Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka 55



Ramai yang mungkin tak faham apa erti kemerdekaan. Ramai juga yang mengaku faham tetapi sebenarnya tak faham.

Golongan ini adalah saya dan anda yang tidak pernah merasa zaman sebelum kemerdekaan. Ada beza orang yang berada pada zaman itu dan pada yang tidak. Ada beza orang yang pernah merasa durian dengan orang yang tidak pernah tetapi sekadar mendengar cerita sahaja.


Paling hampeh kemerdekaan disandarkan kepada parti politik mana yang mengucapkannya (pemerintah mahupun pembangkang). Untuk mereka ini sambutlah salam jari tengah saya kepada anda!



Thursday, August 30, 2012

Filem: Altered States (1980)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook! 

*******************

http://www.imdb.com/title/tt0080360/

Di negara kita, cendawan samada menyebabkan kekenyangan atau kematian. Tiada terjumpa lagi cendawan yang menyebabkan khayal (ikut pengalaman saya). Dalam filem ini, cendawan dari Mexico menyebabkan khayalan menjadi realiti yang mengujakan seorang Profesor melakukan satu kajian untuk mencari The Absolute Truth. Ini adalah psychedelic!

Filem pertama lakonan Drew Barrymore sebagai seorang anak kecil.

SKOR: 8/10

Wednesday, August 29, 2012

Filem: Get the Gringo (2012)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!
**********************


http://www.imdb.com/title/tt1567609/

Filem yang menaikkan kembali nama Mel Gibson? Mungkin juga sekiranya kita dapat melupakan terus perangai-perangai rasis beliau (dan sesi mabuk tak ingat tempat). Filem ini low profile. Logiknya kurang. Dan watak beliau tidaklah seberapa sangat.

SKOR: 6/10

Wordless Wednesday: Mama dan Papa

 Sudahkah anda mendoakan untuk Mama dan Papa anda?

Tuesday, August 28, 2012

Filem: Goon (2011)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!
**********************


Dikategorikan sebagai filem komedi, saya katakan black comedy. Humornya bersahaja tetapi disebabkan karektor Sean William Scott dikehendaki begitu iaitu, kelakar bukan dipaksa. Didasarkan atas kisah benar liga hoki ais yang penuh dengan keganasan. Tak sangka juga filem ini baik sekali.

SKOR: 8/10

Baraan




Seperti tahun-tahun sebelumnya, masyarakat di Sabak Bernam biasanya akan mengadakan aktiviti "baraan" iaitu ziarah semua rumah di sekitar kariah sesebuah surau/masjid. Untuk kampung saya, ia dibuat pada Hari Raya ke-2.

Syaratnya, rumah yang hendak diziarah mestilah ada wakilnya dalam baraan ini. Jika tidak, rumah anda akan ditinggalkan tanpa ziarah.

Saya dan adik mengambil bahagian secara berganti-ganti kerana rumah yang hendak diziarahi melebihi 50 buah dari awal pagi hingga ke petang. Dan setiap rumah biasanya ada juadah hari raya. Bayangkan!

