Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, April 27, 2010

Public lecture at UTP by Tun Mahathir : Beyond Vision 2020




Klik untuk imej lebih besar

Pada masa Wawasan 2020 dibentangkan, tiada siapa tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Tetapi dengan harapan ia seperti yang diharapkan.

Realitinya seperti yang kita lihat sekarang, ia sangat berbeza dari apa yang dijangkakan.

Antara lain cara ekonomi dunia yang boleh dimanipulasikan sekarang. 1997/98 dengan cara pertukaran wang. Sekarang dengan manipulasi sektor perbankan. USA bailed-out syarikat gergasi di sana dengan jumlah US$3 trillion. Dari mana US$3 trillion tu datang? Dari bawah bantal? Ianya sekadar sehelai check yang ditulis dengan nilai sedangkan secara fizikal, duit sebegitu banyak tak wujud pun. Secara berseloroh Tun kata, bank berniaga tanpa modal. Out of nothing, they can create money.

Politik. Trend sekarang, negara kuasa besar boleh tukar kerajaan negara yang lemah ikut sesuka hati sesuai dengan kehendak mereka. Lihat saja di Iraq.

Teknologi. Informasi tanpa sempadan. Bayangkan jika seseorang mencipta satu ideologi bahaya yang kemudiannya diadaptasi oleh rakyat sesebuah negara. Dahulu, informasi sebegini boleh disekat kerana datang secara fizikal melalui sekatan kerajaan. Sekarang tidak lagi.

Topik syarahan ialah BEYOND, iaitu selepas 2020, apa akan jadi? Tun kata dia tak tahu dan dia pun dah selamat (masuk kubur) masa tu. Terpulang kepada pemimpin generasi baru untuk menghadapinya.

Wawasan 2020 BOLEH dicapai tetapi langkah-langkah sangat drastik dan radikal perlu diambil sesuai dengan perkembangan drastik dan radikal dunia masa kini dan akan datang. Kalau masih di takuk lama, Wawasan 2020 becomes impossible.

----------------------------------

Ni bukan artikel politik tau. Sekadar menambahkan laporan akhbar dalam sesi syarahan Tun Mahathir yang aku hadiri.

Syarahan beliau agak free-flow. Bersahaja dan diselit dengan humor yang berkaitan. Dari syarahan beliau, kita dapati bahawa concern beliau terhadap Malaysia masih lagi kuat. Walaupun daya usaha beliau sekadar bersyarah tetapi aku percaya banyak manfaat yang kita dapati dari syarahan sebegini.

22 tahun sebagai Perdana Menteri, sudah tentu banyak perkara yang mahu dikongsikan.

Monday, April 26, 2010

Kapal korek di Batu Gajah

Orang Ipoh kalau tak pernah tengok kapal korek depan mata, memang belum true orang Ipoh!

Oleh sebab itu, selepas 35 tahun jadi warga jati Ipoh, semalam baru la sempat nengok depan mata. Tu pun sebab kawan datang dari Penang. Aku dok pikir-pikir mana la nak bawak diorang ni pergi.

Lokasinya tak berapa jauh dari pekan Batu Gajah. Bayaran RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak RM3. Rezeki kami hari tu, tak kena charge pun untuk kanak-kanak. Jimat tu sebab kanak-kanak yang bersama kami berjumlah 4 + 3.

Google dengan tajuk tin dredging mine batu gajah untuk mengetahui lebih lanjut dan lokasi. Aku pakai GPS Nokia N82 pun ada tunjuk jalan.


Entrance...

Information centre. Agak daif. Walaupun receptionistnya cuba memberikan khidmat yang sepatutnya tetapi bilik agak suram. Model agak tidak bermaya. Mungkin kalau lebih interaktif lagi baik.

Tersergam gagah! Satu ketika menjadi kebanggaan negara. Sekarang sekadar memori silam.


Ada sesuatu yang menyebabkan rupanya menggerunkan. Aku terbayangkan bunyi bising dan garau yang merobek gegendang apabila ianya dihidupkan.


Patah kaki. Sebelah bahagian kapal korek ini sudah tenggelam. Mujur ia mencecah dasar lombong, kalau tidak terus tenggelam.

