------------------------------------------------------------------
[7/30]
Rutin bila musim panas menjelma. Cuma semalam salah bajet. Suhu memang lebih 30 darjah Celcius tapi masih lagi musim bunga, jadi walaupun matahari panas tapi angin tak berapa panas. Bila sampai beach, lagi la terasa sejuk angin tu.
Aku yang semangat nak berendam bila cecah je kaki kat air dah rasa sejuk satu badan. Brrr...
Anak-anak tak kira dah tu. Sampai-sampai je terus serbu air. Ikram anak-anak je la nampaknya. Lagipun sehari sebelumnya dah excited nak pergi beach. Kejap-kejap tanya, "Are we going to the beach tomorrow?".
Pantai Semaphore ni panjang. Lagi panjang dari Teluk Batik (tempat biasa pergi masa kat Malaysia sebab dekat). Dan landai. Sampai ke tengah pun takat lutut je air. Oleh kerana panjang, banyak spot la tak pernah parking. Hari ni, kat spot yang baru. Hujung tu nampak breakwater. Ada warning, do not get close sebab ada jurang dan arus kuat dekat-dekat breakwater tu.
The true muscleman!
Yang bongsu masih takut-takut nak berendam. Terpaksalah si bapa mithali beri bantuan professional.
3 beradik hantu air. Dah tak ingat nak balik dah tu.
Sexy boy!Kat sini burung-burung tepi pantai banyak terutamanya seagulls.
Kalau rimas dengan seagulls ni, jangan bagi makan le. Campak chips ke roti ke. Nanti kena kerumun ramai-ramai macam burung merpati. Cuma cute sikit la dari merpati.
Best ah ini shot. Seagulls tu terawang-awang je tunggu aku campak muffin. Jangan sakit perut sudah, maklumlah bukan makanan rutin seagulls.
Shoo them away Ismail!!!
Dua insan bercinta... ceewaaahh!