Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, June 05, 2014

Bersembang mengenai sustainability


Saya berada di dalam persidangan ICCOEE. Tema untuk persidangan kami adalah INNOVATIVE SUSTAINABLE FUTURE: MYTH OR REALITY? Dan dalam satu sesinya, kami telah adakan forum dengan tajuk yang sama. Panelis terdiri daripada Prof. Ir. Dr. Pieter van Gelder (Faculty of Technology, Policy and Management, Delft University of Technology, The Netherlands), Prof. Priyan Mendes (Department of Infrastructure Engineering, The University of Melbourne, Australia) dan AP Ir Dr Mohd Shahir Liew (Department of Civil Engineering, UTP).

Untuk definisi SUSTAINABILITY, silalah ke wiki. Ia adalah subjek yang luas dan melitupi kehidupan manusia keseluruhannya. Di dalam dunia akademik, ini adalah topik hangat. Majoriti ahli akademik , menyokong langkah-langkah untuk merealisasikannya.

Semasa sesi forum tersebut, panelis telah memberi pandangan dan idea mengenai isu ini berkaitan dengan dunia kejuruteraan awam. Tetapi oleh kerana ianya adalah subjek yang luas, maka tidak dapat lari daripada isu semasa.

Setelah berakhir sesi forum, diadakan sesi soal jawab. Beberapa ahli akademik telah bertanyakan soalan. Saya adalah salah seorang daripadanya (extract):

"I did my PhD in Adelaide, Australia. It was a nice country. However, there were few things that terrifies me when I was there. One of it was when I received my electricity bills and when I want to put petrol in my car. I was made to understand that there are no subsidy given for these natural resources and that is why the price is so expensive, in comparison to Malaysia where they are subsidised. As you know, Malaysia is a land of subsidies. Now my question is, what is the relationship between subsidies and sustainability?"

Prof van Gelder menjawab dengan berseloroh, "How much do you pay for a liter of petrol here? In Netherlands, it is 2 Euro per liter. To fill up a car, it will cost me about 100 Euro. Not only there are no subsidy in petrol, it is also HEAVILY taxed. On the electricity, average we pay about 20,000 Euro annually for it."

Jawapan dari Prof Mendes pun dalam lingkungan yang sama. Maksudnya, tiada subsidi.

Menariknya, walaupun mereka terpaksa membayar dengan harga yang mahal, mereka tidak menyokong subsidi. Kerana subsidi tidak menyebabkan sustainability. Ia membuatkan pengguna menjadi complacent. Dengan lain kata, pengguna tidak merasakan bahawa natural resources ini adalah PENTING.

Walaupun begitu, insentif adalah penting untuk menjayakan agenda ini. Contohnya menurut Prof Mendes, kerajaan Australia memberi insentif kepada rumah yang mahu membeli solar panel untuk rumah mereka (rebat dan sebagainya). Sekarang, kebanyakan rumah di Australia ada solar panel ini. Selain dari rebat, setiap rumah juga MENJUAL kembali lebihan tenaga elektrik kepada syarikat pembekal.

Prof van Gelder menambah, pada tahun 60an, sungai-sungai di Netherlands adalah sangat tercemar hinggakan tiada ikan yang dapat hidup. Udara juga sangat kotor. Tetapi apabila agenda sustainability direalisasikan, sekarang ikan hidup aman damai di dalam sungai yang sama. Udara pun sangat bersih sekarang.

Dengan sebab petrol harga yang tinggi di Eropah, syarikat kereta di sana terus menerus berusaha untuk menjadikan kereta keluaran mereka jimat petrol atau menggunakan kurang petrol.

Ideanya adalah apabila harga natural resources ini mahal (kerana ikut harga pasaran), ekonomi akan berusaha membaikinya dengan teknologi baru untuk penggunaan yang efisien atau mengurangkan penggunaannya. Ini adalah kerana natural resources adalah sumber yang finite (terhad).

Pagi tadi semasa bersarapan, saya bersembang dengan rakan sekerja saya senior dalam bidang water resources and distribution. Kami bersembang mengenai hal ini. Beliau mempraktikkan sustainability ini dalam rumahnya. Itu adalah langkah proaktif yang dilakukannya. Dalam hal NRW, beliau telah menukar paip di sekitar rumahnya untuk mengelakkan hal NRW berlaku.

Saya katakan kepada beliau, sebagai seorang ahli akademik yang senior dan mempunyai pengalaman yang luas dalam subjek sustainability, beliau patutnya menulis tentangnya. Bukan menulis paper technical, tetapi menulis blog. Supaya idea and aspirasi sustainability ini dapat dibaca oleh orang awam. Supaya idea ini walaupun tidak dilakukan secara menyeluruh (polisi) tetapi dapat dicontohi oleh mereka yang proaktif.

Sebabnya, orang awam tidak faham apakah sustainability ini dan kenapa ia adalah SANGAT penting untuk jangka masa panjang. Subsidi boleh dilakukan untuk jangka masa pendek tetapi ia akan memudaratkan untuk jangka masa panjang.

Sebenarnya, kesan buruk jangka masa panjang subsidi kepada natural resources ini sudah pun mulai dirasai. Namun ia masih belum terlambat untuk mengelakkan ia menjadi lebih buruk.

Minggu depan insyaAllah, saya akan membantu beliau untuk membuka blog beliau supaya beliau dapat menulis untuk bacaan orang awam. Pengalaman dan kepakaran beliau dalam subjek ini tidak sekadar "mati" di dalam conference dan jurnal yang tidak dapat dibaca oleh orang awam. Ini adalah masanya, pakar dan ahli turun padang. We should no longer be complacent.

Saya bersama seorang pengumpul kronik lanyard (bergurau). Kami adalah penyokong sustainability.

7 comments:

speedrider said...

tak faham kebanyakannya. tapi last picture is nice.

metal brain asylum said...

good topic doc .

Ijau D. Koceng said...

yup... sustain tetap sustain

deaf-angel said...

every country have to start somewhere..

kedai hijau said...

SUSTAIN. bab sumber manusia pun kena sustain. kan?

karl said...

Idea hidup tanpa subsidi demi sustainability (kebolehkekalan?) memang ideal. tapi harga mahal yang perlu dibayar tu nanti bukan sekadar petrol & bil utilities je. harga barang makanan, perkhidmatan, pengangkutan semuanya akan jadi mahal. dengan struktur ekonomi sekarang,mampu tak setiap individu dalam negara untuk tanggung kos tinggi tu nanti? kena ada mekanisme untuk compensate masalah tu pulak.

Dr. Bentara said...

karl,

Soalan anda merujuk kepada kecekapan pihak berkuasa dalam menerajui keperluan sustainability ini.

Jika tidak cekap, tidak bermakna kita sama tidak boleh cekap. Kita kena cekap ikut kapasiti sendiri.