Saya berkesempatan menjadi pemeriksa luar (external examiner) bagi dua pelajar MSc di bawah bimbingan Dr Airil Yasreen (http://airilsametok.blogspot.com/) di UTM Skudai. Ini adalah pengalaman pertama menjadi pemeriksa luar. Boleh kata gementar juga kerana saya perlu memberi komentar yang bernas kepada pelajar supaya tesis beliau dapat diperbaiki.
Juga gementar kerana apa yang keluar dari mulut saya juga diperhati oleh pemeriksa dalam, chairman dan supervisor yang juga bersama mengikuti viva voce tersebut. Mereka dari segi akademiknya lebih layak dan tinggi dari saya!
Dengan lain perkataan, bukan saja pelajar yang gementar, saya pun turut gementar!
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Saya telah meluluskan kedua-dua pelajar tersebut dengan syarat pembetulan minor. Mereka sebenarnya deserved untuk lulus disebabkan menariknya penyelidikan yang mereka lakukan.
Layanan dari pihak UTM pun sangat baik. Saya harap hubungan ini berterusan untuk masa akan datang.
L to R - Pengerusi, Pelajar, Pemeriksa Dalam, Saya dan Dr Airil Yasreen. |
Dr Airil Yasreen, Pelajar dan saya. |
6 comments:
palajar macam sebaya aje...
Mencabar jugak kerja ni yer...
Dah macam grup acapella plak..heheh
Post a Comment