Mari kita kongsi ilmu tentang hadith. First sekali kena tau prinsip asas agama Islam ni atas dua sumber asas, Al-Quran dan Hadith.
“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Hadis riwayat al- Hakim)
Al-Quran kita dah tau. Hadith ni kita tak berapa tau (aku pun sama). Hingga ada segolongan yang menolak terus Hadith dan memegang Al-Quran je semata-mata. Yang menolak hadith secara total, ia bukan lagi orang Islam.
Hadith ini penting sebagai sumber ilmu agama. Hukum wajib, harus, halal, haram, sunat etc boleh datang dari hadith (selain dari Al-Quran).
Hadith boleh ditolak jika ianya hadith palsu. Contoh hadith palsu paling popular ialah hadith berkenaan kelebihan berpuasa selama 30 hari. Yang selalu dok siar kat TV dan radio kita. Rasanya kebelakangan ni pun telah tak diwar-warkan lagi sekarang ni sebab makin ramai orang sudah ambil tahu berkenaan dengan hadith.
Larangan berbohong terhadap perkataan Nabi s.a.w. ada dalam hadith ini ""Whoever invents a lie and attributes it to me intentionally, let him prepare his seat in the Fire." (me dalam hadith ni ialah Nabi s.a.w.)
Basically, ada beberapa kategori hadith:
1. Sahih (authentic)
2. Hasan (good)
3. da'if (weak)
4. maudu' (palsu)
Yang dua pertama tu selalu diguna untuk buat hukum dalam agama (wajib, haram, halal etc) sedangkan yang dua kemudian tak boleh. Hadis da'if hanya untuk memberi semangat (fadilat). Hadith maudu' atau palsu, tertolak terus, tak boleh pakai.
Selalu juga ajaran sesat menggunakan hadith palsu untuk mengelirukan pengikutnya.
Lama kita dah jadi orang Islam tapi kita pun tak berapa pasti Islam itu apa... so kita revision sikit la eh... kita sama-sama belajar. Kata orang yang soleh, bukan starting kita yang penting (born Muslim) tapi ending kita (died as Muslim).
Kitab hadith yang paling muktabar ada enam juga dikenali sebagai Sunan Sittah. Ianya:
Sahih Bukhari
Sahih Muslim
Sunan Abi Da'ud
Sunan al-Tirmidhi
Sunan al-Sughra (al-Nasa'i)
Sunan Ibn Majah
Yang paling autentik ikut scholars ialah Sahih Bukhari dan Muslim.
Dr Mufti Perlis pernah berkata, rujukan utama orang Islam ialah Al-Quran dan Hadith tapi selalunya Al-Quran je ada tapi takde kitab Hadith. Kalau ada duit lebih, beli la simpan kat rumah. At least ada Sahih Bukhari atau Muslim.
Hadith ni ada berapa banyak? Memang banyak. Imam Ahmad bin Hambal, imam kepada mazhab Hambali sendiri menghafal hadith sebanyak 300,000. Itu baru seorang Imam besar, tak ambil kira yang lain-lain lagi. Dengan lain kata, hadith ni memang banyak. Tapi nanti kena tapis yang mana sahih, da'if dan maudu'. Itu bukan kerja kita. Kita rujuk je dari ulama2 hadith.
Tapi kita kena tau la sikit2, nanti orang kata "Ini hadithnya!" dan kita beramal tanpa tau kedudukan hadith tu, alih2 hadith maudu', rugi je la amalan sebab palsu. Hadith palsu ni penting juga kita tau sebab banyak hadith palsu dok berlegar-legar yang selalu juga kita sangka ianya sahih maka kita cepat-cepat nak beramal. Contoh paling dekat, ada hadith berkenaan kelebihan kayu KOKKA. Semua hadith berkaitan kayu kokka ni, PALSU! (rujuk Dr Mufti Perlis). Bayangkan orang berebut-rebut beli kayu kokka ribu-ribu RM dengan harapan dapat kebaikan rupa2nya apa pun takde. Yang untung mereka yang ambil kesempatan terhadap mereka yang jahil dan malas nak mengkaji (atau bertanya) akan kesahihan hadith tersebut.
