Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, April 21, 2007

SIL KHANNAZ 20th Anniversary gig di Planet Hollywood

SIL KHANNAZ 20th Anniversary Live Planet Hollywood, Kuala Lumpur.
3pm, 28 April 2007
Tiket RM25


Sudah 20 tahun rupanya Sil Khannaz! Tahniah kerana dapat maintain band sampai sekarang. Walaupun dulu Jaei pernah bagitau aku, dah fed-up dengan keadaan muzik Metal tempatan (angkara media yang nak cari duit lebih dengan berita sensasi), namun keluar juga album Berdiri Antara Panji-Panji yang pada aku, antara album terbaik Sil Khannaz sepanjang karier mereka.

Malang sekali aku dekat sini tak dapat nak pergi tengok. Jauh.

Anyway, kepada yang berkesempatan, jangan lupa pergi. Antara tarikan gig ni:

- Semua line up Sil Khannaz akan bersama atas satu stage sebagai menghargai sumbangan mereka. Antaranya, Lan Bye, CDNaz, Tom Decibel... anak-anak yang tak pernah tengok mereka beraksi dengan Sil Khannaz (sebab muda lagi masa tu), inilah masanya nak tengok.

- Oleh kerana takde opening bands, Sil Khannaz akan cover semua discography mereka. Best! Selalu gig paling lama pun sejam, jadi banyak lagu-lagu yang tertinggal. Yang ini mungkin terbaik, semua boleh main!

* Tiket sudah mula dijual di NEBIULA HEAVY METAL SHOP, Tingkat 1, Campbell Complex, KL. Beli segera kerana tiket terhad. Planet Hollywood tu bukan besar nak muat ramai-ramai.


Silkhannaz - Kiss Of The Whispher

KERRY KING dan headbanging

Masa tengok SLAYER live tempohari aku peratikan Kerry King. Awal zaman Kerry King yang ku kenal masa tengok videotape Combat Tour; SLAYER, EXODUS dan VENOM. Masa tu Kerry King rambut panjang lagi... dah masih slim. Hensem boleh tahan.

Sekarang, badan naik, botak, bertattoo separuh badan.

Yang paling dok perati, dia kalau headbang, memang macam tiada esok bagimu. Sungguh-sungguh!

Apa itu headbanging? Ikut kata wikipedia "Headbanging is a type of dance which involves violently shaking the head in time with music, most commonly heavy metal music, even though similar dances have been performed along other types of music for a long time (to induce a state of trance). It is most visually effective when the person headbanging has long hair." Itu takrifan umum. Untuk versi-versi yang ada, cekidaut wikipedia, berpuluh-puluh variasi cara nak headbanging.

Yang teringat kat fikiran, headbanging ala-Malaysia yang pernah popular dulu ialah tangan sauk atas badan kawan lepas tu buat bulatan. Banging ala ritual hahaha... Popular kat Penang kalau tak salah aku.

Anyway, berbalik pada Kerry King masa gig tu. Heandbang yang dahsyat. Furious! Oleh kerana rambut pun takde, maka kena la banging sungguh-sungguh. Kalau rambut panjang, banging perlahan pun tak apa. Efek rambut tu exaggerate banging. Tapi Mr King, banging macam nak tercabut kepala!

Aku try la jugak banging camtu. Dua lagu banging tengkuk dah sakit. Kena rehat kat tepi dewan. Lepas tu baru boleh masuk balik moshpit. Banging lagi. Tapi banging berhemah. Tak furious macam King. Mungkin cute hahaha...

Nah! Lepas show, tengkuk sakit sampai 3-4 hari.

Mr. King, headbangingmu memang hebat! Wa tabik sama lu!

Warning: Headbanging may cause serious injuries. In 2005, Terry Balsamo, Evanescence guitarist, received a stroke from headbanging.

Brain Damage
There has always been some speculation about whether or not headbanging causes brain damage. Most metalheads will wake up the following day with a headache showing there has been some trauma to the brain. Repeated headbanging in one week can hurt increasingly more, with each time one does it. Whiplash or violent shaking of the head can cause brain damage, and some headbanging can go extremely violent. The most common pain caused by headbanging, though, is an ache across the back of the neck. The headache and neckache is commonly know as headbangers hangover. Studies conclude that there is no evidence that headbanging causes brain damage.


- thanks http://en.wikipedia.org/





Peratikan Kerry King!

