, Terima kasih kepada Azreen (The Core System Zine) kerana memberi kebenaran untuk publish temuramah ini http://thecoresystemfanzine.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------
........Akhirnya,berjaya juga meng-interview band favourite teman LANGSUYR yg telah dijawab oleh Bentara Guru(Guitarist).Terima kasih kepada beliau dan semoga terus berjaya dgn pelajaran di Australia.
SUNUT/Lirik: Bentara Music: Azmaniac
Bapakku marahlah lagi
Habeshhh Cd dibakar Habeshhh zineku dibakar
Habeshhh tshirt dibakar
Bapakku marahlah lagi
Habeshhh demo dibakar
Habeshhh poster dibakar
Habeshhh gitar dibakar
KORUS Kalau ini macam lebih baik aku jadi Mat Dangdut..!!!
Jadi Mat Disko!!!
Jadi Mat Pop Indon!!!
Jadi Mat Hip Hop!!!
Jadi Mat Racing!!!
Jadi Mat Pet!!!
Jadi Bohjan!!!(ulang sampai habeshhh…)
1.MCM BIASA,APA KHABAR HARI INI?BAGAIMANA CUACA DI AUSTRALIA ?
Alhamdulillah baik-baik saja disini. Sekarang penghujung musim panas dan cuaca tak stabil. Kadang-kadang panas kadang-kadang sejuk. Hari ni maksimum 39 darjah Celcius. PANAS!
2.SEBAGAIMANA MAKLUM HANG MENYAMBUNG FURTHER STUDY KAT AUSTRALIA ,DALAM BIDANG APA ?
Aku melanjutkan ke tahap PhD di dalam bidang structural engineering iaitu komponen dalam Civil Engineering.
3.PERKEMBANGAN TERKINI AHLI BAND INI YANG LAIN ?
Azlan bekerja di KL dan Azman freelance graphic di Seremban.
4.CERITAKAN BRIEF HISTORY PENUBUHAN AWAL BAND LANGSUYR ?
Asalnya kami bertiga kawan sepermainan di Balai Polis Menglembu sejak umur kami sebelum tadika lagi. Membesar bersama. Apabila dah besar sikit dan kenal muzik, kami sama-sama meminati irama rancak dan keras dan sudah tentunya yang sesuai ialah Heavy Metal. Apabila sudah boleh memegang gitar, hasrat untuk menubuhkan band mula timbul. Langsuyr dilahirkan secara asasnya pada tahun 1991 tatkala aku dan Azman berumur 16 tahun. Azlan dua tahun lebih tua dari kami. Ia menjadi serius sebaik sahaja kami selesai SPM. Demo pertama kami Occultus Mysticism dilahirkan pada tahun 1993.
5.MAKSUD TERSENDIRI DISEBALIK NAMA:LANGSUYR ?
Nama hantu la hahaha… mana ada maksud lain. Macam cerita Pontianak, cerita Toyol… begitulah juga Langsuyr. Malang sekali ada orang mengambil kesempatan itu menuduh kami yang bukan-bukan. Ianya sekadar nama saja, sekadar nak berhibur.
6.KATEGORI JENIS MUZIK YANG DIMAINKAN?
Dulu, Occult and Mystical Death Metal. Main tabuh je masa tu. Lepas tu Eastern Death Metal. Sekarang ni tak tau la. Eastern Metal kot. Muzik Metal digabungkan dengan elemen nusantara.
7.SENARAIKAN DISCOGRAPHY RILISAN LANGSUYR SETAKAT INI?
Jap… nak pi copy and paste dari myspace…
DISCOGRAPHY
Occultus Mysticism demo 1993
The Eastern Cruelty cassette EP (Nebiula Production) 1995
Ryusgnal (Nebiula Production) 2000
The Eastern Cruelty + bonus (Nebiula Production) 2006
Asyik (Clockwork Record) 2006
Live at Planet Hollywood Video CD (Clockwork Record) 2006
Tu dia hehehhe…
8.BAGAIMANA DGN PROJEK RAKAMAN ALBUM TERBARU SEMASA HANG BERCUTI BARU2 INI DI TANAH AIR? CERITAKAN LEBIH KURANG…
Rakaman nampak bagus. Lagu pun nampak lebih menarik dari apa yang ada dalam album sebelumnya, Asyik. Tapi satu la bila time recording, especially band kecik, label kecik, modal kecik… semua nak cramp. Tu yang recording sampai 4-5 pagi tu. Masa tu semua dalam studio dah jadi macam zombie. Hidup tapi roh dah berlegar tempat lain hahahah… Despite of semua tu, ianya telah diselesaikan dengan jayanya. Tunggu!!!
