Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, August 03, 2011

Temuramah bersama Othman Yusof (Eastern Voice Production)


Walaupun sekarang main download je tetapi masih ada individu yang meneruskan produk DIY di zaman ini. Semangat begini, memang susah nak cari. Apabila jumpa, kita mesti interview, betul tak? Saya pernah berjumpa dengan Othman semasa saya merentasi beberapa bandar di Sarawak atas urusan kerja beberapa tahun yang lampau. Tidak sempat mengenali beliau dengan lebih mendalam tapi, ya, dia seorang manusia (bukan monster), baik hati, senyuman manis yang memikat dan pelbagai lagi yang baik-baik.

Anda orang lama dalam scene Metal Sarawak, boleh imbas kembali cerita asal anda dahulu?
Secara jujurnya aku bukanlah orang lama ataupun berstatus otai dlm pergerakkan u/g scene ni. Tetapi amat bertuah kerana pernah melalui zaman2 kemeriahan dulu-dulu. zaman berutus surat, zine-zine xerox, stuff2 keluaran DIY dubbing tape. Kemudian melalui zaman agak canggih sedikit demi sedikit dgn kemunculan beberapa zine dgn cetakan pro, saluran webzine dan sebagainya.

Pada asalnya EVP mengorak langkah menjalankan distro kecil-kecilan. Bermula kira-kira tahun 2001 tetapi dengan nama lain. Deal secara kecil-kecilan dengan local distro kemudian dengan label2 serta direct dengan editor2 zine dan band dengan niat untuk menyebarkan rilisan2 mereka kepada u/g follower yang sememangnya dahagakan material terkini. Selain daripada itu turut terlibat dengan beberapa projek usaha sama dengan label tempatan atas dasar tolong menolong sesama rakan seperjuangan. Nawaitu utama aku pada masa itu ialah untuk memeriahkan lagi scene u/g yang mana ketika itu bilangan distro di Sarawak boleh dibilang dengan jari.

Idea penubuhan label pula tercetus bagi meriliskan produk sendiri. Dengan rilisnya keluaran pertama iaitu EP Shamanic Rites, maka secara rasminya Eastern Voice Production ditubuhkan iaitu pada 1 Muharram 1427H bersamaan dengan 10 Januari 2006. Dari situlah titik permulaan EVP merangkak hingga ke hari ini.

Apa konsep syarikat Eastern Voice Production ini?
EVP hanyalah label kecil yg berkonsepkan Metal product. Menjalankan aktiviti pengeluaran dan pengedaran rilisan2 local terutamanya.

Bagaimanakah standard deal yang anda buat untuk setiap rilisan?
Kita telah sediakan beberapa opsyen kepada band2 yang berminat utk bernaung di bawah EVP. Persetujuan sebulat suara. Secara detailnya tak payahlah aku nyatakan disini...

Apakah kekuatan dalam satu band yang anda lihat untuk memastikan anda merilis sesuatu dari band tersebut?
Perkara pokok adalah muzik yang berkonsepkan Metal serta kesungguhan band itu sendiri dan beberapa elemen lain. Band kecil atau baru pun kita support!

Ideologi dalam muzik, pentingkah?
Terpulang kepada individu dan band itu sendiri. Aku tak ambil kisah

Di zaman internet dan download ini, berbaloikah apa yang anda buat dengan EVP sekarang ini?
Insyaallah.. berbaloi. Nak sekat aktiviti ni payah, masing2 ada pilihan. Sama mcm zaman dulu jugak, zaman dubbing tape. Yang penting mesej tu sampai, nawaitu dan kepuasan tu ada. Kalau metalhead yang betul2 menghargai karya sesebuah band, mereka akan dptkan yg ori dan dijadikan sebagai khazanah! Tapi takda paksa2 dlam hal ni...

Ada keinginan nak hidupkan zine anda kembali yang bernama?
Sekarang mungkin nawaitu nak continue tu ada tapi nak memulakan tu je problemnya. Mugkin dihidupkan ataupun tak hidup2... hahaha.

Projek/rilisan akan datang?
Terbaru, 23 Julai 2011 kita rilis single band Resurrection yg berjudul Dark Maya. Band yang diterajui oleh Andy Senseless dan rakan-rakannya. Insyaallah ada beberapa rilisan lagi kita cuba akan rilis tahun ini. Kita akan war-warkan kemudian.

Bagaimana dengan persepsi keluarga anda tentang “hobi” anda ini?
Alhamdulillah, tiada halangan. Yang penting jangan abaikan keluarga. Betul tak? Haha

Kata akhir.
Terima Kasih bro Sam kerana sudi interview. Mintak maaf kalau jawapan aku bagi simple. (Aku baru dpt tadi dan terus jawab). Dan tak lupa kepada supporter2 yg tak jemu-jemu sokong EVP. Untuk mengetahui rilisan dan distro terkini boleh melayari www.facebook.com/eastern.voice.production 

1 comment:

darkshahrulez said...

pernah berurusan melalui facebook semasa nak beli stuff2 dari distro dia..