Ibrahim
Di masjid kecil Lehigh University, bilangan jemaah semasa tarawih tidaklah ramai mana. Purata - 5 orang setiap malam. Cuma malam tadi tinggal 2 orang je. Ibrahim, student exchange dari Arab Saudi yang masih istiqamah.
Mungkin antara mereka juga sibuk.
Selepas solat tarawih, Ibrahim menceritakan kisah Nabi Musa a.s. berdasarkan surah yang beliau bacakan. Kami ketawa bersama-sama kerana memang kisah Nabi Musa a.s. ada kelucuannya. Bayangkan Firaun yang nak membunuh orang yang mahu menjatuhkannya, tengok-tengok orang tersebut hidup aman damai di dalam istananya. Allah s.w.t. menunjukkan betapa bodohnya dan lucunya plan manusia. Allah s.w.t. juga yang hebat. Subhanallah.
Jam 3 pagi, beliau datang kembali untuk mengimami solat tahajjud. Jemaah menjadi 4 dan kami sahur beramai-ramai. Simple je.
18 comments:
Assalamualaikum...
Sungguh perancangan Allah lagi hebat..
Diceritakan bakul berisi Musa a.s itu mudik kehilir walau dilepaskan dihulu sungai, terus ke istana firaun.
We make plans but Allah Taala makes the best of all plans.
yup betul tu...siapa boleh lawan kuasa Allah..
alhamdulliah walau di mana berada solat jgn tinggal....selamat hari raya dari bumi sakura bro.
wamakaru wamakarallah wallahukhoirul makirin
semoga kita juga mencontohi Ibrahim yg istiqamah,lebih2 lg dlm bulan mulia ni :)
mm dewan sembahyang kat sana
aircon ke kipas ke bukak tingkap je?
wah beraya di perantauan ya...best tak? hihihi akak even beraya kat umah mertua pun dah sebak ni plak klau beraya jauh cam awak
peluang berpuasa dan beraya diperantauan sesuatu yang menarik walaupun jauh disudut hati rasa sedih dan hiba tapi dengan ramai kawan2 sekurang-kurangnya dapat melegakan kerinduan nak balik kampung..
Salam Aidilfitri 1432H..Maaf zahir batin..Maaf dipinta andai komen dan pandangan saya sebelum ini telah mengguris perasaan sdra .. Semoga ikatan ukhwah sesame blogger kan semakin erat lagi di Syawal 1432H ini..
Pasti berbeza berada jauh di nun sana dgn bumi Malaysia kan..
Salam Lebaran di ucapkan.....
deaf,
kat attic ni. Ada aircond. Sedap la iktikaf sementara menunggu subuh
sekarang pukul berapa kat sana, ada dalam kul 5.00 pagi ker?
ikatankasihku,
sini lambat 12jam.
cun
ohh...
Subhanallah.
sungguh istiqomah dia..
salam lebaran buat uols di perantauan ye...
Post a Comment