Friday, April 20, 2007

MEGADETH - So Far, So Good... So What!

-- Ruangan ini adalah ruangan khusus untuk aku mengimbas kembali album yang menjadi pujaan hatiku. Ianya KLASSIKKK bukan kerana ianya mendapat poll yang tinggi dalam polls yang ada. Ia juga tidak berkait dengan apa yang orang lain fikir; adakah ianya klasik ataupun tidak. Ianya KLASSIKKK menurut pandanganku saja. Mungkin ia KLASSIKKK untuk aku tetapi tidak bagi kamu, takde masalah! --

Asalnya album So Far, So Good... So What! (SFSGSW) ini adalah album pertama yang aku beli tatkala aku mengenali Megadeth pada tahun 1988 dalam bentuk kaset. Ianya terus menjadi playlist aku untuk beberapa lama. Namun disebabkan Megadeth ketika itu tidak selaju 'trend' masa tersebut, ianya tidak kekal lama. Sebaliknya aku yang menurut trend lantas meninggalkan album-album Megadeth yang seterusnya. Termasuk juga pada zaman mengumpul CD, album ini tidak menjadi pilihanku sebaliknya album Rust In Peace (RIP) yang kucari, sekali lagi kerana terpedaya dengan trend dan kata-kata orang yang mengatakan album RIP adalah album thrash terbaik Megadeth.

Siri Remastered & Remixed ini adalah versi studio album dari "Killing Is My Business... And Business Is Good!" hingga "The World Needs a Hero" yang mana Abang Mus (panggilan manja Dave 'Mus'taine menurut salah seorang peminatnya hahaha...) memproduce kembali album-album tersebut. Ini termasuklah remix, remaster dan pada tempat mana yang sesuai, Abang Mus menambah elemen-elemen gitar (dan efek) pada track yang sesuai. Ini menurut pandangannya 'sesuatu yang perlu dilakukan tetapi tidak dapat dilakukan pada waktu album itu dirakamkan'.

Untuk album SFSGSW ini Abang Mus meletakkan tracks "Into the Lungs of Hell (Paul Lani Mix)", "Set the World Afire (Paul Lani Mix)", "Mary Jane (Paul Lani Mix)" dan "In My Darkest Hour (Paul Lani Mix)" sebagai lagu-lagu bonus dalam versi CD ini. Siapakah Paul Lani? Beliau adalah producer asal album ini tetapi dipecat oleh Abang Mus ketika proses mixing dan digantikan dengan Michael Wagener. Maka kepentingan tracks bonus ini adalah untuk memberi gambaran kenapa Paul Lani dipecat. Antara komen Abang Mus untuk lagu Into The Lungs Of Hell ialah mixing Paul Lani yang huru hara, kedengaran sound gitar pada awal lagu ini sekajap ke depan sekejap ke belakang. Memang kedengaran dengan jelas!

Di dalam tracks asal pula didapati beberapa tambahan. Antaranya, intro guitar plucking pada track In My Darkest Hour yang tiada pada album asal. Kemudian, tambahan sengihan Abang Mus pada track Mary Jane. Mungkin ada beberapa tambahan lainnya jika anda teliti mendengarnya.

Disamping dengan 'pembaikan' dan tambahan yang dibuat terhadap lagu-lagu dalam album ini, ia juga memaparkan komen Abang Mus terhadap album ini bersama dengan beberapa snap gambar yang rare. Untuk mereka yang familiar dengan gaya komen Abang Mus yang sinis dan bersahaja sudah tentu akan enjoy. Antara komen beliau ialah mengenai proses mendapatkan gitaris untuk album ini, iaitu seorang yang bernama Jay. Kata beliau "Not long after, Jay was in the studio and when it was this turn to play, he said he needed to call his guitar teacher." Memang kelakar! Apa yang jadi kepada Jay seterusnya? Anda kena baca sendiri.

Trivia album So Far, So Good... So What!