Monday, August 27, 2012

Ulasan: PUTREFIED REMAINS Eerie Spread The Hate


PUTREFIED REMAINS adalah sebuah band baru berasal dari Kampung Gajah, Perak tetapi dianggotai sebenarnya oleh otai-otai scene Metal tempatan. Yang menarik sedikit tentang otai-otai ini ialah sebahagian mereka tidak pernah terlibat dengan band (atau band yang tidak pernah diketahui wujudnya sebelum ini). Ini mungkin memberi sedikit variasi kerana idea mereka tidak direalisasikan. Namun begitu ini bukanlah santapan kepada mereka yang mahu mendengar breakthrough dalam muzik Black/Death Metal kerana awal-awal lagi mereka menyatakan bahawa ini adalah homage kepada band seangkatan dari Greece terutamanya Rotting Christ, Thou Art Lord dan Varathron pada zaman awalnya. Memang muzik sebegini pernah melanda negara (yang sudah lama reda) tetapi ini adalah sedikit update dari zaman tersebut dengan sistem rakaman digital yang lebih baik yang menghasilkan produksi yang lebih baik walaupun kesemuanya dilakukan di dalam sebuah bilik sunyi jauh ke dalam Kampung Gajah. Apa yang anda pernah cinta dan rindu tentang ketiga-tiga band Greece tersebut dinatijahkan di dalam EP ini. Ianya seolah-olah lagu-lagu terakam berbelas tahun dahulu yang dijumpai kembali oleh Sakis di dalam stor beliau. Walaupun ini adalah sekadar penghormatan kepada 3 band tersebut tanpa membawa apa-apa pembaharuan, ini tidak bermakna ia perlu disisihkan hatta mana tahu di zaman pembaharuan-bermakna-retro ini, Putrefied Remains mungkin dapat pergi lebih jauh dari sekadar EP ini sahaja. Jika ada yang tidak puas dengan 3 lagu dalam EP ini, bahkan sudah diwar-warkan album penuh sudah dalam proses rakaman untuk rilisan pada awal tahun 2013.

Sunday, August 26, 2012

Filem: The Raven (2012)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

Juga jangan lupa untuk join MOVIE ADDICT di facebook!

**********************


http://www.imdb.com/title/tt1486192/

Pernah membaca buku Edgar Allan Poe? Ini kisah fiksyen mengenai hari-hari terakhir beliau yang dilakonkan oleh John Cusack. Ceritanya mimik kepada filem Copycat dan Scream 4, cuma kali ini tulisan Poe menjadi inspirasi.

SKOR: 6/10

Friday, August 24, 2012

Tazkirah Ramadan terbaik


Saya bukanlah peminat sangat tazkirah Ramadan. Komplen saya ialah biasanya tazkirah ramadan dibuat antara tarawih atau sebelum witir. Ia mengganggu mereka yang mahu menyelesaikan solat bersama imam (ada fadhilatnya) - lambat. Keduanya, most of the time, tazkirahnya banyak cerita lawak dari meningkatkan iman.

Jangan salah sangka, banyak kebaikan juga tazkirah ni terutama pada mereka yang jahil yang datang beribadat di masjid/surau hanya pada bulan Ramadan. Luar Ramadan, memang tak jumpa punya di masjid/surau. Namun malam Ramadan patut dipenuhkan dengan solat, bacaan al-Quran dan doa (pendapat saya). Mencari ilmu ada 11 bulan lain.

Tetapi tazkirah yang dibuat di Masjid Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar lain pula. Saya diberitahu, antara 4 imam dilantik di situ, hanya seorang (gambar atas) yang membuat tazkirah iaitu selepas selesai witir. Tak ganggu mereka yang datang yang objektifnya hanya untuk solat bersama imam. Rasa tak free, boleh balik je. Saya join untuk ambil manfaat malam tu.

Topiknya pun bagus. Imam menegur tentang cara solat yang salah di kalangan makmum. Antaranya, melakukan sesuatu mendahului imam contohnya apabila menyebut Amin, ada makmum yang membuka mulut dahulu sebelum imam menyebutnya. Sebutan Amin pun selalu salah. Sepatutnya Aaa dua harkat dan Min empat harkat sedangkan amalan umum terbalik yang salah.

Yang keduanya, bersedekap ketika qiam dengan kecenderungan siku ke belah kiri (rusuk). Beliau kata, dia tak tak tahu kenapa dan dari mana asal ini dalam masyarakat Melayu. Pelik katanya. Banyak-banyak cara sedekap yang berdalil, cara yang tak berdalili ini juga yang dipilih oleh orang Melayu.

Akhir sekali, beliau berkata, jangan risau dengan pelbagai bentuk dan gerakan Islam yang ada sekarang dengan pelbagai nama. Label itu tidak penting. Yang penting adalah, selagi mereka ini berdalilkan atas al- Quran dan Sunnah, tiada masalah mengikutnya. Pada saya ini adalah statement terbaik!

