Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, December 24, 2008

Trip Australia Pt 2: Mount Gambier ke Melbourne

Sudah rehat malamnya dengan tidur yang lena, we are ready for the 2nd day! Route: Mt Gambier ke Melbourne. Perjalan about 450km.

Di depan cabin (walaupun bentuk motel binaan batu) dan bersedia untuk perjalanan seterusnya. Sarapan sendiri-sendiri cuma masak untuk lunch dan dinner je yang tanggungjawab kena prepare.

Sebelum bertolak ke Melbourne, kami bercadang nak explore beberapa tempat menarik sekitar Mt Gambier ni.

First stop Lady Nelson Visitor Information Centre. Tempat informasi untuk Mt Gambier dan sekitarnya. Kat gambar atas tu, caravan yang ditarik ke hulu ke hilir. Memang banyak kat Australia ni tapi biasanya golongan pencen (dah tua) yang bawak. Kot aku pencen nanti boleh datang Australia dan explore sekali lagi dengan caravan. Caravan park bersepah-sepah kat sini so senang.

Dalamnya.

Local pun sibuk menjelajah. Maklumlah negara besar!


Tempat menarik (dan free... hehehe) biasanya park (taman). So kami pilih Umpherston Sinkhole. Menarik tempat ni sebab bekas sinkhole depa modify jadi taman. Besar lak sinkhole tu.

Arrangement pokok bunga yang sangat menarik!

Ada tangga turun nak tengok taman kat bawah.

Pandangan dari bawah ke atas. Cun seh!

Seterusnya, tempat yang kena lawat kalau ke Mt Gambier. Ianya Blue Lake. Blue Lake ni bekas gunung berapi yang dah mati (ada juga gunung berapi kat Australia ni tapi dah lama la tu). Yang menarik, warnanya bertukar dua kali setahun. Paling cun bila jadi biru masa musim panas. Kami beruntung sebab sekarang musim panas dan warnanya jadi biru pekat.


Boleh tengok dari tepi je la sebab ia juga jadi tempat tadahan air minuman penduduk tempatan.

Cun!
Anak aku dapat power levitation lepas tengok Blue Lake.

Bersebelahan Blue Lake ada lagi satu lake. Tapi warnanya tak seperti Blue Lake. Tasik biasa je. Kami berenti makan tengahari kat sini.

Ada aktiviti naik bot dan surfing kat sini. Mandi adalah dilarang sama sekali.

Lepas kenyang kami pun bertolak untuk ke Melbourne. Paling payah nak lawan mata mengantuk. Nasib baik kami ada walkie talkie untuk kereta depan dan paling belakang. Bila ngantuk boleh usik driver pakai walkie talkie. Gambar kat atas tu, hutan banat kiri kanan.

Windmill generate electricity tepi pantai yang berangin deras. Hajat nak tengok dari dekat tapi masa tak mengizinkan.

Patutnya kami dah sewa GPS tapi masa ambik kereta, receptionist kata sori, semua dah fully booked. Terpaksa la guna cara masa silam, pakai map.

Antara pekan-pekan kecil di sepanjang perjalanan.

Kami mula masuk The Great Ocean Road. Menarik sepanjang perjalanan ialah scenery pantai yang begitu breathtaking. Gambar kat atas ialah antara stop kami yang cantik tu. Angin gila kuat.

Amacam? Rasa nak bersantai?

Mana hala nak dituju?

Berhenti rehat untuk solat Zuhur/Asar di sebuah pekan di tepi pantai. Ramai manusia yang buat stop kat sini sebelum meneruskan perjalanan.

Great Ocean Road memang cantik. Sekali dapat view macam ni, boleh hilang konsentrasi driving.

Next stop, The Twelve Apostles. Siap ada helicopter untuk bawak sesiapa yang berduit untuk tengok view dari atas. Tak berani nak tanya berapa hehehe...

Tak sabar nak tengok ni

Patutnya ada 12 tunggul tu tapi dah banyak yang runtuh. Tinggal la saki baki. View macam tengok filem kat wayang le.

OK masa pun dah suntuk. Kalau teruskan ikut perjalanan ikut Great Ocean Road, memang lambat le. Kami pun ambil jalan pintas ke darat untuk bertemu highway yang link ke Melbourne. Naik bukit bukau. Rasa macam drive ikut lebuhraya Grik. Bersimpang siur! Kat sini la kami jumpa kangaroo liar. Rupa-rupanya susah juga nak jumpa kangaroo. Ingatkan kat padang-padang kangaroo ni rupanya kat dalam hutan.

Berhati-hati di jalan raya!

Malam pun menjelma dan kami pun dah masuk highway.

Sampai cabin je apa lagi, tidur la!

Bersambung pt 3, Melbourne ke Sydney 900km drive!

8 comments:

deaf-angel said...

cantik great ocean road ngan 12 apostles tu
cam selalu aku nengok orang buat wallpaper kat komputer

berteromber said...

jeles arr aku tgk gambo2 ni...

bro..aku perasan yg kat cermin kereta belah kiri bawah tu roadtax eh?.. macam sama je ngan Malaysia punya.

eddie dewanaga said...

cantik pemandangan tunggul2 tepi laut tu...

sungguh hebat ciptaan yg Maha Kuasa... Allah Maha Besar!

ihsan_huhu said...

anak ko ade bape org doe?

Gespenst Jäger said...

Penceritaan yg sempoi buat mmg nak baca smpi habis. haha. seronok klu dpt berjalan cmni. time perjalanan g perlis pon dh rasa seronok tgk tmpt org, inikan pula klu ada chan g luar negara.

yg best bluelake and 12apostles tuh. syg tak amik gmba kt windmill. permandangan yg rare tuh.

teringin nak pijak padang pasir.

Ziarah76 said...

alhamdulillah, so far nampaknya berjalan lancar..

Achan Sinclair said...

Taski Biru memang terrbaik...lawa gile beb. Tunggul-tunggul pun cun!! Perrgghh..syok2...

Guna peta tak cukup silam beb...usha bintang r...baru vintage!!

matakucing said...

jauh perjalanan luas pemandangan..best giler ah