  • Album ini adalah album dalam siri ketagihan dadah Abang Mus dan ini sangat nyata dalam rakaman tersebut. 'Snarl' Abang Mus memang menunjukkan beliau begitu high semasa proses rakaman. Dengarkan lagu Hook In Mouth.
  • Lagu Set The World Afire adalah lagu pertama yang dibuat oleh Abang Mus sebaik sahaja meninggalkan Metallica. Ia tidak dimasukkan ke dalam album sebelumnya kerana tidak sesuai. Lagu ini juga mendapat inspirasi terus dari lagu The Trooper (Iron Maiden).
  • Lagu In My Darkest Hour adalah lagu pertama Abang Mus yang diselesaikan dengan sekali duduk, dari awal hingga akhir! Ia adalah tribute Abang Mus terhadap kawan lamanya, Cliff Burton (Metallica) yang terbunuh dalam kemalangan.
  • Lirik untuk cover lagu Sex Pistols, Anarchy In The UK tidak seperti asal. Ini menurut Abang Mus adalah disebabkan beliau salah dengar.
  • Lirik Liar adalah merujuk kepada gitaris sebelumnya, Chris Poland (yang kembali menjadi sessionist untuk album The System Has Failed. Lirik ni memang habis kutuk hahaha...!
  • Jeff Young, gitaris album ni adalah seorang gitaris melodik hard rock yang terpaksa dimekap kembali oleh Abang Mus untuk sesuai dengan imej Metal Megadeth. Abang Mus mengatakan bahawa peminat Megadeth ketika itu agak kental dengan imej Metal dan anti-"imposter". Kalau anda dapat menonton klip zaman ini bersama Jeff Young, memang gaya Jeff atas stage seperti gitaris glam dan hardrock hahaha... Atau dengan lain perkataan, Jeff ialah poser.


1.`"Into the Lungs of Hell" – (Dave Mustaine) 3:22
2. "Set the World Afire" – (Mustaine) 5:48
3. "Anarchy in the U.K." – (Glen Matlock/Johnny Rotten/Paul Cook/Steve Jones) 3:01
4. "Mary Jane" – (Mustaine/Ellefson) 4:25
5. "502" – (Mustaine) 3:29
6. "In My Darkest Hour" – (Mustaine/Ellefson) 6:26 (sample (help·info))
7. "Liar" – (Mustaine/Ellefson) 3:20
8. "Hook In Mouth" – (Mustaine/Ellefson) 4:49
9. "Into the Lungs of Hell (Paul Lani Mix)" – (Mustaine) 3:31 *
10. "Set the World Afire (Paul Lani Mix)" – (Mustaine) 5:52 *
11. "Mary Jane (Paul Lani Mix)" – (Mustaine/Ellefson) 4:08 *
12. "In My Darkest Hour (Paul Lani Mix)" – (Mustaine/Ellefson) 6:11 *





Megadeth Interview for So Far So Good So What!



Megadeth-Hook In Mouth '88



The Decline part II - Megadeth - In My Darkest Hour

Sunday, April 15, 2007

SLAYER (+MASTODON) TheBarton Theater, 14/4/2007


Date 14/4/2007 memang telah aku tunggu sekian lama. Sejak seawal bulan Januari lagi, hari pertama tiket SLAYER (bersama opening MASTODON) dijual, aku menjadi antara pembeli terawal. Takut-takut kehabisan. Tiketnya agak mahal iaitu Aus$75 tetapi bila difikirkan balik, ini seumpama double-bill SLAYER dan MASTODON, maka itu dianggap belakang kira.

Aku datang agak lewat, hampir jam 8pm dan MASTODON sudah memulakan persembahannya. Dalam hatiku berharap agar mereka belum lagi memainkan lagu kegemaranku. TheBarton Theater adalah satu dewan teater bersaiz sederhana, mempunyai tingkat pertama (seated) dan di bawah arenanya peminat berdiri
. Dewan hampir penuh. 
Ku rasakan hampir 5000 penonton berada di dalamnya. Ku perhatikan dari luar masih ada penonton yang melepak, mungkin menunggu SLAYER dan tidak menonton MASTODON.

Aku mencelah hingga berada di hadapan stage tetapi cuma dapat berdiri di penjuru kanan. Silap langkah. Sepatutnya aku ke penjuru kiri untuk berhadapan dengan gitaris MASTODON yang bermain Flying V, Brent Hinds. Ya, aku peminat Flying V tersohor (walaupun telah menjual Epiphone Flying V ku dengan harapan dapat menggantikannya dengan Gibson Flying V). Bulu roma tengkukku meremang tatkala riff pertama Iron Tusk dimainkan. Sambil menghanggukkan kepala aku melayani rentak lagu tersebut. Dan setelah beberapa lagu, lagu Blood and Thunder pula dimainkan. Ah... dengan lagu ini pun sudah cukup memuaskan. Aku bukanlah peminat MASTODON yang tersohor, sekadar meminati progresif Metal mereka dan menghafal lagu-lagu mereka via mp3 tetapi kurang mengingati tajuknya. Namun apa yang ku pasti, lagu-lagu terbaik dimainkan.