Tazkirah sebegini yang sepatutnya dibuat. Tegur makmum yang salah kerana memang pada banyak ketika makmum perlu ditegur dengan "tamparan" di muka sekali sekala.

Juga tazkirah yang tidak mengganggu hajat makmum yang pelbagai, yang datang pada tarawih dan witir Ramadan.


Thursday, August 23, 2012

Eid Mubarak 2012



Kepada pembaca setia (dan tak setia) blog Krenmaut (the great), saya ingin mengucapkan Eid Mubarak kepada anda! Maaf zahir batin.

Ucapan ini lambat disebabkan di kampung saya line internet super slow. Dan saya tidak suka mengucapkannya ketika Ramadan masih berjalan.

Wednesday, August 22, 2012

Filem: 21 Jump Street (2012)

Untuk ulasan-ulasan yang terdahulu, sila layari http://wayanggambar.blogspot.com. Saya membuat keputusan untuk menutup blog tersebut kerana kurang sambutan/pageview.

**********************


http://www.imdb.com/title/tt1232829/

Asal siri TV ini bukanlah komedi tetapi untuk filem ditukar menjadi laugh-out-riot. Kita kenal siapa Jonah Hill dan apa kesan lakonan beliau terhadap filem komedi. Saya mengulangi babak mabuk pil kedua-dua karektor utama ketika disoal guru - memang berguling gelaknya.

SKOR: 7/10

Tuesday, August 21, 2012

Ulasan: OBITUARY The End Complete


Walaupun tidak sehebat dua album awalnya tetapi album ini telah membeliakkan mata kita dengan jualan sebanyak 550,000 unit dan tshirt yang terjual adalah paling banyak dalam sejarah syarikat rekodnya, Roadrunner. Kenapa kurang menarik dari dua album sebelumnya adalah kerana novelty album pertama sudah tiada dan juga album kedua dibantu oleh gitaris hebat, James Murphy yang banyak memberi warna kepada lagu-lagu di dalam album kedua. Mungkin yang boleh dijadikan hujah adalah album ini seakan menjadi cap pengenalan kepada muzik Death Metal acuan Obituary kerana album-album seterusnya tidak akan lari jauh dari album ini. Obituary sudah mahir dengan seninya dan berkubu dibelakangnya. Sebab itu kita hanya akan jumpa satu Obituary. Mana-mana yang cuba meniru akan cepat dikenali. Terima kasih kepada vokalnya John Tardy, salah satu vokalis Death Metal yang pasti dikenali dengan satu sebutan growl saja. Terima kasih juga kepada lagu nukilan Peres dan adik beradik Tardy yang berjaya menjadi lagu-lagu mereka satu brand seperti AC/DC dan Dismember.

Thursday, August 16, 2012

I will not...

Kadang-kadang kita perlu kembali ke zaman sekolah walaupun berada di menara gading.



Tuesday, August 14, 2012

Guna facebook untuk pembelajaran

Galakan dari Menteri DI SINI.

Di kebanyakan universiti, mereka menggunakan sistem e-learning untuk membantu sistem pembelajaran. Biasanya e-learning digunakan untuk membuat pengumuman, meletakkan file untuk didownload oleh pelajar dan sebagainya.

Sejak Datuk Seri Khaled memberi galakan menggunakan facebook, saya terus meninggalkan e-learning. Hasilnya sangat positif. Antaranya:

1. Penyertaan pelajar dalam diskusi bertambah berkali-kali ganda.
2. Setup yang mudah berbanding dengan e-learning.
3. Tiada masalah downtime.
4. Pelajar lebih masa mengadap facebook jadi mudah untuk mendapatkan perhatian mereka dari e-learning.

Cuma mungkin ada beberapa options dalam facebook yang belum dapat dibuat seperti online quiz, survey dan sebagainya. Kalau facebook bijak, mereka akan ambil idea ini dan bikin satu app khas untuk interaksi pelajar-pengajar seperti e-learning. Mungkin juga ada apps developer yang membaca nukilan ini sanggup menyahut cabaran ini?

