Overdue dah sebenarnya posting ni. Dah sebulan berlalu tapi tangguh punya tangguh, hari ni bari boleh masuk.
Anyway sempena musim cuti sekolah tempohari, kami sekeluarga pergi ke South Australian Museum. Entrance pulak free. Sesuai sangat la dengan kami yang merantau ni.
South Australian Museumni sebenarnya dekat je dengan kampus University of Adelaide. Aku selalu melintas je tak pernah masuk (konon sibuk). Lagipun aku tau, kalau pergi muzium ni mesti makan masa berjam-jam punya. Nak tengok, nak baca, nak amik gambar. So tak masuk pun sebelum ni.

Parking jauh yeop!!! Dari sini nak ke muzium tu sempat tercabut lutut, pasang balik... Apa nak buat, sini parking murah.
Ini gambar hala ke city. Tu bangunan Uni. of Adelaide tapi aku tak tau bangunan apa hehehe... Uni. of Adelaide punya bangunan merata-rata dalam city ni.
Jalan menuju ke Uni. of Adelaide. Hari ni weekend dan lagipun cuti semester, so tak ramai orang. Kalau tidak, agak sibuk students banyak.
Hahaha... aku dah ringkaskan perjalanan. Muka tu moyok sikit pasal lutut dah tercabut (pasang balik). Posing depan signboard memang lumrah. Tak sah kalau tak posing.
Mesin jahit pun ada. Tak le rare sangat aku rasa kat Malaysia ada lagi kot. Maybe bukan yang original tapi yang rerelease dan remastered ada lagi (hahah)
Penguin besar. Aku dengar kat Australia ni boleh nampak penguin lagi. In fact, kat hujung Adelaide ni ada satu pulau dan kat situ ada penguin sighting punya spot.
South Australia ni negeri mineral. Aktiviti perlombongan sekarang booming. Kalau lu nak kaya, kerja kat lombong ni. Tapi hulu gila ah. Jauh dari tamadun manusia.
7 comments:
waaa.. kambing gurun tu brutal laa.. tanduk dia lawa giler..
quote paling mahal entry ni:
"tercabut lutut, pasang balik"
hahah.geli hati:D
hehehe itu la pasey .. canggeh aa lutut lu bentara ! kekekeke .. by the way dah lame beno tak masuk muzium agaknye mase kecik2 dulu dah jenuh masuk muzium .. ape idaknye umah awok belakang muzium tepeng tu aje ..
sotong tu kalo bikin sotong kangkung mantap tu! heheheheh ..
penguin tu original size ker..besor giler ah
bendul,
tanduk tu boleh masak sup tanduk ke?
-----------
lutfie,
baru kau tau!
-----------
uncle_fly,
mike pergi la muzium tu kasi snap gambar sikit.
--------------
matakucing,
ntah, aku pun tak perasan dia tulis ori size ke idak. Yang aku tau, Emperor Penguin tu memang besar.
kalau tempat yg banyak kangaroo jauh tak bro ?
nampak macam best.. south australian museum ni
Post a Comment