Persembahan MASTODON bertenaga walaupun diperhatikan 'persembahan' penonton seolah-olah disimpan untuk SLAYER. Gaya lengguk bass/vokalnya, Troy Sanders, seperti Captain Ahab mengarahkan krew kapalnya bergerak lagi laju menghambat Moby Dick dari kapal Pequod. Aku berpuashati.

Selesai persembahan MASTODON, dewan hingar dengan jeritan SLAYER! SLAYER! SLAYER! Aku yang tadi berada di hadapan penjuru kanan mula bergerak ke tengah. Oleh kerana hampir mustahil untuk menyelit ke hadapan maka aku sekadar berpuashati dengan berada sedikit di belakang. At least, aku berada di tengah. Kadang-kadang terpaksa menjengketkan kaki disebabkan mat-mat saleh yang terlampau tinggi menghalang pandanganku. Jeritan SLAYER! SLAYER! SLAYER! turun dan naik sementara krew menguruskan stage supaya selesa bagi SLAYER memulakan persembahan.
Tom Araya muncul di atas pentas di sebalik hiruk pikuk peminatnya. Setelah mengucapkan terima kasih kerana hadir, mereka memulakan persembahan dengan lagu God Hate Us All. Selepas itu diteruskan dengan lagu War Ensemble. Dua lagu ini, aku berada di tengah mosh pit. Terkesan dengan suasana keliling, setelah sekian lama tidak bermoshing, aku pun berpogo mosh. Cukup dengan dua lagu, baju basah kuyup dengan peluh. Aku menyusup ke tepi dewan tidak sanggu meneruskan cabaran hahahah...

Stage presence SLAYER memang kuat terutamanya Tom Araya yang berjaya mengawal penonton seolah-olah seperti menggunakan remote kontrol. Kerry King kekal dengan headbang kepala botaknya sedangkan Jeff Hanneman berada di penghujung kiri. Ku perhatikan permainan Dave Lombardo. Ku baca satu interview dengan Dave yang membuat komen tentang keletihan beliau setelah beberapa lagu. Memang dia agak keletihan setelah beberapa lagu tetapi permainannya hampir perfect.

Setelah beberapa ketika berehat di penjuru dewan aku kembali ke tengah dewan sebaik sahaja lagu Posmortem dimainkan. Badanku ditolak ke hulu ke hilir oleh badan-badan basah kuyup mat saleh yang bersama-sama pogo.Suhu badan masa tu aku rasa mungkin boleh demam. Dengan bau hapaknya lagi. Tapi tak kira, ini last kopek hahaha...

Lagu Angel Of Death mengakhiri persembahan SLAYER malam itu. Aku ke bilik air membasuh kepala dan muka. Terasa lega. Keluar dewan dan melihat tempat jualan t shirt tour yang pada awalnya penuh barisan, masih lagi penuh barisannya. T shirt yang berharga $45 kulupakan saja. Tak mampu. Dapat beli tiket SLAYER tu pun dah kira bagus. Dengan langkah longlai, bersama dengan t shirt Atotorgh aku balik dengan perasaan puas!

Antara playlist yang aku ingat (in no particular order)
Disciple
War Ensemble
Show No Mercy
Die By The Sword
Captor Of Sin
Cult
Jihad
Seasons In The Abyss
Mandatory Suicide
Dead Skin Mask
Postmortem
South Of Heaven
Raining Blood
Silent Scream
Angel Of Death
(mungkin ada lagu yang aku tak ingat tetapi yang ada ini pun semua kira POWER!)
Mastodon


SLAYER


Bentara + Jeff Hanneman Jr

TheBarton Theater, Adelaide



MASTODON


SLAYER

jeritan SLAYER! SLAYER! SLAYER!

AS SAHAR Teraju Eastern Black Metal

Untuk peminat Black Metal tempatan, nama AS SAHAR seperti satu keperluan dalam koleksi muzik mereka. Tanpa AS SAHAR, anda tidak boleh dikatakan peminat Black Metal (!). Rilisan terakhir mereka "JAAN" mengembalikan mereka ke zaman 'penyantauan' dan mistik melayu setelah beberapa lama 'bereksperimen' dengan pelbagai subjek. Malek @ Hanael telah bermurah hati menjawab beberapa persoalan saya berkisar tentang album tersebut dan perkara lain.