Lagi satu masalah ialah kemungkinan facebook tidak dibenar dilayar ketika waktu pejabat. Maknanya, idea Menteri dan tindakan universiti itu tidak selari.

Saturday, August 11, 2012

Juara SEDEX 30

Kumpulan Engineering Team Project (ETP) saya memenangi pingat emas. Tahniah kepada mereka. Projek mereka ialah SMART IRON yang menggunakan mekanisme mudah untuk mengelakkan kain terbakar ketika menseterika baju ketika seterika ditinggalkan atas sebab-sebab kecemasan.

Sudahlah menang pingat emas untuk ETP, best presenter pun jatuh kepada group kami!

Tahniah berganda kepada mereka dan saya juga ;)


Official SEDEX 30 blog.

Friday, August 10, 2012

The Effect of Saltwater to the Strength of Fibre Reinforced Polymer (FRP) Plated Steel Member

The uses of Fibre Reinforced Polymer (FRP) for strengthening and repair of structures is becoming more established due to  high strength and lightweight properties. However, the bond behaviour of FRP materials to steel structures in offshore environment is quite different from that of onshore due to the existence of corrosion activities. Results on preliminary test  showed the strength of deteriorated steel members increased when FRP is used in offshore environment. The subject of this paper is to investigate the effect of the corrosion activity in the offshore environment to the strength of FRP-to-steel. The experimental program consists of the development of the test specimens, the simulation of saltwater in controlled environment and the pull test conducted in the laboratory. The results indicate that the mode of failure of the FRP is brittle and the ultimate load is reduced.

The above article is the abstract of a paper,
 
1.                Raffizee Ibrahim and Ibrisam Akbar (2012) “The Effect of Saltwater Curing For Fibre Reinforced Polymer (FRP) Plated Steel Member” International Conference on Civil,  Offshore  & Environmental Engineering (ICCOEE 2012). Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.

Wednesday, August 08, 2012

Cited lagi... yea...

Dari paper ini


 JG Teng ni memang taiko dan otai subjek ini. Alhamdulillah, ada le makna paper yang telah saya tulis.

Pada perenggan dibawah (notis no 86)


yang mana reference-nya...


notis juga no 84 adalah paper yang sama hahaha... dalam proses editing yang tough pun masih ada kesilapan berlaku.

Tahniah kepada saya!

Tuesday, August 07, 2012

Gitar baru: EDWARDS | E-LP-92CD

stock photo

Specification

BODY
(Top) Hard Maple (Back) Mahogany w/ White; Black Laminating Binding
NECK Mahogany
FINGERBORAD Ebony, 22frets w/ White Binding
RADIUS 305R
SCALE 628mm
NUT Bone (43mm)
INLAY Pearloid Block
JOINT Set-neck
TUNER GOTOH SG301-04
BRIDGE Old Type Tune-Matic & GOTOH GE101Z
PICKUPS (Neck) Seymour Duncan SH-1n, SH-6n(JS)
(Bridge) Seymour Duncan SH-4, SH-6b(JS)
PARTS COLOR Gold
CONTROLS Neck Volume&Tone, Bridge Volume&Tone, Toggle PU Selector
PRICE 96,600yen (Include Tax)

Saya membelinya dengan harga 2nd hand. Baru tak mampu tu. Dengan pembelian gitar ini tamatlah riwayat bonus gaji ;)










Beberapa kali menggunakannya dan pernah dibawa untuk sesi jamming bersama DIED, saya masih cuba untuk menserasikannya. Saya main londeh, jadi ada masalah sikit jika solo gitar mahu dilakukan disebabkan ketebalan body dibandingkan dengan GIBSON Explorer yang saya ada. Tetapi permainan londeh itu macho. Cuba lihat gaya dibawah.

setuju?

Maka saya berazam untuk menserasikan bermain dengan kelondehan ini sebaik mungkin kerana saya tidak mahu mengorbankan gaya ;)

Praktis membawa penat.

