Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, March 24, 2007

AJAK DETHCRANE Metal dan Underground

Ini pelajaran pertama bagi anda semua yang baru-baru hendak berjinak dengan dunia underground. Satu nama yang perlu ada tahu dan kenali. Ajak Dethcrane. Siapa tu??? Nampak benar anda baru pakai lampin!

<-- Thhhhrassshhhh!!!

Ajak Dethcrane, selain daripada bekas partner KRENMAUT zine zaman fotokopi (seawal tahun 1991), juga merupakan penggerak scene Metal underground pada awal 90an. Beliau aktif dengan recording label beliau iaitu ULTRA HINGAX PRODUCTION (hingaq... bising la tu dalam accent Kedah). UHP telah meriliskan beberapa buah album, antara yang paling popular ialah BAZZAH (yang kemudiannya dicetak rompak oleh DISPLEASE RECORD - Holland), ATHOTORGH dan TANDUS. Sebelum itu beliau sangat dikenali sebagai promoter gig yang bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan Ipoh. Purata kedatangan gig yang dianjur beliau bolehlah disimpulkan sebagai penuh atau hampir penuh.

Walaupun agak mendiamkan diri sekarang ini, beliau masih aktif di belakang tabir. Terkini, beliau merupakan penasihat bagi kompilasi Metal to Metals yang telah meriliskan bahagian kedua. Metal to Metals merupakan sebuah kompilasi yang menampilkan band Metal tempatan yang dipilih melalui sistem komiti.

Dan sekali sekala anda akan menemui beliau di dalam siri gig Metal tempatan. Bagaimana mengenali beliau? Sudah tentu agak berumur, berbadan sasa dengan jelingan yang tajam tetapi mempunyai senyuman yang menawan selain suara yang lemak. Apabila berbicara, mengambil masa untuk bersuara kerana berhati-hati dengan apa yang hendak diperkatakan. Yang kenal makin nak kenal, yang tak kenal tertanya-tanya...

[KRENMAUT]Apa cabaran untuk scene Metal tempatan pada masa ini?
[AJAK]Cabaran yang paling besar pada pandangan aku adalah untuk mengembalikan momentum kepada scene Metal itu sendiri. Pada masa sekarang scene bagaikan kembali kepada situasi 20-15 tahun yang dahulu. Menapak semula daripada zero. Dan yang paling getir sekali adalah untuk mencari semula arah tujuan dan destinasi sebenar kerana kita bagaikan sudah hilang punca dan matlamat!! Walaupun orthodox tapi penyelesaian yang efektif pada aku adalah dengan kembali membina scene underground kerana kekuatan scene Metal itu sebenarnya terletak pada peranan gerakan UG itu sendiri!

[KRENMAUT]Dalam keadaan yang mana muzik Metal mendapat publisiti paling luas sekarang ini (media, kontroversi, gig besar i.e. Rock The World, Planet Hollywood etc) tetapi kenapa ia tidak menterjemah market yang lebih luas dibandingkan dengan 10 tahun dahulu?
[AJAK]Logik mudahnya adalah kerana peratusan publisiti NEGATIF yang diterima oleh scene Metal adalah lebih besar! Publisiti negatif ini terus menghantui scene dan membantutkan perkembangannya. Bands pula mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak memanipulasikan isu-isu negatif itu untuk menonjolkan diri. Adalah tidak menghairankan jika khalayak yang menerima informasi sebelah pihak ini terus menjauhkan diri dari scene Metal.

Mungkin ada bands yang berpeluang bermain dipentas-pentas besar seperti RTW atau di kelab ekslusif. Tak kurang juga ada yang tour di negara jiran. Tapi persoalannya, APA sesudah itu? Adakah show2 tersebut memberi impact kepada bands? Adakah ia dapat terus memberi ‘hype’ kepada bands tersebut? Atau habis show orang pun lupa! Apa pula usaha bands supaya show2 itu dapat di channelkan kepada development mereka? Jika band dapat memberikan jawapan2 kepada persoalan ini, aku yakin sekurangnya 10% akan menyumbang kepada perkembangan mereka!