Oh ye aku ada nukilkan sedikit pengalaman kami di studio di sini
8.DIMANAKAH STUDIO RAKAMAN PEMBIKINAN TELAH DIJALANKAN?SIAPAKAH TENAGA KERJA?
Studio rakaman di Utusan Studio. SEARCH rakam album Gothik kat sini. Bukan SEARCH aja, malah MAWI pun di sini hahahah… Kami diawasi oleh produser, Jadam (Necrotic Chaos) dan rakaman dijaga oleh Adam.
9.BERAPA LAGU YANG BERJAYA DIRAKAMKAN DAN SENTUHAN LIRIK2 DAN IRAMA GUBAHAN SIAPA?
Sebanyak 8 lagu telah dirakamkan dan detailnya adalah seperti berikut:
1. Bullet (muzik: Bentara/Lirik:Bentara/Deathdie) guest guitar solo by Jadam
2. Malam Malam (Azmaniac/Azreen) guest guitar solo by Jadam
3. Sendonian (Azmaniac/Bentara) guest backing lead/backing vocal by Adik NC
4. Ini Jalan Kita (Azmaniac/Bentara) vocal by Bentara, guest backing vocal by Jadam
5. Gargantuan (Bentara/Bentara) guest guitar solo by Jadam
6. Tunjuk Perasaan (Azmaniac/Azmaniac) guest guitar solo by Dark-E, melodik backing vocal by Bentara
7. Penasaran (Bentara/Bentara)
8. Joget Pengantin Baru (Bentara/Bentara)
10. APAKAH TAJUK ALBUM INI NANTI?
Bullet.
11.BAGAIMANA PERASAAN HANG PABILA DAPAT BERAKSI DLM SHOW”THE RESSURECTION”BARU2 NIE DI KUALA LUMPUR?
Best! Ceritanya macam ni. Beberapa hari sebelum aku fly balik Adik (NC) sms aku mintak tolong masukkan lirik dalam lagu NC yang baru untuk dipersembahkan pada gig tersebut. Aku telah siapkan dan telah serahkan pada beliau. Kemudian aku dapat tahu Jadam pulak tak dapat main gig tu. Tanpa perasaan malu, terus aku offer diri kat NC untuk main hahahah… dan dalam 4 hari tu aku belajar 6 buah lagu dan jamming dua kali. Lagu-lagu NC ni haram jadah sikit sebab punya laju hahahah… aku takat main lagu slow2 macam Langsuyr boleh la… tapi best bersama dengan NC atas stage. At least dapat la main satu show kat Malaysia.
12.PANDANGAN TENTANG GIG TERSEBUT DAN BAND2 YG BERAKSI?
Best kesemuanya. Selain dari band best juga jumpa kawan2 lama. Heads up kepada organizer Ultra Hingax Production yang dapat organize gig yang best camnih. Band pun cukup2 konsentrasi orang nak menonton, tak terlampau banyak. Kalau gig dah sampai 10 bands, nak concentrate camana ye tak?
13. JIKA DI IPOH,ANTARA PORT LEPAK PALING DIGEMARI SEMASA KALIAN DUDUK DI MENGLEMBU DULU2…
Kat bumbung flat balai polis Menglembu. Petang-petang lepas balik kerja kilang kulit, bawak gitar kapok naik atas dengan Azlan dan Azman lepas tu pikap lagu. Awas, bumbung bahaya takde safety. Kalau tergelincir sure arwah. Tapi angin sepoi-sepoi bahasa kat atas tu memang gila best!
15.ANTARA KENANGAN DI: 1/ SUPERKINTA-
Hahaha,,, aku jumpa demo Athotorgh jual kat kedai scrap bawah tu. Nyesal tak beli. Rare tu sekarang!
