktu Isya' dan Fajr saja ada jemaah tempatan. yang regular cuma 3 orang. Berbeza beberapa lama dahulu, yang hadir agak ramai ditambah dengan anak-anak kecil dan remaja.

Kelas Al-Quran dan agama yang selalu dibuat pada hari Ahad pun terus takde langsung. Menjadikan suasana di masjid 'eerily quiet'. Apabila diselak buku alamat orang tempatan nampak banyak alamat yang telah dipotong, menandakan mereka sudah lagi tiada lagi di situ, berpindah ke tempat lain mungkin.

Namun, usaha memenuhkan masjid bukanlah bermaksud 'memenuhkan' tetapi lebih kepada membawa keseluruhan lelaki akil baligh Muslim disitu hadir ke masjid untuk solat berjemaah. Memang itu kerja sukar malah difikirkan impossible. Tetapi tidak pada Dia yang nyawa-nyawa manusia di tangannya.

Sesi taklim pada pagi hari yang diprogramkan agak meninggalkan kesan. Sesi halqah tajwid 10 surah terakhir dan Al-Fatihah, merefresh kembali bacaan untuk dibawa ke dalam solat juga banyak memberi manfaat kepada mereka yang baru pertama kali mengikutinya. Mungkin pada fikiran mereka akan terdetik, aku kena check balik bacaanku. Effectnya sungguh besar. Salah bacaan Al-fatihah, maka solatku tak terangkat.

Adab-adab kebiasaan seperti adab masjid, adab tandas, adab tidur, adab makan dan sebagainya dihuraikan dengan penuh mesra. Yang tak tahu, dapat ilmu baru untuk dipraktikkan. Yang dah tahu, kembali refresh dan berazam untuk meletakkan ia ke dalam kehidupan seharian. Agama itu nasihat-menasihati dan keeping reminding each other.

Jaulah/gash (ziarah) pada petangnya membawa kami berjumpa kembali orang-orang yang sebahagian dari kami jumpa sebelumnya. Bukan ziarah untuk jual barang mahupun meminta derma, tetapi bertanya khabar, menjalin silaturrahim dengan mesej yang jelas iaitu mengagungkan Allah s.w.t. Memberi peringatan bahawa hidup ini sementara, dunia ini sementara dan akhirat itulah yang terbaik dan kekal abadi. Majoriti penduduk Islam di situ adalah dari Turki, tetapi ramai juga dan Lebanon dan aku sendiri telah menziarahi seorang keturunan Cina dari Turkistan. Kebetulan seorang student Malaysia yang bersama kami juga boleh bertutur dalam Mandarin. Menambahkan curiosity mungkin.

3 hari akhirnya berakhir. Bayan penutup dari sahabat Turkistan mengingatkan kami betapa pentingnya usaha agama ini dan menasihatkan kami agar serius dalam membawa 5 amal masjid iaitu bermesyuarat harian tentang usaha agama, membuat taklim di masjid dan rumah, ziarah 2 minggu sekali, memberi masa harian untuk aktiviti ziarah dan juga untuk keluar 3 hari mengislahkan diri setiap bulan.

Efek sebenar 3 hari ini tidak dapat dimengertikan dengan bacaan laporan ini tetapi hanya 'melekat' apabila orang itu sendiri menghadirinya. Semoga anda pembaca pun berazam satu hari nanti akan keluar 3 hari juga.

7 comments:

matakucing said...

pengisian tentang perkara2 regular cam adab2 masjid,tidur, makan, tandas etc, bacaan al-fatihah tu bagus. Kadang kita sendiri pon tak ambik tahu tentang perkara2 asas cam tu. Padahal perkara2 sebegitu la yang nak kena ambik perhatian.

Tahniah abg ben. & thx for sharing

Anonymous said...

bro... perjalanan tu korang finance sendiri ka?

Tujuh Kaki Dalam said...

oh!

sudah lama tidak kluar.

asyik mengelat.

akhirnya ditasykil dunya!

arghh!!

deaf-angel said...

korang communicate bahasa english?
mesti macam2 slang / accent keluar eh hehe.
Tapi best ah multiracial gini macam

azharjaafar said...

Syabas bro. Nak satukan kayu pakai paku. Satukan batu pakai simen. Satukan kertas pakai gam.

Satukan umat ni hanya dengan usaha cara Nabi. Lain bahasa, lain bangsa, satu umat.

ihsan_huhu said...

insyaallah brother.. barakah

muaz313 said...

khuruj sbelum istima' umpama ruh agama. khuruj selepas istima' umpama perhiasan. maka jadi lah ruh agar dpt gerak2 kan agama...