Pre-Candle!! BATHORY Clans Taman Chempaka Ipoh ----->

[KRENMAUT]UHP pernah menjadi satu label Metal tempatan tersohor. Apakah ianya masih ada atau terkubur? Atas sebab apa? Boleh cerita sikit asal, sebab objektif UHP?
[AJAK]Pertamanya, aku tidak pernah nampak UHP ni sebagai satu entiti perniagaan! Aku cuma seorang plain metalmaniac!! But sometimes at some point aku tension bila things that should be done takda orang nak buat! Dari situ wujudlah UHP ni!

UHP bermula sekitar tahun 1992 dulu. Setelah aku kembali ke KL dari Ipoh. Krenmaut #1 issue pun dah release! Ketika itu scene Metal berada dalam keadaan agak suram. Peralihan dari scene ThrashMetal ke scene DeathMetal sedang berlaku pada masa itu. Orkes Nirvana Kurt Cobain pula sedang maharajalela!! Susah sangat nak dapat show yang melibatkan band DM. Dalam keadaan mendesak itu UHP bermula dengan mengaturkan persembahan bands DM di kelab-kelab. Seterusnya menganjurkan gig pertama dgn dibarisi bands heavyweigth seperti BRAIN DEAD, SUFFOCATION, SILKHANNAS & INFECTIOUS MAGGOTS. The rest is history..

As a label, pada mulanya aku membantu Nebiula Prod. Untuk deals label overseas seperti Osmose Prod, Decapitated/Unisound, Candlelight Record dll. Mostly untuk licensing, trading & promotion. Ada satu masa aku deal untuk release Impiety & Abhorer. Tapi Jaei tak setuju dgn terms label dari Holland yang release dua band tu. Aku rasa mcm rugi pulak kalau tak release dua band Singapore ni! So aku set UHP untuk release! Macam tu lah UHP bermula as a label.. Takde proper planning pun!

Dan bands yang agak asing pada trend semasa adalah selalunya pilihan UHP! Bands seperti RottenCorpse, Bazzah, Athotorgh, Tandus dll bukanlah trend semasa tetapi UHP percaya in the end people will realized why these bands should’nt be missed!!

Buat masa sekarang is safe to say UHP ni semi-retired! Takde plan nak buat come back. But who knows kalau suma dok simpan teloq kena lah UHP keluar buat sesuatu!! Haha!!


<--- With Devilry and Hordes!!

[KRENMAUT] Trend gig Metal tempatan sekarang yang menggabungkan 10-15 bands sekali harung berbeza dengan gigs yang pernah anda buat dahulu iaitu 5-6 bands sahaja? Apakah beza dan impaknya?
[AJAK]Aku tak sure tentang view organiser yang panggil 10-15 bands in a gig. Mungkin mereka ada logik sendiri.

Tapi sincerely pada aku less is better!! Gig pertama aku cuma ada 4 band aja! Memang kalau boleh aku limit kepada 4 bands saja maximum! Banyak faktor sebenarnya yang kita kena pertimbangkan. Antaranya, tumpuan crowd kepada bands. Kalau 5-6 bands rasanya crowd tak cabut! Running time pun kena jaga. Ada ample time for bands to setup equipments sebelum main. Reliablity amp dan sound system pun nak kena consider juga! Kalau sepuluh band balun distortion pada amp 80watts rasa nya mintak ampun amp tu!! And lastly kalau nak bayar band, katakan crowd kurang, kalau 10 bands tu.. mm.. main free jer lah!

Dan yang paling crucial jangan sampai orang take granted jer pada gigs ni! Pasal dah banyak bands, nanti next time pun boleh tengok lagi. Kekadang aku frust jugak tengok bila gigs yang bands lagi ramai dari crowds!

Vision aku dan kawan-kawan dulu nak kurangkan numbers of bands dalam satu gig. Dari situ baru band boleh nampak strenght dia. Nampaknya SilKhannaz yang paling berjaya dalam aspek itu! Kudos!!

[KRENMAUT]Anda hidup di zaman generasi pertama wave underground Metal tempatan dan sedikit sebanyak masih aktif sehingga kini. Apakah pemerhatian dan konklusi yang boleh dibuat dari pemerhatian anda mengenai zaman tersebut?
[AJAK]Kalau nak kira best sudah tentulah zaman thrash kapak tu yang paling best I would say!! Tapi yang aku nak tekankan disini ialah bagaimana scenester masa tu view themselves.. They THINK BIG!! (Bukan ‘besar kepala’ ya!!) Suma ada self-confidence. Takdelah rasa rendah diri atau rasa diri tak terror! Semua TERRORIST! Haha.. Aku rasa benda ni yang paling penting kalau nak bermain dengan scene ni. Walau orang mencebik kita, walau orang tenyeh kita, INSIDE kita kena kuat dan tak lemah semangat!!