Kalau ada penambahan, kesilapan etc please tegur.
Kalau ada penambahan, kesilapan etc please tegur.
11 comments:
bagus ko sekali2 cakap benda2 gini mm
a'aah .. daripade aku yang tak berapa nak tau langsung dapat gak sket2 ilmu .. thnx yob
gua penah dgr pasal kayu Kokka tu,
ada yg beli ribu2 rm..
semoga kita semua dpt sedikit sebanyak ilmu diruangan maya ini..
:)
ermm best kalu belajar ilmu ulum al hadith nie..kaji mengkaji sifat perawi & matannya, kuat & lemah hadith..isu yang di ketengahkan. Aku dah lupa la :-(
masa sekolah dulu ada gak hafal hadith sbb belajor kat sekolah agama, skrg ni dah habis lupa, itu la pasal, bila dah hafal kena diamalkan jika x diamalkan maka luputlah ia dari ingatan, sesal sungguh aku......
salam..bagus..satu kesedaran buat kami semua.. bykkan lagi ya bro.. :D
sam..macam ang cakap, ada sesetengah hadith palsu disuapkan bulat-bulat kepada kita. sebagai muslim, rasa nya wajar untuk kita check chain of narrator die sebelum pengamalan. Apalah guna pengamalan tanpa pemahaman...
salam bro.
apa pendapat ko pasal blajo agama ni eh. lagi lagi hadis. sebab ayat2 dia banyk kena refer language, latar masyarakat(budaya), kisan etc.. so dari segi traslation, mesti aa banyak kilaf. ye la, mcm kalo org kita punya budaya, kalo org org tua ckp "aa, ko panjat la lagi pokok tu" kalo nak translate, words by words mmg salah la gamaknya. padahal tu ayat perli. eish, ke aku yg pening sangat haha
deaf_angel,
belajar-belajar cakap agama...
**********
uncle_fly,
kena dok dengan Ustaz dan bukak buku la lagi nak paham...
**************
eddie_dewangga,
memang kesian kat siapa yang kena tipu dengan hadith palsu tu. Yang untung, penipu.
***************
tamlikha,
ada sorang Ustaz kata kalau kita tak amal sesuatu ilmu, Allah s.w.t. akan tarik balik ilmu tu ie lupa.
*****************
syuhada',
nak banyak2 sangat aku tak reti. Yang paham je la (itu pun tak berapa paham)...
****************
Achan Sinclair,
betul tu tapi kita bukanlah pakarnya. Kena tanya yang pakar.
*************
tawawfayakof,
kita tak boleh nak kaji hadith dan Al-Quran sendiri. Kena pilih ulama muktabar dan refer pada mereka. So kalau ada keraguan, jangan pakai akal tapi bertanya. Ubat kepada kejahilan ialah soalan (kepada yang ahlinya of course).
Salam, i dun clearly understand about hadith. Actually, who wrote the hadis? Hadis ade bila beribu ribu tahun nabi dah wafat. Tidak satu ayat dlm quran ( kalamu Allah) mengatakan bahawa harus mengikut hadis selain dari al-quran. Ade juga ayat di dlm quran bahawa buku allah iatu al-quran sahaja harus kite ikut. Bukan buku buku allah. I dun reject all hadis . I reject hadis yang bercanggah dengan ayat quran sahaja. Some hadis is benefit to daily life but some is clearly nonsense. Like eg. In the quran allah command us to fast until night. While we people fast until only when azab maghrib. Which is correct? We dun follow the majority ones. I follow what allah command. I am not perfect but this is my choice. Allah only knows which is right choice and the false one..
Salam, alhamdullilah.... terima kasih kerana mengongsikan ilmu INI. Says baru tahu
Post a Comment