[KRENMAUT] Bagaimana hidup sebagai pemuzik setelah menjadi suami dan bapa? Apa bezanya dengan kehidupan bujang sebagai pemuzik?
[MALEK] Pada aku sama aje pasal wife aku faham apa yang aku mahu. Cuma bezanya kena utamakan keluarga dulu.

[KRENMAUT] Bagaimana dengan sambutan terhadap album terbaru Jaan? Saya sekadar merasakan jualan agak perlahan disebabkan dengan isu Black Metal di Malaysia. Boleh komen?
[MALEK] So far ok tapi memang sale ada slow sikit pasal isu bodoh tu tapi terima kasih juga lah pada media ni semua kerana memberi publicity percuma.

[KRENMAUT] As Sahar walaupun asalnya (dan masih) di Singapura tetapi majoriti jualan album di Malaysia. Apa yang menyebabkan tarikan begitu kuat di sini berbanding dengan Singapura?
[MALEK] Dah memang lumrah pemusik Singapura semua cari makan di Malaysia baik rock atau apa grene pon, memang dari dulu lagi pasal peminat kat sini memang support band asing dari band local.


[KRENMAUT] Ramai berpandangan bahawa As Sahar diterajui oleh One sedangkan anda sendiri merupakan salah seorang pengasasnya. Sejauh mana decision-making anda dalam As Sahar?
[MALEK] Hahahahahahaha aku jaga bahagian edit lagu, sound & mixing dalam as sahar semua anggota ada tugas dia masing masing walau pon berapa kecil sumbangan yang diberikan tu yang membuat as sahar kukuh sampai sekarang.

[KRENMAUT] Ada suatu ketika berlaku sedikit kekecohan pada scene Singapura antara beberapa band di sana. Apakah punca utama dan sejauh mana keadaan ini berlarutan?
[MALEK] Eeeeemmmmm tu aku no comment tapi apa yang pasti sekarang orang orang lama kat sini dah bergabung bersatu untuk kehidupan scene kat sini.

[KRENMAUT] As Sahar pernah mengalami sedikit 'shift' dari landasan biasa iaitu ketika lahirnya album Baku Karama yang dilihat sesetengah pihak sebagai satu rilisan untuk market komersil. Kenapa tidak diteruskan? Sebaliknya As Sahar kembali kepada muzik Black Metal.
[MALEK] Tu release sebagai respect kami kepada rock dimana kami mula mula bermain musik. Walau apa jenis musik /album yang kami rakam/release kami akan tetap berbalik ke black metal pasal ia dah memang ada dalam darah daging kami.

[KRENMAUT] Ramai berpendapat bahawa As Sahar bukanlah band Black Metal seacuan dengan band Black Metal di Barat. Boleh jelaskan?
[MALEK] Kami pon tak diminta untuk menjadi seacuan dengan mereka. Hahahahahahaha.

[KRENMAUT] Gig adalah sesuatu yang agak sukar bagi As Sahar sekarang ini. Adakah ini kerana As Sahar berpendapat masanya belum sesuai untuk main gig?
[MALEK] As Sahar tak akan main gig lagi. Tapi susah nak cakap tenggok aje lah macam mana di masa hadapan.

[KRENMAUT] Kenapa dalam album Jaan drum diberi kredit kepada drummer asal sedangkan ianya adalah drum yang diprogram?
[MALEK] Uriel memberi beat drum yang untuk diprogram jadi adalah patut kredit diberi kepadanye. Beat yang diberinye pon bukanlah beat yang dia tak boleh main. Cuma saja save cost kalau rakam pakai program betol tak.

[KRENMAUT] Selain dari As Sahar, anda juga terlibat dengan beberapa band lain di Singapura. Ini berbeza dengan One yang memberikan sepenuh masa dengan As Sahar. Adakah ini menunjukkan ketidakpuashatian anda dalam muzik yang menyebabkan anda mencari alternatif lain? Boleh ceritakan sedikit tentang projek-projek tersebut?
[MALEK] Aku memang suka penuhkan masa aku dengan band band lain kalau tak ada project dari As Sahar. Macam dengan ISTIDRAJ - aku cuma session kerana mereka takde bassist masa tu dan dengan SADIZTIK IMPALER - aku dijemput untuk main sepenuh masa sebagai salah seorang pengasas utama band tu tapi ada syarat, As Sahar tetap band utama aku.