[KRENMAUT]Secara tak langsung, anda dilihat sebagai seorang yang menegakkan prinsip 'underground'. Apakah yang dimaksudkan dengan 'underground' dan impaknya terhadap muzik Metal tempatan secara kesuluruhan?
[AJAK]Mungkin latarbelakang aku yang membesar di era 80’an yang banyak menjadi acuan. Pada era itu adalah sangat obvious jalan yang harus diambil oleh para pemuzik. Ultimatum. Dengan mainstream, terpaksa tunduk kepada kehendak komersil. Kalau hendak terus dengan citarasa sendiri, maka UG adalah pilihannya. Jadi pemuzik/peminat harus memilih untuk berdiri digarisan mana. Dan aku percaya aliran mainstream tidak pernah berubah visi!

Melangkah ke Era 90’an, scene metal berkembang pesat. Lahirnya label-label independent tempatan memperlihatkan perkembangan sihat kepada bands dan scene. Daripada hanya jualan tangan ke tangan telah beralih kepada distro yang lebih teratur. Dan beberapa band telah mendapat sokongan label major. Sedikit sebanyak perkara ini telah mendekatkan jurang antara UG dan mainstream. Sehinggakan UG mungkin dianggap ‘taboo’ dan tidak relevan lagi!

Paling penting bagi aku, UG melihat musick lebih dari komoditi dan sekadar hiburan semata-mata. Ianya SENI yang yang mempunyai interperasi individual. Rangkaian supporter yang menyokong bands dengan ikatan persahabatan. Didalam konteks muzik Metal tempatan UG adalah tulangbelakang kepada perkembangan scene Metal itu sendiri. Mungkin perkembangan suram scene metal tempatan kini adalah reflek dari kesuraman scene UG itu sendiri!

[KRENMAUT] Ramai berpendapat bahawa muzik ekstrim Metal tiada 'harapan'? Mungkin masih ada tetapi apakah harapannya?
[AJAK]It’s depend dengan apa yang kita ‘harapkan’ dan tolong jadi realistik!! Kalau kita berharap kita boleh mendominasi pasaran isteri Datuk K dengan muzik kita yang ala-Canibal Corpse, mungkin kita agak keterlaluan. Pada aku, kalau kita boleh bebas bergerak di negara sendiri, tidak dipandang sebagai penjenayah semata-mata atas pilihan muzik kita adalah harapan paling realistik buat masa terdekat ini.

[KRENMAUT]Apakah maksud 'berjaya' untuk band ekstrim Metal tempatan dalam definisi anda? Dan cara2 untuk mendapatkannya?
[AJAK]Aku akan anggap band metal tempatan itu berjaya apabila dia boleh melahirkan album yang bagus dari segi konsep/persembahan lagu, produksi dan presentation. Dan boleh deliver live set yang mantap dengan lagu-lagu sendiri. Basic ajakan? Tapi berapa banyak yang dah capai level itu?

With Kamil Othman "alternative rock show" -->

[KRENMAUT]Adakah isu 'download' free music menjadi sebab kemuraman scene Metal tempatan? Kenapa?
[AJAK]Free download ini harus kita lihat dari sudut positif. At least mereka ada interest nak dengar material band kita! Kita kena kreatif pula macamana dari dowload tu boleh di channel untuk benefit band pula. Misalnya kalau dah DL stuff tu, pastikan mereka beli CD tu! So material band kenalah something yang impressive! CD cover yang worth to buy. Kita juga kena tekankan kesedaran supaya mereka terus membantu dan menyokong dengan membeli terutama produk bands tempatan. Jangan donlod sampai kering kontang!! Selain dari itu, merchandise juga perlu diberi perhatian oleh band. Kerana ini dapat membantu menampung keperluan band.

[KRENMAUT]Akhir kata?
[AJAK]Paling penting untuk band adalah VISION. Kena ada target dan matlamat. Kena atur perjalanan band dari satu tahap ke satu tahap. Kalau takde vision.. pi mai pi mai tang tu! Dan untuk peminat scene metal, bersatulah untuk menyokong scene metal tempatan! Co-operation not competition! Hanya dengan berkerjasama dapat membantu scene metal kita ini untuk terus bernafas!

