Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, March 06, 2014

Ulasan: MALEX Khayalan Illusi Promo CD


MALEX bukanlah nama yang asing sangat cuma anda perlu menggeledah sikit kerana radar saya berkisar pada muzik Black/Death Metal. Sedangkan MALEX adalah sebuah band power/speed metal. Sepertimana kebiasaan band power/speed metal, MALEX menjanjikan kerja gitar yang over-the-top.

Dan itulah yang menjadi fokus album ini, jari-jemari ex-gitaris ACES, Malik yang berlari dari fret paling atas hinggalah fret paling bawah. Ini tidak akan mengecewakan gitaris yang beraspirasi untuk menjadi shredder. Pada masa yang sama, sense-of-melody juga tidak dilupakan. Melodi yang menangkap dan korus-nyanyi-bersama menjadi inti utama.

Tujuh buah lagu yang ditawarkan menepati citarasa peminat muzik sebegini. Khayalan Illusi, Hidup dan Tangisan Hujan merembeskan adrenalin di dalam badan. Yang beraspirasi dengan gitar, lantas memainkan air-guitar ataupun mula mencari scale solo yang dimainkan. Yang beraspirasi untuk menjadi vokalis, terus mencuba suara sendiri untuk mencapai pitch yang dilaungkan oleh vokalisnya, Rahmat.

Walaupun balancing kepada semua instrumen agak setara tetapi produksinya pula agak tenggelam. Saya tidak pasti samada ini disengajakan disebabkan label "promo" yang diberi kepada saya sebagai salinan ulasan. Saya pasti ini kualitinya boleh dibaiki sekali ganda kerana ia dirakam di studio lagenda Singapura, TNT Studio.

Dari satu perspektif, MALEX memenuhi satu ruang sub-genre muzik metal tempatan yang kurang diberi perhatian, iaitu power/speed metal dan untuk itu, kita merasa teruja. Seperti yang kita tahu, muzik sub-genre memerlukan tahap permainan instrumen yang advanced. Tetapi dari satu perspektif yang lain, sub-genre ini sudah terlalu tepu jika dilihat secara global. Selain dari otai Helloween, Gamma Ray, Stratovarius, Rhapsody dan sebagainya; pengasingan dari segi identiti amat sukar untuk dibuat; balik-balik akan kembali pada band otai tersebut. Dan inilah yang menjadi mimpi ngeri bukan sahaja kepada MALEX tetapi band seumpamanya.

Namun, sekira-kira saya sudah muak dengan muzik black/death metal tempatan dan berkira-kira mahu mencuba pitch vokal saya dengan lirik Melayu, CD ini pasti akan dipasang.

Dijual pada harga RM25 sahaja. Segala pertanyaan dan pembelian sila emel: muzikbox@hotmail.com atau menulis ke alamat: Muzik Box Production, P.O.Box 96, Pejabat Pos Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor.

3 comments:

Adi Herman said...

Oic, rupanya bro Fadel Muzik Box yg jual cd ni...

deaf-angel said...

Dalam koleksi aku, malex euphoria, euphoria 2, wira kosmo, and aces lp, takes pride of place. They deserve more credit.

Ijau D. Koceng said...

dalam proses...