Mungkin satu ketika dahulu, pekerjaan sebagai buruh lombong timah menjadi rebutan setiap pemuda negara. Mungkin juga ramai bakal mertua mencari menantu yang bekerja di sini.


Ianya juga merupakan satu engineering feat! Besar dan gagah adalah satu ciri sedangkan complexity-nya juga merupakan satu ciri lain yang hebat.

Ada sesiapa plan nak buat horror movie berdasarkan suasana kapal korek? Ciri-ciri seram dah sedia ada!


Jalan cerita mudah, sekelompok remaja bercuti dan sedang membuat kajian tentang sejarah Batu Gajah. Antara tempat yang mereka lawati ialah kapal korek ni. Little that they know when they first stepped into this monster... *bunyi seram*


Rupa-rupanya kapal korek ni ialah breeding ground for mutated swamp monster... eeeekkkk!!!


Apapun, memori kapal korek perlu dijaga. Tanpanya, mungkin sejarah Lembah Kinta menjadi hambar (macam tempat-tempat lain, cerita apa yang ada? hehehe...)


Jadi rakyat Ipoh, especially yang BORN IN IPOH! Wajib bawak seisi keluarga ke sini untuk mengenal sejarah!


Dan penggerak seni Ipoh kena buat something related to kapal korek. Siapa lagi?


Jangan biarkan tinggalan sejarah ini terus jadi tinggalan...


Aku dah habis idea nak tulis apa dah...


Awas... security level kat sini virtually zero. Kalau bawak anak-anak kecil, kena jaga mereka betul-betul. Kalau hilang, tercampak masuk dalam lombong, tersepit etc... sendiri tanggung!


Hidup Ipoh!

Hidup kapal korek!

Wednesday, April 21, 2010

Sesi rakaman TRO-NJO-I


Hasilnya adalah sebuah lagu yang bertajuk The Asymptote of Eek-Fee-Tou. Klip lagu boleh didengar di sini :

Thursday, April 15, 2010

Sambungan: Nak menang Battle of The Bands?

Part 1

1. Praktis!
Pastikan yang kita tahu lagu yang kita mainkan inside out. Matlamatnya bukan maukan lagu tu perfect ikut metronome tetapi kita faham setiap segmen. Apabila kita telah faham segmen-segmen yang ada, performance sebagai satu band menjadi lebih cantik. Ini juga akan menghilangkan raut-muka dan body-signal "blur" di atas pentas.

2. Seleksi lagu
Anda di atas pentas pertandingan. Mungkin band anda memang terer. Boleh main odd-time signature, boleh buat calculus dan differential equation dalam lagu-lagu yang anda mainkan tetapi WAKE UP! Anda bukan bermain di hadapan peminat anda tetapi dihadapan hadirin yang mahu enjoy dan judge yang mahu lihat overall performance, interaksi penonton etc. Jadi, pilihlah lagu-lagu yang lebih accessible.

3. Performance
Directly related to #1. Kalau tak praktis lagu, bagaimana nak compliment dengan performance. Kalau dah lagu berterabur, ye tak? Performance tak perlu semua melompat-lompat macam monyet, mahupun buat aksi komedi di atas pentas tetapi penonton tahu yang anda sedang mementaskan sesuatu. At least, you yourself aware that you are PERFORMING. Kalau nak syok khayal sendiri, better main sorang-sorang dalam bilik je.

4. Rock Star, NO!
Your band is nothing, yet. So jangan berlagak macam rock star. Nanti dah femes baru la boleh jadi rock star. Be humble. Sebelum perform, jangan gaduh-gaduh dengan band yang lain. Don't take them down with unnecessary remarks. Itu menunjukkan how insecure you are dan juga HOW DESPERATE YOU WANT TO WIN! Aiseyman, main muzik pasal nak menang competition ke? Mana element "music" itu. Mana element "enjoy" dan "escapism"? Mana elemen "rebel"?

5. Build your fan/friend circles
Kalau anda di dalam sebuah institusi pengajian contohnya, then build your band's reputation. Take note: The crowd reaction to your band onstage juga akan impress the judges! Antara sebab kami menang ialah apabila kami muncul je atas stage, the crowd went havoc! Itu belum start lagi performance!

Lain-lain tu boleh pakai common-sense je. Paling penting, how much do you enjoy playing in a band, MUST BE reflected on stage.

