Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Sunday, December 21, 2008

Trip Australia Pt 1: Adelaide ke Mount Gambier

Hari pertama nak bertolak aku kena angkat Toyota Tarago (Estima di Malaysia) di Hertz. Ada diskaun, sewa 7 hari free sehari sebab aku ahli RAA. Ambil 10am kena hantar balik seminggu kemudian hari yang sama.

Semalamnya aku dah beli semua benda nak bawak especially ayam mentah untuk dimasak di tengah jalan. Maklumlah, susah nak cari kedai makan halal. Kalau ada pun, mahal. So better masak sendiri. Lagipun, kawan lagi sorang dah sewakan semua cabin kat caravan park yang ada full kitchen untuk memasak.

3 family yang pergi untuk trip ni. Route pertama, Adelaide ke Mount Gambier. Perjalanan sejauh hampir 500km.

Gambar kat depan rumah tengah prepare nak berangkat. Aku tau, nanti dah semua tidur dalam MPV tu, aku la kena melayan sorang-sorang. Tu pasal gambar tengah select lagu-lagu ganas dalam iPod tu hehehe...

Gambar kat atas tu di sepanjang Murray Bridge (70km dari Adelaide). Sekarang musim panas so memang kuning la pemandangan, rumput jadi kering.

Lagi gambar kekuningan sepanjang perjalanan. Sepanjang perjalanan dari Adelaide ke Mount Gambier ni memang ini je la pemandangannya. Sekali tengok OK la kan. Dah lama tu, jadi mengantuk pulak sebab plain dan boring.

Ada part perjalanan tu melalui sepanjang sebuah tasik besar bernama Lake Alexandrina... atau teluk sebab walaupun nampak darat kat seberang tu tapi sebenarnya ia bersambung terus ke laut. Bagusnya sambil baca ni bukak map google.

Lagi pemandangan Lake Alexandrina...

Stop pertama di Meningie. Ni ikut route Great Ocean Road - sepanjang pantai. Ada alternative route tapi darat la tak berapa best, boring. Kami berenti sini pasal masing-masing nak ke toilet. Bagusnya kat each town mesti ada papan tanda information macam ni. Semua town considered as holiday place. Memang pun ramai yang kami perhati locals yand travel jugak. Maklumlah, year end punya holiday.

Meningie macam pekan koboi la. Serene and tranquil. Aku rasa town macam ni sedap rilek je la. Sambil memancing kat laut kot.

Papan tanda macam ni pasti ada kat each town di Australia ni. Walau terpencil macam mana pun town tu, gomen Australia pasti akan letak info macam ni lepas tu highlight benda yang interesting kat town tu. Paling koman pun, town ini sesuai untuk rehat-rehat.

Next stop, Salt Creek untuk makan tengahari. Ada rest area yang kuno. Tak boleh celen R&R kat Malaysia la semua complete dan cantik. Kat route kampung macam ni, facilities ala kadar je. Tapi OK la. Tak le sampai tak boleh guna.

Musim summer, lalat memang banyak sekali! Perhati je lalat kat badan tu. Itu baru belakang badan. Yang peliknya, lalat ni tak hurung kat makanan yang terhidang tapi nak hurung manusia, especially kat muka. Mau sekali mereka masuk dalam mulut kalau tak dikatup dengan rapat.
Seperti yang diberitahu, setiap town ada info board macam ni. Kalau spend masa lebih, boleh bermalam kat lokasi-lokasi yang dicadangkan dan explore area sekitar. Kawasan ni bernama Coorong. Specialty dia? Errr... tak perasan la pulak hehehe sebab tak bermalam kat sini.


Stop seterusnya di Kingston SE. Lawa tak kereta-kereta di atas? Memang lawa. Tapi semuanya kereta sewa hehehe... Tarago memang sedap ah drive. Tapi harga, berangan je la...

Kingston SE ni dia punya landmark, patung lobster besar kat tepi jalan. Mesti nak bergambar punya. Bukan kami je, local yang dok travel pun buat pit stop dan ambik gambar sebelum meneruskan perjalanan.