Keep Metal Heavy!

Friday, March 23, 2007

RANCANGAN TERGENDALA... baby boy!

Yeap... anak ke-4, baby boy. So sekarang dah 3 boys dan 1 girl. Bapak masih Metal lagi hehehe... apapun, KRENMAUT masih menunggu beberapa interview sensasi... insyaAllah akan upload next week. Born in Adelaide, Australia.

Next update merupakan interview dengan sorang activist underground senior. Pasti kenal terutamanya peminat Metal underground tempatan!

Tuesday, March 20, 2007

CROMOK Gergasi Metal Malaysia

Nama CROMOK tidak perlu diperkenalkan lagi dalam persada muzik Metal tanahair. Sejak lahirnya album Image of Purity lebih sedekad yang lampau hingga sekarang, CROMOK menjadi ikutan ataupun paling kurang sebutan peminat muzik Metal tempatan baik yang mainstream mahupun underground. Namun begitu, anggota CROMOK sendiri duduk dalam keadaan yang rendah diri ataupun melarikan diri dari dunia glamour industri tempatan walaupun jualan album melebihi ratusan ribu unit secara kolektif. Mungkin sesuai dengan matlamat CROMOK sendiri iaitu melebihkan muzik dari glamour. Setiap album pasti ditunggu dan setiap persembahan walaupun jarang-jarang dilakukan, tetap diharapkan oleh peminatnya.

Saya berkesempatan menemubual SAM (bass/vox) untuk bertanya beberapa perkara dan ianya disambut mesra. Terima kasih kepada saudara Jamez, selaku Cromer tersohor kerana membantu mendapatkan Sam untuk temubual ini.

[KRENMAUT] Apa khabar sekarang sejak khabar angin mengatakan bahawa Cromok dibubarkan?
[SAM] Belum dibubarkan. sekadar berehat panjang saja.

[KRENMAUT] Cromok mempunyai sejarah yang panjang sejak ia ditubuhkan di Australia. Apakah perbezaan utama keadaan muzik Metal di sana jika dibandingkan dengan di Malaysia?
[SAM] Tak banyak beza. Muzik metal Australia lebih terbuka berbanding muzik metal Malaysia. (atas sebab-sebab yang tertentu).

[KRENMAUT] Keluarnya Din memberi sedikit sebanyak impak terhadap Cromok. Apakah memori yang boleh diingati tentang diri arwah dan apakah reaksi anda ketika beliau memulakan D'Cromok?
[SAM] Major impact to Cromok itself. He's the songwriter, arranger, lyricist, guitarist and the pioneer for Cromok itself. Basically there will be no Cromok without him. It's a good thing to start something new and DCromok just fits in very well with the heavy metal scene in Malaysia.

[KRENMAUT] Kemudian Karl pula mengundurkan diri? Apakah sebab utama pemergian beliau dan apakah reaksi anda ketika itu?
[SAM] Karl is an ambitious guy. He always sets his target very high. When he left Cromok to us is another major lost, but life has to go on and so is Cromok.

[KRENMAUT] Khabar angin mengatakan setelah itu Cromok mula menggunakan khidmat pemuzik professional dalam rakaman album. Adakah ianya sesuatu yang dirancang atau paksaan? Seperti yang kita semua tahu, menggunakan sessionist dalam muzik Metal merupakan antara taboo yang paling besar.
[SAM] Perancangan terperinci di jalankan oleh pihak EMI , Cromok dan DB Production. Untuk album kami dari Yours Truly hingga Untitle. Dalam keadaan dan masa yang ada, hanya terhad untuk mengendali dan merakam muzik Cromok. Cara terbaik pada masa tersebut adalah penggunaan sessionist. Walaupun banyak pihak kurang bersetuju tetapi ia adalah bagi membolehkan kami meneruskan perjuangan muzik kami. Cara lain mungkin lebih sesuai tetapi mungkin akan memakan masa yang agak panjang dan kos pengeluaran yang berlebihan.