[KRENMAUT] Akhir kata?
[MALEK] Terima kasih atas interview ni. Jadilah peminat musik bukan perosak scene musik.

Wednesday, April 04, 2007

CDNaz Pencinta Muzik

CDNaz adalah nama yang mengejutkan. Manakan tidak, dari seorang individu 'ekstrim' yang pernah bersama dengan gergasi Metal, SIL KHANNAZ yang pernah meriliskan tajuk-tajuk berhantu seperti Doctrine To Hell ataupun Pendita Gila, beliau beralih dari nama asalnya, CD Khanzab kepada CDNaz. Namun untuk mereka yang rapat dengan perkembangan SIL KHANNAZ tidak akan merasa terkejut dengan perkembangan ini. Sejak dari album Gerbang Kayangan, kemungkinan anjakan ini sudah dapat dikesan. Gaya penampilan dan touching CDNaz sudah mula menunjukkan sesuatu yang akan berlaku.

Hinggalah akhirnya Bara:Rasa, album solo pertama CDNaz dirilis kira-kira setahun yang lalu. Album ini melalui ranjau yang panjang, namun tidak menghalang penggeraknya. Ia merealisasikan apa yang diidamkan oleh CDNaz disamping menjadi satu medium paling berkesan untuk meluahkan apa yang terpendam. Ini bukan CD Khanzab si pemuzik ekstremis tetapi CD Khanzab, yang melihat muzik itu sebagai sesuatu yang universal.

[KRENMAUT] Apa cerita sekarang?
[CDNAZ] Now aku fokus keje-keje studio macam biasalah, berkarya . buat lagu, buat class gitar, dan adelah beberapa rehearsal aku kena buat untuk show, as sessionist.. ade pc dgn album baru bob ku2, aku session gitar, dan untuk show reunion dengan Silkhannaz 28 April.

[KRENMAUT] Apa perbezaan antara CDNaz dengan Sil Khannaz sekarang sebagai pemuzik? Kemungkinan cara kerja yang berbeza?
[CDNAZ] Bezanya adalah dari segi karya-karya dan persembahan. Kalau dulu aku guitarist but now aku vocal.. kalau dulu aku concern kat gitar, tapi now concern kat vokal. Dan aliran music aku memang berbeza... now more to light and easy... mainstream..

[KRENMAUT] Sebelum bergerak sebagai solo dan selepas Sil Khannaz, anda juga terlibat dengan beberapa band projek antaranya Metalasia (dan satu projek bersama Awie). Apakah pengalaman yang didapati daripada projek-projek tersebut dan kenapa ianya tidak diteruskan?
[CDNAZ] Pengalaman tu yg mengajar aku macam-macam... dari segi show, cara perform di hadapan crowd yg berbeza, kalau Metalasia kebanyakan peminatnya lebih kepada peminat-peminat yg extreme!! But dgn silkhanaz mmg extreme dia punye crowd tapi undergronders ni behave!! So tau-tau jelah apa yang aku nak explain.. Awie pulak percampuran peminat.. ramai girls yg xtreme.. haaa.. dari situ aku dapat bezanya!! If gig undergrond mat-mat yang extreme tapi bila show maintream ni terbalik.. itu yang beza rasanya... dari segi musik sama jer.. Cuma genre je berbeza.. Cara persembahan sama jer.. keje yang sama gitar di galas dan di petik ... that's all. Tak di teruskan atas dasar beberapa sebablah...haa ..rahsia CDnaz!!!

[KRENMAUT] Berpisah dengan Sil Khannaz mungkin satu satu perjalanan yang perlu dilakukan oleh anda (untuk memuaskan keperluan muzikal sendiri) tetapi mungkin agak pahit bagi peminat anda yang tegar dengan muzik Metal. Apa pandangan anda?
[CDNAZ] Apa pun kena teruskan jugak coz kita sendiri yg kena menilai dan mencari jawapan untuk diri kita sendiri..macam kunci dah ade kat tangan dan pemegang kunci tu sendiri akan buat keputusan nak start engine dan gerak!! Ataupun nak stay pada tempat yg sama macam mata gak kalau dok tengok benda sama lama-lama kebas matakan? So aku rasa better aku start engine dan move!! Tengok benda-benda yg lain pulak.. keta kalau tak di gerakkan akan kong engine dia beb!! So aku tak nak kongkan idea-idea aku..haa...kena gerak!!. Lagi satu aku ni universal dari segi musik.. macam-macam musik dalam kepala aku!! Daripada basi baik gerak cepat! Idea-idea maintream aku tak boleh salurkan pada silkhannaz so aku cari jalan lain yg yg sesuai untuk aku berkarya! Go for solo!