Next stop, Robe. Sebuah town ditepi pantai. Pantainya cantik (lihat atas). Townnya agak hidup. Masa sampai tu terkejut jugak sebab ramai orang dok berkumpul tepi jalan. Mesti perarakan Christmas ni. Memang betul. Nasib baik kami cepat-cepat keluar kalau tak sangkut dalam perarakan.

Kami cari park di tepi Robe untuk solat Zuhur/Asar (jamak dan qasar). Lagi satu, kat each town mesti ada park macam ni. Ada taman, kadang-kadang ada playground budak-budak dan tandas. Sangat sesuai untuk rehat bagi yang berjalan jauh. Untuk yang Muslim sesuai sangat la nak solat. Kami solat jemaah di tengah padang.

Next stop, Beach Point. Kat sini ada satu jeti panjang sampai ke laut. Mungkin pantainya landai sangat. Pastinya, peluang bergambar tidak dilepaskan.

Malang sekali, pintu masuk ke jeti ditutup. Kalau tak mau juga aku lari ke tengah jeti dan berposing. Tapi pikir-pikir balik, elok juga tutup. Anak-anak kami semuanya tak cukup umur lagi. Buatnya depa terjun kat tengah laut tu, susah la pulak.

Siang tenggelam, malam pun menjelma. Elok sangat la tu kami pun menghampiri tempat untuk bermalam di Mount Gambier. Gambar waktu senja disebalik pokok balak yang ditanam dengan sengaja untuk mendapatkan balaknya (more pictures on 2nd day journey).

Start masuk Mount Gambier, kami berhenti kat pondok maklumat nak tengok jalan nak dituju (caravan park yang telah dibooking). Untung berjalan waktu summer ni ialah siangnya panjang. Siang bermula seawal 530am dan berakhir 830pm. So banyak masa untuk berjalan sakan waktu siang. Malam memang tak boleh buat apa la selain dari tidur.

Ni le dianya bilik dalam cabin di caravan park tu. OK not bad. Semua kelengkapan cukup. Strangely, malam tu sangat sejuk tak kena langsung dengan musim panas. Kena bergulung dalam selimut.

Bilik anak-anak. Yang pakai dua je kongsi 3 orang. Lagi sorang baby lagi nak berkepit dengan ibunya je. Kacau betul ah...

Dapur yang lengkap. Kami bahagikan jadula memasak bergilir-gilir untuk setiap family. Maksudnya, hari ni family aku masak, esoknya family sebelah. So ada la chance untuk rehat kalau jadual tu tak jatuh kepada diri.

Bersambung, 2nd day Mount Gambier ke Melbourne....

7 comments:

azharjaafar said...

Wah, syok bro dapat jalan2 sambil tengok kebesaran Allah.

Achan Sinclair said...

Perrgghh..lu dah boleh ganti Maria Tunk Sabri sebagai host Jalan-jalan cari makan!!

Apa gaya tuh, satu geng anak beranak lampung tangan ke udara?

Anonymous said...

kat coorong dlu ada kambeng diorang tambat kat blakang rumah tumpangan dkt laut tuh.pelik tol.tgk dari jauh macam lembaga penunggu hapebende ntah time gelap2.suluh2 pakai lampu kete tgk kambeng.janggut menjela plak tuh.grim gila.hahah

eddie dewanaga said...

gua yg tgk sekadar gambar pun puas ati beb... pengalaman ni, tak sabar tunggu next entry... have a good journey ahead!

Ziarah76 said...

fuhh... tengok gambar pun dah seronok apa lagi kalau berada di situ. ni jemaah sempurna nih.

deaf-angel said...

wasted la mm,
jetti tu nampak lawa
kalo ko leh gi all the way sampai abis
apa pun nampak cam best

matakucing said...

fuyooo best nya..aku suka travel2 ni ermm tapi part lalat tu ngeri skit..takut masuk telinga pulak..adoi