[KRENMAUT] Cromok unik kerana menggarapkan muzik Metal dengan elemen nusantara terutamanya pada album Image of Purity dan deafening silence. Adakah ianya sesuatu yang natural sebagai seorang pemuzik Melayu yang mahu menterjemahkan muzik Metal kepada inspirasi yang dekat dengan jiwa?
[SAM] Berbalik kepada cerita Cromok ditubuhkan. Kami bermain muzik di Australia. Rata- rata heavy metal yang tak pernah dengar lagu nusantara seperti dangdut, bollywood keroncong dan sebagainya. Sepekara lagi mereka amat menyukai band yang original dan unik. Sebagai rakyat Malaysia sememangnya kita nampak unik di mata peminat musik Australia. Tambahan dengan gabungan musik nusantara adalah penyebab utama Cromok dikenali bukan sahaja dikalangan rakyat Malaysia yang menetap di Australia bahkan peminat heavy metal yang rata rata nya adalah rakyat Australia. Ini adalah konsep yang ingin kami perjuangkan dari mula sehingga sekarang

[KRENMAUT]Semua orang tahu bahawa Cromok hanya sekadar part-time job sedangkan anda sendiri berkhidmat sebagai seorang engineer. Tetapi pada masa yang sama, kejayaan Cromok kadang2 mengatasi mereka yang bermain muzik sepenuh masa. Apakah rahsianya?
[SAM] Tak ada rahsia. Kejayaan kami bukanlah kejayaan kami yang sebenar, tetapi kejayaan peminat yang tak tahu erti penat, mengeluh atau bosan. Mereka yang menyebabkan kami berada ditahap sekarang. Siapalah Cromok tanpa CROMERS.

[KRENMAUT]Serapat mana Cromok dengan peminatnya? Boleh beri contoh?
[SAM] Boleh dikatakan rapat, walaupun kami jarang bertemu bual atau berdialog, tetapi melalui laman web (thanks to Grifter) forum dan show yang kami adakan, peminat dapat berinteraksi dengan
kami secara direct atau ajk - ajk terlantik atas paksaan (paksa rela) (Thanks to Jamez, Retts,midgi, Ija , Eddie just to name a few. There's a lot more out there, I know who you are ). Kami juga sering mengadakan sessi teh tarik atau bersantai bersama peminat.
Laman web Official/Unofficial kami
http://listen.to/Cromok merupakan laman web yang paling lama mencatatkan sejarah tentang Cromok. Wujud dari tahun 1996 sehinggalah sekarang.


[KRENMAUT] Apakah album Cromok yang paling berjaya dari segi penjualan? Adakah album tersebut juga merupakan album yang paling anda minat secara personal? Apakah kelainan yang ada pada album tersebut?
[SAM] 2 album yang menjadi kegilaan peminat. Image of Purity dan Forever In Time. Secar personal saya meminati setiap album kerana input yang kami bawa pada tiap album ada kelainan masing- masing. Perbezaan ketara bagi album Image of Purity, recording di Australia dengan bajet yang paling kecil. Perbezaan untuk Forever In Time adalah experiment yang kami jalankan keatas 2 studio besar di Kuala Lumpur, Redifussion dan King Studio, untuk menghasilkan produk yang memuaskan hati.

[KRENMAUT] Secara amnya, peminat tahu nak dapatkan Cromok bersama untuk persembahan live amat susah sekali. Boleh explain kenapa? Dan memori persembahan yang paling manis?
[SAM] 1) Masa - Kesemua anggota Cromok mempunyai masalah sendiri untuk meluangkan masa
untuk menghadiri sessi praktis atau persembahan
2) Komitment - Setiap anggota Cromok telah berjanji menjadikan Cromok sebagai part time sahaja. Oleh itu tak ada paksaan dalam Cromok. Sekiranya ada anggota Cromok yang perlu menjalankan tugas lain, dia dikecualikan tanpa perlu apa apa notis.
3) Permintaan - Permintaan terhadap show untuk Cromok adalah kurang. Kebanyakan promoter lebih cenderung untuk menaja artis-artis yang lebih berjaya.
4) Kos - Kos pengendalian show kami adalah diluar jangkaan promoter.
5) Permit - Masalah utama promoter adalah mendapatkan permit untuk kami membuat persembahan terbuka. Bukan kami sahaja malah banyak lagi band yang memainkan muzik berat.
(metal, punk, grind dan seangkatan dengannya).