2/ KOMPLEKS YIK FOONG-
Asalnya Ipoh’s Metal Militants (IMM) di situ. Kenangan Metal Terrorist tawaf dari underground ke tingkat paling atas secara beramai-ramai dan serba hitam. Digeruni oleh mereka yang melihat kami hahahah…
3/ BAZAR BULAT-
Hari minggu tempat IMM berkumpul dan jamming di studio SYJ. Legend! Kat pintu masuk studio, band trash dilarang di sini eh? Sudah la hahahaha…
4/ BAS STATION-
Kami jarang lepak bas station sebab pada kami itu 2nd grade… sori aaa hahahah… IMM tak lepak bas station. Samada lepak Yik Foong, SYJ dan pada akhir hayat kami, lepak kat depan rumah Wira kat Silibin lepas waktu Isya sampai embun pagi jatuh.
5/ PASAR LOKIN-
Err… masa zaman ganas dulu aku tak pi… tapi bila dah tua ni jadi best pulak pergi hahahah…
16. ANTARA BUAH YG SUKA MAKAN,DURIAN KE?TEMPOYAK SEDAP BEB!!HEHEHEE…
Walaupun aku made and born in Ipoh, aku tak suka tempoyak hahahah… tapi durian memang la rulez forever!!!
17. APAKAH MAKANAN DAN MINUMAN PALING FAVOURITE YANG HANG PALING RINDU KAT MALAYSIA ?TAK DAPAT DI SANA ?
Masa balik itu hari, memang aku belasah semua yang aku mengidam. First sekali aku cari KFC lepas tu McD hahahah sebab kat sini takde yang halal. Lain-lain masakan Malaya, orang rumah dah terer buat heheheh…
18.PANDANGAN SERTA HARAPAN HANG PASAL MUSIC LOCAL SCENE UNTUK TAHUN 2008?
Semua kena sapot Langsuyr hahahah… Moga sukses band yang merangkak dan makin best bagi band yang dah ada nama. Belilah yang original. TOLONGLAH!!! Survival band bergantung kepada sales. Kalau dah semua orang download je apa cerita?
19.BILAKAH PENGAJIAN HANG DI SANA TAMAT DAN PULANG KE MALAYSIA ?
Harap-harap akhir 2009 selesai. Tobat wehhhhh tak nak buat PhD dah uwaaaaa….!!!
20.BERIKAN LAST WORDS KEPADA PEMINAT2 DAN KOMEN SIKIT TENTANG thecoresystem fanzine EDISI BLOG….
Beli yang original! Kalau betul sayangkan dan support Langsuyr, bantu kami dengan beli yang original. Merchandise original pun banyak dah KAZ PRODUCTION (www.myspace.com/kazproduction) kasi rilis. Tinggal nak beli je. The Core System rulez! Kasi lagi banyak cerita scene muzik tempatan!
Katakunci
1 Ramadan 30 hari 2011
(29)
15 Malaysia
(3)
1entry=1hari =1Malaysia
(32)
1st class facilities 3rd class mentality
(3)
Abstract
(6)
Academics
(43)
Adab
(1)
Akademik
(44)
Aktiviti KRENMAUT
(2)
Anak-anak
(31)
Anekdot Dialog
(21)
Anniversary
(7)
Anthrax
(5)
Artikel
(37)
Artikel Agama
(50)
Audio
(1)
Baju Iron Maiden
(1)
Bathory
(6)
BBQ
(3)
Beli rumah
(1)
Berita
(11)
Black Metal di Malaysia
(3)
Boikot
(5)
Boxset
(1)
Buku
(30)
Carcass
(6)
CD untuk dijual
(1)
Celtic Frost
(4)
Cited
(2)
Coffee break
(6)
cuti-cuti Malaysia
(9)
D.R.I.
