Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, November 22, 2008

Cara-cara rakaman lagu di dalam studio

Ada sorang pembaca blog request nak tau mengenai proses rakaman lagu di dalam studio. Aku pun bukan pandai tapi boleh la cerita sikit-sikit atas pengalaman aku pernah merakamkan lagu-lagu di dalam studio bersama LANGSUYR dan VOCIFERATION ETERNITY. Sedikit coretan mengenai rakaman Langsuyr DI SINI (tapi album tak keluar-keluar muahahaha).

Of course, untuk kita-kita yang spare-time, part-time, extra-time main muzik ni, sebelum masuk studio, kena dah siap dengan lagu la. Dan dah praktis supaya tak banyak silap masa rakaman. Kalau korang punya band (atau solo) besar macam IRON MAIDEN, METALLICA atau MEGADETH, takpe tangan kosong dan berperap dalam studio 5-6 bulan nak rakam 10 buah lagu (termasuk cari idea dalam studio).

Harga sewa studio mahal. Paling murah, studio yang professional kat Malaysia dalam RM70 sejam (nak tune gitar pun kadang-kadang amik masa sejam tu dalam studio huhuhu...)

Jadi sebelum masuk studio, tidak salah kalau korang mentelaah balik artikel aku mengenai tekanan-tekanan yang bakal dihadapi prior to recording KAT SINI!

Teringat masa merakam demo pertama Langsuyr dulu. Kat Universal Studio, Kelang (sekarang dah takde). Baru lepas SPM tu (1993). Main hentam je hehehe...

Biasanya untuk rekoding studio yang pro atau semi-pro, ada sekurang-kurangnya dua bilik khas yang diasingkan. Bilik console dan bilik rakaman. Bilik console ialah bilik dimana segala peralatan untuk merakam bunyi-bunyi yang dibunyikan di dalam bilik rakaman. Selalunya mereka yang bermain muzik dalam bilik rakaman akan memakai headphone. Komunikasi mereka di dalam bilik console dan bilik rakaman adalah dengan kaedah ini - mikrofon dan headphone.

Oh ye, sangat penting sebelum rakaman dimulakan SEMUA alatan yang nak dirakamkan dalam keadaan baik dan SIAP DITUNE (termasuk suara vokalis)! Biar ambil lama masa nak setup takpe sebab ia akan memudahkan sesi rakaman.

OK, biasanya untuk pemuzik dalam band, ada dua cara rekoding:

1. Track by track
2. Direct (Live) recording



Montage sesi rekoding Dream Theater album Systematic Chaos (track by track recording)

1. Track by track
Maksudnya - merakamkan instrumen satu persatu.

Katalah korang ada satu lagu yang mengandungi bunyian drum, gitar 2 bijik, bass sebijik dan vokal. Maka setiap satu akan dirakam secara berasingan. Biasanya dimulakan dengan rakaman asas iaitu drum. Kenapa drum? Sebabnya, drum adalah nadi kepada muzik tu. Macam jantung la. Dengan kata lain, kalau drum berterabur, maka yang lain-lain pun ikut berterabur. Drum adalah nadi dalam sebuah rakaman album rock (bahkan pop).

Dinasihatkan masa merakam, guna metronome untuk jaga konsistensi rhythm supaya tak berterabur (sekejap laju sekejap lambat).

Selepas drum, terpulanglah kepada korang semua nak rakam apa. Nak rakam bass pun boleh, nak rakam gitar pun boleh. Jangan pulak rakam vokal nanti vokal pening pulak dengar playback drum tadi tanpa melodi. Vokal biasanya yang terakhir rekoding bila lagu tu dah jadi lagu (ala karaoke).

Andaikata, semasa rakaman tu drum terkolap atau tersilap. No problem jangan menangis, sound engineer boleh patch part yang terkolap. Katalah drummer terkolap di minit 2:15. Maka sound engineer akan undur beberapa saat kebelakang dan bersedia untuk patch. Si drummer pula akan main balik dari beberapa minit kebelakang tu dan apabila sampai pada tempatnya sound engineer akan tekan button record pada part yang nak diperbetulkan tu. Salah jugak? No worries, boleh ulang 3 kali, 45 kali, 254 kali sampai puashati. Tapi AWAS! Masa sewa studio tetap berjalan. Sound engineer tak kisah sebab dia dengar arahan dari band atau produser (produser punya part nanti next time aku cerita, kena ingatkan aku ye). Kalau kata stop, dia stop. Kalau kata ulang, dia ulang.

Begitulah untuk instrumen yang lain. Cara rakaman macam drummer jugak.

Praktis penting supaya tak manjang silap. Kalau silap kena ulang. Kalau tak ulang, yang dirakamkan tu bunyi macam taik, dah rilis orang kutuk, jangan menyesal pulak.

So kesimpulannya teknik ini mudah. Kalau silap, silap sorang2 je. Dia la yang patut suffer sebab dia salah. Yang lain-lain boleh tumpang bagi semangat ataupun maki hamun (sambil tengok jam, sewa berjalan!). Ataupun tiba-tiba idea menarik keluar, boleh masuk idea tu on the spot.

Tapi otai-otai kata, rekoding macam ni tak feel. Rasa macam 'overproduce'. Robotik. Tak organik etc. Memang ada betulnya. Tapi sebagai pemuzik spare-time, part-time, extra-time macam kita ni ini cara yang terbaik.

Pengalaman aku recording hanya dalam bentuk ni je.




IRON MAIDEN Different World (Direct (live) studio recording. Perhatikan banyak separate rooms untuk setiap instrumen. Komunikasi hanya dengan mikrofon dan headphone. Penting untuk 'separation' of sounds yang dirakamkan.