Monday, August 06, 2012

Ulasan: SCORPIONS Taken By Force CD


1. "Steamrock Fever" (Rudolf Schenker, Klaus Meine) 3:37 -Selepas tiga album dimulakan dengan lagu yang keras dan menampar muka, album ini dimulakan dengan lagu yang lebih radio-friendly dan agak komersil bunyinya.  Melodinya mudah. Untuk peminat yang sensitif dengan perubahan ini pasti akan berasa sedikit kecewa. Tidak hairan juga kerana ini adalah album terakhir Uli Jon Roth bersama Scorpions. 6/10

2. "We'll Burn the Sky" (Schenker, Monika Dannemann) 6:26 -Pelik juga apabila didapati pencipta lagu ini adalah Monika (yang bakal menjadi isteri Roth) sedangkan Roth sendiri tidak masuk campur dalam menulis lagu ini. Tetapi seolah-olah Roth membayangi Monika, sentuhan dan aura Roth agak jelas kedengaran.  Lagunya menggabungkan bahagian meleweh dan rancak dengan melodi klasikal. Solo Roth juga begitu menusuk kalbu. Namun begitu, terdapat kekurangan yang menyebabkan ianya agak hambar antaranya, ketiadaan klimaks baik dari struktur lagu mahupun solo Roth. 8/10

3. "I've Got to Be Free" (Roth) 4:00 -Lagu ini sinikal. Roth meluahkan perasaan beliau yang dirasakan dibelenggu dengan hala tuju Scorpions ke arah muzik hard rock yang lebih komersil sedangkan beliau mahukan eksperimentasi dan klasikal. Juga Roth membuktikan bahawa beliau juga membikin lagu hardrock komersil seperti yang dikehendaki tetapi dengan ulitan yang sukar didapati waktu itu. Namun persoalan yang timbul adalah tidakkan Klause Meine perasan bahawa lirik yang beliau nyanyikan adalah ketidakpuashatian Roth terhadap  Scorpions? 7/10


4. "The Riot of Your Time" (Schenker, Meine) 4:09 - Lirik lagu ini berkenaan dengan firasat mereka bahawa seorang raja rock yang lahir pada tahun album ini dirilis yang kemudiannya pada tahun 1995 akan menakluki dunia (dengan muzik atau senjata, saya tidak pasti). Nyata firasat ini sekadar firasat tetapi mahu juga kita selidik siapa beliau ini, tidak begitu? Lagu ini meneruskan kesinambungan lagu Steamrock Fever yang agak hambar. Jika tidak kerana lirik menjadi penyelamat, sudah pasti kita akan mengelak untuk mendengar lagu ini. 6/10


5. "The Sails of Charon" (Roth) 5:16 -  Roth sebenarnya mahu menyimpan lagu paling gempak untuk album terakhir agaknya? Lagu ini terlampau sedap, mengasyikkan dan membuka ruang-ruang baru terhadap orientasi genre rock dan metal. Sungguh phenomenal! Bukanlah sebelum ini tidak pernah ada inidividu dan band rock lainnya yang menyuntik elemen padang pasir dan phrygian dalam lagu mereka tetapi gaya yang dibentuk oleh Roth dan Scorpions dalam lagu ini membuatkan hati kita tersentap pada pendengaran pertama. Ia melekat. Ia juga menyerlahkan lagi kehebatan Roth tentang apa yang boleh dilakukan dan dibentuk oleh beliau untuk muzik hardrock. Ini adalah lagu wajib untuk mereka yang mahu berjinak-jinak dengan Roth untuk dinilai. 10/10


6. "Your Light" (Roth) 4:31 - Akur dengan hala tuju Scorpions, Roth sekali lagi membikin lagu yang agak komersil pada pendengaran kita. Namun stamping Roth pada album ini tidak boleh dinafikan dengan chording dan progression riffs yang luar dari tempurung kebiasaan. Namun ia tetap tidak boleh mengubati peminat beliau yang mahukan elemen klasikat dan psychedelic, hatta mungkin yang mahu Roth sendiri menyanyikan lagu yang diciptanya. 7/10