-------------------------------------
Masa final SALEM Recharge tu, the MC was Radhio (OAG). Funny guy. Eventually, based on our rapport on SALEM Recharge tu, dia telah berbesar hati menyumbangkan suara latar beliau for free in one of our song.

One of the comment from the judge was he was impressed with the crowd reactions to our performance. The venue was literally shaken! Add that to the tight performance, confidence and a nice selection of songs... then what will you get?

A winner of course!




Dua lagu yang dimainkan ketika SALEM Recharge


Ku Cemari


Descent of the Fire-Breathed (vokal rockstar absent hehehe)

Wednesday, April 14, 2010

Nak menang Battle of The Bands?

Sukacita dimaklumkan, aku pernah menang pertandingan bakat kugiran. 5 tahun lepas. Anjuran syarikat rokok tersohor - SALEM. Nama pertandingan tu SALEM Recharge.

Masa tu SALEM kempen hisap rokok dengan mendekati mamat jamming seluruh negara. Al-maklum, nak promote dalam TV dan akhbar dah restricted. So diorang buat program hujung minggu, diorang book the whole day dan bagi bands jamming free. At the same time, ada representative yang promote rokok SALEM. Siap ambik gambar lagi.

Aku dengan LANGSUYR masa tu takde niat pun nak masuk. Kami jamming untuk preparation album recording.

Tapi just before the dateline untuk submission lagu untuk SALEM Recharge tu, kami buat mesyuarat tergempar dan keputusannya, why not? Kami submit dua lagu yang kami jam malam tu untuk penilaian.

Tak salah, antara panel yang menilai untuk seleksi ialah Man Kidal?

Dan memang kami terpilih dengan 12 (kalau tak salah) bands lain seluruh Perak yang akan masuk final.

To tell you the truth, kami bukan band pertandingan. Takde niat pun. Cuma terdetik ketika itu, why not? Ini penting dinyatakan kerana some of the bands yang masuk final tu, memang target untuk pertandingan sebegini. One of the band (tak ingat nama) memang notorious sebab selalu menang.

We went there without any hope ;)

Bands yang bertanding, cover semua jenis muzik. Rock kangkang, pop Indon, alternative, indie, band kenduri kawin etc Dan kami? DEATH METAL!

Nonetheless, we are probably the cream of Perak's bands kot? Panel pun handal-handal orangnya.

Keputusannya? We won. FIRST PRIZE. Bawak balik RM3000.

----------------------------------------

Apa sebab kami menang? CONTINUED here!

Tuesday, April 13, 2010

Dah nak kiamat!

Tengahari lepas makan memang suasana yang berat. Perut berat, mata berat...

Tapi gagah juga melangkah ke ofis.

Aku melangkah masuk ke dalam lif, diikuti oleh makcik cleaner.

"Tingkat 3?" tanyaku selepas memberi salam.

"Tingkat 1", jawabnya sambil tersenyum.

Lif memang slow. Walaupun nak ke tingkat satu. Kederat makcik cleaner, aku agak faham. Nak menggunakan kekuda untuk melangkah beberapa anak tangga (beberapa = banyak... lebih 30 anak tangga) ke tingkat satu, mungkin satu kerja yang berat. Nak pulak kena 7-8 kali turun naik.

Jadi, janganlah kritik beliau kerana tak bersenam.

Aku pun tak sanggup.

Kesempatan menunggu lif sampai ke tingat 1, aku penuhi dengan bicara hormat,

"Panas sekarang ni kan?" Aku memulakan bicara.

"Ha..ah... panas..." jawab beliau sambil mengerutkan dahi.

"Hari dah nak kiamat kot" sambungnya lagi.

Aku tersenyum kelat tatkala kelibat beliau hilang ditutup pintu lif yang akan meneruskan perjalanan ke tingkat 3.

Saturday, April 10, 2010

TEATER Tuah Hang Jebat malam ni dan esok woooiii!!!

Who’s who in Bangsawan Tuah Hang Jebat
 
Script Writer/Producer
Associate Professor Dr Shamsul Rahman Mohd Kutty a.k.a. DR SHARK – Head Program Civil Engineering


Director/Actor
Usop Mohamad a.k.a AKIN – Final Year Student Chemical Engineering
Consolation Price of Kaki Script Writing Competition 2010 by kakiseni.com – “ Nasi Lemak 10 sen”



Musician
KAMAL SABRAN – 15 Malaysia Film Director
Our talented UTP students from  
and  
Virtuoso
Our UTP Alumni from 
and
the ex-UTP gamelan group









not to forget some of our UTP staff ? 


macam tak terer je mamat ni main gitar...






