Bila pikir-pikir balik, rupanya banyak juga istilah-istilah seputar CD ni. So kena buat part by part le kot. Ayuh kita mulakan dengan istilah-istilah biasa.
Gua mulakan dengan CD pertama berbentuk sebuah album rilisan DREAM THEATER bertajuk Systematic Chaos Special Edition CD + DVD with slipcase.
Systematic Chaos = tajuk album
Special Edition = edisi spesel/khas. Maksudnya ada versi biasa selain dari versi spesel ini. Biasanya edisi spesel ni rilis dengan kuantiti yang limited dan mengandungi bahan ekstra yang menyebabkan ianya spesel.
CD + DVD = selain dari CD, ia juga mengandungi DVD. Jadi, lu akan dapat dua benda. 1 CD dan 1 DVD.
with slipcase = slipcase ni susah nak explain dengan kata-kata. Kat bawah nanti gua explain.
Inilah bentuk album DREAM THEATER Systematic Chaos Special Edition CD + DVD with slipcase tu. Perhatikan ada "sampul" pada kotak CD tersebut. Itulah yang dinamakan slipcase.
SLIPCASE. Atau sampul kepada packaging CD. Biasanya untuk menarik perhatian pembeli, gambarnya lain dari gambar album. Seperti album ini, slipcase gambar lain dan gambar album pun lain. Antara sebab rilisan ini special.
BOOKLET. Kepada yang particular, mereka akan prefer booklet yang tebal dan banyak informasi seperti lirik, teknikal aspect of the album (recording, mastering dan siapa yang bertanggungjawab dalam rekoding ini ie credits). Juga kadang-kadang untuk rilisan semula (re-release), diselitkan nota kaki (liner notes) mengenai sejarah album tersebut yang biasanya ditulis oleh pengkritik album ataupun ahli band tersebut.
TRAY CARD. Atau helaian belakang yang biasanya memaparkan senarai lagu dan syarikat rakaman yang merilis album tersebut. Tak banyak variasi sebab ruangan yang limited tapi sangat penting kepada pembeli atau bakal pembeli. Selepas membelek gambar album pada booklet, terus dipusingkan ke belakang untuk melihat senarai lagu, durasi lagu dan syarikat rakaman yang meriliskannya.
JEWEL CASE. Atau kotak permata (?), merupakan bekas dimana CD, booklet dan tray card disimpan. Macam-macam variasi jewel case dok ada. Ada yang 'clear' macam gambar ni. Ada yang traynya berwarna hitam. Boleh saja ia berwarna-warni (biasanya untuk rilisan special edition - tapi bukan untuk kes ini). Selain dari bertugas sebagai tempat storan, ianya juga menjadi kotak yang menyelamatkan kandunganya dari rosak, pecah etc. Biar jewel casenya retak, pecah asalkan kandungan di dalamnya baik.
8 comments:
best best best.. lagi mm lagi.
ni benda semua orang take for granted tapi tak pernah ada orang nak explain apa tiap2 benda tu sebenarnye haha
Hooo....itu macam ka? Patut le aku selalu jumpa CD nie mcm2 jenis, tapi daripada artis @ band yg sama jugak.....thanx bro....U R the real collector
aku selalu rasa slipcase ni menyusahkan je, haha..
lepas beli album yg ada slipcase (kaset pun ada slipcase), slipcase akan aku simpan kat satu tempat, tak buang punya, tapi mmg tak pasang balik kat jewel case la, susah. lepas baca blog ni rasa cam nak selongkar balik je utk compare dgn cover booklet.
satu lagi, album yg ada sampul kadbod tu je, pun aku tak suka (nanti ko review la kalau ada). rasa macam tak selamat je. mesti aku nak cari jewel case kosong utk letak cd dalam tu.
tiap2 kali beli cd/kaset, gua suka belek2 inlay/booklet sampai lunyai, band yg bagus akan saratkan pelbagai info/gambar2 menarik/layout cantik2 utk tatapan peminat...
gua tak suka jenis yg cincai2 & kedekut nak print lirik...
biasa yg versi slipcase ni album lama yang dorang remastered balik pastu adalah nasik tambah cam demo track ker, live bootleg ker, unreleased track ker selain letak dvd.
alamak, aku nak bagi komen kat entry ni tapi ter'click' kat posting Nasi briyani pulak..
seronok btui baca info2 ni..
saya mmg excited citer psl album dan recording ni,hehe..
langsuyr aper citer bang ben??
bandmate lain aper citer diorg..
nice aaa abang ben!hari tu gua pun ada tulis pasal cd packaging ni :D
http://postsdk.blogspot.com/2010/08/mengenali-cd-packaging-101-bersama.html
Post a Comment