7. "He's a Woman - She's a Man" (Schenker, Meine, Herman Rarebell)3:15 - Sedang Roth meninggalkan jejak dan cap jari beliau untuk album terakhir ini, Schenker dan Meine mula menampilkan maksud hardrock Scorpions versi baru dalam album ini. Lagu ini adalah blueprint lagu-lagu Scorpions berentak hardrock untuk album seterusnya tanpa Roth. Bahkan jika diletak lagu ini untuk album Lovedrive (1979) pun tidak mengapa. Dikatakan lagu ini dibenci oleh Roth bukan kerana lagunya tetapi liriknya yang androgyny dan mungkin juga ada serbuk pro-gay, hasil pena drummer baru, Herman Rarebell. Tetapi jika ditolak kesemua elemen ini, lagu ini sebenarnya menarik dengan melodi dan struktur yang menampar muka juga. 9/10


8. "Born to Touch Your Feelings" (Schenker, Meine) 7:40 - Lagu balada yang melebihi 4 minit sudah tentunya bukan lagu balada kebiasaan. Pasti ada kepelikan. Begitulah sifat lagu ini. Peliknya Roth tidak masuk campur dalam pembikinan lagu ini tetapi kebanyakan tandatangan dan pe'el Roth wujud. Mungkin ini lagu selamat tinggal kepada beliau? Tidak dapat dipastikan tetapi lagu ini antara yang menarik selain menjadi satu-satunya lagu balada rock dalam album ini. 9/10

Grill BBQ set hose

Merujuk kepada pos INI dua rakan blogger bertanya bagaimana hose ditukar mengetahui yang hose asal dari Australia tidak muat dengan tong gas kita. Mudah saja. Saya potong hose di kepala asal dan menukarnya kepada kepala Malaysia.

Sebelum pakai, check supaya tiada leaking pada sambungan.

Sedangkan pada hujung yang lagi satu lebih kritikal kerana ia berkait dengan sambungan di dapur grill yang lagi payah untuk diadjust. Maka ia patut dikekalkan.


Segala modifikasi adalah atas risiko sendiri. Kalau ada kesempatan berkunjung ke kedai BBQ di Kuala Lumpur, saya akan beli hose connector yang diiktiraf.

Wednesday, August 01, 2012

Ulasan: ALIAS s/t CD


Nama ALIAS mungkin agak janggal bagi kita, tetapi jika diberi dengar lagu More Than Words Can Say, pasti anda akan berkata, seperti pernah ku dengar ye. Memang pun, lagu tersebut memang suatu ketika dulu (bahkan sekarang dalam radio klasik rock) selalu berkumandang. Bahkan lagu ini telah dianugerahkan "Million-air award" oleh BMI, kerana dimainkan lebih dari sejuta kali di radio. Hebat tak hebat tu.

Malangnya nasib ALIAS tidak dapat diselamatkan dengan satu lagu tersebut. Mereka berkubur selepas album ini (yang juga merupakan album pertama mereka - album kedua dirilis pada tahun 2009, 19 tahun selepas album ini). Tahun album ini dirilis, senario muzik sudah berkalih dari Hard Rock dan AOR kepada muzik yang lebih selekeh (grunge).

Namun jika disusuri keseluruhan album ini, kita akan mendapati bahawa lagu-lagu yang lainnya tidaklah menyebabkan kita merasa bosan dengan cepatnya. Cuma kita perlu tune sikit kepala kita kepada tune AOR - juga mengelak apabila fikiran kita mengecam gaya lagu-lagunya yang mirip Bon Jovi pada satu dua tempat.

Untuk mereka yang menjadi hantu zaman ini (awek rambut mengerbang dan gincu berminyak) sudah tentu mahu terjun kembali, walaupun sekadar mengusik memori. Yang pasti lagu More Than Words Can Say akan dimainkan berulang-kali sehingga lunyai gegendang telinga.