Memori yang paling manis ialah apabila kami membuat kesilapan. Ini akan kami ungkitkan dari masa kesemasa.

[KRENMAUT] Adakah anda sedar tentang pergerakan muzik Metal underground tempatan?
[SAM] Minta maaf banyak banyak, saya sekadar mendengar dari perbualan rakan rakan dan jarang sekali berikhtiar mencari atau mendalami pergerakan Metal underground.

[KRENMAUT] Akhir kata?
[SAM] Terima kasih atas pihak Krenmaut kerana sudi menemubual kami yang sudah lama tak berkecimpung dengan arena muzik. Bagi fan yang masih mengharap, jangan putus asa sekiranya masa mengizinkan kita akan bertemu kembali.


Wednesday, March 07, 2007

NROCINU Langkah Juara

NROCINU merupakan nama yang agak gah sekarang ini dipersada Metal tempatan disebabkan kejayaan mereka menjadi juara dalam siri realiti TV, ROCK UNITE. Kumpulan ini yang ditubuhkan pada tahun 1996 menampilkan empat orang anak muda iaitu Roll (Guitar/Vocal), Shah Sidious (Guitar), Alan (Bass) dan Zali Dethstroke (Drum). Sebelum menjuarai ROCK UNITE mereka adalah antara puluhan (malahan ratusan) kumpulan Metal tempatan yang kurang dikenali yang mengharapkan sesuatu akan berlaku. Nampak usaha mereka yang tidak mengenal lelah, dihujani dengan pelbagai rintangan pahit maung akhirnya terbalas. Setelah menjuarai siri ROCK UNITE kini mereka sedang sibuk menyiapkan album pertama mereka.

Pihak KRENMAUT sempat menemubual Roll, selaku orang hadapan NROCINU untuk bertanya khabar sambil mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka menjuarai ROCK UNITE tempohari. "Yup, terima kasih banyak-banyak bro Sam. Sememangnya kami teramat gembira dan berpuas hati di atas kejayaan kami. Syukur kepada Ilahi kerana dengan berkat usaha dan doa kami, maka hasil penat keringat kami dibalas dengan kebaikan."

Sebagai juara, mereka menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan ditanya mengenai duit tersebut, Roll mengatakan, "Kami baru sahaja mendapat RM50k, iaitu separuh daripada hadiah tersebut. Baki RM50k sedang kami usahakan untuk mendapatkannya dan masih dalam perbincangan diantara Nrocinu bersama pihak pengurusan RockUnite. Wang tersebut telah kami rancangkan untuk menggunakannya 50% kepada pengunaan individu dan baki 50% untuk kepentingan band, pembelian instrument dan sebagainya. Sememangnya kami telah membuat Majlis Kesyukuran sekali gus Rumah Terbuka Nrocinu yang bertujuan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi. Tidak lupa juga untuk meraikan bersama keluarga tercinta, kawan-kawan dan kesemua orang yang terlibat dalam menjayaan Nrocinu di RockUnite 2006."

Sudah pasti kejayaan tersebut membuka ruangang yang luas untuk NROCINU maju ke hadapan dan ianya diakui sendiri oleh Roll, "Yup. Itu semestinya. Orang ramai kini mula membuka mata dan sedar bahawa muzik metal boleh diterima di dalam masyarakat Malaysia."


Status juara tersebut juga memberi ruang kepada NROCINU untuk merakamkan album. Roll menerangkan status rakaman tersebut, "Kini kami sedang merakamkan album di Sinar Studio Danau Kota dibawah produser Mus May. Bro Mus yang banyak pengalaman di dalam bidang muzikal tanah air dan berpengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan bunyi banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami tentang rakaman dan penghasilan album yang berkualiti. Bro Mus juga mengajar teknik-teknik yang betul dalam nyanyian lagu bersesuaian dengan konsep muzik. Setakat ini 4 lagu sudah hampir siap dirakam sepenuhnya."