[KRENMAUT] Semasa bersama Sil Khannaz, berganding dengan beberapa gitaris antaranya Dark-E dan Joe Slaughter (dan beberapa gitaris lain?). Apakah kekuatan mereka dan apakah yang anda dapat melalui gandingan tersebut?
[CDNAZ] Masing-masing ade kekuatan mereka sndiri.. influence yg berbeza.. so resepi idea dari lain-lain gitaris ni yg menghasilkan trademark gitar sound silkhannaz!! Itu yg aku bole cakap.. dimana combination mereka antara aku tu yg menjadikan "string sound' tu trademark "Sil Khannaz"!!


[KRENMAUT] Adakah sekarang anda putus hubungan langsung dengan scene Metal underground tempatan?
[CDNAZ] Putus? haa..nope.. aku masih lagi mengikuti perkenbangan muisc undergrond.. dan aku mmg berminat dgn keje-keje studio, dimana Langsuyr masih mahukan sentuhan tangan metal aku... haa.. thankz Bentara kerana beri aku peluang untuk jadi tuan produser untuk "ASYIK"!!

[KRENMAUT] Album solo anda, "Bara Rasa" yang pertama akhirnya dikeluarkan selepas beberapa terpendam? Apakah pendapat anda tentang album ini secara keseluruhannya?
[CDNAZ] ALBUM bara:rasa ni adalah hasil 100% idea aku.. memag aku tujukan hala musik aku ni jauh berbeza dari yg dulu!! dimana hasil-hasil aku kali ni mainstream!! lagu-lagu cinta!..haah..ala budak metal pun bercinta gak!! so dari pada dok layan lagu-lagu frust tu, why not dengankan hasil-hasil CDnaz ni... haaa. .coz aku punye lagu cintan tak lentuk maut!!.. ala-ala sedang jer gitu... coz aku pun dulu dari golongan hati keras gak!! haa..so bukan tangkap cintan punye lagi yang memang melentukkan pendengar.. dan lyrics yg emo.. bukan lebih kepada memujuk!! ade ego ! ha..ego sorang lelaki.. aku mmg cerewet dari segi lyric.. kebanyakan orang lain yang buat lyric.. tapi 80% AKU yg guide how to start and write a CDNAZ"s lyric!!

[KRENMAUT] Ia mungkin merupakan album yang agak personal dilihat dari feel dan mood album tersebut. Ianya boleh saya katakan sebagai album yang suram (depressive) tetapi dalam masa ada cetusan perasaan marah (angry).Mungkin ia refleksi kepada perasaan anda ketika proses album itu dirakamkan? Berani untuk berkongsi?
[CDNAZ] MEMANG depressive!! tengok tajuk pun tahu kan.. memang ni album apa yang aku rasa.. rasa aku...rasa dari apa yang aku pendam.. album sebenarnya mesti ade cerita.. macam album gambar gak.. album gambar kawin ceritakan pasal kawin.. tengok gambar jer dah dapat jalan cerita acara-acara perkahwinan tu kan? sama gak dgn album..dari track 1 sampai 10 ade cite berkaitan.. ..mmg ceritakan pasal live aku!..vkalau nak faham kenalah dapatkan cerita album CDnaz bara:rasa! masa record tu ade perasan tak delah.. coz kalau aku tengah angin masa record tu memang habis sound engineer tu aku sound!! haa... ni kira pendam aku dah simpan..dan aku kuarkan only dalam lagu-lagu aku sahaja!

[KRENMAUT] Pada pandangan peminat anda (yang Metal), ianya mungkin album cari makan. Ada kemungkinan Sil Khannaz tidak memberi pulangan yang berbaloi?
[CDNAZ] Dari segi income tak di nafikan memang ade kurang berbanding dgn silkhannaz... dan peluang untuk expose kat media dan show terhad!! shows yg lebih kepada music mainstream...dan banyak tempat yg memang ade untuk budget untuk show mainstream pergi perform satu lagu pun ade bayaran, berbanding dgn gig yang undergrond.. kalau organiser gig dapat kutipan sikit.. sikitlah band akan dapat... tapi kalau show maintream sikit ke banyak ke memang ade token utk artis.. tu jer.. lagipun tak payah nak kongsi-kongsi.. kalau bayaran RM500 makan sorang lah!! tak yah nak kongsi dgn JAEI!!!..haaaa......