(2)
Dakwah dan Tabligh
(52)
Dari Myspace
(4)
Died
(3)
Diet
(2)
Dio
(1)
Diskografi
(4)
Diskusi
(1)
Doctor In The House
(2)
Dream Theater
(30)
dyslexia
(1)
Eid
(11)
Eksperimentasi Nikon D60
(2)
Euphonious
(1)
Exodus
(3)
Fake
(1)
family
(18)
Fikir random mingguan
(11)
Filem
(42)
First 10 Years CD singles
(3)
Foto rawak
(1)
Freemason
(6)
FYP
(1)
Gear Acquisition Syndrome
(18)
Gig
(51)
Gitar
(9)
Giveaway
(2)
Heavy Scotland
(1)
helloween
(2)
HELLOWEEN CD Singles collection
(1)
Heriot-Watt University Malaysia
(2)
Hidup di Adelaide
(129)
Hidup di Bethlehem
(54)
High Voltage
(5)
HWUM
(1)
I LIKE THIS
(1)
IPOH
(1)
Ipoh's Metal Militants
(28)
Iron Maiden
(78)
IRON MAIDEN Live New Zealand 2009
(8)
Iron Maiden Singapore
(7)
Iron Maiden singles collection
(1)
Istilah Agama
(1)
Istilah seputar CD
(4)
Jalan-jalan cari makan
(8)
Jalan-jalan Metal
(12)
Karisma
(16)
Kata-kata hikmah
(1)
Kembali ke Malaysia
(5)
King Diamond
(1)
KLASSIKKK
(25)
Komentari Metal
(87)
Krenmaut fanzine
(3)
Kura-kura
(1)
La Tahdzan
(5)
Langsuyr
(14)
Langsuyr rekoding
(9)
Listening Booth
(1)
Lords of the Land 2017
(2)
Majalah
(6)
Malaysia tanahairku
(8)
Malaysiana
(68)
Manowar
(11)
Megadeth
(29)
Megadeth singles collection
(1)
Melancong ke New York
(10)
Membebel
(161)
Metal blogger
(1)
Metal Commentary
(1)
Metallica
(18)
Minuman
(6)
Mohd Tajul Azhar aka Berat
(1)
Morbid Angel
(1)
Mount Bromo
(5)
mrsm
(2)
My Scientific Articles
(1)
My Selangor Story
(6)
Nak menang Battle of The Bands?
(2)
Nasyid Metal
(5)
New Arrival
(41)
Niagara Falls
(10)
No Smoking
(1)
November Record Day
(11)
Obscure Metal
(5)
Pengalaman hidup
(3)
Penjara Al Capone
(2)
Petua
(5)
PhD
(10)
Pink Floyd
(1)
Pirate
(1)
Poligami
(4)
Politik Ramadan
(12)
Projek besar akhir tahun
(2)
Promosi
(70)
Prototype
(1)
Ramadan
(15)
Record Store Day
(5)
Recording
(4)
Rehabilitation of reinforced concrete structures
(5)
Review
(52)
Ross The Boss live
(1)
Scorpions
(10)
SEARCH Discography
(1)
Sembang-sembang
(2)
Siri Introduksi Kepada
(6)
Slash di Kuala Lumpur
(3)
Slayer
(16)
South Korea Trip
(11)
Space Gambus Experiment
(13)
Special Event
(7)
Stompbox
(3)
Sunnah
(2)
Surabaya
(8)
Swedish Death Metal
(1)
Syawal
(5)
taklim
(1)
Teater
(4)
Temuramah
(23)
Terjah blog
(5)
The 70s rocks!
(1)
The ABC's of Punk
(27)
The Beatles
(3)
The End
(1)
Tradelist
(2)
Trip Adelaide-Canberra
(8)
tro-njo-i
(4)
Ulasan
(421)
Uli Jon Roth
(4)
Untuk dijual
(1)
US visit Nov-Dec 2012
(14)
USA trip 18-27 August 2013
(3)
USA trip 27 April - 4 May 2014
(12)
Usaha Agama Tempatan
(7)
UTP
(69)
Vancouver Trip August 2014
(1)
Vinyl
(11)
Vinyl Passion
(6)
Viva Voce
(1)
Voivod
(14)
Wacken
(2)
Weezer
(1)
White Stripes
(1)
WILHELM Scream
(1)
Wordless Wednesday
(68)
Youtube clip
(5)
1 comment:
hehehe...interview ringkas aje...selamat meneruskan study sambil berblog!!!
Post a Comment