Ditanya mengenai pertukaran status underground kepada mainstream, Roll menegaskan "Suka kami terangkan di sini, Nrocinu sebenarnya bukan band undergound. Kami sebenarnya mengambil cara bergerak sendiri atau lebih dikenali sebagai DIY. Pada asalnya kami membuat demo dan EP sendiri, design sendiri dan kesemua pergerakan secara sendiri yang seringkali digunapakai oleh band underground. Cara kami sahaja lebih kurang sama dengan band undergound akan tetapi muzik kami dari dahulu lagi sememangnya bukan underground. Kami suka cara DIY kerana cara begini kami berasa lebih dekat dengan peminat. Kami juga belajar cara-cara untuk menghasilkan muzik dan menimba ilmu dalam bidang kejuruteraan bunyi. Dengan menangnya Nrocinu di RockUnite, memberi peluang untuk kami maju jauh lebih ke hadapan."

Apabila ditanya mengenai sejauh mana pergerakan underground membantu membentuk NROCINU dan pendapat anda tentang pergerakan yang sedia ada, Roll mengatakan bahawa, "Sekali lagi Bro Sam, kami dahulunya DIY, bukan underground. Mintak maaf Malaysia jika ada yang terasa. Sememangnya DIY banyak memberi ilmu dan manfaat kepada kami. Kami belajar untuk membuka minda dan menghormati kesemua jenis muzik. Kami juga dapat memahami perjuangan band yang bergerak secara underground dan DIY. Dalam pada masa yang sama kami mengambil peluang untuk lebih menonjol ke hadapan di samping berkongsi minat bersama-sama kawan2 yang meminati muzik yang kami bawakan."

Ada orang mengatakan NROCINU adalah anak buah CROMOK dari segi muzik disebabkan rapatnya anda dengan konsep asal CROMOK termasuklah nama NROCINU yang diterbalikkan menjadi UNICORN iaitu sebuah lagu dari CROMOK. Roll menjelaskan, "Cromok sememangnya di antara salah sebuah band idola kami di samping band-band lain yang banyak memberi pengaruh kepada Nrocinu seperti FTG, Sil Khannaz, Metallica, Hammerfall, Megadeth, Yg Wie Malmsteen, Paul Gilbert, Metalasia dan lain-lain. Formula yang kami gunakan kemungkinan sama seperti yang Cromok gunakan iaitu mengambil idea dari lagu-lagu melayu asli lama lantas elemen-elemennya dimasukkan ke dalam lagu yang di cipta. Tak percaya? Try la. Hehe ... Sememnmgnya nama Unicorn itu datang dari minatnya kami terhadap band Cromok di satu ketika dahulu sewaktu dibangku sekolah lagi. Akan tetapi penjelasan sebenarnya nama tersebut dipilih kerana keunikan Unicorn itu sendiri yang bertanduk satu, berwarna putih. Melambangkan keunikan, kesucian dan penuh dengan misteri yang susah untuk dirungkaikan. Terbaliknya nama unicorn kepada NROCINu atas alasan terlalu banyak band di Malaysia ini menggunakan nama unicorn. Dengan terbaliknya nama tersebut kepada NROCINU, maka amat ganjil nama band kami dan langsung tidak menyerupai nama mana-mana band bukan sahaja di Malaysia, malahan diseantero dunia."



Ditanya mengenai ssu Black Metal menjadi penghalang kepada pemuzik Metal untuk bergerak, Roll menyatakan, "Tiada banyak yang boleh diperkatakan tentang isu ini. Sememangnya kita tidak dapat menghalang orang yang bersifat ekstrimis tidak kira dalam apa jua keadaan pun. Yang penting kita tahu di mana kita berada dan apa yang kita mahukan dalam muzik."

Bolehkan NROCINU menjadi sumber pendapatan utama atau adakah ianya sebagai part-time job? "Jika diikutkan sememangnya boleh dijadikan sumber pendapatan utama sekiranya betul gaya perjalanan muzik dan pengurusan band Nrocinu. Akan tetapi kami memilih untuk mengambilnya sebagai side-income. Ini kerana kami masing-masing mempunyai pekerjaan masing-masing. Di samping itu Roll (guitar/vocal) yanbg baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik pada tahun lepas (seminggu sebelum kejuraaan RockUnite), ingin membina dan memulakan kerjayanya di dalam bidang tersebut."
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kegagalan bukanlah kehancuran, malahan lebih banyak kegagalan yang anda tempuhi, semakin anda menghampiri kejayaan. Yang penting usaha dan terus berusaha.Majulah muzik metal di Malaysia! Nantikan kemunculan NROCINU di dalam tahun 2007 yang pasti akan lebih menghangatkan lagi industri muzik tanah air Malaysia. Yeah!"