Who is Yus?
HiFi Tech since 1992Guitars & Amplifiers Tech since 1999.
Started Teaching since Jan 2000,
Covering basic to modes understanding,
Rockschool tutor since 2006,
Loves Electronic, Music & Tools.
Dia ada blog sebenarnya http://yustech.blogspot.com/
One of the honest guitar-tech guy around.
Saya menghantar gitar GIBSON Explorer yang seingat saya, sudah lebih 3 tahun tidak digodek oleh guitar-tech. Kerana sudah terpikat dengan gaya kerja dan cerita-cerita beliau di dalam blog, saya mengambil keputusan untuk mencuba khidmat beliau.
Kedai (bengkel) beliau bersahaja, menumpang studio jamming yang dibawahnya ada bengkel kereta (atau motor?). Diwar-warkan oleh beliau akan kecil dan 'bersepahnya' ruang kerja beliau. Saya perhatikan sendiri, tidaklah begitu. Selain dari meja kerja yang bertaburan tools, lainnya OK. Gitar untuk dikerjakan beliau tersusun baik. Ini sudah cukup menunjukkan bahawa beliau 'menghormati' gitar yang dihantar, walaupun sekadar cap ayam.
Lebih kurang 3 minggu kemudian saya kembali untuk mengambil gitar tersebut. Oh ya, gitar saya tiada masalah besar cuma sekadar intonasi lari pada beberapa fret. Beliau membetulkannya, mengganti tali gitar dan polish body. Polish body itu adalah ekstra tanpa bayaran ekstra. Fizikal gitar memang agak terbiar dan saya membiarkannya begitu. Samada beliau melakukannnya untuk menghabiskan masa bosan berseorangan di dalam bengkel atau memang sifat prihatin suci yang hadir dari hati, itu bukanlah masalah. Saya berterima kasih atas kerja ekstra tersebut.
Saya menghabiskan masa hampir sejam bersembang gitar dengan beliau. Saya tiada soalan ujian untuk beliau kerana saya memang tidak mahir dalam hal gitar. Tetapi saya membawa borak kami ke arah menerbit idea-idea baru yang mungkin bermanfaat dalam industri penggitaran negara.
Pengalaman kerja beliau selama 7 tahun dalam bidang elektronik dan 11 tahun dalam bidang penggitaran sudah cukup membuktikan kredibiliti beliau. Cuma suka saya syorkan untuk ditambah dengan metod dan olahan yang lebih saintifik walaupun tidak memerlukan ijazah diploma atau sarjana muda. Saya memerhatikan sedikit masalah dalam menafsirkan ayat manusia untuk diterjemah ke dalam bentuk analog ataupun digital. Ia memerlukan olahan fizik dan matematik. Tetapi mungkin saya agak melampau, kerana kebanyakan pemain gitar peduli apa dengan semua itu hahaha...
Ditambah dengan humbleness dan frankness beliau dalam mengkomen, saya berasa beliau layak dengan kerja beliau. My certificate of approval goes to this cool dude. Hopefully he will not turn back to an asshole he was a few years ago hahaha...
3 comments:
xde kena cas tukar switchcraft input jack? :)
Tidak dapat tukar,sememang Switchcraft dan CTS.hahaha
Salam. Jenis "a**h**e" yang bagaimana orangnya dulu ye? Terima kasih!
Post a Comment