[KRENMAUT] Saya difahamkan album solo kedua anda sedang dalam pembikinan dan ada khabar angin mengatakan ia lebih 'keras'. Keras dari segi Metalnya atau keras yang bagaimana? Boleh ceritakan dengan lebih lanjut?
[CDNAZ] Keras dari berbagai segi.. bak kata pepatah keras bersegi!!...wait and listen!! .. no komen..belum siap lagi.. Arrangemet ade progressive melody yang hard..

[KRENMAUT] Anda juga adalah produser kepada album LANGSUYR, 'Asyik'. Bagaimana spot tersebut diperolehi? Secara keseluruhan pendapat anda tentang album tersebut?
[CDNAZ] Languyr ni mmg langsuyr!! haa...perubahan yang drastic gak! music improve! berani..dan ade ide kat lyric ... yg memang berlainan dari products metal yang dah ada... spot tu di perolehi setelah ahli band ni bersetuju untuk gunakan perkhidmatan CDnaz.. thanx ..

[KRENMAUT] Albu
m 'Asyik' tersebut juga menonjolkan potensi anda sebagai produser muzik Metal. Katalah ada band underground Metal tempatan yang berminat, apakah yang diperlukan untuk anda berkhidmat untuk mereka?
[CDNAZ] Budget kena adalah. haa..cari makan beb..haaa.... tapi saya ni memang memilih utk keja produce tu.. dan saya tak ambil hentam keromo jer.. saya pilih band!! kalu band tu tak bersedia untuk masuk studio , saya tak amik.. bukan memilih.. itu semua di ambil kira dari semua aspect! segi cost!! dan kreativity band tu sendiri penting..kalau sekadar tangkap muat sahaja dan music straight forward jer...saya rasa saya tak berani nak amik risiko, kerana kejayaan sesebuah album bergantung kepada producer! dia akan kena tembak dulu kalau album hancur!! production akan make surekan producer tidak merugikan company...dan org yg mereka hire akan membantu utk hasilkan product yg cepat dan bermutu!!! Langsuyr telah melepasi garisan yang CDnaz nak!! haaa...congrate!!!!!


[KRENMAUT] Ada kemungkinan rujuk semula dengan Sil Khannaz? Saya difahamkan anda akan beraksi untuk persembahan anniversary Sil Khannaz di Planet Hollywood tak lama lagi.
[CDNAZ] Rujuk tu tak tahulah..dan cerai talak 3!! haa....insyaAllah...buat masa sekarang Silkhannaz pun dah ade line-up tetap, so itu dah bagus.. dan kalau saya nak join balik tak kan nak main 3 gtr!! haaa...gud luck for new silkhannaz line up!! mereka tetap best!! yea tungu 28 apr ni ..CDnaz nak head bangin!! we gonna reunion!!

[KRENMAUT] Apakah lanjutan seterusnya selain dari album solo kedua anda?
[CDNAZ] Makan tidur!! ..terus berkarya ...dan tanpa henti-henti... sampai mati...

[KRENMAUT] Akhir kata?
[CDNAZ] MUSIK universal.. seriouslah mengejar ilmu music. Hala tuju dan fanatik only pada satu jenis musik adalah bukan kunci untuk sukses dalam music!! Apa jenis musik pun ianya masih di landasan yg sama... seni.. jadilah pendengar dan JANGAN jadi pencaci pada music yg indah.. mungkin ianya tak indah bagi kamu tapi ianya indah pada penciptanya!! Beri ruang pada telinga kita menerima rasa music yang berbeza... ada masa telinga kita perlukan rehat.... perlu di dengari berbagai genre... makan karipap hari-haru pun bosan gak!! Sekali sekali nak gak rasa samosa (karipap mat saleh).. begitu juga dgn musik... jadilah pengkaji music jgn jadi pencaci musik! bayangkan music yg kita di caci...di keji ... contoh "black metal" kita mesti marah...jgn berontak... sebaiknya tunjukkan yg kita betul.. show people what we have!! .....