Tarikh: 10 & 11 April 2010
Tempat: Multipurpose Hall (MPH), UTP
Masa: 8.30 mlm
Tiket : RM5
Email: tts.utp@gmail.com

Friday, April 09, 2010

Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz

Entry 1
Entry 2

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.

"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.

"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.

"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.

Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.

Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."

Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.

"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.

Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.

Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.

Firman Allah SWT :
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ
Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)

Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :

إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )

PEREMPUAN LEBIH SUKAR?

Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :

"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.

"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.

"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.

Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.

"Benar, InshaAllah.." Kata saya.

Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut

إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)

Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :

إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك
Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"

Imam An-Nawawi pula berkata :-
الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة
Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"

Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)

LELAKI DUDUK RUMAH, WANITA KERJA

Yakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.

Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja.

Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.!

Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)

"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.

"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.

"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"

"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.

Nabi SAW bersabda :
لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد
Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )

Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara.

Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki.

Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya.

Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.

KEPERLUAN WANITA BEKERJA & ANAK LELAKI

Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah?

"ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya.

"baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya

Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.

Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?.

"habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya.

Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita.

Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah.

Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil.

Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga.

KELEMBUTAN DAN KASIH YANG LUNTUR


Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah.

Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.

Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya.

Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin.

Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu TERPAKSALAH dihantar anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangka panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?

WANITA DAN WANGIAN DI TEMPAT KERJA

Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.

" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.

Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergelumang dengan wangian, sehinggakan beberapa meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.

Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :
أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية
Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?

Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.

Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbankan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.

Nabi SAW pernah bersabda :
ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها
Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)

KOMEN PEDAS

Mungkin ada wanita yang akan berkata :

"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung"

Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.

Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertepatan dengan kehendak Allah SWT. Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : -

أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

NASIHAT PENGHUJUNG

Fikirlah tentang kehidupan menurut cara, priority dan kaedah yang ditunjukkan Allah dan RasulNya.

Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga sama sekali tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka dan keperluan kerjaya semasa kelihatan menuntut tenaga mereka.

Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal. Pelajarilah..

Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/296/99/

Thursday, April 08, 2010

Monday, April 05, 2010

Nyonya... pakai ini sepit!

Di Australia dulu, apa-apa barang makan yang tak berbungkus, pasti ada notis peringatan kat sebelahnya.

"Gunakan sepit untuk mengambil ****. Jangan gunakan tangan" (terjemahan).

Termasuklah dalam kategori ini, terutamanya, makanan yang siap untuk dimakan seperti roti. Sayuran dan buahan tak masuk sebab boleh dibasuh dulu. Roti nak basuh camana?

Pagi tadi, ketika matahari belum terbit, aku pergilah membeli sarapan di pekan Tronoh. Pagi-pagi macam ni, cuma ada satu je tempat.

"Nasi lemak tiga.. err... empat!" Aku mengorder selepas memberikan salam. Sambil menunggu aku memilih kuih-muih. Maklumlah, anak-anak (dan bapak) suka makan.

Tiba-tiba seorang nyonya tua berdiri di depan pusat jualan. Dari gayanya, aku pasti, dia baru bangun dari tidur. Fresh dari katil.

Dia memerhati kepada seleksi kuih-muih di hadapannya.

"Nooooooo....!!!" Jerit aku dalam hati, apabila beliau memicit-micit kuih pau di atas meja. Dipicit empat biji pau tetapi cuma mengambil tiga.

"Nyonya... pakai ini sepit!" kataku sambil menghulurkan sepit. Dia seolah-olah tak peduli sambil matanya tetap liar merayap kepada seleksi kuih-muih yang tersedia.

Nasib baik le aku dah pilih dulu.

Boleh bayangkan tak, dengan tangan fresh dari katil tu, kat mana ianya telah hinggap? Mungkin di pipi, mungkin di dalam hidung atau mungkin???

Aku tak mau terlebih meliarkan imaginasi aku. Cepat-cepat aku bayar dan celah balik!