2. Direct (Live) recording

Patut aku tak tulis bab ni sebab aku takde pengalaman. Dengar-dengar cerita je. Tapi aku boleh buat andaian sebegini. Katalah korang praktis dalam jamming studio main satu lagu. Ambil tape rekorder dan rekod satu lagu. Lepas tu dengar balik. Haaa... macam tu la teknik ni. SEMUANYA dirakamkan serentak! (Tapi selalunya vokal diasingkan - hanya instrumen je semua sekali rakam).

Bila korang jamming rasa-rasa korang main dah bagus. Semua start/mati on the spot? Takde terlebih/terkurang petik note? Drum snare bunyi tone konsisten? Main lagu dah macam baca Utusan Malaysia? Rilek? Kalau ye, ini rekoding pilihan anda!

Studio untuk direct recording ni biasanya lebih baik dari studio track by track ni. Antara lain, kena banyak separate room atau tidak pun lebih luas (supaya semua pemuzik boleh masuk dan main dengan selesa).

Band besar dan mega biasa buat stail macam ni la. Setiap individu dah tau instrumen mereka dan apa yang mereka mainkan seumpama makan nasi kari daging. No problem. Kalau setiap 10 saat, tersilap/terkolap... rentikan la. Simpan angan-angan mu itu 10-20 tahun akan datang.

Tapi bak kata otai-otai. Cara rekoding ni paling best. Sebab feel tu. Masing-masing dengar apa yang masing-masing mainkan in real time. Macam jamming. Jamming kan best... cuba korang main gitar sorang-sorang sambil pasang CD. Lepas tu jamming dengan bandmates yang lain dalam studio. Ada beza tu.

---------------------------------

So apa lagi? Boleh book studio sekarang!


Azlan (LANGSUYR) merakamkan suaranya yang merdu!

15 comments:

Anonymous said...

OOO.rupenye different world tu memang rekod live eh.ingt saje buat video klip jeming sekaki.

Anonymous said...

Ok cun Bentara. Baru aku paham camne rekording album dibuat.

Agak2 kalo kau free nanti, kau buatlah pendedahan ekslusif camne korang dpt idea cipta lagu. Aku rasa kagum jugak dgn lagu yg berjuta-juta kat dlm dunia nie, camne pencipta lagu buleh cipta lagu2 yg original yg takde palagiat lagu org lain.

Camne korang dpt idea cipta lagu? Sambil buat big business dlm jamban sambil bawak pen?

rgds

Unknown said...

Thanks! Do visit our blog and sila beri tunjuk ajar :)

http://exposure-magazine.blogspot.com/

Ziarah76 said...

rate sewa studio untuk recording sekarang mahal tak? Let say just untuk track yg macam shah metalasia punya studio kat PJ tu (buat kat rumah). Brape arr agak2 sekarang?

Anonymous said...

hello en. batara guru ...

Dr. Bentara said...

Lutfie,

sejak dua menjak ni memang IRON MAIDEN suka rakam stail direct macam tu.

--------------------
max,

nanti ada mood dengan inspirasi, gua tulis eh. EH, macam buat lagu pulak *wink*

--------------------
Majalah Exposure,

thanks for visiting. Kita sama2 belajar, occcayyy?

--------------------
mutakalim,

sekarang kalau buat homemade studio murah. Dark-E (SIL KHANNAZ) pun ada. Banyak band dah rakam kat rumah dia. Kualiti pun above average.

--------------------
anonymous,

itu ex-nickname maaaa....

ihsan_huhu said...

apsal time aku nk layan youtube kat blog aku nih tetibe speaker laptop aku xkuar bunyik lak...

ko ade letak toyol ke kat sini?

Achan Sinclair said...

Gua tak berexperience dengan sessi recording utk band. Nasyid yeaah~ Nasyid kebanyakkan menggunakan track-by-track recording. Dan dari situlah kita boleh dengar vokal nasyid macam 12 oranag walaupun ahli sebenar 4 org, dan sesi mixing banyak membantu sebenarnya. Tapi tetap ada direct recording, lagu Junjungan Mulia 3 rasanya direct recording.

Butterfingers pun banyak bermain dengan direct recording dalam album Kembali..bunyi gitar pun lebih realistik..tak de lah berlayer-layer gitar macam kek lapis Sarawak..

Gua dengar Azlan(thor) nyanyi kat video tuh, rasa mcm die tgh bace sajak dengan suara growl...hahaha

Anonymous said...

abang ben :), tak silap aku dgn kemudahan teknologi skrg ni track by track jadi makin senang, semudah cut n paste je. ye ke?

aku punya preparation utk masuk recording takde lagi, sebab aku takut tak bersedia bior practice dah lama. camne nak atasi masalah level of confidence yg rendah ni?

matakucing said...

cayalah abg ben..best topik ni. so dah dapatlah aku gambaran cam ner org rekoding kat studio.

Real Ngancokwak said...

aje handei....hehehe

hellfuck said...

tak sangka iron maiden rekod secara live bab selalu nya band2 yg kurang bajet jak yg record live ni sebab save bajet.. tapi memang lain lah iron maiden punya record live, bilik tetap lain2, tu yg mungkin sound dia sama jugak macam yg record track by track.. kalau band2 biasa record live semua dalam 1 bilik yg sama jugak dan selalu nya vokal record belainan.. btw thanx dr ben untuk info ni, kalau x, smpai skg aku tak tau yg iron maiden ada record secara live..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Sam said...

Bro tumpang tanya, kalau penyanyi solo yg bru nk rekod dkt studio, biasanya dia bwk pemuzik sendiri atau studio punya musician?

Unknown said...

mcm mne klu msuk sewe studio utk cover lagu je..