

Pada suatu ketika dahulu, EMI (Malaysia) ada merilis kaset IRON MAIDEN dengan bonus tracks. Tracklisting adalah sama dengan rilisan double-CD (full album + singles) yang keluar sekitar akhir tahun 90an dahulu. Kalau tak salah, di Ipoh, kedai Friendly Records (Kompleks Yik Foong) menjual CD tersebut dengan harga RM28 dan diletak di atas rak khas. Aku telah membeli keseluruhan set (10 titles kesemuanya). Namun disebabkan beberapa masalah peribadi, aku telah let go kesemuanya.
Kaset ini adalah dari sesi tersebut. Aku menjumpai kaset ini di Melody Music Centre (Kompleks Yik Foong) 3-4 tahun lepas. Apabila ditanya kepada pemilik kedai samada beliau boleh mendapatkan keseluruhan set, beliau berjanji akan cuba mendapatkannya. Malang sekali, ini saja yang ada.
Jika anda memiliki titles selain dari yang aku ada dan mahu menjualnya, sila hubungi aku.
Kaset versi ini yang aku mahukan:
Killers
Piece Of Mind
Powerslave
Live After Death
Somewhere In Time
No Prayer For The Dying
Fear Of The Dark


